PKR PH GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 May 2024 07:51:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PKR PH GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKR,PH setia kerjasama dengan GRS https://sabahmedia.com/2024/05/31/pkrph-setia-kerjasama-dengan-grs/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/pkrph-setia-kerjasama-dengan-grs/#respond Fri, 31 May 2024 07:48:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55326
Read Time:1 Minute, 0 Second

Penampang : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) tetap setia untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GRS yang dipimpin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor itu penting khususnya dalam menjaga kestabilan politik di negeri ini dan Persekutuan.

“Untuk Sabah saya bagitahu Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dan GRS bahawa kita termasuk saya mewakili PKR dan PH akan tetap setia dan bekerjasama dengan GRS dibawah pimpinan Hajiji.

“Ini akan memudahkan kita menjaga kestabilan politik di negeri dan persekutuan kerana kerjasama kita di peringkat persekutuan sangat baik sama ada PH, UMNO Barisan Nasional (BN), GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS.

“Parti-parti induk yang telah membantu menjamin kestabilan politik dan semua ini bermakna.  Ini kerana ia mewakili semua kaum, semua suku kaum yang utama dan semua agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya dan barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Anwar berkata, Kerajaan Madani akan melindungi dan mempertahankan hak semua kaum dan agama di negara ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/pkrph-setia-kerjasama-dengan-grs/feed/ 0 55326