plastik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Jul 2025 12:56:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png plastik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Plastik sekali guna jejas biodiversiti dan ekonomi https://sabahmedia.com/2025/07/27/plastik-sekali-guna-jejas-biodiversiti-dan-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2025/07/27/plastik-sekali-guna-jejas-biodiversiti-dan-ekonomi/#respond Sat, 26 Jul 2025 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77998
Read Time:1 Minute, 52 Second

Kinabatangan : Pencemaran plastik yang kini berada di luar kawalan adalah hasil daripada peningkatan pesat penggunaan plastik yang tidak mampan dan kurangnya pengurusan sisa yang berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif SKG Green Sdn Bhd Philipa Datuk Wilfred Mojilis berkata, kesan daripada yang membimbangkan, ia bukan sahaja mencemari sungai, laut, tanah dan udara, malah telah mencetuskan krisis kesihatan awam.

Selain itu katanya, ia turut mengancam biodiversiti, serta memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat global.

Menurutnya, plastik yang tidak diurus dengan baik akan kekal dalam persekitaran selama berabad-abad.

“Menurut kajian, lebih 400 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada jumlah ini adalah plastik sekali guna, yang digunakan hanya seketika sebelum dibuang begitu sahaja.

“Plastik jenis ini bukan memberi kesan jangka pendek terhadap alam sekitar tetapi memakan masa ratusan tahun untuk terurai sepenuhnya. Lebih menyedihkan, jutaan haiwan laut, sungai dan darat terkorban setiap tahun akibat tertelan atau terperangkap dalam sisa plastik.

“Ini bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi satu krisis kemanusiaan yang perlu kita tangani bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 di sini baru-baru ini.

Philipa berkata, seruan global melalui kempen #BeatPlasticPollution menyeru agar satu pendekatan yang lebih teguh, tangkas, dan berpandangan jauh dilaksanakan.

Katanya, ia menekankan keperluan untuk kerjasama erat antara kerajaan, sektor industri, dan seluruh lapisan masyarakat bagi melaksanakan perubahan menyeluruh dan berasaskan kesedaran.

“Pendekatan ini perlu merangkumi keseluruhan rantaian nilai plastik bermula dari reka bentuk produk, pengeluaran, penggunaan, sehinggalah kepada pelupusan.

“Fokus utama adalah untuk menghapuskan produk plastik yang tidak perlu demi memastikan kelestarian alam sekitar dan masa depan yang lebih bersih,” katanya.

Sementara itu, Philipa berkata, Masyarakat juga digalakkan untuk memilih produk atau perkhidmatan yang diperakui sebagai lestari, khususnya dalam sektor pertanian, perhutanan, dan perikanan.

“Pilihan kita penting bagi memastikan sumber semula jadi dapat dipelihara secara holistik untuk kelangsungan generasi akan datang. Namun, pemuliharaan alam tidak akan berjaya tanpa perubahan dalam gaya hidup kita.

“Amalan kitar semula perlu dijadikan kebiasaan, kerana ia bukan sahaja mengurangkan pencemaran, malah mengurangkan tekanan terhadap sumber asli, menjimatkan tenaga, dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Setiap inisiatif yang dilaburkan dalam pemulihan boleh meningkatkan mata pencarian, mengurangkan kemiskinan dan membina daya tahan terhadap cuaca ekstrem dan tidak menentu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/27/plastik-sekali-guna-jejas-biodiversiti-dan-ekonomi/feed/ 0 77998
DBKK pertimbang laksana undang-undang kecil tangani penggunaan beg plastik https://sabahmedia.com/2024/08/02/dbkk-pertimbang-laksana-undang-undang-kecil-tangani-penggunaan-beg-plastik/ https://sabahmedia.com/2024/08/02/dbkk-pertimbang-laksana-undang-undang-kecil-tangani-penggunaan-beg-plastik/#respond Fri, 02 Aug 2024 01:56:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58432
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Satu undang-undang kecil sedang dipertimbangkan bagi tujuan menangani penggunaan dan pembuangan beg plastik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, undang-undang itu dilihat perlu bagi membolehkan kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Bagi saya, secara peribadi, kita sepatutnya mempunyai undang-undang kecil penggunaan beg plastik untuk menghalang kerana setakat ini, walaupun sekarang ini, kita belum ada undang-undang, jadi bermakna usaha ini sebenarnya tidak berkesan.

“Kalau kita ada undang-undang kecil itu, ini boleh menghentikan, sekurang-kurangnya menghentikan penggunaan beg plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ di Pasar Raya Bataras di Jalan Gaya di sini semalam.

Abidin berkata, meskipun kempen itu mula dilaksanakan semalam namun tidak ada tindakan akan diambil kepada mereka yang melanggar arahan selain akan memberi peringatan mesra.

Dalam pada itu, Abidin berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan satu detik bersejarah dimana ianya menandakan bermulanya pelaksanaan inisiatif hijau oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) iaitu tiada lagi beg plastik sekali guna akan dibekalkan sama ada berbayar mahupun secara percuma kepada semua pengguna.

Katanya ia termasuklah di premis pasar raya (Hypermarket, Supermarket, Mart), Kedai Serbaneka (Departmental Store), Kedai Rangkaian, Farmasi, Kedai Serbaneka, Kedai Runcit, Kedai Serbaneka Stesen Minyak, Kedai Bakeri, Kedai-kedai Pakaian, Pasar Pekan Manggatal, Pasar Pekan Inanam dan Pasar Pekan Telipok pada setiap hari.

“Hanya peniaga bahan mentah seperti ikan, daging dan makanan laut di pasar bangunan dibenarkan untuk menggunakan bahan plastik bagi tujuan pembungkusan.

“Kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ yang dahulunya dikenali sebagai ‘Bawa Beg Bah’ setiap Sabtu, Ahad dan Isnin, merupakan satu usaha dari DBKK untuk memelihara alam semula jadi bandar raya, mengurangkan pencemaran yang berpunca dari beg plastik sekali guna sekaligus melahirkan satu bandar raya yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/02/dbkk-pertimbang-laksana-undang-undang-kecil-tangani-penggunaan-beg-plastik/feed/ 0 58432