polis siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Aug 2026 02:20:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png polis siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Video kanak-kanak dikerumuni di Papar tular, polis siasat https://sabahmedia.com/2026/08/18/video-kanak-kanak-dikerumuni-tular-polis-siasat/ https://sabahmedia.com/2026/08/18/video-kanak-kanak-dikerumuni-tular-polis-siasat/#respond Tue, 18 Aug 2026 02:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101821
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dikerumuni beberapa individu di sebuah taman permainan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, ketika dihubungi Sabah Media hari ini, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Ogos lalu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah taman permainan di Papar dan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama beberapa individu lain berusia antara 13 hingga 18 tahun.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan selepas mangsa cuba menghisap puntung rokok walaupun telah ditegur dan dilarang oleh individu terbabit.

“Mangsa kemudian dipegang oleh beberapa individu, manakala seorang lagi dipercayai menyalakan pemetik api ke arah mangsa dengan tujuan menakutkannya.

“Sebahagian kejadian dirakam menggunakan telefon bimbit sebelum video itu dikongsikan menerusi WhatsApp dan kemudiannya tersebar di media sosial,” katanya.

Heryan berkata, mangsa disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam kejadian itu.

Katanya, walaupun keluarga yang terlibat pada peringkat awal menyelesaikan perkara berkenaan secara baik, polis meneruskan siasatan selepas menerima permintaan supaya tindakan lanjut diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, polis kini melengkapkan siasatan termasuk merakam percakapan pengadu, mangsa, saksi dan individu yang terlibat, selain menjalankan pemeriksaan di lokasi serta mendapatkan bahan bukti berkaitan.

Heryan turut menegaskan bahawa polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya atau ketakutan kepada kanak-kanak, walaupun ia didakwa dilakukan atas alasan bergurau, menakutkan atau mendidik.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat tidak tepat atau terus berkongsi rakaman berkenaan kerana kes ini melibatkan kanak-kanak dan masih dalam siasatan,” tegasnya.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan penjaga supaya memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak, termasuk penggunaan media sosial dan pendedahan kepada tabiat merokok dalam kalangan golongan bawah umur.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/18/video-kanak-kanak-dikerumuni-tular-polis-siasat/feed/ 0 101821
Polis siasat kes kamera tersembunyi dipasang di ‘homestay’ Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/09/23/polis-siasat-kes-kamera-tersembunyi-dipasang-di-homestay-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/polis-siasat-kes-kamera-tersembunyi-dipasang-di-homestay-kota-kinabalu/#respond Sat, 23 Sep 2023 11:05:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42377
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu telah menerima laporan dan meneliti satu paparan yang ditularkan melalui media sosial berkaitan kes sepasang warganegara China yang menemui kamera kecil tersembunyi (hidden camera) yang dipasang di dalam soket di bilik sebuah ‘homestay’ di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
Asisten Komisioner, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis dari pengadu warganegara China tersebut pada 7 september 2023 jam 5.27 petang.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Kesiksaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat dan usaha untuk mengenalpasti suspek sedang dijalankan.

“Pihak polis juga ingin menafikan telah meminta pengadu memadam
paparan/posting yang dibuat oleh pengadu di dalam platform media
masanya,” katanya.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat
berkaitan kes berkenaan untuk menyalurkannya kepada ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Khairul Shah Peri di talian 011-2669 1994.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/polis-siasat-kes-kamera-tersembunyi-dipasang-di-homestay-kota-kinabalu/feed/ 0 42377
Polis siasat klip video tular babitkan salah laku anggota https://sabahmedia.com/2023/03/29/polis-siasat-klip-video-tular-babitkan-salah-laku-anggota/ https://sabahmedia.com/2023/03/29/polis-siasat-klip-video-tular-babitkan-salah-laku-anggota/#respond Wed, 29 Mar 2023 08:31:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31726
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan ada menerima maklumat berkenaan klip video yang tular di media sosial membabitkan salah laku dua orang anggota polis dan orang awam di satu lokasi sekitar daerah Sandakan baru-baru ini.

Fuad berkata, siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang dijalankan bagi mengenalpasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan juga pihak pemberi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan dimohon untuk berhubung dengan ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan di talian 0133811239.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/29/polis-siasat-klip-video-tular-babitkan-salah-laku-anggota/feed/ 0 31726