pkpb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Feb 2021 04:21:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pkpb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKP dilanjut di KL dan tiga negeri, negeri lain kecuali Perlis dikuatkuasa PKPB https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/#respond Tue, 16 Feb 2021 11:15:40 +0000 http://18.136.128.23/?p=167
Read Time:48 Second

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh sama.

Beliau berkata perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan, selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini.

— BERNAMA 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/feed/ 0 167