PKK Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Nov 2024 14:24:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PKK Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKK serah enam projek pelajar kepada Komuniti Kg Lokub https://sabahmedia.com/2024/11/19/pkk-serah-enam-projek-pelajar-kepada-komuniti-kg-lokub/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/pkk-serah-enam-projek-pelajar-kepada-komuniti-kg-lokub/#respond Mon, 18 Nov 2024 19:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63979
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kiulu : Sebanyak enam projek yang dihasilkan pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengikut bidang kepakaran telah diserahkan kepada Komuniti Kampung Lokub di sini baru-baru ini.

Projek yang dilaksanakan dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Akademik Perdana 2.0 itu telah diselia enam pensyarah daripada lima Jabatan Akademik PKK melibatkan 18 orang pelajar.

PKK dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu memfokuskan kepada bimbingan pendidikan dan inisiatif ekonomi yang bertujuan memberi impak positif kepada kehidupan dan ekonomi masyarakat setempat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kiulu, Golubi Guntarek berkata, program seumpama itu dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti mengenai teknologi dan inovasi.

Selain itu katanya, ia dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kehidupan seharian serta pemindahan pengetahuan daripada akademia kepada masyarakat. 

Beliau turut menambah, program seumpama ini dapat menyumbang kepada pembangunan mampan di Kampung Lokub selain memperkukuhkan ekonomi tempatan serta menyatupadukan lagi komuniti melalui kerjasama yang berterusan dengan institusi pendidikan tinggi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak Mohd Daim berkata, objektif program itu adalah untuk menekankan kelestarian alam sekitar serta pembangunan ekonomi lestari sejajar dengan semangat Sustainable Development Goals (SDG) yang menekankan kepentingan kerjasama setempat untuk mencapai pembangunan lestari. 

“Program yang merupakan kesinambungan daripada Program Community Connection In Kampung Lokub : Serving Together yang telah diadakan pada bulan Mei lalu yang merupakan satu bentuk program yang merealisasikan permasalahan yang dihadapi penduduk Kampung Lokub melalui idea dan cadangan yang dikemukakan dan diterjemahkan kepada projek pelajar di Politeknik Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam majlis yang sama turut diadakan majlis menandatangani Letter of Interest (LoI) diwakili antara PKK bersama Persatuan Pemuda Kampung Lokub.

Turut hadir Ketua Kampung Lokub Kiulu Yunus Limun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gohun Guntalib, Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Heznan Hassan selaku Pengarah Program dan Pegawai Perubatan Daerah Adun Kiulu Dr. Anna Carina. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/pkk-serah-enam-projek-pelajar-kepada-komuniti-kg-lokub/feed/ 0 63979
1,069 pelajar PKK sertai MTS https://sabahmedia.com/2024/08/03/1069-pelajar-pkk-sertai-mts/ https://sabahmedia.com/2024/08/03/1069-pelajar-pkk-sertai-mts/#respond Sat, 03 Aug 2024 03:28:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58506
Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,069 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mengikuti Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi sesi I 2024/2025 di sini baru-baru ini.

PKK dalam satu kenyataan memaklumkan MTS yang dijalankan selama lima hari berakhir 1 Ogos lalu itu bertujuan untuk memberi pengetahuan am dan pengenalan ringkas tentang PKK.

Ia termasuklah pelbagai perkara merangkumi keselamatan, kebajikan, disiplin, psikologi, sukan, kokurikulum, kebudayaan dan akademik kepada pelajar baharu.

Majlis itu dirasmikan Pengarah PKK Md Nor Abdul Halim. 

Beliau berkata, pelajar baharu perlu belajar bersungguh-sungguh selain bergiat aktif sepanjang menjalani pengajian di PKK. 

Sementara itu pelajar PKK, Dgku Zainun Pg Wahab, 36, berkata, umur bukanlah penghalang untuk beliau menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik setelah menimba pengalaman bekerja di syarikat swasta selepas tamat pengajian peringkat sijil pada tahun 2006. 

“Saya menyarankan buat para pelajar lepasan SPM untuk memilih bidang TVET kerana peluang pekerjaan lebih luas dan menjadi pilihan utama industri,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pengarah PKK telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat PKK. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/03/1069-pelajar-pkk-sertai-mts/feed/ 0 58506
52 Pelajar POLYCC Malaysia sertai program STYLE 2024 https://sabahmedia.com/2024/07/21/52-pelajar-polycc-malaysia-sertai-program-style-2024/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/52-pelajar-polycc-malaysia-sertai-program-style-2024/#respond Sat, 20 Jul 2024 16:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57805
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Seramai 52 pelajar terdiri daripada Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dan ahli Kelab Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi Kolej Komuniti (PRISS) telah menyertai Program ‘Special Training for Young Leaders’ (STYLE) 2024 di sini baru-baru ini.

Program yang diadakan selama empat hari berakhir 19 Julai lalu itu merupakan salah satu medium terbaik untuk pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) membangun dan menonjolkan bakat, mempelajari pelbagai kemahiran, kreativiti dan potensi diri.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu antaranya latihan dalam kumpulan, lawatan ke pusat kebudayaan seperti Persatuan Seni Budaya Tuaran, Muzium Lotud Borneo dan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Lok Batik Tuaran.

Sementara itu, Pengarah Kanan Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Ts. Abdul Razak Sabtu berkata, program terbabit memberi impak yang positif kepada peserta.

Joshua Semueil

“Program ini mengetengahkan konsep pemerkasaan atau membangunkan bakat dan kemahiran pelajar, memahami dan menyelami kepelbagaian silang budaya dan berkongsi ilmu bersama komuniti selaras dengan lima fokus JPPKK 2024.

“Peserta dapat mengadaptasi dan melihat ruang dan peluang untuk inovasi-inovasi baharu melalui keusahawanan mahupun pelbagai kemahiran lain,” katanya.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Md Nor Abdul Halim berkata, semua peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program.

Nur Hanim Na’im

Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik PKK, Joshua Semueil, 19, berbangga dan berterima kasih kepada rakan sekumpulan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung sehingga dinobatkan Anugerah Peserta Siswa Terbaik.

Manakala penerima Anugerah Peserta Siswi Terbaik, Nur Hanim Na’im, 19, pelajar Diploma Akauntansi Politeknik Sultan Azlan Shah berkata bahawa program STYLE membuatkan dirinya berani untuk bertanya dan sifat itu penting dalam membentuk jati diri seorang pemimpin.

Program ini adalah anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK di bawah kelolaan Unit Pengurusan Psikologi PKK. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/52-pelajar-polycc-malaysia-sertai-program-style-2024/feed/ 0 57805
PKK terus jalin kerjasama bersama rakan strategik https://sabahmedia.com/2023/11/01/pkk-terus-jalin-kerjasama-bersama-rakan-strategik/ https://sabahmedia.com/2023/11/01/pkk-terus-jalin-kerjasama-bersama-rakan-strategik/#respond Wed, 01 Nov 2023 08:56:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44537
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Seramai 66 panel dan 12 syarikat semalam menerima watikah pelantikan panel penaihat industri bagi Program Pengajian dan Sijil Kolaborasi Rakan Strategik Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Majlis itu merupakan perbincangan ke arah pemantapan struktur program pengajian di PKK bagi memastikan para graduan PKK khususnya mendapat tempat dalam kalangan majikan selepas tamat pengajian nanti.

Pengarah PKK, Dullah Muluk berkata, PKK telah membuat jalinan kolaborasi bersama 187 pemain industri dari seluruh Malaysia dan luar negara daripada pelbagai bidang dan latar belakang.

“Hubungan baik dengan pihak industri adalah cukup penting untuk tujuan mengenal pasti, memperjelas dan menambah baik aspek-aspek utama program dan pertaliannya dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pengajian di PKK,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim turut berharap agar rakan industri dapat memberikan maklum balas berkaitan pelbagai aspek yang dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran di PKK khususnya.

“Antaranya adalah cadangan atau maklum balas berkaitan peralatan dan kemudahan yang sesuai dengan perkembangan teknologi terkini bagi setiap kursus, cadangan latihan yang diperlukan oleh tenaga pengajar dan bahan rujukan yang sesuai digunakan oleh pelajar PKK.

“Saya yakin dan percaya dengan adanya gabungan barisan pakar industri dan akademik, mesyuarat ini akan membuahkan hasil yang produktif dan dapat membantu melahirkan graduan PKK yang berkualiti tinggi dan terus cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim dan  Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Saril Yusop.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/01/pkk-terus-jalin-kerjasama-bersama-rakan-strategik/feed/ 0 44537
DPR Transformation Day 2.0 tingkat motivasi pelajar https://sabahmedia.com/2023/09/20/dpr-transformation-day-2-0-tingkat-motivasi-pelajar/ https://sabahmedia.com/2023/09/20/dpr-transformation-day-2-0-tingkat-motivasi-pelajar/#respond Wed, 20 Sep 2023 11:45:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42178
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 360 pelajar Program Diploma Pemasaran yang terdiri dari pelajar semester satu hingga lima telah menyertai ‘DPR Transformation Day 2.0’ yang bertemakan ‘Moving Towards Success’ di sini.

Program yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat para pelajar agar lebih bermotivasi, proaktif dan memupuk sifat untuk sentiasa bersungguh-sungguh.

Selain itu, para pelajar juga dapat komited untuk memajukan diri agar lebih kreatif dan cemerlang, selain menerapkan lagi semangat disiplin diri yang lebih tinggi.

Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Program Diploma Pemasaran kepada 133 pelajar yang telah memperolehi purata nilai mata (PNM) sesi II 2022/2023 melebihi 3.50 dan ke atas telah disempurnakan Ketua Program Diploma Pemasaran Ladvia Ajiu.

Selain itu, penyampaian pelbagai anugerah khas dan wang tunai turut disampaikan kepada 60 pelajar atas pencapaian akademik dan ko-kurikulum oleh para Pensyarah dan Penasihat Akademik masing-masing.

Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti berkumpulan sepanjang program juga dilihat dapat meningkatkan semangat kerja berkumpulan dan menanam rasa kebersamaan di kalangan pelajar dan pensyarah selain turut membantu pelajar dalam memperbaiki dan mengenal potensi diri yang lebih baik. Turut menyerikan program adalah persembahan khas pelajar dari setiap semester pengajian.

Antara aktiviti lainnya adalah KPro Talk, Tak Kenal Maka Tak Cinta, Let’s Explore PKK, serta pembentangan pencapaian Program Diploma Pemasaran Sesi II 2022/2023.

Program yang diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua pelajar Diploma Pemasaran yang dipimpin oleh pelajar semester lima Fariz Muliadi sebagai menutup tirai program pada sesi kali ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/20/dpr-transformation-day-2-0-tingkat-motivasi-pelajar/feed/ 0 42178