Polis tahan lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Apr 2023 07:28:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Polis tahan lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis tahan lelaki warga asing bantu siasat kes rogol kanak-kanak 12 tahun https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/#respond Mon, 03 Apr 2023 07:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32075
Read Time:55 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes rogol seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di kawasan kebun kelapa sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan pada 1 April 2023 oleh abang ipar mangsa (pengadu) mengenai kejadian tersebut.

“Menurut maklumat pengadu, kejadian berlaku pada 5 dan 7 Mac lalu semasa mangsa tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini, mangsa telah bertindak menghubungi isteri pengadu yang juga kakak mangsa bagi membongkar perbuatan keji suspek,” kata Jasmin dalam kenyataannya semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai, Tawau bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek.

“Suspek berumur 32 tahun yang juga dipercayai bapa tiri mangsa telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah,”katanya.

Menurut Jasmin, mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/feed/ 0 32075