POLIS MARIN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Jan 2025 10:58:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png POLIS MARIN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis Marin Sabah rampas minyak diesel bersubsidi bernilai RM163,500 https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/#respond Sun, 12 Jan 2025 10:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66836
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berjaya merampas minyak diesel bersubsidi bernilai RM163,500 dalam satu operasi di kawasan perairan laut Safma dekat sini pada 10 Januari lalu.

Operasi rondaan menggunakan Botronda RH 52 dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin sekitar jam 8 malam.

Minyak diesel bersubsidi yang dirampas dalam operasi di perairan laut Safma.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan itu melibatkan sebuah kapal pukat tunda bersama beberapa tangki minyak yang telah diubahsuai untuk tujuan penyeludupan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa 6,000 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan dalam lapan tangki minyak yang telah diubahsuai.

“Penama yang berada di atas kapal gagal mengemukakan dokumen atau permit sah daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nazri, dalam serbuan itu, pasukan telah merampas sebuah kapal pukat tunda, dua tangki minyak kapasiti 1,000 liter (2,000 liter minyak diesel), empat tangki minyak kapasiti 600 liter (2,400 liter minyak diesel) dan dua tangki minyak kapasiti 800 liter (1,600 liter minyak diesel).

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati peralatan lengkap untuk aktiviti penjualan minyak diesel turut ditemukan di atas kapal.

“Suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/feed/ 0 66836
Polis Marin Lahad Datu Tumpaskan Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/12/27/polis-marin-lahad-datu-tumpaskan-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/polis-marin-lahad-datu-tumpaskan-aktiviti-bom-ikan/#respond Mon, 27 Dec 2021 08:10:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10338
Read Time:54 Second

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti cubaan menangkap ikan menggunakan bom ikan di sekitar perairan Pulau Sakar, dekat sini pagi tadi. (27 Dis)

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, anggota Polis Marin telah mengejar sebuah perahu yang dipercayai melakukan aktiviti bom ikan dan perahu tersebut telah ditinggalkan di kawasan Pulau Malamok, Lahad Datu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan keatas perahu yang ditinggalkan itu, pihak polis menemui peralatan atau barang salah iaitu beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat yang dipercayai digunakan untuk tujuan bom ikan,” kata Gan dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua barang tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985, manakala nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,400.00.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/polis-marin-lahad-datu-tumpaskan-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 10338
Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Barang Kawalan https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/#respond Tue, 23 Nov 2021 08:00:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8765
Read Time:46 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup barang kawalan di kawasan perairan Kg Air, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari semalam (Isnin), pasukan Polis Marin membuat rondaan di kawasan Perairan Laut Kg. Air, Semporna telah ternampak sebuah bot ditambat di tiang jeti kawasan Kg. Air, Semporna dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menjumpai beberapa jerikin saiz 30 liter berisi minyak petrol dan beberapa kotak minyak masak yang disyaki akan diseludup ke negara jiran iaitu Filipina,” kata Mohamad dalam kenyataannya menerusi laman Rasmi Facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Bot dan barang kawalan ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,627.50.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/feed/ 0 8765
Polis Marin Usir Keluar 11 Warga Filipina Tanpa Dokumen Sah Masuk Perairan Malaysia https://sabahmedia.com/2021/09/10/polis-marin-usir-keluar-11-warga-filipina-tanpa-dokumen-sah-masuk-perairan-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/polis-marin-usir-keluar-11-warga-filipina-tanpa-dokumen-sah-masuk-perairan-malaysia/#respond Fri, 10 Sep 2021 14:02:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6140
Read Time:1 Minute, 13 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir keluar 11 Warga Filipina disyaki masuk ke perairan Malaysia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dalam satu operasi di sini pada Rabu (8 September 2021).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, pada 8 September 2021( Rabu) jam 5 petang pasukannya membuat rondaan di kawasan laut antara Selatan Kulapuan Semporna telah menahan sebuah bot laju berwarna biru yang tidak mempunyai nombor pendaftaran menggunakan enjin sangkut jenis Yamaha 85hp.

“Hasil Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut dinaiki oleh 11 orang penumpang termasuk lelaki, wanita dan kanak kanak datang dari arah perairan Filipina dan telah masuk ke perairan Semporna (Malaysia).

“Siasatan ke atas juragan dan anak perahu mendapati kesemuanya tidak memilik dokumen Pengenalan diri yang sah dipercayai warganegara Filipina. Pemeriksaan juga tidak menemui barang-barang yang menyalahi undang-undang di dalam bot laju tersebut,” kata Mohammad dalam kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Tambahnya, selesai membuat pemeriksaan, juragan dan kesemua anak perahu telah diarahkan berpatah balik ke perairan Filipina dan diiring keluar dari perairan Semporna selaras dengan kehendak undang-undang dibawah Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

Justeru itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/polis-marin-usir-keluar-11-warga-filipina-tanpa-dokumen-sah-masuk-perairan-malaysia/feed/ 0 6140
Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Petrol & Tong LPG https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/#respond Mon, 28 Jun 2021 12:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2142
Read Time:1 Minute, 5 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup petrol dan tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiram dalam kejadian di perairan laut Sisipan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, juragan bot berkenaan bagaimanapun gagal ditahan selepas nekad terjun ke laut untuk meloloskan diri ke kawasan hutan bakau berhampiran.

Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, ketika anggota PPM dalam tugas perondaan di perairan Semporna mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika dihampiri juragan bot melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemui 12 tong berisi petrol dan dua tong gas LPG yang disyaki cuba diseludup ke Filipina.

“Bot dan muatan dianggarkan bernilai RM27,931 dirampas kerana disyaki cuba seludup barang kawalan ke Filipina.

“Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pihak turut merampas sebuah pam bot dengan membawa 15 kotak minyak masak di Jeti Kayu Hujung Pasar Kampung Air.

“Juragan bot gagal dikesan selepas nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke laut Pulau Bum-Bum.

“Pemeriksaan turut menemui pelbagai jenis ikan sebanyak 10 kilogram dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya.

Mohammad berkata, jumlah nilai keseluruhan rampasan membabitkan dua kes ini bernilai RM32,181.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985,” katanya. – ASIATIMES

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/polis-marin-patahkan-cubaan-seludup-petrol-tong-lpg/feed/ 0 2142