Polis tangkap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Jun 2023 12:24:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Polis tangkap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis tangkap pemandu pelancong lempar ugutan bunuh https://sabahmedia.com/2023/06/17/polis-tangkap-pemandu-pelancong-lempar-ugutan-bunuh/ https://sabahmedia.com/2023/06/17/polis-tangkap-pemandu-pelancong-lempar-ugutan-bunuh/#respond Sat, 17 Jun 2023 12:24:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36566
Read Time:1 Minute, 32 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki warga tempatan yang juga pemandu pelancong ditangkap polis selepas melemparkan ugutan bunuh semasa berlaku pertengkaran dengan beberapa orang lelaki di sebuah pulau dalam Daerah Semporna pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian katanya, pada 16 Jun 2023 jam lebih kurang 3.02 petang, pihak polis daerah Semporna telah menerima satu laporan yang dibuat oleh pengadu seorang lelaki berumur 28 tahun warga tempatan mengatakan telah menerima ugutan bunuh semasa berlaku pertengkaran antara pengadu dan beberapa orang lelaki di sebuah pulau dalam Daerah Semporna.

“Menurut maklumat, kejadian berlaku pada 15 Jun 2023 jam lebih kurang 10.00 pagi di hadapan sebuah sekolah swasta yang diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan ( NGO ) di pulau berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sekumpulan pemandu pelancong tidak berpuas hati dengan pengadu yang merakam kelakuan pelancong yang mengambil gambar di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, pertengkaran dileraikan oleh ketua kampung dan ada di kalangan pemandu pelancong dikatakan telah mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membunuh pengadu.

“Bertindak atas maklumat, pada 17 Jun 2023 jam lebih kurang 12.10 pagi, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 29 tahun warga tempatan bagi membantu siasatan.

“Suspek direman selama dua hari sehingga 19 Jun ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Farhan menyeru kepada orang ramai atau saksi yang melihat kejadian dimohon untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Ruslan Hardi Hamil di talian 016-8050885 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang negara yang sedang berkuatkuasa.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/17/polis-tangkap-pemandu-pelancong-lempar-ugutan-bunuh/feed/ 0 36566
Polis tangkap empat individu broker projek termasuk bergelar ‘Datuk’ https://sabahmedia.com/2023/06/13/polis-tangkap-empat-individu-broker-projek-termasuk-bergelar-datuk/ https://sabahmedia.com/2023/06/13/polis-tangkap-empat-individu-broker-projek-termasuk-bergelar-datuk/#respond Tue, 13 Jun 2023 03:45:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36276
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Empat individu termasuk dua bergelar ‘Datuk’ berjaya diberkas oleh sepasukan polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah kerana disyaki terbabit dalam satu kes penipuan memberi kelulusan segera mendapatkan Letter of Award (LoA) projek Kudat Oil and Gas Industrial Park (KOGIP) bernilai USD25 bilion.

Menurut sumber, keempat-empat individu ini telah membuat temuduga terbuka kepada kontraktor-kontraktor Sabah yang berminat untuk mendapatkan projek berkenaan pada 5 Jun 2023 di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Katanya, temuduga terbuka itu bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang dikendalikan oleh dua orang “Datuk” berkenaan untuk meyakinkan para kontraktor yang hadir semasa sesi temuduga tersebut.

Sumber berkata, para kontraktor yang layak semasa sesi temuduga itu dijanjikan akan menerima LoA dengan mudah hanya dalam masa dua hari selepas membuat pembayaran paling minimum RM300 ribu atau 10 persen dari nilai projek yang ditawarkan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas keempat-empat individu berkenaan pada hari yang sama iaitu 5 Jun lalu.

“Hasil daripada laporan orang awam, polis berjaya menangkap keempat-empat individu termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka dengan gelaran “Datuk” dan telah ditahan reman selama empat hari untuk tujuan siasatan lanjut.

“Pihak Bahagian Jabatan Jenayah Komersil telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan ke atas empat suspek berkenaan yang terlibat dengan satu aktiviti yang dikatakan cuba menawarkan projek-projek berkaitan dengan KOGIP,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan (Jun) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Tahun 2023 di Dataran Kawad, Kepayan hari ini.

Menurut Jauteh, hasil siasatan lanjut didapati bahawa individu-individu berkenaan tidak mempunyai kuasa ataupun akses terhadap projek berkenaan.

“Difahamkan suspek-suspek berkenaan cuba menawarkan projek dan meminta wang pendahuluan (deposit) daripada mangsa.

“Walau bagaimanapun setelah tamat reman empat hari, kita telah lepaskan empat suspek berkenaan dengan jaminan polis,” katanya.

Jauteh berkata, setakat ini belum ada kerugian dilaporkan daripada mangsa akibat daripada kegiatan empat suspek tersebut namun suspek-suspek berkenaan pernah ada laporan kes lampau yang juga membabitkan dengan kes penipuan.

Tambah beliau, keempat-empat suspek berumur antara 40 hingga 60 tahun dan bukan rakyat tempatan Sabah.

Katanya, siasatan turut mendapati kumpulan ini sudah lama menjalankan kegiatan mereka ke seluruh Malaysia dengan memperkenalkan diri sebagai “broker” (melobi projek).

Ditanya mengenai dua suspek yang mempunyai gelaran “Datuk”, Jauteh berkata, berkaitan dengan gelaran itu, ianya sedang dalam siasatan.

Sehubungan dengan itu, Jauteh turut menasihatkan para peniaga khususnya para kontraktor supaya tidak memberikan wang pendahuluan sebagai bentuk pengurusan sebelum mengetahui kebenaran projek tersebut wujud atau tidak.

“Saya nasihatkan para para peniaga khususnya para kontraktor apabila berurusan kepada sesuatu projek jangan memberi duit dahulu, ini banyak yang kita terima aduan mereka memberikan wang pendahuluan sebagai bentuk pengurusan sedangkan projek itu belum terbukti ada atau tidak.

“Ini mengakibatkan apabila kes ini berlarutan, projek tidak dapat, wang hilang,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/13/polis-tangkap-empat-individu-broker-projek-termasuk-bergelar-datuk/feed/ 0 36276
Polis tangkap pelancong lelaki warga asing berbogel di balkoni https://sabahmedia.com/2023/06/09/polis-tangkap-pelancong-lelaki-warga-asing-berbogel-di-balkoni/ https://sabahmedia.com/2023/06/09/polis-tangkap-pelancong-lelaki-warga-asing-berbogel-di-balkoni/#respond Fri, 09 Jun 2023 14:01:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36068
Read Time:1 Minute, 28 Second

SEMPORNA: Polis telah menangkap seorang pelancong lelaki warga asing berikutan tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berbogel di balkoni sebuah bilik hotel di Semporna dalam kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lebih kurang jam 9.30 malam pada Khamis (8 Jun), polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna telah membuat tangkapan ke atas seorang pelancong lelaki warga asing berumur 40 tahun di sebuah hotel dalam Daerah Semporna.

“Tangkapan tersebut ekoran dari satu video berdurasi selama sembilan saat yang menunjukkan seorang lelaki tanpa berpakaian (bogel) telah keluar ke balkoni sebuah bilik hotel yang menghadap jalan raya.

“Perbuatan lelaki tersebut telah dirakam oleh orang awam yang melalui jalan berhadapan hotel berkenaan sebelum video tersebut tersebar di laman media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kejadian dipercayai berlaku pada 6 Jun lalu, jam lebih kurang 8.00 pagi.

“Lelaki berkenaan telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam yang mana jika disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh boleh sampai tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun prosedur jenayah selama empat hari sehingga 12 Jun 2023 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang awam yang merakam kejadian tersebut supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji ditalian 019-8718002 atau IPD Semporna di talian 089-781222 / 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan para pelancong supaya mematuhi undang-undang negara serta menghormati adat dan budaya masyarakat tempatan.

“Kerjasama orang ramai dalam usaha mengekalkan keharmonian dan keselamatan Daerah Semporna amat dihargai,” kata Mohd Farhan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/09/polis-tangkap-pelancong-lelaki-warga-asing-berbogel-di-balkoni/feed/ 0 36068
Polis tangkap empat remaja lelaki bawah umur, seorang wanita terlibat kes rogol berkumpulan https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/ https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/#respond Mon, 01 May 2023 09:30:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33657
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap empat remaja lelaki di bawah umur termasuk seorang wanita berusia 17 tahun dipercayai terlibat dalam kes rogol berkumpulan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, dekat sini pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 27 April lalu menyatakan telah menjadi salah seorang mangsa kejadian rogol berkumpulan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu.

“Kejadian yang berlaku pada minggu lepas itu turut melibatkan tiga lagi rakan mangsa yang masih dibawah umur membabitkan suspek empat remaja lelaki yang tidak dikenali dan seorang wanita yang dikenali oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zaidi berkata, menurut pengadu, malam kejadian itu, suspek empat lelaki dan satu wanita tersebut telah menegur ketiga-tiga mangsa semasa berada di sebuah pusat membeli belah di daerah Kota Kinabalu dan telah memujuk kesemua mangsa untuk melepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air, Kota Kinabalu.

Katanya, semasa berada di rumah tersebut, kesemua mangsa telah diumpan untuk menghisap vape yang berperisa baharu, sebaik sahaja menuruti pelawaan suspek, ketiga-tiga mangsa telah tidak sedarkan diri.

“Apabila kesemua mangsa tersedar pada tengah malam tersebut mendapati kesemua mereka dalam keadaan tidak berpakaian manakala kelima-lima suspek tersebut telah menghilangkan diri. Ketiga-tiga mangsa mengesyaki mereka telah dirogol lalu membuat laporan polis,” katanya.

Bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, Zaidi berkata, Polis Daerah Kota Kinabalu telah berjaya mengesan dan menangkap kelima-lima suspek yang terlibat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan di kawasan Telipok Ria, Tuaran.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga 5 Mei 2023 untuk siasatan dibawah Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan Dan 375(B) Kanun Keseksaan.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin menasihati para remaja terutamanya remaja perempuan agar tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan kenalan lelaki yang baru dikenali dan tidak mencuba untuk menghisap vape kerana akan membawa kepada risiko keselamatan diri,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/feed/ 0 33657