pokok semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Dec 2022 02:21:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pokok semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 lelaki cedera dihempap pokok semasa memancing ikan https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/ https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/#respond Thu, 08 Dec 2022 02:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25955
Read Time:44 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera dihempap pokok semasa sedang memancing ikan di tepi sungai di Kg Tamu Darat dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.46 malam tadi (7 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati pokok tumbang menghempap seorang mangsa yang sedang melakukan aktiviti memancing ikan di tepi sungai menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai sedalam 12 kaki.

“Mangsa dikenali sebagai Belingi Ewoi @ Yawai, 59, berjaya diselamatkan oleh anak mangsa dan berpaut pada pokok yang tumbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Syazwan berkata, pasukan Bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan sistem hauling dan membawa mangsa naik ke tebing sejauh 15 meter menggunakan stretcher.

“Mangsa diberi rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 10:44 malam tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/feed/ 0 25955