pmbs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Jun 2026 01:55:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pmbs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Arifin kekal terajui PMBS, tiga jawatan utama tidak dipertandingkan. https://sabahmedia.com/2026/06/02/arifin-kekal-terajui-pmbs-tiga-jawatan-utama-tidak-dipertandingkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/02/arifin-kekal-terajui-pmbs-tiga-jawatan-utama-tidak-dipertandingkan/#respond Tue, 02 Jun 2026 01:55:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97610
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU :  Tiga jawatan tertinggi Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) bagi sesi 2026–2028 dimenangi tanpa bertanding selepas mendapat sokongan padu daripada cawangan-cawangan persatuan di seluruh negeri.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PMBS, Norhasan Ismail, menerusi satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, hasil Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan di peringkat cawangan yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei lalu mendapati 31 daripada 32 cawangan yang layak mengadakan persidangan telah mengemukakan usul supaya tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden I tidak dipertandingkan.

“Ini bermakna penyandang jawatan Presiden, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Timbalan Presiden, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; dan Naib Presiden I, Pengiran Japar Pengiran Osman, menang tanpa bertanding bagi sesi 2026–2028,” katanya.

Norhasan berkata, bagi sembilan jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) yang akan dipertandingkan, beberapa nama telah dikemukakan dan dicalonkan oleh cawangan-cawangan PMBS.

Menurutnya, senarai penuh calon yang layak bertanding akan diumumkan kepada seluruh ahli dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pusat dalam mesyuaratnya dua minggu lalu telah memutuskan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan PMBS bagi sesi 2026–2028 akan diadakan pada 13 Jun 2026 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, bermula jam 8.30 pagi.

“Sebelum mesyuarat agung berlangsung, PMBS turut akan menganjurkan Forum Etnik dan Budaya Masyarakat Brunei Sabah yang dijangka dihadiri lebih 300 perwakilan serta pemerhati,” katanya.

Norhasan berkata, mesyuarat agung itu akan dirasmikan oleh Presiden PMBS, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/02/arifin-kekal-terajui-pmbs-tiga-jawatan-utama-tidak-dipertandingkan/feed/ 0 97610
PMBS lestarikan seni budaya masyarakat Brunei https://sabahmedia.com/2025/07/07/pmbs-lestarikan-seni-budaya-masyarakat-brunei/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/pmbs-lestarikan-seni-budaya-masyarakat-brunei/#respond Mon, 07 Jul 2025 07:38:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76874
Read Time:1 Minute, 58 Second

Membakut: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) akan terus memperkasakan usaha bagi melestarikan seni budaya masyarakat Brunei di negeri ini.

Presiden PMBS Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu termasuklah usaha memperkenalkan makanan tradisi seperti ambuyat dan kuih-muih supaya dapat diwarisi oleh generasi muda.

Katanya, ini sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan kecil dalam kalangan etnik Brunei.

“Bukan saja dari sudut makanan ambuyat tetapi dari sudut kuih-muih juga kita perkenalkan supaya mereka dekat dengan nilai-nilai tradisi.

“Ini kerana kita berpendapat bahawa makanan-makanan ini juga boleh menjadi sumber ekonomi untuk masyarakat kita. Justeru, kita juga akan membuat beberapa siri pengenalan termasuk kursus untuk memperkenalkan makanan tradisi kita termasuk kuih-muih.

“Ada juga yang kita boleh bantu usahawan-usahawan kecil dari masyarakat kita untuk melangsungkan kehidupan dan mencari rezeki melalui keupayaan mereka membuat atau menyediakan bahan atau makanan tradisi ini,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Ambuyat Sabah 2025 di sini pada Ahad

Pesta tersebut disempurnakan Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah juga mahu masyarakat Brunei bijak menambah variasi serta inovasi dalam setiap hidangan ambuyat supaya dapat menarik minat serta selera generasi muda.

“Yang seterusnya, sudah pasti ambuyat dan hidangan-hidangan yang berteraskan masyarakat kita walaupun sebenarnya ambuyat ini adalah milik semua suku. Sebahagian besar suku di etnik di Sabah ini memang sangat minat dalam menikmati ambuyat.

“Masyarakat Brunei juga tidak terkecuali dan kita tambah variasinya dengan pelbagai menu hidangan, cecah dan sebagainya. Kita akan teruskan program ini setiap tahun dan kita akan pilih beberapa tempat untuk menyeberangkan program festival ambuyat,” katanya.

Selain itu, Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan menggalakkan golongan muda khususnya golongan pelajar agar menguasai persembahan tarian etnik terbabit agar tidak hilang ditelan zaman.

“Khususnya daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan remaja untuk menguasai bidang tarian atau seni budaya yang berhubung dengan masyarakat Brunei agar dapat dilestarikan dan menjadi salah satu warisan kita,” katanya

Pada majlis berkenaan, Toh Puan Faridah diiringi Arifin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Ambuyat 2025, Sapdin Ibrahim menyampaikan insentif calon SPM dan STPM 2024 Cemerlang (Anak Brunei) sumbangan Yayasan Dangsanak.

Turut disampaikan, hadiah kepada para pemenang pertandingan ambuyat serta Pertandingan Tarian Zapin Brunei sempena Pesta Ambuyat Sabah 2025.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/pmbs-lestarikan-seni-budaya-masyarakat-brunei/feed/ 0 76874