Pokok tumbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Oct 2024 01:36:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pokok tumbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 33 kes pokok tumbang dilaporkan di Sabah – JBPM https://sabahmedia.com/2024/10/23/33-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-di-sabah-jbpm/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/33-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-di-sabah-jbpm/#respond Wed, 23 Oct 2024 01:36:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62600
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 33 kes berkaitan pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa buah daerah di Sabah dalam tempoh lima hari bermula 18 Oktober lalu sehingga hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya meminta orang ramai untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang dalam tempoh lima hari bermula seawal jam 07 pagi pada 18 Oktober lalu sehingga jam 7 pagi tadi.

“Daerah Kota Belud melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes pokok tumbang, diikuti Tuaran (5 kes); Putatan (4 kes); Kunak dan Penampang masing-masing tiga kes.

“Selain itu, di daerah Keningau dan Papar masing-masing melaporkan dua kes pokok tumbang.  Bagi daerah Tambunan; Sandakan; Beluran; Tawau; Kota Kinabalu; Kudat dan Kuala Penyu masing-masing melaporkan sat ukes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa kini boleh mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang akibat hujan lebat serta ribut petir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan pedalaman dan seluruh kawasan pantai barat hingga ke Kudat dan Beluran.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan itu dijangka akan bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Situasi cuaca itu turut diramal akan berlaku di Labuan dan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/33-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-di-sabah-jbpm/feed/ 0 62600
518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/19/518-kes-pokok-tumbang-berlaku-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/19/518-kes-pokok-tumbang-berlaku-di-sabah/#respond Thu, 19 Sep 2024 08:56:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60901
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 518 kes berkaitan pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa buah daerah di Sabah bermula 1 Januari lalu sehingga hari ini.

Jumlah itu dinyatakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan di sini petang tadi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO)
JBPM Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang bermula 1 Januari lalu sehingga hari ini sebanyak 518 kes.

“Justeru orang ramai di mohon untuk sentiasa berhati-hati semasa berada di luar rumah dan sentiasa mengawasi ahli keluarga anda ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” menurut kenyataan itu di sini.

Cuaca ribut petir, angin kencang dan hujan telah berlaku di beberapa buah daerah di Sabah yang turut mengakibatkan berlaku insiden pokok tumbang. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/19/518-kes-pokok-tumbang-berlaku-di-sabah/feed/ 0 60901
Dua warga emas alami cedera ringan https://sabahmedia.com/2024/09/17/dua-warga-emas-alami-cedera-ringan/ https://sabahmedia.com/2024/09/17/dua-warga-emas-alami-cedera-ringan/#respond Tue, 17 Sep 2024 10:07:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60791
Read Time:38 Second

Kota Kinabalu : Dua warga emas dilaporkan mengalami cedera ringan selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Batu 2, Jalan Tuaran di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang.

Pasukan yang terdiri daripada enam anggota dan sebuah van digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.16 petang.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas(Gergaji berantai).

“Terdapat dua orang mangsa terlibat dilaporkan mengalami cedera ringan,” menurut kenyataan itu di sini.

Tambah kenyataan itu lagi, operasi tamat pada jam 2.07 petang setelah semua keadaan disahkan selamat dan tiada risiko tambahan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/17/dua-warga-emas-alami-cedera-ringan/feed/ 0 60791
20 kes pokok tumbang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam https://sabahmedia.com/2024/09/17/20-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-berlaku-dalam-tempoh-24-jam/ https://sabahmedia.com/2024/09/17/20-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-berlaku-dalam-tempoh-24-jam/#respond Tue, 17 Sep 2024 05:34:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60781
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang sebanyak 20 kes melibatkan beberapa  buah daerah di negeri ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes itu adalah melibatkan panggilan kecemasan yang direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut JBPM, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya segera menggerakkan anggota ke kawasan terlibat.

“JBPM Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang sebanyak 20 kes bermula seawal jam 8 pagi semalam sehingga jam 11 pagi pada hari ini bertarikh melibatkan beberapa buah daerah di negeri ini.

“Sebanyak empat kes dilaporkan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dan BBP Lintas; tiga kes masing-masing melibatkan BBP Penampang dan BBP Kudat.

“Selain itu turut dilaporkan pokok tumbang melibatkan BBP Kudat sebanyak tiga kes dan masing-masing satu kes bagi BBP Tuaran; BBP Tenom; BBP Sook dan BBP Tawau,” menurut kenyataan itu di sini.

Justeru, JBPM Sabah meminta orang ramai untuk sentiasa berhati-hati semasa berada di luar rumah dan sentiasa mengawasi ahli keluarga ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sebelum in, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 1 petang tadi.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 9.08 pagi memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di Kuala Penyu, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang.

“Aktiviti luar serta perjalanan dinasihatkan untuk ditangguhkan sehingga keadaan cuaca kembali stabil,”katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/17/20-kes-pokok-tumbang-dilaporkan-berlaku-dalam-tempoh-24-jam/feed/ 0 60781
Wanita maut dihempap pokok tumbang https://sabahmedia.com/2022/12/22/wanita-maut-dihempap-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2022/12/22/wanita-maut-dihempap-pokok-tumbang/#respond Thu, 22 Dec 2022 10:57:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26736
Read Time:50 Second

PAPAR: Seorang wanita maut selepas rumahnya dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di Kampung Laut Kinarut dekat sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang tadi (22 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebatang pokok ara tumbang menghempap tiga buah rumah dan mengalami kerosakan 80 peratus.

“Terdapat seorang mangsa perempuan terlibat dihempap pokok kayu ara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Katizah Juani berusia 55 tahun itu, mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5:29 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/22/wanita-maut-dihempap-pokok-tumbang/feed/ 0 26736
Pokok tumbang hempap bumbung kereta, 4 sekeluarga selamat https://sabahmedia.com/2022/09/15/pokok-tumbang-hempap-bumbung-kereta-4-sekeluarga-selamat/ https://sabahmedia.com/2022/09/15/pokok-tumbang-hempap-bumbung-kereta-4-sekeluarga-selamat/#respond Thu, 15 Sep 2022 01:22:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21503
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Empat sekeluarga berdepan dengan detik cemas apabila sebatang pokok menghempap bumbung kereta yang dinaiki dalam satu kejadian di Jalan Bantayan Minintod dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam tadi (14 Sept) mengenai satu kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Bantayan Minintod, Inanam.

“Pasukan Bomba BBP Lintas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah kereta jenis Produa Axia dan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung kenderaan berkenaan.

Pasukan Bomba BBP Lintas memotong dan mengalihkan dahan pokok yang tumbang menghempap bumbung kereta di lokasi kejadian malam tadi. – Foto ihsan BBP Lintas

“Pasukan bomba bertindak memotong dahan pokok tersebut dan seterusnya dialihkan. Terdapat empat orang mangsa berada di dalam kenderaan tersebut dan dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Agustavia, mangsa yang terselamat adalah empat sekeluarga terdiri daripada masing-masing seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

“Difahamkan semasa kejadian kereta yang dinaiki mangsa empat sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari Jalan Inanam menuju ke Jalan Country Heights dan setiba di Jalan Bantayan Minintod berhampiran dengan ADC Driving School tiba-tiba sebatang pokok tumbang lalu menghempap bumbung kereta mereka.

“Seterusnya operasi ditamatkan pada jam 7.44 malam tadi setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/15/pokok-tumbang-hempap-bumbung-kereta-4-sekeluarga-selamat/feed/ 0 21503