PKK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 Dec 2025 03:24:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PKK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 67 pendidik Kazakhstan lawat PKK, perkukuh kerjasama akademik https://sabahmedia.com/2025/12/11/67-pendidik-kazakhstan-lawat-pkk-perkukuh-kerjasama-akademik/ https://sabahmedia.com/2025/12/11/67-pendidik-kazakhstan-lawat-pkk-perkukuh-kerjasama-akademik/#respond Thu, 11 Dec 2025 03:24:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88074
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Seramai 67 pendidik politeknik dari Almaty, Kazakhstan mengadakan lawatan rasmi ke Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini bagi berkongsi amalan baik, menjalinkan kerjasama akademik, dan meneroka sistem pendidikan Malaysia.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Bandar Almaty Umit Izbayeva, yang terdiri daripada wakil-wakil dari 12 institusi pendidikan politeknik utama di Almaty, termasuk Almaty College of Construction and Folk Crafts, Almaty College of Fashion and Design, dan Almaty Polytechnic College.

Acara kemuncak lawatan ini adalah upacara Penyerahan Surat Niat (LOI) kepada 12 institusi yang terlibat, secara rasmi membuka jalan kepada perkongsian dan kolaborasi dua hala pada masa hadapan.

Dalam ucapannya, Umit Izbayeva berkata, tujuan lawatan itu adalah untuk belajar daripada pakar-pakar dalam bidang pelancongan, hospitaliti, perniagaan, IT, pendidikan, dan industri perkhidmatan  di PKK.

“Malaysia memberi perhatian yang besar terhadap pembangunan modal insan, terutamanya pembangunan belia.

“Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk mengenali sistem pendidikan sebuah negara maju dan terkemuka serta meningkatkan sistem pendidikan kami sendiri di Kazakhstan berdasarkan lawatan di Politeknik Kota Kinabalu,” katanya.

Sepanjang program itu, delegasi telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk sesi perkongsian amalan baik akademik, sesi silang budaya, dan lawatan fasiliti di PKK.

Aktiviti ini membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai metodologi pengajaran dan pembelajaran terkini.

Mengulas mengenai lawatan ini, Timbalan Pengarah Akademik PKK Ts. Abdul Razak Mohd Daim turut  menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa.

“Lawatan ini amat bermakna bagi kami, kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua institusi kami untuk mengukuhkan hubungan dan meneroka bidang kerjasama yang mungkin.

“Kami berharap hari ini akan menjadi permulaan perkongsian yang positif dan jangka Panjang,” tambah Razak.

Lawatan delegasi pendidik Kazakhstan ini menandakan satu langkah penting dalam usaha pengantarabangsaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia dan menggariskan komitmen negara dalam berkongsi kepakaran dan memupuk hubungan global dalam pembangunan modal insan. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/11/67-pendidik-kazakhstan-lawat-pkk-perkukuh-kerjasama-akademik/feed/ 0 88074
26 peserta sertai YLTBC 2025, bentuk belia holistik https://sabahmedia.com/2025/07/22/26-peserta-sertai-yltbc-2025-bentuk-belia-holistik/ https://sabahmedia.com/2025/07/22/26-peserta-sertai-yltbc-2025-bentuk-belia-holistik/#respond Tue, 22 Jul 2025 02:00:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77707
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Seramai 26 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menyertai program ‘Youth Leadership Team Building Camp’ (YLTBC 2025) yang berlangsung selama tiga hari berakhir Ahad lalu.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK itu turut dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS), Kelab Anak Muda Inanam Skuad, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Skuad Kota Kinabalu dan Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Inanam.

PKK dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu dirangka dengan pelbagai aktiviti berteraskan kepimpinan dan kemahiran hidup.

Selain itu, program itu juga bertujuan untuk membentuk peserta sebagai individu holistik yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berkebolehan, berkemahiran, dan memiliki nilai serta ciri kepimpinan yang seimbang selari dengan aspirasi melahirkan pemimpin muda berdaya saing dan berwawasan.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK, Muhammaddin Mohd Jair berkata, program seperti ini sangat penting dalam melahirkan pemimpin muda yang bakal menjadi pelapis dan penggerak dalam kepimpinan.

Selain itu katanya, program itu juga memberi persediaan  para peserta  yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dan bakal ke alam pekerjaan.

Sementara itu. presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, MBS akan sentiasa komited dalam membentuk dan menyokong belia  di Sabah ini melalui program kepimpinan yang berupaya meningkatkan daya kepimpinan, keyakinan serta menyerlahkan bakat peserta.

Tambah Abqaree, belia di Sabah ini berpotensi untuk diketengahkan ke platform yang lebih tinggi.

“Bagi pihak MBS, kita merakamkan penghargaan terima kasih kepada PKK kerana sudi bekerjasama dalam memastikan objektif MBS dapat dicapai dan disampaikan terus kepada belia di Sabah khususnya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/22/26-peserta-sertai-yltbc-2025-bentuk-belia-holistik/feed/ 0 77707
70 Kumpulan Sertai ProjeX-23 https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/#respond Sun, 06 Feb 2022 11:25:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11949
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU:   Sebanyak 70 kumpulan pelajar telah menyertai Students’ Innovation Project Exhibition and Competition (ProjeX-23) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Kumpulan CPS04 daripada Jabatan Perdagangan yang dianggotai oleh Muhammad Zulainnor Zulkefli, Muhamad Hisyam Mad Sapi, Sitti Sofiah Liyana Afiqah Mohammat dan Emily Christy Fredoline telah memenangi Anugerah Pilihan Juri dengan projek inovasi mereka iaitu i-Vendor di bawah seliaan pensyarah, Muhammad Haziq Ismail.

Melalui tema ‘Education for Industry: Fostering Design Thinking and Problem  Solving Skills’, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Ts. Zainab Othman berkata, ProjeX-23 disertai oleh pelajar semester lima daripada lima jabatan utama di PKK.

Katanya antara jabatan terlibat iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 

“ProjeX-23 juga merupakan pentas bagi menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berdaya saing bertepatan dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni berkata , pelajar PKK akan dikenali bukan sahaja kerana kecemerlangan pendidikan, kokurikulum tetapi juga mempunyai daya saing setara dengan institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Saya ingin mengumumkan Pusat Kreatif Ekonomi Dan Inovasi Sabah, akan membuka peluang kepada para pelajar Politenik Kota Kinabalu untuk membuat latihan industri di organisasi kami,” katanya. 

Anugerah Jabatan Terbaik telah dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dengan memperoleh 47 mata melalui  empat emas, lapan perak dan tiga gangsa mendahului empat jabatan yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/feed/ 0 11949