pkpkp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Nov 2021 02:35:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pkpkp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKPKP Anjur Kursus Pengendalian Dron Dalam Sektor Pertanian https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/#respond Thu, 18 Nov 2021 02:35:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8566
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan kursus pengendalian dron dalam sektor pertanian bagi melatih graduan lepasan ijazah pelbagai bidang, baru-baru ini.

Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, kursus yang dikenali sebagai Certified Drone Precision Agriculture Proficient itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Peserta sedang mengendalikan dron semasa kursus diadakan secara fizikal.
Dr Soon (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

“PENJANA KPT-CAP ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

“Kita adakan kursus dron secara hibrid iaitu dalam talian dan secara fizikal dengan penyertaan seramai 33 peserta dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Soon, kursus itu melatih para peserta dalam operasi dron, pengumpulan data, pemprosesan data dan analisis data.

“Di samping itu, ia bagi melatih kemahiran penggunaan dron dalam sektor pertanian seperti penyemburan racun menggunakan dron, dan data analisis bagi ladang kelapa sawit dan sawah padi.

“Kursus tersebut dibentuk mengikut keperluan industri dan mendapat persijilan daripada The Institute for Drone Technology Australia serta mendapat sokongan oleh persijilan City & Guilds United Kingdom (UK).

“Kandungan program ini juga selari dengan program modular Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2: Pengendalian Dron (H512-001-2:2019),” jelasnya.

Mengulas lanjut, Soon yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS memaklumkan, teknologi dron pada masa kini terutamanya penggunaan drone sprayer semakin mendapat tempat dalam sektor pertanian kerana dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi dalam penyemburan racun perosak.

“Penggunaan drone sprayer mampu menjalankan proses penyemburan yang lebih efektif meliputi kawasan yang besar dalam masa yang singkat.

”Proses pemetaan menggunakan teknologi dron di ladang kelapa sawit dan sawah padi juga mampu memberikan analisa yang lebih tepat.

“Analisa yang lebih tepat ini mampu memacu para peladang untuk membuat perancangan dan tindakan yang lebih sesuai dan proaktif untuk meningkatkan hasil tanaman,” kata Soon lagi.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

”Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada PENJANA KPT-CAP, UMS, pihak industri iaitu SG Academy atas usaha dan kerjasama yang cukup komited dalam memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan jayanya.

“Kerjasama dan komitmen yang erat seumpama ini diharap diteruskan lagi pada masa akan datang ke arah melahirkan generasi yang berkebolehan seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/feed/ 0 8566
UMS anjur Program Pengurusan Acara Karnival dan Jualan di bawah Pelan PENJANA KPT-CAP https://sabahmedia.com/2021/09/20/ums-anjur-program-pengurusan-acara-karnival-dan-jualan-di-bawah-pelan-penjana-kpt-cap/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/ums-anjur-program-pengurusan-acara-karnival-dan-jualan-di-bawah-pelan-penjana-kpt-cap/#respond Mon, 20 Sep 2021 08:36:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6631
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan Program Pengurusan Acara Karnnival dan Jualan baru-baru ini.

Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, penganjuran program itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Program yang berlangsung secara dalam talian ini menerima seramai 50 penyertaan terdiri daripada graduan lepasan ijazah sarjana muda pelbagai bidang.

“Penganjurannya antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup para peserta, mewujudkan tenaga kerja teknikal yang mahir serta proaktif, serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja buruh asing.

“Di samping itu, ia bagi mengurangkan kadar pengangguran serta gejala sosial yang kurang sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Soon, program tersebut yang berlangsung selama sebulan sehingga penghujung Ogos lalu dilaksanakan dengan kerjasama KK Event House Sdn Bhd.

“Sepanjang program dilaksanakan, pelajar diberi pendedahan secara nyata berkaitan pengurusan acara karnival dan jualan yang sebenar dalam pelbagai keadaan.

“Beberapa penceramah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian dan taklimat kepada peserta yang bertujuan memberi gambaran yang jelas dan juga perkongsian umum kepada peserta.

“Secara keseluruhannya boleh dikatakan program ini memberikan impak yang positif di kalangan peserta yang telah mengatakan hampir keseluruhan slot yang mereka hadiri telah menarik minat dan membangkitkan semangat mereka untuk menceburi bidang event management ini,” jelasnya.

Soon turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan khususnya kepada PENJANA KPT-CAP, UMS dan KK Event House Sdn Bhd atas kerjasama dan komitmen yang jitu sehingga terlaksananya Program Pengurusan Acara Karnival dan Jualan ini.

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar graduan-graduan tempatan mampu bersaing di alam pekerjaan sekali gus mengatasi masalah pengangguran di negara ini,” ujarnya.

Untuk rekod, PENJANA KPT-CAP merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/ums-anjur-program-pengurusan-acara-karnival-dan-jualan-di-bawah-pelan-penjana-kpt-cap/feed/ 0 6631