pkp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Jan 2022 10:16:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pkp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada PKP, Tiada Sekatan Balik Kampung Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/#respond Sun, 23 Jan 2022 10:16:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11470
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERA: Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika terdapat peningkatan kes COVID-19 di sesebuah kawasan, kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang terbabit sahaja.

“Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

“Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.

“Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu.

“Kita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya,” katanya.

PRN Johor akan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa semalam selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/feed/ 0 11470
Sabah benarkan kunjungan ke rumah sempena Krismas, Tahun Baharu – Masidi https://sabahmedia.com/2021/12/19/sabah-benarkan-kunjungan-ke-rumah-sempena-krismas-tahun-baharu-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/12/19/sabah-benarkan-kunjungan-ke-rumah-sempena-krismas-tahun-baharu-masidi/#respond Sun, 19 Dec 2021 01:38:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10064
Read Time:1 Minute, 45 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU ~~Kerajaan Sabah membenarkan kunjungan dari rumah ke rumah sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu lengkap vaksin COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata tempoh masa satu-satu kunjungan tidak melebihi tiga jam dan perlu diselangi dengan kerja-kerja sanitasi dalam tempoh 30 minit sebelum menerima kunjungan seterusnya.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata ketua rumah perlu memastikan penggunaan aplikasi MySejahtera atau menyediakan buku log kehadiran pengunjung, selain menyediakan alat memeriksa suhu badan dan cecair pencuci tangan.

“Ketua rumah perlu pastikan pengunjung membuat saringan kendiri, pelitup muka dipakai kecuali semasa makan minum, penjarakan fizikal satu meter dipatuhi dengan kapasiti 50 peratus rumah, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun hanya dibenarkan hadir bersama ibu bapa lengkap divaksin.

“Tidak dibenarkan mengadakan aktiviti keagamaan atau bersentuhan ketika kunjungan, ketua rumah termasuk tetamu juga perlu bertanggungjawab mematuhi SOP di rumah semasa menyambut perayaan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Krismas bakal disambut pada 25 Dis ini dengan Sabah menetapkan cuti umum sempena sambutan itu pada 24 dan 25 Dis.

Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan SOP untuk rumah ibadat bukan Islam sempena sambutan Krismas antaranya menetapkan tempoh operasi bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 11.30 malam, selain hanya penganut lengkap menerima vaksin dibenar hadir.

Beliau berkata tempoh masa sembahyang tidak melebihi dua jam dan perlu diselangi dengan kerja-kerja sanitasi dalam tempoh 30 minit sebelum sesi sembahyang seterusnya, manakala kehadiran terhad 50 peratus kapasiti mengambil kira penjarakan fizikal 1 meter.

“Ahli Jawatankuasa Pengurusan (rumah ibadat) dan penganut yang menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir, selain wajib membawa peralatan sembahyang sendiri dan upacara atau perarakan keagamaan atau aktiviti melibatkan sentuhan tidak dibenarkan.

“Ahli Jawatankuasa Pengurusan juga perlu memastikan penggunaan MySejahtera atau buku log kehadiran, dan memastikan semua memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mematuhi SOP lain ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 237 kes COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 238,357 kes, manakala 426 pesakit sembuh menjadikan kumulatif sembuh seramai 229,833 orang, dan 804 pesakit masih menerima rawatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/19/sabah-benarkan-kunjungan-ke-rumah-sempena-krismas-tahun-baharu-masidi/feed/ 0 10064
((VIDEO)) – Pesakit Sembuh COVID-19 Jadi Kenangan Manis Berharga Buat Jururawat https://sabahmedia.com/2021/08/31/video-pesakit-sembuh-covid-19-jadi-kenangan-manis-berharga-buat-jururawat/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/video-pesakit-sembuh-covid-19-jadi-kenangan-manis-berharga-buat-jururawat/#respond Tue, 31 Aug 2021 05:25:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5590
Read Time:1 Minute, 19 Second

KLANG : “Pesakit sembuh dari COVID-19, itu kenangan manis paling berharga buat diri saya dan semua petugas barisan hadapan,” kata Jururawat Rosiani Paulus.

Dia yang bertugas sebagai Jururawat disalah sebuah hospital swasta disini mengakui meskipun berasa keletihan membantu merawat pesakit COVID-19 namun ia memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

Katanya, pengalaman menjaga pesakit COVID-19 juga sukar digambarkan dengan kata-kata kerana hampir setiap hari mereka menerima pesakit yang memerlukan oksigen selain perlu ditidurkan.

“Sebagai Jururawat, pengalaman menjaga pesakit COVID-19 memang sukar digambarkan namun ini merupakan satu amanah untuk kami laksanakan bagi memastikan pesakit itu akan kembali sembuh seperti biasa.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal dahulu,keberangkalian untuk kami  dijangkiti amat tinggi.  Pada kali ini, tugas kami amat mencabar dimana kita diserang dengan virus varian baru mahu itu bukan halangan untuk kami mengalah, kami akan terus berjuang untuk pesakit kami,” katanya kepada Sabah Media disini baru-baru ini.

Rosiani yang berasal dari Tambunan Sabah itu berkata, bekerja selama lapan jam dengan menggunakan  Pakaian Perlindungan Diri (PPE) juga menjadi satu cabaran buat dirinya.

“Menggunakan PPE dalam tempoh yang lama sememangnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi kerana baju itu amat panas dan akan membuatkan kami berpeluh.

“Apa yang penting bagi kami, apabila pesakit sembuh sepenuhnya itu adalah kenangan manis bagi kami yang menjalankan tugas dan ucapan terima kasih dari pesakit juga menjadi kenangan manis buat kami,” katanya.

Dalam pada itu, Rosiani turut mengajak rakyat di Malaysia untuk berganding bahu menyahut cabaran melawan COVID-19 seperti mana pejuang terdahulu melawan penjajah bagi mencapai kemerdekaan negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/video-pesakit-sembuh-covid-19-jadi-kenangan-manis-berharga-buat-jururawat/feed/ 0 5590
Kerajaan Sabah Ambil Pendekatan Tingkatkan Kadar Vaksinasi, Pelaksanaan ‘Lockdown’ Bukan Kaedah Berkesan https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/#respond Fri, 30 Jul 2021 12:39:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3811
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bukan lagi kaedah berkesan bagi mengekang penularan COVID-19 pada masa kini dimana virus berkenaan sudah berada dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, virus itu kini mudah dijangkiti dan ia dibuktikan menerusi saringan secara besar-besaran yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Kontak rapat sudah menjadi kumpulan tertinggi kes harian iaitu sebanyak 60 peratus pad hari ini dan kontak rapat ini pula ada jaringan dari kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends).

“Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, yakni kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin naik kerana semakin luas medan saringan yang perlu dibuat oleh JKNS,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, kunci bagi melawan dan mengurus pandemik ini adalah melalui pematuhan standard operasi prosedur (SOP) dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk.

Katanya, kapasiti JKNS untuk memberi vaksin kini sudah sampai sehingga 50,000 dos vaksin sehari dan akan dipertingkatkan sehingga 60,000 dos sehari bergantung kepada stok vaksin yang diterima.

“Rakyat kini sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan pematuhan SOP secara menyeluruh akan membantu kita mengelak daripada dijangkiti. Vaksinasi juga memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90 peratus.

“Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan (mild) dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. Ini adalah antara pendekatan kerajaan Sabah bagi menangani pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Katanya, peningkatan kadar vaksinasi dikalangan penduduk Sabah bagi membolehkan kita mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara menyeluruh terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari

Menurutnya, pendekatan ini sudah terbukti berkesan ditempat lain dan apa yang perlu kini adalah bekalan vaksin yang mencukupi dan jadual penghantaran yang tidak terganggu.

“Bagi saya pelaksanaan ‘lockdown’ semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah.

“Ia adalah sekadar satu kaedah dan bukan satu-satunya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah. Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada ‘lockdown’ kerana vaksin pada ketika itu belum ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/feed/ 0 3811
((VIDEO)) 134 Pelajar UPSI Berasal Dari Sabah Terima Bantuan Bakul Makanan & ‘Hygiene Kit’ https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/#respond Sun, 25 Jul 2021 09:50:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3581
Read Time:1 Minute, 6 Second

TANJUNG MALIM : Seramai 134 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari negeri Sabah yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan berupa Bakul Makanan termasuk ‘Hygiene Kit’.

Sumbangan itu merupakan usahasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dan Mercy Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban pelajar terlibat yang tidak dapat pulang ke kampung dan masih berada di kampus meskipun dalam tempoh cuti semester.

“Bantuan yang diberikan ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan pelajar untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Ini sekaligus akan dapat mengurangkan risiko jangkitan,” katanya berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada pelajar UPSI dari Sabah disini pagi tadi.

Terdahulu, Arthur ketika berucap berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terus mendapat bantuan makanan.

Katanya, antaranya ialah Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

“Melalui program ini, saya dimaklumkan sejak pelaksanaanya pada Februari 2019 sehingga Mei 2021 sebanyak 17,954 mahasiswa telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dijalankan di 27 buah IPT,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/feed/ 0 3581
Kerajaan Tidak Halang NGO & Orang Awam Beri Bantuan Kepada Warga Asing https://sabahmedia.com/2021/07/16/kerajaan-tidak-halang-ngo-orang-awam-beri-bantuan-kepada-warga-asing/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/kerajaan-tidak-halang-ngo-orang-awam-beri-bantuan-kepada-warga-asing/#respond Fri, 16 Jul 2021 11:59:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3131
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil memberi bantuan kepada warga asing tanpa dokumen yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah sekiranya ada orang awam yang ingin tampil memberi bantuan kepada warga asing yang perlu bantuan.

“Pihak kerajaan negeri Sabah pada dasarnya hanya memberikan bantuan kepada rakyat yang berstatus warganegara sahaja.

“Namun bagi NGO atau orang awam yang mahu memberi bantuan pihak kerajaan negeri tidak mempunyai halangan,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berita yang dipaparkan sebuah akhbar tempatan pada 15 Julai bertajuk “Semakin Ramai PTI Turut Pasang Bendera Putih”.

Masidi berkata, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melakukan pemantauan di kawasan yang dimaksudkan mendapati masih terdapat sejumlah tujuh bendera berwarna putih.

Katanya, bendera putih berkenaan turut diikat bersama papan dan keratan kotak tertera nombor telefon serta nama yang mengandungi tulis memohon bantuan makanan daripada orang ramai.

“Tindakan telah diambil dengan menghubungi nombor telefon yang berkenaan dan mendapati pemilik nombor telefon tersebut terdiri daripada tujuh keluarga dari kalangan wanita warganegara Filipina berusia dalam lingkungan 50 tahun.

“Mereka dianggarkan seramai enam hingga ke sembilan orang serta kanak-kanak berumur lingkungan satu tahun dalam setiap rumah yang disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah menetap di kawasan setinggan Bukit Bantayan Kiansom, Inanam,” katanya.

Katanya, siasatan menerusi panggilan telefon mendapati mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi berikutan sumber pendapatan adalah bergantung sepenuhnya dengan suami yang kini berada di daerah Kota Belud yang bekerja.

“Sekatan perjalanan antara daerah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini menyebabkan halangan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sekaligus menyebabkan berlakukanya keadaan sedemikian,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/kerajaan-tidak-halang-ngo-orang-awam-beri-bantuan-kepada-warga-asing/feed/ 0 3131
SMK Rancha-Rancha Anjur Dialog Prestasi Untuk Calon SPM 2021 Bersama Ibu Bapa https://sabahmedia.com/2021/07/16/smk-rancha-rancha-anjur-dialog-prestasi-untuk-calon-spm-2021-bersama-ibu-bapa/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/smk-rancha-rancha-anjur-dialog-prestasi-untuk-calon-spm-2021-bersama-ibu-bapa/#respond Fri, 16 Jul 2021 09:40:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3122
Read Time:2 Minute, 20 Second

LABUAN: Pihak sekolah memerlukan kerjasama ibu bapa dalam memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak agar sentiasa bersemangat dan bersiap sedia mengikuti Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Wan Azman Wan Awang, berkata ia perlu bagi memastikan tiada pelajar tercicir atau tertinggal dalam pelajaran disebabkan tidak mengikuti kelas PdPR, terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Bercakap ketika dialog prestasi pelajar secara dalam talian bersama ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 SMK Rancha-Rancha, baru-baru ini, beliau berkata ibu bapa perlu membantu sekolah untuk memastikan kejayaan anak masing-masing dalam peperiksaan itu nanti.

“Dialog prestasi ini membolehkan interaksi dua hala di antara ibu bapa dengan pihak sekolah bagi merungkai pelbagai masalah mengenai pembabitan pelajar tingkatan lima dalam PdPR dan membincangkan pencapaian mereka dalam ujian pertama pada Mac lalu.

“Program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi ibu bapa agar sama-sama membantu sekolah dalam memberi galakan dan semangat kepadaa anak-anak agar sentiasa bersiap sedia setiap masa mengikuti PdPR kerana jika mereka tidak mengikuti, kemungkinan mereka akan ketinggalan topik yang diajar guru setiap mata pelajaran,” katanya.

Dialog bersama ibu bapa dan pelajar SPM 2021 anjuran Unit Kurikulum SMK Rancha-Rancha yang diadakan pada 10 Julai lalu itu turut menyelitkan taklimat berkaitan peluang lepasan SPM melanjutkan pelajaran selain perkara yang menyentuh soal akademik dan hal ehwal pelajar serta motivasi dan kaunseling.

Wan Azman berkata, selain untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa, program itu juga adalah inisiatif sekolah untuk merapatkan hubungan dengan ibu bapa pelajar dalam merancang aktiviti kecemerlangan kurikulum.

“Ini kerana sokongan ibu bapa adalah sangat diharapkan terutama dalam situasi sekarang yang mana kaedah kaedah pembelajaran lebih banyak dilaksanakan di rumah atau secara PdPR.

“Sehubungan itu, kita berharap dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi suntikan semangat kepada semua calon SPM agar lebih tabah dan berjuang sehabis baik untuk mendapat keputusan terbaik dalam SPM kelak,” katanya.

Sementara itu, kaunselor sekolah berkenaan, Rafeeza Sanadi, berkata penularan pandemik COVID-19 turut mempengaruhi pola emosi pelajar dalam mengikuti PdPR.

Katanya, pihaknya sedar ada pelajar yang tertekan dan kurang bermotivasi untuk mengikuti PdPR disebabkan pandemik dan masalah lain yang timbul disebabkan situasi itu.

“Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM yang sangat penting kepada mereka.

“Pihak sekolah bertanggungjawab mencari solusi untuk membantu pelajar agar tidak patah semangat, sebaliknya terus bermotivasi untuk belajar supaya tidak menjejaskan prestasi dan persediaan mereka menghadapi SPM,” katanya.

Tambahnya, galakan dan sokongan ibu bapa juga sangat diperlukan pada masa ini dan mereka perlu bersama dengan guru untuk membantu anak masing-masing dalam menangani tekanan emosi sepanjang PdPR.

Jelasnya, ibu bapa juga boleh berhubung dengan kaunseling sekolah jika ada masalah berkaitan dengan emosi anak-anak ketika menjalani PdPR supaya kedua-dua pihak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/smk-rancha-rancha-anjur-dialog-prestasi-untuk-calon-spm-2021-bersama-ibu-bapa/feed/ 0 3122
PUWDS Tekad Bantu Usahawan Wanita Digital Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/05/puwds-tekad-bantu-usahawan-wanita-digital-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/puwds-tekad-bantu-usahawan-wanita-digital-sabah/#respond Mon, 05 Jul 2021 14:44:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2589
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Usahawan Wanita Digital Sabah (PUWDS) tekad membantu usahawan wanita di Sabah sehingga menjadi usahawan berjaya.

Pengerusinya, Eparizan Mansor berkata, pihaknya sangat memahami keadaan usahawan wanita ketika ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami melihat ramai dalam kalangan mereka mula hilang keyakinan untuk meneruskan perniagaan kerana mengalami kerugian sekaligus hilang punca pendapatan.

“Senario ini tidak baik buat negeri ini kerana ia akan meningkatkan kadar pengangguran serta menurunkan penguasaan bumiputera dalam bidang perniagaan.

“Sehubungan dengan itu, PUWDS kini sedang giat membimbing wanita negeri Sabah dalam melahirkan usahawan yang mampu menggunakan teknologi digital seiring dengan hala tuju kerajaan bagi meningkatkan ekonomi melalui pendigitalan,” katanya.

Selain daripada itu, PUWDS turut merangka pelan hala tuju dan bantuan kepada ahli dengan memberi bantuan sehingga RM5,000 bagi mereka yang layak dan yang terkesan.

“Kami turut bertekad untuk membawa perubahan kepada usahawan tempatan yang terjejas dengan memberi khidmat sokongan dan bantuan pembiayaan digital serta permohonan dana melalui agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau yang pernah menerima beberapa anugerah pengiktirafan di peringkat Asia dan kebangsaan dalam bidang perniagaan kini mempelawa seluruh usahawan atau bakal usahawan wanita di Sabah untuk menyertai persatuan tersebut.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli boleh melayari laman sesawang https://beacons.page/puwds.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/puwds-tekad-bantu-usahawan-wanita-digital-sabah/feed/ 0 2589
Kerajaan Negeri Serah Geran RM2.55 juta Kepada MBS & Gabungan Laksana Program Pembangunan Belia https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/#respond Sun, 04 Jul 2021 06:41:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2492
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan geran berjumlah RM2.55 juta kepada Majlis Belia Sabah (MBS) dan 17 gabungannya bagi menjalankan Program Pembangunan Belia selain menyelaraskan aktiviti sokongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyampaian geran kepada MBS dan gabungannya itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin dan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Arena Belia di Kepayan disini.

Majlis itu diadakan sempena lawatan Ketua Menteri ke MBS yang mana beliau turut meninjau program Dapur Belia 4.0 (Youth Kitchen) yang turut memperuntukkan sejumlah RM500,000 di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0.

Program Dapur Belia itu diselaraskan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan kini memasuki siri keempat sejak PKP pertama tahun lalu.

Pada siri sebelumnya, MBS bersama badan gabungannya dan kelab belia terpilih di seluruh Sabah telah mengagihkan bakul makanan, pek tenaga untuk barisan hadapan dan pelbagai bantuan lain kepada mereka yang terjejas akibat PKP oleh pandemik berkenaan.

Antara yang menjadi sasaran menerusi Program Dapur Belia 4.0 kali ini adalah belia yang terbabit dalam industri ‘gig economy’ iaitu Food Panda Walkers yang menerima 250 bakul makanan dan 70 topi keledar.

Dapur Belia 4.0 adalah sinergi antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk meluaskan program ini ke seluruh Sabah, terutama bagi membantu golongan belia yang terjejas.

Bagi program Dapur Belia 4.0, setakat ini sebanyak 65 peratus bantuan telah diberikan kepada yang disasarkan dan dalam masa sama, lebih daripada 2,000 orang telah datang ke Bank Makanan (Food Bank) di Arena Belia untuk mendapat bantuan makanan.

Dalam pada itu, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan baru-baru ini, Hajiji berkata, kerajaan telah memperluaskan elaun pencari kerja kepada bukan pencarum PERKESO khususnya dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja di sektor tidak formal.

“Penyediaan jaringan keselamatan sosial kepada belia Sabah yang kehilangan pekerjaan sangat penting dalam menyokong aspek industri dan sosio-ekonomi kumpulan ini,” katanya.

Sehingga Disember 2020, PERKESO Sabah telah memberikan bantuan berjumlah RM16.8 juta kepada 4,434 pekerja kehilangan pekerjaan, dan sehingga April tahun ini, sejumlah RM3.8 juta elaun bantuan telah disalurkan kepada 851 belia yang kehilangan pekerjaan di negeri ini.

Program jaringan keselamatan sosial merangkumi semua sektor termasuk dalam ‘gig economy’.

Hajiji turut memuji inisiatif bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, MBS dan PERKESO untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan ketika PKP menerusi portal MyFutureJobs.

Portal ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan rujukan bagi pencari kerja selain menawarkan padanan pekerjaan dan program pasaran pekerjaan yang aktif bermula daripada penempatan pekerjaan, perundingan kerjaya serta kaunseling kepada mereka yang mengalami kesukaran.

Pada majlis itu, Hajiji juga menyaksikan penyerahan replika cek daripada PERKESO sebanyak RM265,180 kepada kepada dua majikan sebagai insentif untuk mengadakan program latihan kepada pekerja mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/feed/ 0 2492
AIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2377
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan membabitkan seramai 378,507 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM bermula Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pengeculian pembayaran yang akan berakhir pada penghujung Julai itu nanti adalah berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.

“Dengan penangguhan sehingga penghujung bulan Julai ini, AIM telah memberi penangguhan bayaran kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula 1 Jun lalu.

“Untuk rekod AIM sebelum ini telah memberi pengecualian bayaran balik salama 16 bulan secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. Ia kemudian disusuli penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat AIM,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Lajim berkata, penangguhan itu diberikan kepada mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Katanya, selain penangguhan bayaran balik pinjaman, AIM turut menangguhkan semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang.

“Pada masa sama, AIM turut menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

“Namun AIM membenarkan kutipan balik bayaran Skim Pembiayaan Ikhtiar melalui kaedah bukan tunai atau e-bayaran,”katanya.

Sementara itu, Lajim berkata AIM turut memperkenalkan lapan Pakej Ransangan Ekonomi AIM, selain menyediakan pelbagai insentif lain termasuk penangguhan tambahan, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan bengkel atau kursus secara digital untuk Sahabat AIM.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat AIM terbela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang setakat ini memberi manfaat kepada seramai 20,700 keluarga menerusi Program Bakul Kasih AIM.

“AIM sesungguhnya amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Sahabat AIM dan atas sebab itu kita berusaha untuk melaksanakan program pasaran produk Sahabat AIM secara dalam talian supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih luas dan mereka dapat terus berniaga tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, AIM juga sedang merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat AIM bagi membantu mereka bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/feed/ 0 2377