Polis Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 13:37:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Polis Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/14/lelaki-dicekup-bantu-siasatan-kes-cederakan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/lelaki-dicekup-bantu-siasatan-kes-cederakan-di-tawau/#respond Tue, 14 Oct 2025 13:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83290
Read Time:57 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian mendatangkan kecederaan di Flat Sri Titingan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan anggota Pondok Polis Titingan ketika rondaan dijalankan sekitar jam 3.20 petang.

Beliau berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan sebelum operasi mengesan suspek dijalankan.

“Anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan melakukan tangkapan terhadap suspek yang dikaitkan dengan laporan kes mendatangkan kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang barang salah, namun semakan mendapati MyKad digunakan adalah milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hak suspek di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah telah dibacakan dan difahami sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Suspek kemudian dirujuk kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam sebarang perselisihan faham, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.- SABAH MEDIA / FOTO IPD TAWAU

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/lelaki-dicekup-bantu-siasatan-kes-cederakan-di-tawau/feed/ 0 83290
Tindakan sembunyi pelbagai jenis senjata di kawasan rumah gagal, lelaki dicekup polis https://sabahmedia.com/2025/07/19/tindakan-sembunyi-pelbagai-jenis-senjata-di-kawasan-rumah-gagal-lelaki-dicekup-polis/ https://sabahmedia.com/2025/07/19/tindakan-sembunyi-pelbagai-jenis-senjata-di-kawasan-rumah-gagal-lelaki-dicekup-polis/#respond Sat, 19 Jul 2025 10:43:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77585
Read Time:53 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau : Cubaan seorang lelaki tempatan menyembunyikan pelbagai jenis senjata api dan peluru di kawasan semak berhampiran rumahnya terbongkar apabila polis menemui kesemua barangan berbahaya itu di Kalabakan, di sini.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan selepas pemeriksaan di lokasi menjumpai senjata api termasuk satu laras senapang patah (bakakuk), satu laras senapang angin buatan sendiri, dua batang paip besi, satu rangka senjata api yang tidak lengkap dan tiga biji peluru daripada jenis berbeza yang dibalut dengan kain hitam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, barangan tersebut disorok dengan teliti di dalam semak berhampiran rumah suspek dan ditemui semasa rondaan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dijalankan oleh anggota polis.

“Suspek kini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kalabakan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/19/tindakan-sembunyi-pelbagai-jenis-senjata-di-kawasan-rumah-gagal-lelaki-dicekup-polis/feed/ 0 77585
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000 https://sabahmedia.com/2025/05/20/polis-tawau-rampas-dadah-jenis-syabu-2-43kg-bernilai-rm87000/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/polis-tawau-rampas-dadah-jenis-syabu-2-43kg-bernilai-rm87000/#respond Tue, 20 May 2025 07:30:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74153
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Polis Tawau berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 2.43 kilogram bernilai kira-kira RM87,000 dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Tawau.

Kedua-dua suspek, warga tempatan berusia 44 dan 21 tahun, ditahan selepas tiba dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner (ACP), Jasmin Hussin berkata suspek pertama (44 tahun) ditahan jam 9.25 malam, namun tiada dadah ditemui padanya.

Bagaimanapun, jelas beliau maklumat daripadanya (suspek pertama) membawa kepada penahanan suspek kedua.

“Suspek kedua ditahan jam 10.15 malam dengan bagasi mengandungi dadah.

“Dadah tersebut disembunyikan dalam bagasi biasa dan dimasukkan dalam bekas makanan atau kotak biskut untuk menggaburi pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, di sini hari ini.

Jasmin berkata, dadah tersebut dimasukkan dalam bagasi dan semuanya bertutup bersih serta masih dalam keadaan sempurna.

Beliau memberitahu, suspek pertama memiliki empat kes jenayah sebelum ini berkaitan dadah manakala suspek kedua dikehendaki atas kes penipuan dan kesalahan judi.

“Kedua-duanya dipercayai bukan penduduk Tawau dan kemungkinan besar mereka ini sebahagian atau terlibat dengan sindiket dadah,” ujarnya sambil menambah pihak berkuasa akan meneruskan siasatan lanjut ke atas kes tersebut.

Ditanya sama ada dadah tersebut juga diseludup ke Indonesia, beliau tidak menolak kemungkinan suspek mencari rangkaian lain dalam sindiket ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman hingga 25 Mei 2025.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/polis-tawau-rampas-dadah-jenis-syabu-2-43kg-bernilai-rm87000/feed/ 0 74153
Polis Tawau belum terima aduan individu menyamar buat bancian penduduk https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/ https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/#respond Fri, 06 Sep 2024 05:55:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60247
Read Time:45 Second

TAWAU: Baru-baru ini tular di media sosial dua individu lelaki didakwa menyamar sebagai Pegawai Kementerian Dalam Negeri sedang berlegar-legar untuk membuat bancian penduduk di sekitar Tawau.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata setakat ini Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau tidak menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak berkaitan sebarang kejadian seperti diatas atas atau sebarang kejadian dirompak oleh mana-mana individu yang menyamar seperti yang didakwa.

“Walau bagaimanapun saya menasihati semua masyarakat agar sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daerah Tawau berada dalam keadaan yang baik dan terkawal pada masa ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bekerjasama baik dengan Balai Polis yang berhampiran dan menyimpan nombor telefon IPD/Balai.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian, sila berhubung dengan pihak polis atau membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berhampiran,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/feed/ 0 60247
Polis Tawau lupus barang kes Bahagian Siasatan Jenayah https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/#respond Wed, 28 Jun 2023 12:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37347
Read Time:49 Second

TAWAU: Polis Daerah Tawau telah menjalankan pelupusan barang rampasan yang melibatkan 93 kertas siasatan sejak tahun 2017 hingga 2022 atas pelbagai kesalahan, pada Isnin lalu.

Barang kes yang dirampas dilupus. – Foto ihsan PDRM Tawau

Pelupusan itu membabitkan sebanyak sejumlah 19 laras senjatapi pelbagai jenis, sejumlah rokok seludup pelbagai jenis, 7 mesin mobile printer, 9 unit telefon bimbit, 146 butir peluru pelbagai jenis dan 10 buah kenderaan pelbagai jenis yang dirampas dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata pelupusan itu dilakukan setelah mendapat perintah dari mahkamah untuk dilupuskan dan lucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

“Pelupusan tersebut melibatkan (28) kertas siasatan mengikut Akta Senjatapi 1971, (9) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan (56) Akta Kastam 1967.

“Semua kes ini sudah selesai siasatan dan jatuh hukuman serta mendapat arahan pelupusan dan lucut hak kepada Kerajaan Malaysia daripada mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Tawau DSP Mursalin Mahmud dan wakil Persenjataan AMRA IPD Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/feed/ 0 37347