POIC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Jan 2026 05:54:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png POIC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 POIC Sabah serah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2026/01/07/poic-sabah-serah-rm4-17-juta-kepada-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/01/07/poic-sabah-serah-rm4-17-juta-kepada-kerajaan-negeri/#respond Wed, 07 Jan 2026 05:54:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89355
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan simbolik replika cek bernilai RM4.17 juta daripada POIC Sabah Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

Jumlah tersebut merupakan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan berjumlah RM2.17 juta bagi tahun 2025.

Pengerusi baharu POIC Sabah Sdn Bhd. Datuk Wilfred Madius Tangau menyerahkan replika cek itu kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan, Chee Shok Ting.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Tetap Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah, Datuk Fredian Gan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/07/poic-sabah-serah-rm4-17-juta-kepada-kerajaan-negeri/feed/ 0 89355
7,000 peluang pekerjaan bakal terhasil di POIC Lahad Datu – Phoong https://sabahmedia.com/2025/04/16/7000-peluang-pekerjaan-bakal-terhasil-di-poic-lahad-datu-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/7000-peluang-pekerjaan-bakal-terhasil-di-poic-lahad-datu-phoong/#respond Wed, 16 Apr 2025 04:13:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72056
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 7,000 peluang pekerjaan dijangka terhasil menerusi pelaksanaan pelbagai projek pelaburan di POIC Lahad Datu, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata, beberapa pelaburan telah dimeterai dan projek strategik lain sedang dalam perancangan, yang bukan sahaja akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, khususnya dari kawasan Pantai Timur, tetapi turut merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Peluang pekerjaan ini adalah berdasarkan kepada pelaburan yang sedang dan akan dilaksanakan. Kita juga sedang memastikan bekalan utiliti utama seperti elektrik dan air berada pada tahap optimum,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Shafie Apdal Dewan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Mengulas isu bekalan air, Phoong menjelaskan bahawa kerajaan negeri kini menjalin kerjasama dengan penyedia air industri bagi membangunkan teknologi penyahgaraman, memanfaatkan lokasi strategik Lahad Datu yang berhampiran dengan laut.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan dua inisiatif utama yang dijangka menjamin kestabilan bekalan elektrik di kawasan POIC, iaitu menaik taraf talian penghantaran elektrik daripada 132kV kepada 275kV, serta pembinaan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Battery Energy Storage System – BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) di Lahad Datu.

“Kita menjangkakan penghantaran tenaga dari Pantai Barat ke Pantai Timur akan meningkat daripada 200MW kepada 400MW. Ini bukan sahaja menjamin kestabilan tenaga, malah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Sabah,” katanya.

Menjawab dakwaan bahawa angka 7,000 peluang pekerjaan itu tidak mencerminkan penglibatan rakyat tempatan, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri bersedia membentangkan data terperinci berkaitan kadar penglibatan penduduk setempat.

“Kita boleh tampilkan maklumat lengkap termasuk lokasi peluang pekerjaan dan peratusan penyertaan rakyat di kawasan sekitar. Ini bukan isu dan kita bersedia mendedahkan angka sebenar,” jelasnya.

Berhubung status pemilikan syarikat di POIC, Phoong berkata daripada keseluruhan 4,400 ekar tanah yang diperuntukkan, fasa pertama dan kedua telah digunakan sepenuhnya, manakala fasa ketiga sedang dirancang secara berperingkat.

Tambahnya, dua pelabur baharu telah memeterai perjanjian dalam tempoh setahun lalu, dan rundingan sedang dijalankan bersama beberapa pelabur berpotensi lain.

Menyentuh penyertaan anak jati Lahad Datu dalam pelaburan sedia ada, beliau memaklumkan bahawa pihak kementerian akan menyemak dan menyediakan laporan lanjut mengenai jumlah pelabur tempatan dari kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/7000-peluang-pekerjaan-bakal-terhasil-di-poic-lahad-datu-phoong/feed/ 0 72056
Loji penyahgaraman air laut baharu untuk tingkatkan kelestarian air di POIC Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/03/04/loji-penyahgaraman-air-laut-baharu-untuk-tingkatkan-kelestarian-air-di-poic-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/loji-penyahgaraman-air-laut-baharu-untuk-tingkatkan-kelestarian-air-di-poic-lahad-datu/#respond Tue, 04 Mar 2025 06:24:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69792
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sebuah loji penyahgaraman air laut baharu bakal meningkatkan keselamatan dan kelestarian bekalan air di POIC Lahad Datu, dengan kapasiti permulaan sebanyak 0.5 juta liter sehari (MLD) dan boleh dinaik taraf sehingga 2.5 MLD.

Kerjasama antara Jetama Sdn Bhd dan POIC Sabah Sdn Bhd ini menandakan sistem penapisan osmosis songsang air laut (SWRO) berskala komersial pertama di Sabah bagi pengeluaran air industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Datuk Ahmad Naim Uddang berkata, inisiatif ini akan menyediakan bekalan air yang mampan untuk Zon Industri POIC Lahad Datu.

“Usaha sama antara dua entiti milik Kerajaan Negeri ini menandakan perubahan dalam pengeluaran air di Sabah, yang sebelum ini bergantung kepada sumber sungai.

“Sistem yang modular, mudah alih, dan boleh dinaik taraf ini akan meningkatkan kapasiti air negeri serta menawarkan penyelesaian berskala bagi kawasan terpencil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perjanjian rasmi dimeterai pada Jumaat lalu (28 Februari) dengan pertukaran dokumen di Hyatt Regency Kota Kinabalu, disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang diwakili oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Hadir sama Pengerusi Jetama, Datuk Yussof Abd Manan dan Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE).

Loji ini akan dibina di tapak seluas 3.21 ekar di POIC Lahad Datu, Fasa 2 (Tanah 32A), dengan pengambilan air laut dari Terminal Pukal Kering.

Projek ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa utama iaitu:

Fasa 1: Reka bentuk, pembinaan dan pentauliahan sistem penyahgaraman 0.5 MLD menjelang 31 Mei 2025.

Fasa 2: Pelaksanaan Bukti Konsep (PoC) selama tiga bulan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan sistem.

Fasa 3: Peningkatan kapasiti kepada 2.5 MLD selepas kejayaan PoC.

Ahmad Naim turut menekankan kepentingan mitigasi risiko dalam aspek kelulusan peraturan, perolehan, integrasi teknologi dan pengurusan alam sekitar.

“Strategi pengurusan sisa dan air pekat akan dilaksanakan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

“Jetama Sdn Bhd komited untuk mengekalkan kualiti, kecekapan dan tanggungjawab alam sekitar sepanjang projek ini,” tegasnya.

Dengan peningkatan permintaan industri di POIC Lahad Datu, sistem penyahgaraman ini menawarkan penyelesaian lestari dan berdaya tahan terhadap kekurangan bekalan air.

Pelaksanaan inisiatif ini akan memperkukuh infrastruktur industri di Lahad Datu serta memastikan bekalan air yang stabil bagi pertumbuhan masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/loji-penyahgaraman-air-laut-baharu-untuk-tingkatkan-kelestarian-air-di-poic-lahad-datu/feed/ 0 69792
Pantai Timur akan dapat manfaat besar daripada pelaburan POIC Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/#respond Fri, 28 Feb 2025 04:38:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69548
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pantai Timur, khususnya Lahad Datu, akan mendapat manfaat besar berikutan pelancaran tiga pelaburan di Palm Oil Industrial Cluster (POIC) atau Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Hasil dari kesan limpahan yang akan dibawa oleh ketiga-tiga pelaburan ini kepada POIC Lahad Datu adalah sangat besar. Dari perspektif negeri yang lebih luas, pelaburan baharu ini menjawab hasrat kami untuk memajukan pantai timur Sabah sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi baharu melalui perindustrian,” katanya.

Hajiji berkata demikian pada majlis pelancaran Terminal Penyimpanan Minyak Neptune dan Penapisan di POIC, Lahad Datu, serta Pertukaran Dokumen Antara POIC Sabah Sdn Bhd dan TS Asia, Jetama Sdn Bhd dan Legenda Biomass Sdn Bhd di Hotel Hyatt Regency di sini hari ini.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Hajiji, perindustrian dalam pelbagai bentuk telah menjadi tumpuan di bandar-bandar Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu, Sandakan, dan Tawau, tetapi aktiviti perindustrian yang semakin giat dan kehadiran pelabuhan yang komprehensif di POIC Lahad Datu menandakan usaha bersepadu untuk menyerlahkan potensi ekonomi pantai timur.

Katanya, usaha bersama Jetama Sdn Bhd dengan POIC Sabah untuk memperkenalkan sistem modular penyahgaraman bagi menghasilkan air industri adalah yang pertama bagi Sabah.

“Kemudahan modular inovatif ini boleh memproses kedua-dua air laut dan air payau, dengan kapasiti harian awal sebanyak 500,000 liter, dan mampu mencapai sehingga 4 juta liter sehari.

“Dalam menangani cabaran bekalan air di Sabah, pelaburan Jetama membuka jalan untuk sumber tambahan air industri, yang membolehkan untuk mengalihkan air boleh diminum dari sistem berkenaan untuk penggunaan domestik dan komersial,” katanya.

Bagi pelaburan Legenda Biomass di POIC Lahad Datu, Ketua Menteri yakin akan satu kejayaan dalam ‘waste to wealth” atau sisa biojisim ini dengan menghasilkan pelbagai jenis produk daripada biokimia, produk berasaskan karbon, tenaga hijau dan baja bio.

“Saya gembira kerana terdapat kemajuan sejak Dasar Biojisim Kelapa Sawit Negeri berkuatkuasa tahun lalu,” katanya.

Hajiji juga mengalu-alukan kompleks penyimpanan bahan api, dengan rancangan untuk aktiviti penyulingan masa depan oleh TS Asia Green Infrastructure, yang mengulangi keyakinan Sabah terhadap potensi masa depan sektor ini.

“Adalah baik untuk mengetahui rancangan TS Asia untuk menyewa 110.12 ekar untuk fasa awal pelaburan, dengan penyediaan untuk 300 ekar tambahan.

“Dengan itu, dianggarkan sehingga 3,500 pekerjaan akan diwujudkan, di mana sejumlah besar akan menjadi pekerja mahir. Ini adalah signifikan dalam menyerap bilangan tenaga kerja terlatih yang semakin meningkat di kalangan belia Sabah,” katanya.

Tambah beliau, TS Asia juga akan menyumbang kepada pengukuhan usaha Malaysia ke arah membangunkan pekerja yang berkemahiran dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

“Kami yakin perniagaan TSA akan mendorong aktiviti pengangkutan yang lebih besar di kawasan ini dan penggunaan menyeluruh infrastruktur pelabuhan dalam taman industri POIC Lahad Datu.

“Aktiviti pengangkutan dan logistik yang semakin meningkat adalah pertanda baik dengan rancangan Sabah untuk membina Akademi Maritim BIMP-EAGA untuk melatih tenaga kerja yang diperlukan dalam industri maritim dan mempromosikan disiplin regulasi dalam sektor maritim di kawasan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/feed/ 0 69548
POIC Sandakan, Lahad Datu Perlu Bekerjasama Tarik Pelabur https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/#respond Sat, 14 Aug 2021 08:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4608
Read Time:42 Second

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan kerja ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sandakan kelmarin.

Semasa lawatan itu Dr Joachim diberi taklimat selama 40 minit yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn Bhd Bacho Jansie, dan diberi penerangan mengenai Hala tuju serta cabaran yang dihadapi POIC Sandakan.

Setakat ini, POIC Sandakan adalah dibawah kendalian Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.

Dr. Joachim berharap agar POIC Sandakan akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan POIC Lahad Datu terutamanya dalam menarik pelabur-pelabur yang berpotensi.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn. Bhd, Lynette Hoo, Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim, serta pegawai-pegawai kerajaan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/poic-sandakan-lahad-datu-perlu-bekerjasama-tarik-pelabur/feed/ 0 4608