pmx – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Jul 2026 03:28:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pmx – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Daya Saing Dunia 2026 : Malaysia Catat Peningkatan Pelaburan, Daya Saing Semakin Kukuh https://sabahmedia.com/2026/06/29/daya-saing-dunia-2026-malaysia-catat-peningkatan-pelaburan-daya-saing-semakin-kukuh/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/daya-saing-dunia-2026-malaysia-catat-peningkatan-pelaburan-daya-saing-semakin-kukuh/#respond Mon, 29 Jun 2026 03:17:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99226
Read Time:4 Minute, 2 Second

Oleh Wan Azrain

Daya saing negara semakin kukuh. Pencapaian ini membuka ruang lebih besar bagi Malaysia menarik lebih banyak pelaburan yang boleh merancakkan ekonomi negara, serta mewujudkan banyak pekerjaan kepada rakyat.

Dua minggu lepas, International Institute for Management Development (IMD) telah menerbitkan laporan World Competitiveness Ranking 2026 (WCR 2026), yang menilai tahap daya saing 70 negara terpilih.

Fakta menarik. International Institute for Management Development (IMD) merupakan sebuah institusi pengajian terkemuka dunia di Switzerland. Sejak tahun 1989, IMD telah menerbitkan World Competitiveness Ranking.

Berdasarkan WCR 2026, Malaysia kini berada di kedudukan ke-15 (skor = 81.91) daripada 70 negara, melonjak lapan tempat daripada kedudukan ke-23 pada tahun 2025. Lebih membanggakan, dalam tempoh masa lima tahun (2022 – 2026), Malaysia telah merekodkan peningkatan besar, daripada kedudukan ke-32 (2022).

Sebagai perbandingan, di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura. Kedudukan negara-negara ASEAN di dalam WCR 2026 adalah: Singapura (1), Malaysia (15), Thailand (26), Vietnam (27), Filipina (47), Indonesia (48).

Singapura yang berada di kedudukan pertama bagi WCR 2026, satu-satunya negara yang merekodkan skor 100.

Secara keseluruhan, penilaian WCR dibuat berasaskan kepada empat komponen: prestasi ekonomi atau economic performance; kecekapan kerajaan atau government efficiency; kecekapan bisnes atau business efficiency; infrastruktur atau infrastructure.

Seterusnya, bagi setiap komponen, terdapat lima sub-komponen yang berkaitan. Ini termasuklah: dagangan antarabangsa, pekerjaan, polisi cukai, perundangan bisnes, produktiviti, pasaran tenaga buruh, pendidikan.  

Memberangsangkan, sepanjang tempoh masa lima tahun (2022 – 2026), Malaysia telah merekodkan kedudukan yang lebih baik bagi keempat-empat komponen berkenaan:

  • Economic Performance: kedudukan ke-4, berbanding ke-12 (2022)
  • Government Efficiency: kedudukan ke-14, berbanding ke-38 (2022)
  • Business Efficiency: kedudukan ke-16, berbanding ke-38 (2022)
  • Infrastructure: kedudukan ke-33, berbanding ke-37 (2022)

Sementara itu, di kalangan sub-komponen, Prices merekodkan prestasi terbaik di kedudukan ke-2. Ini menunjukkan tahap harga di Malaysia adalah sangat kompetitif berbanding negara-negara di dalam WCR 2026.

Sebaliknya, Singapura, yang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi, berada di kedudukan ke-69 bagi Prices.

Selain itu, sub-komponen Labor Market turut merekodkan pencapaian yang sangat baik di kedudukan ke-3. Manakala, dua sub-komponen terendah negara adalah: Health & Environment (47) dan Education (44).

Pencapaian Malaysia di dalam WCR 2026 ini selari dengan pencapaian di dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2026 atau 2026 FDI Confidence Index yang diterbitkan oleh Kearney Global Business Policy Council pada bulan April 2026.

Berdasarkan Indeks berkenaan, Malaysia berada di kedudukan ke-21. Ini ialah kali pertama Malaysia berada di kelompok 25 teratas sejak tahun 2014.

Kejayaan Malaysia mengukuhkan daya saing sudah pun terbukti dengan prestasi pencapaian pelaburan yang diterima. Menurut data Malaysian Investment Development Authority (MIDA), sepanjang tempoh masa enam tahun (2020 – 2025), Jumlah Pelaburan Diluluskan telah merekodkan trend peningkatan ketara, melonjak lebih dua kali ganda daripada RM 164 bilion kepada RM 426.7 bilion. 

TahunJumlah Pelaburan Diluluskan (RM)Pelaburan Domestik (RM)Pelaburan Asing (RM)
2025426.7 bilion 219.6 bilion (51.5%)207.1 bilion (48.5%)
2024378.5 bilion208.1 bilion (55%)170.4 bilion (45%)
2023329.5 bilion141.1 bilion (42.8%)188.4 bilion (57.2%)
2022264.6 bilion101.3 bilion (38.3%)163.3 bilion (61.7%)
2021306.5 bilion97.9 bilion (31.9%)208.6 bilion (68.1%)
2020164 bilion99.8 bilion (60.9%)64.2 bilion (39.1%)

Pada masa sama, Pelaburan Asing telah merekodkan lonjakan besar lebih tiga kali ganda, daripada RM 64.2 bilion kepada RM 207.1 bilion. Pelaburan Domestik pula telah melonjak daripada RM 99.8 bilion kepada RM 219.6 bilion.

Malah, Jumlah Pelaburan Diluluskan (RM 426.7 bilion) pada tahun 2025 merupakan paras tertinggi di dalam sejarah negara. Jumlah pelaburan besar ini melibatkan 8,390 projek, dan mewujudkan 244,902 pekerjaan baharu.

Daripada jumlah pelaburan tersebut, sebahagian besar adalah di dalam Sektor Perkhidmatan (65.9%: RM 281.3 bilion), disusuli oleh Perkilangan (30.8%: RM 131.3 bilion) dan Utama/ Primary (3.3%: RM 14.2 bilion).

Bagi Pelaburan Asing (RM 207.1 bilion) berkenaan, lima pelabur terbesar adalah: Singapura (RM 58.3 bilion), China (RM 58.0 bilion), Amerika Syarikat (RM 15.1 bilion), Jepun (RM 7.6 bilion) dan Hong Kong SAR (RM 7.1 bilion).

Peningkatan pelaburan yang diterima jelas menggambarkan keyakinan mendalam pelabur asing dan domestik terhadap keteguhan ekonomi dan kestabilan kepimpinan negara. Dasar mesra pelabur yang konsisten akan dapat memberi keselesaan dan jaminan jangka panjang, membolehkan pelabur meraih keuntungan dan mencapai matlamat yang disasarkan.  

Tatkala meraikan pencapaian pengukuhan daya saing ini, Malaysia mesti meneliti dan menambah baik perkara-perkara di mana pencapaian masih rendah, terutamanya komponen Health & Environment dan Education.

Ini termasuklah fokus kepada pematuhan dan pelaksanaan prinsip ESG (Environmental, Social, Governance). Di seluruh dunia, prinsip ESG telah diterima pakai sebagai panduan bagi memperkasa kemampanan ekonomi dan perniagaan, seiringan dengan kelestarian alam sekitar serta keutuhan sosial.    

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/daya-saing-dunia-2026-malaysia-catat-peningkatan-pelaburan-daya-saing-semakin-kukuh/feed/ 0 99226
Kerajaan Terangkan Langkah Intervensi Bagi Tangani Krisis Bekalan Global, Fokus Ringankan Beban Rakyat — Anwar Ibrahim https://sabahmedia.com/2026/05/05/kerajaan-terangkan-langkah-intervensi-bagi-tangani-krisis-bekalan-global-fokus-ringankan-beban-rakyat-anwar-ibrahim/ https://sabahmedia.com/2026/05/05/kerajaan-terangkan-langkah-intervensi-bagi-tangani-krisis-bekalan-global-fokus-ringankan-beban-rakyat-anwar-ibrahim/#respond Tue, 05 May 2026 07:35:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96156
Read Time:2 Minute, 16 Second

PUTRAJAYA, Kerajaan hari ini mengumumkan satu rangka tindakan menyeluruh merangkumi bantuan bersasar, intervensi harga dan pengurangan kos operasi bagi menangani kesan krisis bekalan global yang terus memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan tersebut digerakkan melalui beberapa inisiatif utama yang memfokuskan kepada kestabilan bekalan makanan, kelangsungan perniagaan kecil serta akses rakyat kepada barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil, dalam keadaan kos global yang terus meningkat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.  

Anwar yang turut menerangkan mengenai intervensi Kerajaan berhubung beberapa Langkah Kerajaan berhubung perkara berkenaan,

Menurutnya Bantuan Khas Insentif Pembajakan pada 14 April lalu yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saudara Muhammad Sabu dan ditingkatkan dari RM160 kepada RM300 sehektar untuk membantu pesawah padi ekoran dari kenaikan harga diesel.

Selain itu, tambahan bantuan tunai RM200 sebagai pendahuluan turut diluluskan bagi membolehkan pesawah meneruskan aktiviti penanaman, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta dan memberi manfaat kepada kira-kira 240,000 pesawah berdaftar.  

Dalam masa sama, operasi pembenihan awan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia dipertingkatkan bagi menangani kesan musim kemarau berpanjangan di utara Semenanjung, khususnya di Kedah, yang menjejaskan hasil pertanian.

Tambah Anwar lagi kerajaan turut mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi seperti Majlis Amanah Rakyat dan UDA Holdings Berhad berkuat kuasa bulan ini.

Langkah itu selari dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah menurunkan kadar sewaan, dengan kerajaan turut menggesa semua pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri melaksanakan pendekatan sama secara menyeluruh.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan pengurangan sewa premis perniagaan di negeri berkenaan dalam masa terdekat.

Tambah Anwar lagi, Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah dengan sasaran 30,000 penganjuran pada tahun 2026, berbanding lebih 25,000 yang dilaksanakan tahun lalu.

Program ini menawarkan barangan keperluan pada harga antara lima hingga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran dan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seminggu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Pelaksanaannya juga diperluaskan ke kawasan luar bandar, dengan penekanan kepada penglibatan peniaga kecil bagi memastikan manfaat lebih inklusif.

Mengulas tekanan fiskal, Anwar berkata kerajaan kini menanggung tambahan kira-kira RM5 bilion sebulan susulan pelaksanaan bantuan bahan api, termasuk diesel.

Beliau menegaskan bahawa walaupun langkah tersebut memberi beban kepada kewangan kerajaan, ia kekal penting bagi melindungi rakyat daripada kesan kenaikan kos global.  

Walaupun mengakui langkah-langkah yang diumumkan tidak menyelesaikan sepenuhnya kesan krisis bekalan global, Anwar menegaskan kerajaan akan terus menilai keadaan semasa dan memperkenalkan langkah tambahan dari semasa ke semasa.

“Kerajaan akan terus meneliti dan mencari ikhtiar baharu melalui mesyuarat berkala bagi memastikan beban rakyat dapat dikurangkan secara berterusan,” katanya.  

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/05/kerajaan-terangkan-langkah-intervensi-bagi-tangani-krisis-bekalan-global-fokus-ringankan-beban-rakyat-anwar-ibrahim/feed/ 0 96156
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat – Anwar https://sabahmedia.com/2026/01/11/kerajaan-komited-terjemah-pertumbuhan-ekonomi-kepada-pekerjaan-dan-masa-depan-rakyat-anwar/ https://sabahmedia.com/2026/01/11/kerajaan-komited-terjemah-pertumbuhan-ekonomi-kepada-pekerjaan-dan-masa-depan-rakyat-anwar/#respond Sun, 11 Jan 2026 02:52:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89519
Read Time:48 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan lebih terjamin untuk rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook beliau berkata kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun, setakat akhir tahun lepas.

“Pasaran buruh di pelbagai sektor pula kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan.

“Ini hasil usaha keras Kerajaan MADANI membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu,” kata Anwar.

Kadar pengangguran negara pada November 2025 dilaporkan mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila berada pada 2.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sebelum ini berkata jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/11/kerajaan-komited-terjemah-pertumbuhan-ekonomi-kepada-pekerjaan-dan-masa-depan-rakyat-anwar/feed/ 0 89519
Kerajaan ambil kira realiti Sabah, Sarawak – PMX https://sabahmedia.com/2025/09/27/kerajaan-ambil-kira-realiti-sabah-sarawak-pmx/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/kerajaan-ambil-kira-realiti-sabah-sarawak-pmx/#respond Fri, 26 Sep 2025 22:27:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82067
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil kira realiti dan keperluan rakyat Sabah serta Sarawak dalam membuat keputusan dasar, termasuk berhubung pelarasan harga bahan api.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun harga diesel dinaikkan di Semenanjung, langkah sama tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban penduduk yang rata-rata masih berdepan kesukaran hidup.

“Saya tahu keadaan kampung yang susah… sebab itu harga diesel tidak dinaikkan di Sabah dan Sarawak. Kita mahu beri peluang dulu kepada rakyat di sini,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum PKR di Dewan Terbuka Dato Sri Najib, Kampung Merotai Besar, di sini malm ini.

Anwar menegaskan pendekatan itu mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan rakyat di negeri luar Semenanjung tidak dipinggirkan dalam pelaksanaan dasar ekonomi.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh pelbagai inisiatif kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan i-SARA yang berjumlah kira-kira RM15 bilion setahun, serta kenaikan gaji penjawat awam selepas lebih 12 tahun tidak disemak.

Selain itu, isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga diberi perhatian, termasuk bekalan air, projek tebatan banjir yang dijangka siap pada 2028, dan peruntukan pembangunan yang disalurkan ke Sabah.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang perlu diadakan selewat-lewatnya November ini, Anwar menekankan pentingnya rakyat memilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan aspirasi akar umbi serta menjaga hubungan baik antara negeri dan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/kerajaan-ambil-kira-realiti-sabah-sarawak-pmx/feed/ 0 82067
PM Tegur Pemaju dan DBKL, Tekankan Keperluan Sekolah di Projek Perumahan MADANI https://sabahmedia.com/2025/08/06/pm-tegur-pemaju-dan-dbkl-tekankan-keperluan-sekolah-di-projek-perumahan-madani/ https://sabahmedia.com/2025/08/06/pm-tegur-pemaju-dan-dbkl-tekankan-keperluan-sekolah-di-projek-perumahan-madani/#respond Wed, 06 Aug 2025 09:21:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78695
Read Time:1 Minute, 18 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju kerana belum sepenuhnya menghayati konsep MADANI dalam pembangunan perumahan rakyat berskala besar, termasuk projek Residensi Aman MADANI.

Beliau menegaskan projek dengan ribuan unit kediaman mesti mengambil kira penyediaan prasarana asas seperti sekolah, tadika dan kemudahan kesihatan, yang perlu dijadikan syarat utama sebelum diluluskan.

“Konsep MADANI bukan sekadar slogan, tetapi amanah. Saya tidak mahu komisen, tidak mahu proses yang meleret. Yang saya tuntut ialah pelaksanaan projek secara bersih, telus dan cekap, dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek itu di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, hari ini.

Anwar berkata, perancangan bandar berteraskan MADANI mesti merangkumi ikhtiar mengurangkan kos sara hidup rakyat, termasuk memastikan sekolah atau tadika disediakan di peringkat pelan pembangunan. Katanya, kerajaan sanggup menanggung kos pembinaan sekolah jika ia dimasukkan dalam perancangan awal, yang lebih murah berbanding kaedah konvensional.

Sementara itu, Pengarah Urusan Danau Lumayan Sdn Bhd, Shahril Reza Shaheen, berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan sekolah vertikal di tapak projek Residensi Wilayah Aman Lumayan.

“Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan bagi meneliti semula keperluan ini. Jika ada ruang, kita akan teliti kemungkinan membina sekolah di tapak projek atau kawasan sekitar,” katanya.

Projek Residensi Wilayah Aman Lumayan membabitkan pembinaan 3,438 unit kediaman mampu milik berharga sekitar RM300,000 seunit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.01 bilion. Ia dibangunkan dalam tiga fasa dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun, dengan Fasa 2B setinggi 55 tingkat sebagai fasa permulaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/06/pm-tegur-pemaju-dan-dbkl-tekankan-keperluan-sekolah-di-projek-perumahan-madani/feed/ 0 78695
Inisiatif PMX ringan beban rakyat, rakyat Sabah nyatakan sokongan https://sabahmedia.com/2025/07/23/inisiatif-pmx-ringan-beban-rakyat-rakyat-sabah-nyatakan-sokongan/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/inisiatif-pmx-ringan-beban-rakyat-rakyat-sabah-nyatakan-sokongan/#respond Wed, 23 Jul 2025 09:07:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77797
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah menyambut baik pengumuman beberapa inisiatif yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, termasuk pemberian saguhati RM100 secara one-off kepada setiap individu berumur 18 tahun ke atas, penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, cuti umum tambahan pada 15 September, penambahan bajet Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sebanyak RM600 juta serta pengurangan bayaran bil elektrik.

Azdy Zukkry John dari Ranau menyifatkan pengumuman itu sebagai menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Menurutnya, bantuan RM100 amat bermakna kerana ia boleh membantu merancakkan sektor ekonomi domestik, terutamanya dalam kalangan isi rumah yang ramai tanggungan.

“Penurunan harga minyak RON95 kepada RM1.99 per liter akan mampu meringankan beban rakyat. Walaupun di atas kertas hanya enam sen, impaknya tetap besar kerana majoriti rakyat memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderaan,” katanya.

Beliau turut menyambut baik pengumuman cuti tambahan sempena Hari Malaysia sebagai satu bentuk penghargaan kepada rakyat.
“Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu menyelami kepentingan menjaga negara ini. Hubungan sosial antara semua bangsa dan etnik harus dijaga dengan baik, dan elakkan isu yang boleh memecah-belahkan keharmonian negara,” katanya.

Mengenai PJRM, Azdy menyifatkan penambahan bajet sebanyak RM600 juta sebagai langkah tepat ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.

“Berdasarkan pengalaman saya, PJRM sangat membantu golongan B40. Subsidi yang disalurkan membolehkan pengurangan harga antara 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran,” jelasnya.

Katanya lagi, pengurangan bayaran bil elektrik juga memberi manfaat besar kepada semua golongan rakyat di bandar dan luar bandar.

Feranandez Fidelis dari Papar turut menyambut baik inisiatif kerajaan dan menyifatkan pemberian RM100 melalui MyKad sebagai satu bentuk penghargaan yang rahmah.

“Ia meringankan sedikit beban isi rumah yang mempunyai ahli keluarga ramai. Ini satu langkah yang sangat baik,” katanya.

Beliau juga menyambut baik penambahan bajet PJRM dan berharap menawarkan lebih banyak barangan berbanding sebelum ini.

Feranandez juga berharao pengurangan bil elektrik akan dikekalkan kerana penjanaan tenaga elektrik di Malaysia tidak melibatkan import.

Mengulas penurunan harga RON95, beliau berkata walaupun tidak jauh beza, penurunan itu amat bermakna baginya yang menggunakan kenderaan setiap hari.

“Saya berulang-alik sejauh 45.4 kilometer dari kampung ke tempat kerja, (Kampung Mandalipau Papar ke Penampang) dan penggunaan petrol saya mencecah RM60 seminggu. Penurunan ini sangat membantu,” katanya.

Tambahnya lagi, cuti tambahan pada 15 September setiap tahun wajar diteruskan sebagai kelepasan am tahunan untuk rakyat.

Sementara itu, Patrick J Antang dari Tamparuli berkata secara keseluruhan, pengumuman PMX menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah dan rungutan rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Harga barangan sekarang saya rasa mahal. Dengan penurunan harga minyak petrol kepada RM1.99, saya berharap harga barang juga diturunkan agar beban rakyat Sabah dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau menegaskan, pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini perlu dipastikan berkesan supaya benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/inisiatif-pmx-ringan-beban-rakyat-rakyat-sabah-nyatakan-sokongan/feed/ 0 77797
Anwar: ASEAN Perlu Kekal Bersatu dan Tentukan Arah Sendiri https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/#respond Wed, 09 Jul 2025 02:54:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76961
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru ASEAN agar terus bersatu, memperkukuh kerjasama, dan menolak sebarang cubaan kuasa luar menentukan hala tuju rantau ini.

Berucap semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58, Anwar menekankan pentingnya “ASEAN Centrality” dalam menghadapi cabaran global seperti konflik di Gaza, Ukraine dan Myanmar, serta ketegangan di Timur Tengah.

“Kita tidak boleh membenarkan keputusan mengenai rantau ini dibuat tanpa kita. ASEAN mesti berdiri mempertahankan prinsip dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap trend global di mana perdagangan dan pelaburan kini digunakan sebagai alat tekanan geopolitik, dan menyeru agar dasar luar dan dasar ekonomi ASEAN diselaraskan secara lebih rapat.

Anwar juga menekankan keperluan memperkukuh perdagangan dalam kalangan negara anggota serta menumpukan kerjasama dalam bidang pendidikan, kesihatan, makanan, digital dan perubahan iklim katanya ketika berucap pada pembukaan mesyuarat itu.

Mesyuarat dihadiri Menteri-menteri Luar ASEAN, Menteri Luar Timor-Leste dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Keutamaan kepada Keberhasilan Nyata

Di dalam ucapannya itu lagi, Perdana Menteri turut menekankan bahawa ASEAN mesti terus menumpukan kepada kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat seperti kesalinghubungan, keselamatan makanan, pendidikan, kesihatan awam, transformasi digital dan ketahanan iklim.

Beliau menggambarkan aspirasi ASEAN melalui kisah rakyat biasa di Batambang, Luzon dan Chiang Rai – menekankan bahawa kejayaan ASEAN terletak pada impak kepada kehidupan rakyat, bukan sekadar dalam kenyataan bersama.

“Dari Sittwe ke Merauke, dari Da Nang ke Dili, rantau ini boleh menjadi lebih aman dan makmur — jika kita berani melihat ASEAN sebagai satu komuniti yang bergerak dengan tujuan bersama.”

Mengakhiri ucapannya, Anwar menyatakan keyakinan bahawa ASEAN akan terus kekal sebagai rantau yang padu, berdaya tahan dan dihormati.

“Marilah kita perbaharui iltizam bahawa ASEAN akan terus menjadi suara yang konsisten, berprinsip dan berpandangan jauh,” katanya sebelum merasmikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini juga mencatat sejarah penting dengan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli ASEAN yang bakal disahkan secara rasmi pada Oktober ini – satu langkah yang sentiasa disokong oleh Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/feed/ 0 76961
Ketua AMK Keadilan Kecam Tindakan Bakar Karikatur Wajah PM https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/#respond Mon, 23 Jun 2025 02:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76001
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim mengecam tindakan peserta demonstrasi di Sabah yang membakar karikatur menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkannya sebagai “biadab” dan “berlebihan”.

Menurut Kamil, aksi tersebut bukan sahaja mencemarkan semangat demokrasi, malah menggambarkan kegagalan penunjuk perasaan untuk menyampaikan hujah secara matang dan bertanggungjawab.

“Tindakan ini berlebihan dan biadab. Ia tidak boleh dianggap sebagai protes aman kerana membahayakan diri dan orang awam. Lebih parah, ia langsung tidak memahamkan masyarakat umum tentang mesej yang ingin disampaikan,” kata Kamil dalam satu kenyataan

“Paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah. Hanya aksi kosong untuk kelihatan berani bagi mencuri perhatian,” tambahnya.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada perdana menteri di Kementerian Kewangan berkata beliau akan menolak pendekatan sedemikian tanpa mengira siapa yang menjadi sasaran aksi tersebut.

“Muka sesiapa pun (saya tak setuju). Saya secara peribadi menolak pendekatan seperti ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah turut  tampil menyatakan pendirian tegas menolak tindakan membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang diadakan baru-baru ini.

karikatur yang dibakar kumpulan benci rasuah semalam

Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak menghormati prinsip perbezaan secara matang dan beradab, malah bertentangan dengan semangat serta sejarah panjang perjuangan Perdana Menteri dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa sejak era 1998.

Beliau menegaskan bahawa AMK Sabah kekal komited menjadi suara progresif anak muda yang memperjuangkan agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembinaan Malaysia yang adil serta bersih.

Semalam tular video Insiden tersebut yang berlaku pada penghujung protes pelajar anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah di Kota Kinabalu.  Karikatur yang dibakar itu turut disertakan kain rentang bertulis “Madani Pelindung Rasuah Sabah”, sebagai kritikan kepada pentadbiran Anwar yang didakwa gagal menunaikan janji reformasi institusi.

Jurucakap kumpulan itu, Fadhil Kasim berkata tindakan tersebut bertujuan menggariskan kekecewaan rakyat terhadap beberapa pelantikan kontroversi, termasuk perlantikan semula Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/ketua-amk-keadilan-kecam-tindakan-bakar-karikatur-wajah-pm/feed/ 0 76001
Malaysia Catat Peningkatan Ketara Dalam Laporan Daya Saing Dunia 2025 https://sabahmedia.com/2025/06/17/malaysia-catat-peningkatan-ketara-dalam-laporan-daya-saing-dunia-2025/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/malaysia-catat-peningkatan-ketara-dalam-laporan-daya-saing-dunia-2025/#respond Tue, 17 Jun 2025 05:58:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75710
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR, – Malaysia mencatat peningkatan ketara dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 terbitan International Institute for Management Development (IMD), apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 daripada 67 negara – pencapaian tertinggi negara dalam tempoh lima tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peningkatan itu sebagai bukti kejayaan agenda reformasi ekonomi yang sedang dilaksana di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI.

“Alhamdulillah, Malaysia mencatat lonjakan membanggakan… Ini petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kemajuan itu dicapai hasil gabungan tekad politik yang kukuh, komitmen seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat dengan sektor swasta.

Anwar turut menekankan bahawa pencapaian memberangsangkan negara dalam aspek perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi tunjang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. Ia adalah antara asas penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita,” tambah beliau.

Laporan Daya Saing Dunia IMD menilai sejauh mana sesebuah negara mengurus sumber dan kebolehannya untuk menjana kemakmuran rakyat. Kejayaan Malaysia tahun ini meletakkannya di hadapan negara-negara lain dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/malaysia-catat-peningkatan-ketara-dalam-laporan-daya-saing-dunia-2025/feed/ 0 75710
Malaysia Tutup Tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan Kejayaan Bermakna – Anwar Ibrahim https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/#respond Tue, 27 May 2025 14:14:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74656
Read Time:1 Minute, 46 Second

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang disifatkannya sebagai antara persidangan paling substantif dalam sejarah rantau itu.

Menerusi satu muat naik di Facebook rasminya malam ini, Anwar berkata kejayaan sidang tersebut adalah hasil usaha gigih dan kerjasama erat antara pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta pasukan keselamatan negara.

“Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan penuh bermakna,” katanya sambil menyifatkan semangat setiakawan luar biasa antara pemimpin ASEAN sebagai tunjang utama kejayaan sidang kali ini.

Menurut Anwar, sidang tersebut bukan sahaja menghasilkan kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna, tetapi juga menyaksikan kemajuan ketara dalam kerjasama dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

“Perbincangan kali ini tidak lagi bersifat formaliti semata-mata, tetapi jauh lebih teliti, menyentuh isu-isu seperti tarif, projek bersama serta peranan bersama dalam mendukung keamanan dan kestabilan rantau,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ASEAN kekal berpegang pada prinsip kepusatan serantau dan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama.

“Kita akan terus menjalin kerjasama strategik dengan semua kuasa besar dunia — sama ada China, Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain — demi kepentingan rantau,” jelasnya.

Dalam muat naik itu, Anwar turut memaklumkan bahawa ASEAN mencapai kata sepakat untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota penuh menjelang Oktober ini, tertakluk kepada pematuhan akhir dalam aspek ekonomi.

Antara pencapaian penting lain termasuk keputusan untuk memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC, yang dijangka membuka ruang baharu dalam pengembangan pasaran dan integrasi ekonomi serantau.

“Banyak isu penting yang lazimnya dibincangkan kemudian telah diselesaikan lebih awal daripada kebiasaan — termasuk isu Myanmar, tarif dan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

Anwar turut menyatakan harapannya agar kesepakatan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada tindakan konkrit menjelang pertemuan akan datang pada bulan Oktober.

“Saya percaya semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin ASEAN kali ini mencerminkan tekad baharu untuk menjadikan ASEAN benar-benar berpaksikan rakyat demi masa depan yang lebih mampan dan terangkum,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan kehadiran kesemua ketua negara dan kerajaan ASEAN, termasuk tetamu kehormat dari GCC dan China.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/feed/ 0 74656