politeknik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jun 2026 08:26:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png politeknik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKK rekod kemasukan pelajar melebihi sasaran https://sabahmedia.com/2026/06/25/pkk-rekod-kemasukan-pelajar-melebihi-sasaran/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/pkk-rekod-kemasukan-pelajar-melebihi-sasaran/#respond Thu, 25 Jun 2026 08:24:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98863
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mencatat pencapaian membanggakan apabila merekodkan seramai 1,032 pelajar baharu yang mendaftar bagi Sesi I 2026/2027, sekali gus melepasi sasaran awal institusi tersebut.

Pengarah PKK, Md Nor Abdul Halim berkata, jumlah pendaftaran itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding sasaran awal sebanyak 805 pelajar yang ditetapkan bagi sesi berkenaan.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan keyakinan masyarakat yang semakin tinggi terhadap kualiti pendidikan serta program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh PKK.

“Daripada unjuran awal seramai 805 pelajar, seramai 1,032 pelajar baharu telah berjaya mendaftar secara rasmi di PKK bagi Sesi I 2026/2027.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa TVET terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai pilihan pendidikan yang relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Perasmian Penutupan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 yang berlangsung di Dewan Rafflesia, PKK, di sini.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar, seramai 689 merupakan pelajar lelaki manakala 343 lagi adalah pelajar perempuan.

Md Nor berkata, kemasukan pelajar yang memberangsangkan itu turut mencerminkan pengiktirafan masyarakat terhadap peranan institusi TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Beliau turut mengingatkan para pelajar baharu bahawa kehidupan di institusi pengajian tinggi memerlukan tahap disiplin, komitmen dan tanggungjawab yang lebih tinggi berbanding alam persekolahan.

“Anda bukan sahaja terpilih untuk melanjutkan pengajian di PKK, malah menjadi sebahagian daripada sejarah kejayaan institusi ini.

“Melangkah masuk ke gerbang menara gading bermakna anda perlu bersedia menghadapi cabaran hidup berdikari serta mengadaptasi budaya pembelajaran TVET yang menekankan keseimbangan antara akademik dan kemahiran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggariskan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan pegangan oleh setiap pelajar sepanjang tempoh pengajian, iaitu memberi keutamaan kepada kecemerlangan akademik dan kemahiran TVET, memelihara hubungan silaturahim sesama warga kampus serta menggunakan saluran komunikasi yang betul dalam menyampaikan pandangan atau aduan.

Md Nor turut menegaskan bahawa bidang TVET kini memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dan tidak boleh dipandang rendah.

“Jangan sekadar belajar untuk lulus peperiksaan. Pelajar perlu terus mengasah kemahiran teknikal, komunikasi dan teknologi digital agar menjadi graduan yang benar-benar bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.

“Di PKK, akademik dan kemahiran berjalan seiring dalam membentuk graduan yang kompeten dan memenuhi kehendak industri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa, menghormati pensyarah serta menjaga nama baik institusi sepanjang tempoh pengajian.

Menyentuh aspek kebajikan pelajar, Md Nor memberi jaminan bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memastikan kesejahteraan pelajar, khususnya yang tinggal di asrama.

Katanya, sebarang isu atau aduan boleh disalurkan melalui sistem e-Maklum Balas atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Beliau turut menyeru pelajar baharu agar memanfaatkan sepenuhnya ekosistem pembelajaran yang disediakan di PKK dengan melibatkan diri dalam aktiviti inovasi, keusahawanan dan persatuan bagi memperkembangkan potensi diri.

“Gunakan peluang yang ada untuk membina kecemerlangan diri dan seterusnya mengharumkan nama PKK di peringkat kebangsaan serta antarabangsa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/pkk-rekod-kemasukan-pelajar-melebihi-sasaran/feed/ 0 98863
KPT telah hantar permohonan peruntukan bina Politeknik Kota Belud https://sabahmedia.com/2024/09/14/kpt-telah-hantar-permohonan-peruntukan-bina-politeknik-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2024/09/14/kpt-telah-hantar-permohonan-peruntukan-bina-politeknik-kota-belud/#respond Sat, 14 Sep 2024 07:43:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60646
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menghantar permohonan peruntukkan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi tujuan menyelesaikan isu berkaitan cadangan pembinaan Politeknik Kota Belud termasuk isu tanah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, selain itu, peruntukkan bagi tujuan pembinaan infrastuktur Politeknik  Kota Belud dijangka akan dimasukkan didalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13).

“Untuk Politeknik Kota Belud, kita telah menghantar kepada Kementerian Ekonomi untuk mempertimbangkan bajet untuk tahun hadapan untuk menyelesaikan isu-isu tanah, jadi kita harap akan dipertimbangkan.

” Untuk pembinaan mungkin kita akan masukkan dalam RMKe13 nanti.  Jadi kita doakan sama-samalah. Saya pun sendiri sedang berusaha untuk memastikan agar Politeknik Kota Belud ini akan dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya melihat keperluan Politeknik itu penting dibangunkan di bahagian utara Sabah berikutan jumlah golongan B40 agak tinggi.

Katanya, dengan adanya Politeknik itu, ianya akan dapat melatih para pelajar  selainmenjadi tenaga mahir selain mampu membantu keluarga pelajar terlibat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Politeknik Kota Belud ini dijangka ada memuatkan seramai 500 pelajar selain kita menyasarkan untuk menawarkan kursus berkaitan minyak dan gas selain pelancongan.

“Pemilihan bidang minyak dan gas ini kerana kita mahu supaya jumlah mereka yang terlibat dalam bidang ini ditambah kerana bidang ini semakin memerlukan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai politeknik, Mustapha menyifatkan institusi berkenaan penting untuk mengeluarkan seramai mungkin graduan berkemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja, khususnya di Sabah.

“Saya fikir ini akan menambah bilangan tenaga mahir kita terutama di Sabah ini memang kita amat memerlukan tenaga mahir yang berkualiti.

“Terima kasih kepada Politeknik Kota Kinabalu kerana membantu kita mengeluarkan tenaga mahir untuk negeri dan juga negara,” katanya.

Seramai 472 graduan Politeknik Kota Kinabalu menerima diploma dan sijil sempena Majlis Konvokesyen Ke-28 politeknik berkenaan, hari ini. –  SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/14/kpt-telah-hantar-permohonan-peruntukan-bina-politeknik-kota-belud/feed/ 0 60646
70 Kumpulan Sertai ProjeX-23 https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/#respond Sun, 06 Feb 2022 11:25:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11949
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU:   Sebanyak 70 kumpulan pelajar telah menyertai Students’ Innovation Project Exhibition and Competition (ProjeX-23) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Kumpulan CPS04 daripada Jabatan Perdagangan yang dianggotai oleh Muhammad Zulainnor Zulkefli, Muhamad Hisyam Mad Sapi, Sitti Sofiah Liyana Afiqah Mohammat dan Emily Christy Fredoline telah memenangi Anugerah Pilihan Juri dengan projek inovasi mereka iaitu i-Vendor di bawah seliaan pensyarah, Muhammad Haziq Ismail.

Melalui tema ‘Education for Industry: Fostering Design Thinking and Problem  Solving Skills’, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Ts. Zainab Othman berkata, ProjeX-23 disertai oleh pelajar semester lima daripada lima jabatan utama di PKK.

Katanya antara jabatan terlibat iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 

“ProjeX-23 juga merupakan pentas bagi menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berdaya saing bertepatan dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni berkata , pelajar PKK akan dikenali bukan sahaja kerana kecemerlangan pendidikan, kokurikulum tetapi juga mempunyai daya saing setara dengan institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Saya ingin mengumumkan Pusat Kreatif Ekonomi Dan Inovasi Sabah, akan membuka peluang kepada para pelajar Politenik Kota Kinabalu untuk membuat latihan industri di organisasi kami,” katanya. 

Anugerah Jabatan Terbaik telah dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dengan memperoleh 47 mata melalui  empat emas, lapan perak dan tiga gangsa mendahului empat jabatan yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/70-kumpulan-sertai-projex-23/feed/ 0 11949
Politeknik & Kolej Komuniti Main Peranan Sedia Graduan Industri Keempat https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/#respond Sun, 12 Dec 2021 07:12:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9774
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam menyediakan graduan bagi mendepani revolusi industri keempat.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kecanggihan teknologi masa kini telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan ia perlu dilihat sebagai peluang meningkatkan prestasi diri.

Katanya, peluang itu boleh diambil dengan pelbagai kemahiran baharu sebagai persiapan dan cabaran menghadapi dunia pekerjaan.

“Graduan juga perlu kreatif dalam mencari peluang pekerjaan dan juga ruang menjana ekonomi.

“Saya menyeru para graduan untuk tidak hanya tertumpu kepada aktiviti mencari kerja tetapi berusaha untuk menjadi ‘job creator’.

“Selain itu, saya turut berharap graduan tidak terlalu bersikap memilih pekerjaan, sebaliknya mampu bersaing dan sentiasa berupaya mencipta dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan pihak majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu Ke-25 yang diadakan secara maya disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, beliau berharap para graduan akan terus menyemarakkan nama Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Kota Kinabalu dengan memperlihatkan kualiti diri yang unggul.

Katanya, graduan juga perlu menjadi graduan yang berilmu, berinovasi, berakhlak mulia dan mempunyai semangat waja untuk menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

“Saya difahamkan sebentar tadi Politeknik Kota Kinabalu telah melahirkan seramai 25,807 graduan termasuk 2,611 graduan yang diraikan pada tahun ini.

“Saya yakin dan percaya graduan Politeknik Kota Kinabalu yang berada di dalam dewan ini mahupun di luar sana merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi negara kita,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata, tenaga pekerja berkemahiran tinggi dilihat sebagai sumber penting dalam menjamin pertumbuhan industri yang lebih mampan dan membangunkan sebuah negara.

“Justeru, saya turut berasa bangga dengan kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu, yang difahamkan sebanyak 90.1 peratus pada tahun 2020.

“Peratusan ini agak menurun sedikit berbanding pencapaian pada tahun 2019 iaitu 96.5 peratus. Namun jumlah peratusan ini masih boleh dibanggakan kerana melebihi 90 peratus walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 yang telah memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi, politik, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara.

“Ini membuktikan bahawa Politeknik Kota Kinabalu telah berjaya melahirkan graduan berkemahiran tinggi seiring dengan keperluan industri masa kini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/feed/ 0 9774
Pemain Industri Diminta Jalin Kerjasama Dengan Politeknik KK Wujudkan Pelajar TVET Terlatih https://sabahmedia.com/2021/10/21/pemain-industri-diminta-jalin-kerjasama-dengan-politeknik-kk-wujudkan-pelajar-tvet-terlatih/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/pemain-industri-diminta-jalin-kerjasama-dengan-politeknik-kk-wujudkan-pelajar-tvet-terlatih/#respond Thu, 21 Oct 2021 06:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7731
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap lebih banyak pemain industri di negeri ini menjalin kerjasama dengan Politeknik Kota Kinabalu bagi membantu melahirkan graduan berkualiti tinggi dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerjasama itu akan memberi kepentingan kepada industri itu sendiri yang mana mereka akan dapat mencari pekerja yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan mereka.

Katanya, kerajaan negeri turut menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh Politeknik Kota Kinabalu bagi memastikan ia terus berkembang dan berdaya saing.

“Sebanyak 141 kolaborasi bersama agensi swasta dan jabatan kerajaan melalui pelbagai bidang. Ini adalah satu petunjuk yang baik kepada Politeknik Kota Kinabalu.

“Ini bermakna lebih banyak organisasi terutama daripada sektor swasta yang mengambil pelajar Politeknik untuk bekerja. Justeru, kita berharap Politeknik Kota Kinabalu akan terus melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan kehendak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Sambutan Jubli Perak Politeknik Kota Kinabalu yang berlangsung secara mata disini hari ini.

Hajiji turut berasa gembira mengetahui sebanyak 17 program pengajian yang ditawarkan di peringkat sijil, pra-diploma dan diploma yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Kinabalu.

Katanya, sehingga Disember 2019, Politeknik Kota Kinabalu telah melahirkan seramai 24,457 graduan TVET.

“Politeknik Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada 1 Mac 1996 menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan negeri khususnya dalam mempromosikan TVET kepada belia.

“Ramai belia kini menyedari kelebihan memperoleh kelayakan TVET yang sangat diperlukan dalam pasaran pekerjaan.

“TVET bukanlah pengajian kelas kedua untuk mereka yang tercicir atau kurang cemerlang, sebaliknya kerjaya berasaskan kemahiran yang ditawarkan menerusi pengajian TVET mampu menjanjikan pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Politeknik Kota Kinabalu kerana berjaya melahirkan pelajar yang sangat inovatif, cemerlang dalam sukan, budaya dan akademik sejak 25 tahun yang lalu.

“Walaupun program yang ditawarkan sedikit berbeza dengan Universiti Awam, namun Politeknik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kemahiran yang diperolehi oleh pelajar dapat digunakan sepanjang hayat selepas mereka memasuki alam pekerjaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/pemain-industri-diminta-jalin-kerjasama-dengan-politeknik-kk-wujudkan-pelajar-tvet-terlatih/feed/ 0 7731