Pokok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Nov 2025 06:38:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pokok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan segera pastikan keselamatan pengguna Jalan Cecily terjamin https://sabahmedia.com/2025/11/04/tindakan-segera-pastikan-keselamatan-pengguna-jalan-cecily-terjamin/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/tindakan-segera-pastikan-keselamatan-pengguna-jalan-cecily-terjamin/#respond Tue, 04 Nov 2025 06:38:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84919
Read Time:55 Second

SANDAKAN : Tindakan pantas diambil selepas sebatang pokok buluh yang tumbang dan menghempap kabel telekom di Jalan Cecily dipotong bagi mengelakkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, berkata pihaknya segera turun padang sebaik menerima laporan berkenaan.

“Kami telah melaksanakan kerja-kerja seperti ini sejak dahulu lagi dan akan terus melakukannya demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Hiew, inisiatif pembersihan dan penyelenggaraan kawasan sekitar Karamunting merupakan usaha berterusan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku akibat pokok tumbang atau keadaan persekitaran yang berisiko.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR atas tindakan pantas dan kerjasama erat dalam menyelesaikan aduan berkenaan.

“Kerjasama dan kepekaan penduduk amat penting. Jika ada situasi berbahaya, segera laporkan kepada pihak kami atau agensi berkaitan supaya tindakan dapat diambil dengan cepat,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan komuniti akan terus menjadi keutamaan dan kerjasama antara masyarakat serta pihak berkuasa akan diperkukuh dari semasa ke semasa.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/tindakan-segera-pastikan-keselamatan-pengguna-jalan-cecily-terjamin/feed/ 0 84919
Juliah bantu warga emas mangsa dihempap pokok https://sabahmedia.com/2024/05/24/juliah-bantu-warga-emas-mangsa-dihempap-pokok/ https://sabahmedia.com/2024/05/24/juliah-bantu-warga-emas-mangsa-dihempap-pokok/#respond Fri, 24 May 2024 08:46:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54924
Read Time:48 Second

TUARAN: Prihatin terhadap nasib warga emas yang parah akibat dihempap pokok, isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Juliah Salag tampil mengusahakan bantuan berupa peralatan dan keperluan lain bagi membantu mangsa itu.

Atas inisiatif Juliah, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) tampil memberikan bantuan yang diperlukan oleh mangsa, Rosiah Bakar, 62 tahun berupa “double fowler bed hi-lo”, “hoist patient lift”, “commode wheelchair”, diapers dewasa, susu Nestle oral impact dan lain-lain.

Penasihat Biro Kebajikan Task Force KDM N.12 Sulaman, Datin Alice Tee mewakili Juliah bersama Pengerusi Biro Kebajikan Task Force KDM, Juliah Indar serta jawatankuasanya mengiringi Pengarah YKS, Dg Rugayah Ag Besar menyerahkan bantuan itu kepada adik mangsa Norasiah Bakar di kediamannya di Kg Selupoh Tuaran, dekat sini.

Rosiah masih menjalani rawatan di hospital akibat cedera parah selepas tersepit dalam kereta, dalam insiden yang berlaku pada bulan Mac 2024 berhampiran Legasi Laya-Laya, Tuaran.

Juliah berharap dengan bantuan itu dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Rosiah dan keluarganya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/24/juliah-bantu-warga-emas-mangsa-dihempap-pokok/feed/ 0 54924
Tiga gerai jual makanan rosak dihempap pokok https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/ https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/#respond Sun, 05 May 2024 07:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53961
Read Time:45 Second

SEMPORNA: Tiga buah gerai menjual makanan rosak akibat dihempap sebatang pokok di Taman Sempaul dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman berkata, sepasukan bomba terdiri daripada tujuh anggota dari BBP Semporna dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.58 pagi (5 Mei).

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan Bomba mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah gerai.

“Kerosakan melibatkan khemah jenis kanopi termasuk barangan jualan makanan siap masak seperti kuih muih dan nasi bungkus.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai dan seterusnya dialihkan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Madzlan, semasa kejadian keadaan adalah hujan dan terdapat penjual di setiap gerai tersebut, namun mereka semuanya terselamat dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.24 pagi setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi kejadian itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/feed/ 0 53961
Tiga buah kenderaan dihempap pokok tumbang https://sabahmedia.com/2023/06/25/tiga-buah-kenderaan-dihempap-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/tiga-buah-kenderaan-dihempap-pokok-tumbang/#respond Sun, 25 Jun 2023 04:58:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37078
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Tiga buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian di Blok 20, Perumahan Telipok Ria dekat sini pada Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari pada Sabtu (24 Jun) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku pokok tumbang di alamat Blok 20 Perumahan Telipok Ria yang melibatkan tiga buah kenderaan masing-masing satu Van, Proton Saga dan Toyota Hilux.

“Seterusnya tindakan Pasukan Bomba mengalihkan pokok tumbang dari kenderaan terlibat dengan menggunakan peralatan Khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.35 petang.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/tiga-buah-kenderaan-dihempap-pokok-tumbang/feed/ 0 37078
Dua Pemandu Nyaris Dihempap Pokok Tumbang https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/#respond Sat, 01 Jan 2022 05:15:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10527
Read Time:42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Dua individu yang sedang memandu kereta masing-masing nyaris dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di jalan berhadapan Hotel Sabah dekat sini, pada Sabtu pagi.

Menurut satu kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, dalam kejadian 6.32 pagi tadi (1 Januari 2022) pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan pokok tumbang di hadapan Hotel Sabah.

Pasukan operasi sedang menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang di jalan berhadapan Hotel Sabah Sandakan pagi tadi. – Foto IhsanJBPM Sabah

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok besar tumbang menghempap dua buah kenderaan jenis Proton saga dan Proton Axia yang melalui jalan tersebut.

“Bagaimanapun difahamkan kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Pasukan operasi telah menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu sehingga operasi selesai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/feed/ 0 10527
Ibubapa bina pondok atas pokok untuk anak ikuti PdPR ekoran capaian internet yang lemah https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/#respond Sun, 08 Aug 2021 14:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4326
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Ibu bapa di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan terpaksa membina sebuah pondok di atas pokok bagi memberi kemudahan kepada anak mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini kerana capaian internet yang lemah dan tidak stabil menyebabkan anak-anak mereka terpaksa mencari lokasi yang lebih tinggi.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sosondoton, Kampung Torolobou dan Kampung Ratau.

Salah seorang penduduk, Saifuddin Abdullah berkata, penduduk terlibat telah mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti kelemahan capaian internet di kawasan berkenaan.

“Kami telah mengajukan surat rasmi kepada SKMM beberapa tahun lalu namun sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan positif berhubung masalah capaian internet.

“Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain membina pondok atas pokok agar anak-anak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang mengakui pembinaan pondok itu akan memberi risiko terhadap anak-anak mereka namun terpaksa berbuat demikian bagi memastikan sesi pembelajaran dan ulangkaji berjalan lancar.

“Anak-anak kami amat memerlukan capaian internet yang baik agar sesi pembelajaran mereka berjalan lancar kerana kita belum tahu bila sesi sekolah secara bersemuka akan dibuka.

“Justeru itu kami memohon pihak berwajib termasuk pemimpin setempat khususnya wakil rakyat kami agar dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/feed/ 0 4326