pkpp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Oct 2021 11:05:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pkpp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKPP Perkenal Karnival Inovasi Pupuk Budaya Rekacipta Mahasiswa UMS https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/#respond Mon, 18 Oct 2021 11:05:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7633
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester ini sebagai usaha memupuk budaya rekacipta dalam kalangan mahasiswa.

Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo berkata, ia sebagai komponen baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) tambahan untuk kursus kokurikulum berkredit sejajar gaya hidup lestari yang menuntut masyarakat bertindak proaktif menghasilkan inovasi yang realistik pada masa kini.

“Karnival yang julung kalinya diadakan ini akan dilaksanakan secara dalam talian melibatkan ketiga-tiga kampus UMS, iaitu Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

“Sebagai permulaan, ia akan diadakan pada minggu ketiga sesi pengkuliahan dengan menampilkan konsep ‘satu kursus satu inovasi’. Ia juga melibatkan mahasiswa Pusat Luar Kampus UMS (PLUMS),” Jurry berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, inovasi yang dihasilkan mahasiswa adalah bertemakan inovasi mudah dan realistik.

“Ia dalam bentuk produk untuk membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup. Maksudnya, inovasi tersebut adalah sesuatu ciptaan ringkas yang boleh menyelesaikan masalah, mesra pengguna, wajar, logik dan boleh digunakan.

“Hasil inovasi mahasiswa akan dinilai oleh panel penilai yang berpengalaman dan akan dianugerahkan Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa mengikut kriteria,” jelasnya.

Ujar Jurry, pensyarah dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Dr. Sharifah Rahama Amirul akan menjadi Ketua Penyelaras bagi karnival ini.

“Beliau yang juga Penyelaras Komponen Sukan, Kepimpinan dan Badan Beruniform PKPP mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemenang dan juri beberapa pertandingan inovasi.

“Manakala, modul untuk karnival tersebut diselenggarakan bersama oleh dua Timbalan Pengarah PKPP, Dr. Colonius Atang dan Profesor Madya Dr. Pathmanathan K. Suppiah,” kata Jurry.

Sebagai tanda galakan pembudayaan inovasi, beliau selaku pengarah PKPP akan menaja RM500 sebagai hadiah utama iaitu Anugerah Inovasi Khas Pengarah PKPP, dan RM100 untuk jurulatih yang membimbing mahasiswa memenangi hadiah utama.

“Walau bagaimanapun PKPP amat berbesar hati sekiranya ada daripada kalangan organisasi atau orang perseorangan yang turut ingin memberikan tajaan sebagai tanda sokongan kepada mahasiswa dan pembudayaan inovasi.

“Hasil ciptaan yang berkualiti akan dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi.

“PKPP yakin, pembaharuan dalam PdP ini adalah bersesuaian dengan generasi muda kini iaitu golongan yang telah dilatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Daripada maklum balas yang kita terima melalui jurulatih kursus kokurikulum berkredit semester ini, mahasiswa menunjukkan minat yang tinggi dan sudah tidak sabar menghasilkan idea masing-masing,” tambah Jurry.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/feed/ 0 7633
PKP dilanjut di KL dan tiga negeri, negeri lain kecuali Perlis dikuatkuasa PKPB https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/#respond Tue, 16 Feb 2021 11:15:40 +0000 http://18.136.128.23/?p=167
Read Time:48 Second

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh sama.

Beliau berkata perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan, selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini.

— BERNAMA 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/pkp-dilanjut-di-kl-dan-tiga-negeri-negeri-lain-kecuali-perlis-dikuatkuasa-pkpb/feed/ 0 167