pkr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Nov 2025 09:43:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pkr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKR Tuaran bantu calon GRS di empat kawasan DUN, putus hubungan dengan UPKO https://sabahmedia.com/2025/11/14/pkr-tuaran-bantu-calon-grs-di-empat-kawasan-dun-putus-hubungan-dengan-upko/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/pkr-tuaran-bantu-calon-grs-di-empat-kawasan-dun-putus-hubungan-dengan-upko/#respond Fri, 14 Nov 2025 09:42:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85761
Read Time:59 Second

Oleh Florieta Diet

TUARAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran memutuskan untuk membantu calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Ketua Cabang PKR Tuaran, Razeef Rakimin, berkata keputusan itu dibuat selepas PKR Tuaran mengadakan mesyuarat pada 8 November lalu bagi membincangkan pelbagai isu penting, termasuk kesiapsiagaan gerak kerja menghadapi PRU DU Sabah.

“Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat itu ialah tindakan PKR Tuaran memutuskan hubungan serta-merta dengan Parti UPKO di peringkat kawasan tersebut. Langkah itu diambil selepas mengambil kira perkembangan politik semasa yang dilihat memerlukan penegasan pendirian parti,” katanya.

Razeef menjelaskan, berdasarkan situasi terkini, UMNO tidak membantu calon Keadilan di kerusi Sindumin, sekali gus menimbulkan keperluan untuk PKR Cabang Tuaran meneliti strategi lain bagi memastikan kekuatan blok reformasi terus dipertahankan di Sabah.

Katanya, Biro Politik PKR Tuaran turut membincangkan kemungkinan untuk membantu rakan komponen sekiranya tiada calon PKR diketengahkan di sesuatu kawasan, dengan tujuan memastikan persaingan sihat dan memaksimumkan peluang kemenangan dalam gabungan.

Beliau menegaskan bahawa semua keputusan berkenaan dibuat demi kepentingan pengundi serta memastikan penyelarasan sokongan yang lebih berkesan menjelang PRU ke-17.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/pkr-tuaran-bantu-calon-grs-di-empat-kawasan-dun-putus-hubungan-dengan-upko/feed/ 0 85761
Rafizi Letak Jawatan Menteri Ekonomi, Akui Hilang Mandat Politik https://sabahmedia.com/2025/05/28/rafizi-letak-jawatan-menteri-ekonomi-akui-hilang-mandat-politik/ https://sabahmedia.com/2025/05/28/rafizi-letak-jawatan-menteri-ekonomi-akui-hilang-mandat-politik/#respond Wed, 28 May 2025 05:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74695
Read Time:1 Minute, 15 Second

KUALA LUMPUR,— Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada barisan Jemaah Menteri, berkuat kuasa 17 Jun 2025.

Keputusan itu, menurut Rafizi, adalah susulan kekalahannya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini yang, katanya, telah menjejaskan legitimasi politik untuk terus memacu dasar-dasar reformasi dalam kerajaan.

“Saya menyertai politik atas semangat membawa politik baru yang berteraskan mandat dan akauntabiliti kepada rakyat. Tanpa mandat itu, adalah tidak wajar untuk saya terus berada dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Rafizi turut memaklumkan bahawa beliau akan menghabiskan cuti tahunan bermula hari ini sehingga 16 Jun, sebelum penamatan rasmi jawatannya sehari kemudian.

Surat rasmi perletakan jawatan telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukan pengganti yang sesuai.

Bekas Naib Presiden PKR itu turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Kementerian Ekonomi dan penjawat awam yang telah bersamanya membentuk kerangka dasar negara sejak menyertai kabinet.

Antara sumbangan terakhir beliau ialah penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menurutnya telah dimuktamadkan dan sedia untuk dibentangkan di Parlimen.

RMK13 dijangka memberi fokus utama kepada reformasi pendidikan negara termasuk pembaharuan struktur dalam Kementerian Pendidikan.

“Saya berharap reformasi pendidikan ini akan terus dilaksanakan demi generasi akan datang, walaupun saya tidak lagi berada dalam pentadbiran,” ujarnya.

Rafizi turut menyeru rakyat agar terus menyokong usaha pemulihan struktur ekonomi negara demi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Perjalanan ini masih panjang, tetapi keputusan yang sukar mesti terus dibuat untuk masa depan yang lebih mampan,” katanya mengakhiri kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/28/rafizi-letak-jawatan-menteri-ekonomi-akui-hilang-mandat-politik/feed/ 0 74695
Anwar, Hajiji dijangka bincang kerjasama PRN Sabah di Tawau https://sabahmedia.com/2025/05/10/anwar-hajiji-dijangka-bincang-kerjasama-prn-sabah-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/anwar-hajiji-dijangka-bincang-kerjasama-prn-sabah-di-tawau/#respond Sat, 10 May 2025 11:30:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73551
Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang sempena lawatannya ke Tawau esok.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya berharap ada perbincangan diantara kedua-dua pemimpin itu bagi mengekalkan kesepaduan Kerajaan Perpaduan yang ada masa ini.

“Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan datang ke Tawau besok dan saya fikir Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun akan hadir sama.  Jadi kita harap akan ada perbincangan awal.

“Ini antara hasrat Perdana Menteri yang mahu kesepaduan Kerajaan Perpaduan seperti di pusat itu dikekalkan  dan kalau boleh kita bawa ke peringkat negeri, soal kerusi kita boleh berunding. 

“Kita faham hasrat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini dia mahu menjadi tunjang kepada Kerajaan Negeri, itu kita boleh bincang tetapi jangan kita wujudkan pergeseran sehingga kita bertembung jadi kita masih lagi membuka ruang untuk kita bekerjasama dengan GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Pendidikan Kemahiran dan Kerjaya Borneo di North Borneo University College di sini pada Sabtu.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pihaknya memahami hasrat Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS jika gabungan parti tempatan itu mahu bertanding secara solo pada PRN akan datang.

“Saya ada membaca kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri dan kita faham hasrat beliau, jika difahami sebenarnya masih ada ruang untuk kita berbincang dan wujudkan kerjasama.   

“Kita  juga mengalu-alukan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ini sebab ini adalah refleksi tunjang parti-parti komponen di peringkat Kerajaan Madani, ini yang kita bawa ke Sabah. Tapi kita, pandangan saya kita perlu juga buka ruang ini kepada parti yang berasaskan lokal ini,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS sedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam PRN akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan. 

“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/anwar-hajiji-dijangka-bincang-kerjasama-prn-sabah-di-tawau/feed/ 0 73551
Pemimpin PKR Sabah Ingatkan UMNO Jangan Sombong dengan kemenangan Besar di Mahkota https://sabahmedia.com/2024/10/01/pemimpin-pkr-sabah-ingatkan-umno-jangan-sombong-dengan-kemenangan-besar-di-mahkota/ https://sabahmedia.com/2024/10/01/pemimpin-pkr-sabah-ingatkan-umno-jangan-sombong-dengan-kemenangan-besar-di-mahkota/#respond Tue, 01 Oct 2024 10:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61564
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu — Jangan angkuh dengan kemenangan besar di DUN Mahkota kerana ia tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras PH bagi memastikan pengundi PH keluar mengundi dan tidak beralih sokongan.

Itu tulis Timbalan ketua penerangan PKR  , Razeef Rakimin bagi mengulas saranan Nur Jazlan Mohamed agar parti PH meminta maaf kepada UMNO susulan kemenangan BN di PRK Mahkota baru-baru ini

“Selepas bersama PH barulah UMNO perlahan-lahan bersih dari sikap angkuh, sombong serta jauh dari rasuah dan salahguna kuasa.

Razeef yang juga Ketua Cabang Keadilan Tuaran turut menasihatkan UMNO untuk jangan terlalu angkuh dengan kemenangan besar di Dun Mahkota baru-baru ini.

“  Jangan angkuh dengan kemenangan besar di DUN Mahkota kerana ia tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras PH bagi memastikan pengundi PH keluar mengundi dan tidak beralih sokongan.

Inilah perangai sesetengah pemimpin UMNO yang masih belum terhakis, angkuh. Baru menang beberapa kerusi sudah mendabik dada tulisnya lagi.

Sabtu lalu Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/01/pemimpin-pkr-sabah-ingatkan-umno-jangan-sombong-dengan-kemenangan-besar-di-mahkota/feed/ 0 61564
Dr Sangkar komited beri kerjasama baik perkukuh PKR seluruh negara https://sabahmedia.com/2024/05/29/dr-sangkar-komited-bagi-kerjasama-baik-perkukuh-pkr-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2024/05/29/dr-sangkar-komited-bagi-kerjasama-baik-perkukuh-pkr-seluruh-negara/#respond Wed, 29 May 2024 08:30:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55235
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Datuk Dr Sangkar Rasam menyifatkan pelantikan beliau menjadi ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu tanggungjawab yang besar untuk digalas demi memastikan PKR terus kukuh di negara ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kerana memberi kepercayaan melantik saya menganggotai Majlis Pimpinan Pusat.

“Justeru, saya komited memberikan kerjasama yang baik demi memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sangkar turut berterima kasih kepada Ketua-ketua Cabang, Ketua-ketua Wanita, Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Srikandi dan semua ahli PKR Negeri Sabah kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau mengetuai PKR di negeri Sabah.

“Semoga kerjasama ini akan berterusan demi memperkukuhkan Parti Keadilan di Negeri di Bawah Bayu ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Mustapha Sakmud atas pelantikan beliau sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, pelantikan Dr Sangkar dan Mustapha adalah susulan penyusunan semula kepimpinan yang telah diputuskan dalam mesyuarat MPP parti itu pada Ahad lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/29/dr-sangkar-komited-bagi-kerjasama-baik-perkukuh-pkr-seluruh-negara/feed/ 0 55235
SPR Tetapkan PRN Sarawak Pada 18 Disember Ini https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/#respond Wed, 24 Nov 2021 04:45:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8808
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Abdul Ghani berkata, seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12 dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 17 Disember.

Beliau juga memaklumkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya itu akan mula dijual pada 1 Disember dan pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial SPR iaitu pengundi.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927018 atau menerusi aplikasi MySPR Semak dengan semakan boleh dibuat mulai 1 Disember,” katanya.

Bagi urusan permohonan undi pos luar dan dalam negara, permohonan undi pos untuk mengundi Kategori Borang 1B dan Kategori Borang 1C dibuka mulai 8 November lalu sehingga 24 November.

“Bagi kategori Borang 1A pula bermula 24 November sehingga 3 Disember manakala permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.

“Permohonan untuk mengundi secara pos boleh dilakukan menerusi MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/feed/ 0 8808
Ketua Pemuda PKR Sabah Berdepan Siasatan Berhubung Dakwaan Jual Anak https://sabahmedia.com/2021/06/20/ketua-pemuda-pkr-sabah-berdepan-siasatan-berhubung-dakwaan-jual-anak/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/ketua-pemuda-pkr-sabah-berdepan-siasatan-berhubung-dakwaan-jual-anak/#respond Sun, 20 Jun 2021 03:21:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1597
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kenyataan oleh ahli politik Sabah baru-baru ini, mendakwa seorang wanita yang menghadapi masalah kewangan cuba menjual anaknya.

Ketua Polis Keningau, Shahrudin Mat Hussin, berkata kenyataan media dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar, 16 Jun lalu boleh membangkitkan kegentaran awam dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, wanita itu telah membuat laporan yang menyangkal dakwaan Ahuar, dan siasatan polis mengenainya menunjukkan tidak wujud isu penjualan anak atau sindiket pemerdagangan manusia.

Rabu lalu, Ahuar mendakwa tiga kanak-kanak tersebut adalah mangsa pemerdagangan manusia oleh ibu mereka yang berputus asa selepas sumber pendapatannya terputus kerana sekatan pergerakan.

Beliau turut mendakwa, ketiga-tiga kanak-kanak itu diselamatkan oleh polis dan jabatan kebajikan di Keningau.

Namun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, menafikan kejadian itu.

Shahrudin berkata, kenyataan Ahuar “dilihat menimbulkan ketakutan orang ramai kerana menyentuh isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan antara negara, seolah-olah ini berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa”.

Beliau berkata, polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan awal Ahuar dan mendapati tidak ada isu melibatkan penjualan kanak-kanak atau sindiket pemerdagangan manusia.

“Ibu kanak-kanak itu juga sudah membuat satu laporan polis dan dengan tegas menafikan kenyataan ahli politik terbabit.

“Polis sentiasa peka dan mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam berkaitan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” katanya. – FMT

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/ketua-pemuda-pkr-sabah-berdepan-siasatan-berhubung-dakwaan-jual-anak/feed/ 0 1597
SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak https://sabahmedia.com/2021/02/16/sprm-tahan-timbalan-pengerusi-pkr-perak/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/sprm-tahan-timbalan-pengerusi-pkr-perak/#respond Tue, 16 Feb 2021 11:28:10 +0000 http://18.136.128.23/?p=173
Read Time:38 Second

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan timbalan pengerusi PKR Perak M A Tinagaran di Ipoh hari ini.

Sumber parti berkata, Tinagaran ditahan setelah beliau hadir di pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan.

Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador, mengesahkan Tinagaran hadir di pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan, namun tidak menyatakan butiran siasatan itu.

Bagaimanapun, media memetik sumber sebagai berkata siasatan itu berkaitan dengan sebuah projek pembangunan di Perak, namun tidak ada pengesahan

“Diharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian pada masa ini.

“Semoga keluarganya bersabar menempuhi dugaan ini di samping sahabat-sahabat dan penyokong setia yang sentiasa memberikan sokongan,” kata Farhash.

Farhash berharap siasatan akan dijalankan secara telus dan “semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” mana-mana pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/sprm-tahan-timbalan-pengerusi-pkr-perak/feed/ 0 173