pmx sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Dec 2025 02:39:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pmx sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/27/pm-anwar-tekad-perkukuh-percepat-agenda-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/27/pm-anwar-tekad-perkukuh-percepat-agenda-pembangunan-sabah/#respond Sat, 27 Dec 2025 02:38:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88874
Read Time:43 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Menerusi hantaran dalam Facebook pada Jumaat, Anwar berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri di bawah bayu.

“Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan.

“… serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh,” kata beliau.

Anwar berkata semua inisiatif yang dirancang akan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Sabah secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/27/pm-anwar-tekad-perkukuh-percepat-agenda-pembangunan-sabah/feed/ 0 88874
Anwar hadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/11/anwar-hadiri-majlis-makan-malam-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/11/anwar-hadiri-majlis-makan-malam-kerajaan-sabah/#respond Wed, 11 Sep 2024 11:57:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60475
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Sabah bersama barisan kepimpinan negeri di sebuah hotel di sini malam ini.

Anwar yang tiba pada jam 7.27 malam itu  diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ir. Shahelmy Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun serta barisan Menteri Kabinet Kerajaan Sabah.

Esok Anwar dijadualkan akan menghadiri majlis Karnival Segalanya Felda di Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada sebelah petang.

Dijangka akan ada pengumuman penting mengenai kemajuan yang berjaya dicapai membabitkan pelaksanaan MA63 yang turut akan dihadiri oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal membincangkan beberapa isu tertunggak berkaitan MA63.

“Itu adalah mesyuarat MA63 yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi kita berharap sangatlah kita dapat merungkaikan dan juga menjayakan beberapa isu dalam MA63.

“Memang ada lagi isu-isu yang tertunggak yang perlu diselesaikan dan banyak juga yang telah dilaksanakan. Jadi inilah tujuan mesyuarat itu diadakan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/11/anwar-hadiri-majlis-makan-malam-kerajaan-sabah/feed/ 0 60475
Perkara 112D masih dirunding jumlah peningkatan – PM https://sabahmedia.com/2024/08/04/perkara-112d-masih-dirunding-jumlah-peningkatan-pm/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/perkara-112d-masih-dirunding-jumlah-peningkatan-pm/#respond Sun, 04 Aug 2024 08:47:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58546
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara di bawah Artikel 112D dalam Perlembagaan Persekutuan masih dirunding jumlah peningkatannya.

Katanya, ia kerana perjanjian yang dibuat sebelum ini menyebut ‘dalam keadaan kewangan yang mengizinkan’.

Menurutnya, banyak yang dikutip dari Sabah, antaranya cukai dalam negeri sebanyak RM600 juta pada tahun lalu, manakala RM6.6 bilion duti kastam.

“Berapa yang kita dapat dari negeri Sabah? Banyak….cukai dalam negeri di Sabah untuk 2023, RM600 juta, RM6.6 bilion duti Kastam. Minta cara baik tak apa, minta sebagai kawan dan saya sudah beritahu Perkara 112D masih dirunding peningkatannya kerana perjanjian itu menyebut dalam keadaan kewangan yang mengizinkan.

“Kita mewarisi hutang yang banyak, bukan masa saya. Masa saya Menteri Kewangan dulu hutang semua dibayar. Tapi kami mewarisi dan sebahagian dalam jemaah menteri, bertanggungjawablah, Speakerkah menterikah, tak tahulah banyak jawatan.

“Jadi kita warisi, so kena bayar. Ada orang kata perlu bayarkah? Kalau tak bayar orang tak yakin, orang tak melabur di negara kita. Kita janji dan kita kena bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Perdana sempena Konvensyen Keadilan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/perkara-112d-masih-dirunding-jumlah-peningkatan-pm/feed/ 0 58546