PKR Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Jul 2024 12:07:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PKR Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej https://sabahmedia.com/2024/07/26/pkr-sabah-mahu-rundingan-agihan-kerusi-dilaksanakan-secara-pakej/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/pkr-sabah-mahu-rundingan-agihan-kerusi-dilaksanakan-secara-pakej/#respond Fri, 26 Jul 2024 12:07:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58107
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahu agihan kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu dilaksanakan secara pakej.

Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, pendekatan itu adalah merangkumi semua aspek perkongsian kuasa termasuk agihan jawatan lain dalam kerajaan.

Katanya, ia seperti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ahli lembaga pengarah dan jawatan di peringkat akar umbi.

Pada masa ini PKR Sabah melalui Pakatan Harapan (PH) negeri menjalin kerjasama sedia ada bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kali ini saya akan sebut juga nanti, saya tidak mahu hanya berkisar setakat kerusi saja, kita kena bincang ‘detail’ tentang jawatan pengerusi GLC, ‘board members’ dan juga hingga ke berapa peratus yang kita perlu dapat di peringkat jawatan akar umbi.

“Maknanya rundingan kerusi kali ini akan dibuat secara pakej. Saya tidak mahu kita berulang lagi seperti dulu hanya setakat bincang kerusi saja. Masing-masing bila sudah menang lupa kita punya penyokong di bawah yang memenangkan kita dan juga membantu memenangkan calon yang kita persetujui bersama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 POLYCC Zon Sabah di sini, hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar meminta agar rakan seperjuangan dari parti lain dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status hubungan kerjasama GRS-PH, Mustapha berkata, setakat ini hubungan tersebut berada dalam keadaan yang baik.

“Cuma mungkin yang penting ialah proses rundingan tentang kerusi. Kami di peringkat PH, PKR khusus, kita mahu supaya bilangan kerusi kita ditambah dan kita akan usulkan berapa kerusi yang kita fikir kita ada kekuatan dan boleh menang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/pkr-sabah-mahu-rundingan-agihan-kerusi-dilaksanakan-secara-pakej/feed/ 0 58107
PKR Sabah perkukuh Kerajaan Madani, sokong Kerajaan Negeri sedia ada – Mustapha https://sabahmedia.com/2024/07/22/pkr-sabah-perkukuh-kerajaan-madani-sokong-kerajaan-negeri-sedia-ada-mustapha/ https://sabahmedia.com/2024/07/22/pkr-sabah-perkukuh-kerajaan-madani-sokong-kerajaan-negeri-sedia-ada-mustapha/#respond Mon, 22 Jul 2024 08:38:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57869
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: PKR Sabah mahu memperkukuhkan Kerajaan Madani sekali gus menyokong dan memantapkan kerajaan negeri yang sedia ada, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hala tuju parti itu dan ke arah mana parti itu bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -17 Sabah nanti.

“Itu we will talk about it when we cross the bridge, sebab bagi kita yang paling utama ialah untuk memperkukuhkan kerajaan madani buat masa ini.

“Bila bercakap tentang Pilihan Raya Negeri Sabah ini, kita sebahagian daripada kerajaan negeri akan juga memantapkan kerajaan negeri yang sedia ada.

“Semua ADUN-ADUN (Adun PKR) kita akan terus menyokong Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sehingga habis term dan selepas itu kita akan berunding. Masa itulah selepas dibubarkan barulah kita tahu siapa kerjasama strategik kita untuk mendepani PRN ke-17 nanti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi persekutuan berkata hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjalan dengan baik dan mahu memastikan kerajaan negeri stabil.

“Kita mahu pastikan bahawa kerajaan negeri stabil sebab yang penting adalah rakyat.

“Kita mahu memberi khidmat kepada rakyat. Itulah kenapa kita ambil keputusan PH terutamanya mendokong pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah untuk memastikan bahawa kerajaan di negeri ini stabil.

“Kita tidak mampu lagi bertukar Ketua Menteri setiap dua tahun sama dengan di peringkat pusat juga. Jadi yang penting kestabilan ini.

“Barulah kita nampak rakyat dapat dijaga. Kebajikan mereka dapat dijaga dan kita boleh fokus dengan projek-projek dan juga yang boleh membantu rakyat ini. Jadi itulah pandangan kita,” jelasnya.

Pada sidang media itu, Mustapha turut memaklumkan PKR Sabah akan menganjurkan Program Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah pada 4 Ogos 2024, jam 8 pagi hingga 2 petang, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan program tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/22/pkr-sabah-perkukuh-kerajaan-madani-sokong-kerajaan-negeri-sedia-ada-mustapha/feed/ 0 57869
PKR Sabah beri komitmen, jamin kestabilan politik Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/26/pkr-sabah-beri-komitmen-jamin-kestabilan-politik-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/pkr-sabah-beri-komitmen-jamin-kestabilan-politik-sabah/#respond Sun, 26 May 2024 15:29:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55079
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan terus memberi komitmen dan menjamin kepada kestabilan politik di negeri ini sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud.

“Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia Madani yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selain itu, PKR Sabah juga akan terus memberi komitmen dan menjamin kepada kestabilan politik di negeri ini sehingga DUN dibubarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah yang baharu bagi menggantikan Datuk Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menyeru agar pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengangkat martabat rakyat dan Negara yang tercinta.

“Saya terima lantikan yang diamanahkan Presiden sebagai ‘taklif’ (tanggungjawab) dan bukan ‘tashrif’(keistimewaan).

“Perubahan ini menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi yang segar. Disamping menyantuni dan mengangkat ‘local wisdom’ (kearifan tempatan),” katanya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, Konvensyen Khas PKR Sabah dan program-program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, ia akan diadakan secara berkala sebagai  persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/pkr-sabah-beri-komitmen-jamin-kestabilan-politik-sabah/feed/ 0 55079
Mustapha dilantik Ketua PKR Sabah baharu https://sabahmedia.com/2024/05/26/mustapha-dilantik-ketua-pkr-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/mustapha-dilantik-ketua-pkr-sabah-baharu/#respond Sun, 26 May 2024 12:47:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55058
Read Time:52 Second

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud hari ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) atau Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai perkembangan itu di sini sebentar tadi.

“Ya, baru diumumkan oleh Presiden,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Selain Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam yang juga Ketua Cabang PKR Sepanggar, Peto Galim turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sabah.

Pada Mac lalu, Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah mengetuai 15 Ketua Cabang dari seluruh negeri menandatangani akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Sangkar dan memintanya meletak jawatan secara terhormat.

Kumpulan itu turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR menimbangkan agar seorang pengerusi baharu dilantik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Dalam kenyataan balasnya selepas itu, Sangkar menyatakan enggan meletak jawatan dan menyerahkan kepada presiden untuk membuat keputusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/mustapha-dilantik-ketua-pkr-sabah-baharu/feed/ 0 55058
PKR Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar – Simsudin https://sabahmedia.com/2024/03/19/pkr-sabah-masih-kukuh-di-bawah-pimpinan-datuk-dr-sangkar-simsudin/ https://sabahmedia.com/2024/03/19/pkr-sabah-masih-kukuh-di-bawah-pimpinan-datuk-dr-sangkar-simsudin/#respond Tue, 19 Mar 2024 00:51:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51244
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar Rasam, kata Setiausaha MPN Sabah, Simsudin Sidek (gambar).

Katanya, perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) adalah mengikut saluran yang betul mengikut perlembagaan parti dan dipersetujui oleh Presiden.

“Pada 22 Februari 2024 penstrukturan semula semua pengerusi pimpinan negeri di semua negeri telah dibuat oleh parti dan telah mengekalkan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah.

“Semua pihak hendaklah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh presiden parti.

“PKR Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang dikeluarkan semalam 15 Ketua Cabang PKR Sabah sebulat suara menolak kepimpinan MPN Sabah Datuk Dr Sangkar.

Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd Amin Abdul Mem telah menafikan terlibat dalam gerakan tersebut walaupun namanya telah dimasukkan dalam gerakan itu.

Simsudin berkata, beliau mengakui pergolakan dalaman yang berlaku mungkin ada kesan perbezaan pendapat tetapi itu adalah perkara biasa dalam organisasi.

“Tindakan tersebut tidak memberi kelebihan kepada parti melainkan membawa kepada perpecahan kepada PKR di sabah,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Simsudin turut menjelaskan banyak program telah dilaksanakan sebelum ini.

“Program dan aktiviti parti sama ada peringkat negeri mahupun cabang kerap diadakan dari semasa ke semasa dan berkala yang melibatkan ahli parti dan juga pimpinan, serta masyarakat keseluruhannya.

“Contohnya Jelajah Mesyuarat MPN, AMK, Wanita dan Cabang telah dilakasanakan melibatkan seluruh cabang bagi mengeratkan hubungan antara pimpinan dan juga anggota. Disamping itu program-program masyarakat seperti bantuan bakul makanan, latihan berkala anjuran bersama pusat dan negeri, acara kebudayaan, acara keluarga, sambutan hari perayaan yang melibatkan anggota parti dan juga masyarakat,” jelas beliau.

Justeru, beliau menyeru agar semua pihak dalam parti memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang, bertanding dan memenangi banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya juga menyeru agar semua pihak menghormati keputusan presiden dan parti, manakala sebarang kemusykilan serta perbezaan pendapat boleh disalurkan melalui platform yang telah disediakan oleh parti,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/19/pkr-sabah-masih-kukuh-di-bawah-pimpinan-datuk-dr-sangkar-simsudin/feed/ 0 51244
PRN SABAH: Hasrat PKR Sabah tanding 25 kerusi DUN setiap kawasan Parlimen di Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/20/prn-sabah-hasrat-pkr-sabah-tanding-25-kerusi-dun-setiap-kawasan-parlimen-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/prn-sabah-hasrat-pkr-sabah-tanding-25-kerusi-dun-setiap-kawasan-parlimen-di-sabah/#respond Tue, 20 Feb 2024 11:32:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49792
Read Time:2 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berhasrat untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap kawasan Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Hasrat itu disuarakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam ketika ditemui Sabah Media di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam siri mesyuarat jelajah PKR Sabah di seluruh negeri baru-baru ini.

“Bagi PKR di Sabah selepas diputuskan dalam siri mesyuarat jelajah PKR di seluruh negeri Sabah, PKR Sabah berhasrat untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri di setiap Parlimen pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

“Perkara ini, kami akan sampaikan kepada pucuk pimpinan parti Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH) dalam masa yang terdekat ini,” katanya.

Jelas Dr Sangkar, setiap parti ada hasrat, semua parti mahu kerusi yang banyak, jadi perkara itu perlu dimurnikan di peringkat atasan untuk mendapatkan kata sepakat dari semua pihak terbabit sebelum ia diputuskan.

“Setiap parti ada hasrat, semua parti mahu kerusi yang banyak, jadi perkara itu perlu dimurnikan di peringkat atasan dan apabila kata sepakat dapat diputuskan di situ, kami di bawah ini kena ikut, masing-masing ada tujuan tapi akhirnya ditentukan di peringkat
paling atas.

“Ia juga bergantung kepada perbincangan antara PH lagi dan antara parti-parti yang sanggup bekerjasama dengan kita tapi sekurang-kurangnya hasrat PKR Sabah ada satu wakil calon kerusi DUN di setiap Parlimen.

“Bila diputuskan nanti kami terima seadanya… Syaratnya sekarang bagaimana hasrat ini dapat ditunaikan bergantung kepada bagaimana bukti-bukti seperti data-data dan analisis kawasan termasuk kriteria kelayakan 25 calon ini dapat dikemukakan kepada pihak pimpinan atasan,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan PH perlu diteruskan hingga PRN akan datang seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali baru-baru ini, Dr Sangkar berkata, kerjasama itu memang sudah wujud dan dikekalkan walau bagaimanapun hubungan dan kerjasama itu perlu dibaiki sehingga ke peringkat akar umbi.

“Di manapun perpaduan telahpun dilaksanakan di peringkat lebih tinggi terutama dari kepimpinan di atas tetapi apa yang kita lihat perpaduan dari peringkat di sebelah bawah pertengahan di peringkat akar umbi, saya rasa perpaduan ini belum lagi mencapai matlamatnya dengan baik dan ia perlu kita perbaiki dari semasa ke semasa.

“Mengenai dengan apa yang disebut oleh Armizan itu saya beranggapan itu adalah pandangan peribadinya iaitu PH-GRS perlu bekerjasama tapi bagi saya bergantung kepada pimpinan pusat apabila sampai masanya sebab kerjasama ini bagi peringkat kami, kami hanya penyelaras tapi untuk memutuskan gabungan atau kerjasama itu ia perlu diputuskan dari peringkat atasan,” ulasnya.

Ditanya mengenai desas-desus Barisan Nasional (BN) juga turut menawarkan kerjasama kepada PH dalam PRN akan datang, Dr Sangkar berkata, ia adalah tidak mustahil kerana BN sudah ada kerjasama di peringkat pusat.

“Justeru itu, untuk Sabah, saya rasa tidak mustahil kita boleh bergabung bersama BN untuk kepentingan parti, masyarakat dan kepentingan negara untuk dibangunkan terutamanya, kita mahu politik ini stabil di negara kita, jadi bila negara kita stabil dari segi politik barulah kita boleh bangunkan negara kita dengan baik.

“Jadi matlamat kita bersama-sama di negeri ini dengan kestabilan politik yang ada, maksud kita stabilkan politik kita dahulu barulah kita dapat membangunkan negara kita bersama-sama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/prn-sabah-hasrat-pkr-sabah-tanding-25-kerusi-dun-setiap-kawasan-parlimen-di-sabah/feed/ 0 49792
PKR Sabah sokong calon Kerajaan Perpaduan bertanding pada PRN https://sabahmedia.com/2023/07/29/pkr-sabah-sokong-calon-kerajaan-perpaduan-bertanding-pada-prn/ https://sabahmedia.com/2023/07/29/pkr-sabah-sokong-calon-kerajaan-perpaduan-bertanding-pada-prn/#respond Sat, 29 Jul 2023 12:01:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39200
Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Kinabalu Datuk Christina Liew mengetuai rombongan ahli parti dari Sabah turut memberi sokongan moral kepada tiga calon Kerajaan Perpaduan Gombak yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Hari Penamaan calon pada Sabtu.

Para calon bertanding di negeri masing-masing dalam Kawasan Parlimen Gombak ialah Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (DUN N16 Sungai Tua), Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (DUN N17 Gombak Setia) dan Juwairiya Zulkifli (DUN N18 Hulu Kelang) yang merupakan Setiausaha Politik Amirudin.

Christina (empat kanan) yang diiringi ADUN Inanam Peto Galim bertemu calon pada Himpunan Perpaduan Gombak.

Christina yang diiringi ADUN Inanam Peto Galim bertemu calon pada Himpunan Perpaduan Gombak yang diadakan di Jambatan Sungai Chinchin, Batu 7 1/2, Jalan Gombak.

Sterusnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Christina dan Peto mengiringi calon dalam perarakan 1 kilometer ke Pusat Penamaan calon di Dewan SMK Sungai Pusu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/29/pkr-sabah-sokong-calon-kerajaan-perpaduan-bertanding-pada-prn/feed/ 0 39200