Politik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Jun 2026 14:15:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Politik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TMJ anggap saya sahabat – Anwar https://sabahmedia.com/2026/06/22/tmj-anggap-saya-sahabat-anwar/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/tmj-anggap-saya-sahabat-anwar/#respond Mon, 22 Jun 2026 14:15:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98690
Read Time:1 Minute, 35 Second

LEDANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan institusi beraja Johor sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan harmoni, di sebalik pelbagai spekulasi yang tular kebelakangan ini.

Perdana Menteri menyatakan rasa terharu dan menghargai keterbukaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menyifatkan beliau sebagai seorang sahabat.

“Saya terima baik kerana Pemangku Sultan Johor sebut PMX, Anwar Ibrahim ini sahabat saya. Apa lah saya ini, anak kampung Cerok Tok Kun… tapi seorang Pemangku Raja anggap saya sebagai sahabat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon PH sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Padang Bukit Gambir Extreme Park di sini malam tadi.

Anwar menegaskan beliau menerima baik pengiktirafan tersebut, sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu kononnya wujud keretakan hubungan antara pemimpin kerajaan dan pihak istana.

Kenyataan terbaharu ini dipercayai bagi meredakan spekulasi susulan kritikan terbuka Tunku Mahkota Ismail terhadap pentadbiran kerajaan baru-baru ini, termasuk isu berhubung beberapa projek pembangunan yang didakwa tersangkut sejak tahun 2018.

Mengulas mengenai perkara itu, Anwar menegaskan bahawa isu masa lalu tidak sewajarnya dituding kepada pentadbiran beliau atau Pakatan Harapan.

“Kalau 2018 dan sebelumnya dan selepasnya, jangan tanya Anwar, jangan tanya Pakatan Harapan, tanya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional,” katanya sambil mengingatkan semua pihak agar tidak melaga-lagakan hubungan demi kepentingan politik.

Menjelaskan pendiriannya, Anwar menegaskan bahawa di bawah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan beliau sebagai Perdana Menteri sentiasa bersedia untuk menghadap, mendengar nasihat, serta memberikan penjelasan balas secara berhemah.

“Kalau baginda tegur pun, kita terima baik. Kalau runding, kita runding dengan baik dan kita menghadap dan jelaskan. Itu pendirian saya selama ini,” katanya. 

Beliau menambah bahawa ruang untuk bersetuju mahupun berbeza pandangan sentiasa diraikan mengikut sempadan perlembagaan yang jelas, dan mengingatkan semua parti yang bertanding agar bersaing secara sihat tanpa mengheret institusi beraja ke dalam kancah kempen politik.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/tmj-anggap-saya-sahabat-anwar/feed/ 0 98690
Anak muda pemacu masa depan politik Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/#respond Sat, 26 Jul 2025 11:54:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77984
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Perwakilan yang hadir dalam Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan, bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan menjadi medan buat anak muda Sabah membuktikan peranan mereka sebagai penentu masa depan negeri.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin, Walter Antahar@Fiqrie, ketika ditemui Sabah Media berkata, kawasan seperti Sindumin mencerminkan perubahan besar apabila pengundi muda lebih kehadapan berbanding jumlah pengundi lain.

“Sindumin ada 26,050 pengundi. Daripada jumlah itu, 8,000 adalah pengundi muda. Ini satu kelebihan kepada mana-mana pihak yang mampu menarik minat mereka,” katanya.

Edwin (kiri) dan Dean. – Foto Sabah Media/ Florieta Diet

Menurut beliau, politik hari ini lebih memihak kepada golongan muda berdasarkan pengamatan selama dua tahun setengah bekerja di lapangan.

“Kita tidak menafikan orang-orang lama, kerana orang lama dan muda berpisah tiada. Tetapi saya nampak trend sekarang menunjukkan pemuda di hadapan,” tambahnya.

Walter turut menekankan bahawa cabaran utama hari ini adalah persepsi yang dibentuk melalui media sosial. Isu-isu tular sering tidak menggambarkan realiti sebenar, malah kadang kala menjadi bahan ‘fitnah politik’.

“Isu hangat di media sosial bukan realiti sebenar. Ia lebih kepada ancaman politik. Namun saya yakin, kebijaksanaan dan kematangan orang muda hari ini sudah cukup untuk mereka menilai sendiri yang mana fakta dan yang mana agenda terselindung.

“Saya percaya belia Sabah hari ini tahu menilai mana yang baik, mana yang tidak. Jangan ragu dengan peranan anak muda,” katanya lagi.

Peningkatan ketara pengundi muda turut ditekankan oleh perwakilan dari DUN Labuk dalam daerah Beluran, Edwin Ahmad, yang menyatakan lebih 60 peratus pengundi muda kini berada dalam senarai pemilih.

“Tugas dalam perwakilan, kami akan terus mendekati anak muda di akar umbi menerusi pelbagai pendekatan program, aktiviti, dan gerak kerja yang memberi kefahaman,” jelas Edwin.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap kerajaan negeri hari ini yang disifatkan tidak meminggirkan luar bandar, khususnya dari segi peningkatan pendapatan rakyat dalam sektor pertanian, perikanan dan pelancongan.
Rakannya, Dean Daryl Peter, turut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur sebagai bukti kesungguhan kerajaan yang perlu dijelaskan kepada belia.

“Saya nampak banyak pembangunan seperti naik taraf jalan gravel ke konkrit, pembinaan jeti awam dan rumah SMJ. Ini semua membawa manfaat nyata kepada rakyat luar bandar,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha mendidik pengundi muda harus diteruskan agar mereka memahami keperluan kesinambungan dasar dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

“Peranan kami dalam sayap Pemuda adalah beri kefahaman tentang politik kepartian dan pentingnya laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/feed/ 0 77984
Satu permainan politik – Jeffrey https://sabahmedia.com/2024/12/08/satu-permainan-politik-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2024/12/08/satu-permainan-politik-jeffrey/#respond Sun, 08 Dec 2024 09:08:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65066
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Gesaan pemimpin UMNO Sabah meminta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan dilihat sebagai satu permainan politik dan sesuatu yang tidak adil.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, gesaan itu dilihat tidak wajar kerana tiada sebarang pertuduhan atau kes mahkamah yang dihadapi oleh Pengerusi GRS itu.

Katanya, lebih ketara  apabila beliau turut diheret sama dalam perkara itu, apabila namanya dicadang sebagai Ketua Menteri Interim bagi menggantikan Hajiji yang didakwa berdepan isu integriti selepas penyebaran klip video terbabit.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

“Pertama sekali, saya rasa tidak adil dan tidak sepatutnya meminta Ketua Menteri letak jawatan kerana apa kesalahan dia? Dia tiada kena dakwa, dia tiada masuk mahkamah. Mereka hanya berasaskan video yang saya ingat sudah menjadi permainan mereka dan  disengajakan untuk mencemarkan imej pemimpin kita.

“Kedua, buat apa mereka tarik (heret) nama saya sekali kalau bukan untuk memecah-belah dan untuk memporak-perandakan pimpinan kita dalam GRS,” katanya ditemui media selepas melancarkan Pemuda GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata beliau memahami permainan politik yang cuba dilakukan parti lawan terhadap GRS dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan berkenaan dan kepemimpinan kerajaan negeri.

Bendahari Pemuda UMNO, Mohd Kurniawan Naim Moktar sebelum ini berkata Hajiji sewajarnya meletakkan jawatan secara bermaruah setelah mengalami krisis integriti, reputasi dan kredibiliti.

Sebagai ganti, katanya Jeffrey wajar dilantik sebagai Ketua Menteri Interim kerana memiliki kredibiliti, integriti dan reputasi yang positif untuk mengetuai pentadbiran negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/08/satu-permainan-politik-jeffrey/feed/ 0 65066
Politik sopan-santun, perpaduan & pembangunan acuan penting untuk Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/29/politik-sopan-santun-perpaduan-pembangunan-acuan-penting-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/29/politik-sopan-santun-perpaduan-pembangunan-acuan-penting-untuk-sabah/#respond Tue, 29 Oct 2024 06:39:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62990
Read Time:4 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus menekankan kepentingan prinsip politik sopan-santun, politik perpaduan dan politik pembangunan sebagai acuan dalam membawa Sabah ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau berpendirian tiga prinsip itu penting untuk dipelihara dan terus diamalkan sesuai dengan cara hidup orang Sabah yang ramah-tamah, bertoleransi dan berharmoni.

Beliau berkata, sejajar dengan cara hidup orang Sabah itu, rakyat pelbagai etnik dinegeri ini wajib menyemai dan menyuburkan semangat ‘ethnic trust building’ bagi mengekalkan kerukunan dan suasana harmoni dalam kehidupan masyarakat.

“Sesungguhnya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Sabah, kita semua menginginkan kemajuan dan pembangunan yang boleh dinikmati sepenuh-penuhnya.

“Kita juga mahukan keamanan dan kemakmuran yang hakiki, tanpa perlu ada rasa takut atau terancam dalam menjalani kehidupan. Semua keinginan ini hanya boleh dicapai jika negeri dan negara kita aman dan stabil, rukun dan damai,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-39, di Dewan Hongkod Koisaan, di sini, pada Selasa.

Hajiji turut menekankan kepentingan kestabilan politik sebagai asas kepada kemajuandan kesejahteraan sesebuah negeri dan negara dalam konteks berkerajaan.

“Tanpa kestabilan dan keamanan, segala yang kita inginkan hanya tinggal angan- angan. Kestabilan politik sukar untuk dicapai jika pemimpin bercerai-berai.

“Kestabilan politik juga tidak akan menjadi kenyataan jika rakyat saling bersengketa dan berbalah, yang akhirnya membawa kepada perpecahan, kelemahan dankehancuran,” katanya.

Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata dalam konteks keluarga besar GRS yang terdiri daripada pelbagai parti, meskipun berbeza latar belakang perjuangan, semua parti komponen berkongsi objektif yangs ama atas nama negeri dan rakyat Sabah.

Objektif itu, katanya iaitu ke arah Sabah yang bersatu, progresif, dinamik, aman dan sentosa menjadi pegangan GRS bersandarkan konsep memperkukuh kesatuan dalam kepelbagaian.

“Melalui gabungan ini juga, kita menyelami hati budi rakyat dan memperjuangkannyademi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

“Justeru, di dalam gabungan ini, perbezaan dan kepelbagaian bukannya batupenghalang untuk kita terus mengorak langkah ke hadapan, membentuk suatukesatuan demi mencipta perpaduan dan kejayaan.

“Sebaliknya, kepelbagaian yang kita warisi ini adalah kelebihan kita bersama yangharus dimanfaat dan dipelihara. Kelebihan ini jika terus dipupuk dan dijaga, ia akanterus menjadi asas kukuh bagi kekuatan dan keteguhan kita.

“Kelebihan inilah yang telah mewujudkan GRS yang menjadi tunjang pemerintahan negeri, yang kini turut didukungi oleh sahabat-sahabat kita dari PH dan rakan-rakan yang lain,” katanya.

Dalam gabungan itu, katanya agenda utama GRS-PH Plus ialah komitmen untukm enjaga kepentingan bersama meliputi segenap lapisan masyarakat, secara adil dansaksama, tanpa mengira kelompok majoriti atau minoriti.

Hajiji turut mengakui lumrah perjuangan terutama dalam berpolitik yang sekali-sekala berlaku perbezaan pendapat dan pendekatan berkaitan isu tertentu yang turut berlakudalam GRS.

Jelasnya, semua itu adalah hakikat kehidupan yang menuntut untuk sentiasa berfikiranterbuka, saling memberi dan menerima, meraikan persefahaman dan menggalakkan permuafakatan.

“InsyaAllah, gabungan ini akan terus kita perkukuhkan demi kejayaan yang lebih besardan lebih bermakna untuk kecemerlangan masa hadapan,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang diakuinya sudah semakin hampir untuk kerajaan pimpinannya memulangkan kembali mandat kepada rakyat melalui proses demokrasi.

Katanya, sebagai kerajaan hari ini, GRS-PH Plus akan terus berkhidmat dan
menawarkan diri kepada rakyat bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan usaha memakmurkan negeri serta rakyat Sabah.

“Tahun 2025 adalah tahun pilihan raya. Maknanya, kita akan serah kembali kuasa kepada rakyat untuk diputuskan melalui peti undi, sesuai dengan amalan demokrasi.

Sebagai “Government of the Day”, GRS-PH Plus, akan terus berkhidmat dan berbakti selagi tempoh pemerintahan ini belum berakhir.

“Menjelang pilihan raya nanti, kita akan terus menawarkan parti kita dan gabungan kita kepada rakyat kerana masih banyak yang perlu kita lakukan untuk membangunkan negeri yang tercinta ini.

“Sebagai kerajaan pilihan rakyat, GRS-PH Plus adalah platform terbaik untuk kita memantapkan gabungan demi meneruskan agenda perjuangan,” katanya.

Hajiji berkata, PRN17 menuntut usaha bagi memperkukuh kerjasama, mengeratkan perpaduan dan memperhalusi strategi dalam memastikan GRS-PH Plus sebagai pilihan terbaik untuk seluruh rakyat.

Beliau memberi jaminan gabungan GRS-PH Plus bukan saja berupaya dan berkebolehan, malah ikhlas dalam perjuangan yang mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan menyandarkan harapan.

Mengenai persidangan PBS, Hajiji mengakui perhimpunan di Hongkod Koisaan menyerlahkan kedudukan parti itu sebagai antara parti komponen GRS paling kanan yang diyakini berupaya menyumbang idea bernas dalam melaksanakan pelbagaiprogram pembangunan kerajaan.

Katanya, PBS yang ditubuhkan hampir 40 tahun lalu terus mara mengharungi samudera politik Sabah yang kadang-kala bergelora tetapi penuh dengan warna-warni.

“Situasi itu menyebabkan Sabah sering menjadi tumpuan penganalisis politik, termasuklah parti PBS ini sendiri, kerana PBS adalah ‘part and parcel of Sabah Politics’, yang sejak dahulu sering menarik perhatian umum,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah pengasas PBS, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; pemangku Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden- presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/29/politik-sopan-santun-perpaduan-pembangunan-acuan-penting-untuk-sabah/feed/ 0 62990
Kestabilan politik perlu selaras dengan tadbir urus baik untuk pacu ekonomi – PM Anwar https://sabahmedia.com/2024/10/19/kestabilan-politik-perlu-selaras-dengan-tadbir-urus-baik-untuk-pacu-ekonomi-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2024/10/19/kestabilan-politik-perlu-selaras-dengan-tadbir-urus-baik-untuk-pacu-ekonomi-pm-anwar/#respond Sat, 19 Oct 2024 09:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62453
Read Time:1 Minute, 45 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu : Kestabilan politik perlu diselaraskan dengan tadbir urus yang baik sebagai satu usaha bagi menyelesaikan semua isu berkaitan rakyat sekali gus memacu ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tadbir urus yang baik bukan sahaja membolehkan dasar yang jelas digubal, malah ia juga dapat mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita bernasib baik, selepas beberapa tahun pergolakan dalam arena politik, dalam dua tahun lepas kita telah memperoleh kestabilan politik, tetapi kestabilan politik bukanlah jawapan segalanya. Jawapannya ialah untuk mempunyai tadbir urus yang baik oleh pemimpin yang bertanggungjawab.

“Singkirkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa. Dengan kestabilan politik itu, kita telah merangka dasar yang memberi manfaat kepada semua orang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar berkata kestabilan politik dan dasar kerajaan yang jelas juga membolehkan program seperti SIBEC 2024 dilaksanakan sebagai idea baharu ke arah mengukuhkan lagi ekonomi Sabah, yang beberapa dekad lepas hanya dikenali dengan industri perkayuannya, selain perindustrian dan keterjaminan makanan.

Justeru Perdana Menteri mahu ahli akademik dan pakar khususnya dalam bidang ekonomi biru di universiti tempatan termasuk Universiti Malaysia Sabah terlibat secara langsung dalam perbincangan berkaitan industri dan menyokong usaha menjadikan Sabah sebahagian penting destinasi ekonomi yang kukuh dan berdaya maju.

“Inisiatif ekonomi biru sudah tentu menjadi tumpuan baharu, dan bukan semua negara, masyarakat malahan negeri di Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada ekonomi lautan biru ini. Mungkin secara kecil-kecilan, boleh.

“..tetapi negeri ini mendapat rahmat, Alhamdulillah Sabah ini boleh menjadi lebih hebat lagi jika anda fokus kepada isu ini (ekonomi biru). Inilah yang kita panggil pembangunan yang lebih luas, inklusif dan mampan,” katanya.

Anwar berkata beliau komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap pembangunan ekonomi Sabah serta inisiatif ekonomi biru negeri.

“Malaysia kini hab semikonduktor, Sarawak kini merupakan sebuah hab tenaga, kini kita dapat idea baik daripada Hajiji yang pintar ini, Ketua Menteri (Sabah) mahu menjadikan melalui lautan biru (ekonomi), hab baharu bagi rantau ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya akan memberikan semua sokongan yang diperlukan untuk memastikan Sabah berjaya,” katanya.  – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/19/kestabilan-politik-perlu-selaras-dengan-tadbir-urus-baik-untuk-pacu-ekonomi-pm-anwar/feed/ 0 62453
Serangan peribadi terhadap Hajiji bermotifkan politik, berniat jahat https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/#respond Tue, 10 Oct 2023 14:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43441
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu permohonan tanah di Pulau Balambangan, Kudat itu secara jelas bermotifkan politik dan berniat untuk mencalarkan imejnya yang begitu bersih, kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau turut menyifatkan keperibadian dan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang lemah lembut dan tidak pandai menghentam pihak lawan menyebabkan beliau diserang secara peribadi.

Katanya, keperibadian yang begitu baik tidak mungkin akan bertindak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Saya cukup kenal keperibadian Ketua Menteri. Saya percaya beliau tidak akan berani dan tergamak menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Jika benar berlaku salah guna kuasa seperti didakwa, buat sidang media secara terbuka. Jangan berselindung di sebalik media sosial dimana identiti pihak menuduh tidak dikenali.

“Tuduhan berniat jahat sebegini adalah satu tindakan tidak wajar dilakukan oleh pembangkang,” kata Pandikar Amin pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, proses permohonan tanah oleh ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Thomas Ha itu dibuat secara telus melalui proses undang-undang yang sah. Ahli perniagaan itu melihat Pulau Balambangan berpotensi untuk pembangunan industri penternakan maka, beliau mengemukakan permohonan tanah mengikut prosedur sedia ada.

Katanya, memang terdapat sebahagian tanah untuk pembangunan industri silika di Pulau Balambangan namun, perjanjian yang ditandatangani antara anak syarikat Yayasan Sabah dan syarikat dari Sarawak semasa pemerintahan Parti Warisan telah dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat tertentu.

“Sekiranya gambar Ketua Menteri bersama Thomas Ha menjadi kayu pengukur tentang kredibilitinya sebagai pemimpin, harus diingat Thomas Ha juga pernah bergambar bersama Mohd Shafie Apdal semasa beliau menjadi Ketua Menteri.

“Sedangkan pemimpin itu ada kalanya kenal mahupun tidak dengan orang yang bergambar bersamanya jadi, janganlah pemimpin bergambar dengan sesiapa,” katanya.

Pandikar Amin juga mahu agar siasatan dilakukan terhadap individu yang membocorkan dokumen sulit kerajaan sehingga ia ditularkan dalam laman media sosial.

Katanya, politik itu berkisar kepada persepsi atau sangkaan buruk maka, wajar laporan polis dibuat dan mudah-mudahan kebenaran sebenar akan terungkai.

Beliau yakin apa juga tindakan dibuat oleh Hajiji, segala tindakan dibuat adalah mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/feed/ 0 43441
Kestabilan Politik Jadi Keutamaan Demi Kesejahteraan Rakyat https://sabahmedia.com/2022/02/20/kestabilan-politik-jadi-keutamaan-demi-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2022/02/20/kestabilan-politik-jadi-keutamaan-demi-kesejahteraan-rakyat/#respond Sun, 20 Feb 2022 09:07:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12395
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kestabilan politik perlu terus menjadi keutamaan pada masa ini bagi memastikan keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat terus terjaga.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ekonomi akan terjejas sekiranya politik di negara ini tidak stabil seterusnya keselamatan dan kesejahteraan rakyat juga akan turut terjejas.

“Saya sering berkata dalam apa juga ucapan, semua perkara ini saling berkait rapat.  Sekiranya politik tidak stabil, keselamatan rakyat khususnya juga akan turut terjejas.

“Maka saya menyeru kepada semua masyarakat biarlah kita berpolitik secara matang, janganlah kita berpolitik sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Beg Sekolah di Kampung Warisan di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jumat Idris dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Nurfarahin Jumat.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, semua pihak perlu bersatu dan bekerjasama bagi membina keamanan dan kestabilan agar ekonomi negara khususnya Sabah dapat terus diyakini oleh pelabur-pelabur asing.

“Jika kita lihat beberapa tahun lalu dimana keadaan politik di negara kita tidak stabil, dunia dan rakyat di Malaysia menyaksikan banyak pelabur yang sudah ada dalam negara ‘angkat kaki’ kerana tidak yakin dengan keadaan politik negara.

“Jika pelabur beralih arah,sudah tentu banyak sektor ekonomi ditutup selain ramai rakyat juga akan hilang pekerjaan,” katanya.

Terdahulu, Yakub memuji usaha yang dilaksanakan oleh Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Warisan membantu penduduk yang terkesan akibat COVID-19.

Katanya ia termasuklah menyalurkan bantuan persekolahan seperti beg sekolah dan alat tulis kepada murid memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/20/kestabilan-politik-jadi-keutamaan-demi-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 12395
PBRS Sokong Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti, Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/ https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/#respond Tue, 15 Feb 2022 09:12:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12230
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong cadangan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti dan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu akan menjadikan politik negara akan lebih matang dan berintegriti.

“Menghadkan tempoh perkhidmatan akan memberikan tekanan yang lebih kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan dasar-dasar negara yang lebih berkesan serta sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisyen kepada rakyat.

“PBRS menggesa agar akta ini dibentang dan diluluskan di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15 untuk meningkatkan integriti demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan PBRS baru-baru ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, perwakilan yang hadir pada mesyuarat itu turut bersetuju agar amalan tersebut turut dikuatkasakan di peringkat negeri Sabah dengan menghadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.

Katanya, sebagai sebuah parti yang menyelami denyut nadi rakyat di akar umbi, PBRS akan terus memperjuangkan usaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan pemerkasaan ekonomi khususnya bagi golongan belia.

“Dalam hal ini PBRS akan terus perjuangankan isu pendidikan, keusahawanan, ekonomi belia serta bidang teknikal dan vokasional untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi untuk penduduk tempatan khususnya golongan belia.

“PBRS akan terus setia sebagai parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang terbukti pilihan yang terbaik untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya .

Katanya, kestabilan politik amat penting dan lebih diperlukan pada masa negara sedang berhadapan dengan ancaman kesihatan dan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Arthur berkata, PBRS menolak sekeras-kerasnya cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mewujudkan Kad Warga Asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Katanya, tindakan undang-undang yang tegas harus diambil ke atas PTI yang tidak mempunyai dokumen yang sah dan bukannya diberi Kad Warga Asing kerana ini seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada mereka.

“Bagi seseorang warga asing, adalah mencukupi dengan passport atau pas kerja sebagai dokumen pengenalan diri.

“Kami akan sentiasa mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah. PBRS bersama dengan suara rakyat Sabah akan terus menggesa Kerajaan untuk bertindak tegas dalam menyelesaikan isu PTI yang sudah sekian lama membelenggu negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/15/pbrs-sokong-pelaksanaan-akta-anti-lompat-parti-had-tempoh-jawatan-perdana-menteri/feed/ 0 12230
Kepimpinan GRS Perlu Bersikap Telus & Ikhlas https://sabahmedia.com/2021/11/29/kepimpinan-grs-perlu-bersikap-telus-ikhlas/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/kepimpinan-grs-perlu-bersikap-telus-ikhlas/#comments Mon, 29 Nov 2021 14:32:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9063
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu didaftarkan secara sah dan dibentuk selaras dengan hasrat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu selain ia memenuhi aspirasi rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raimie Unggi berkata, kepimpinan GRS juga perlu bersikap telus dan ikhlas dalam menjalin kerjasama menerusi gabungan itu.

“UMNO Sabah mahu kepimpinan GRS mahupun rakan parti dalam gabungan itu perlu sentiasa bersikap telus dan ikhlas bagi menjayakan kerjasama antara parti yang terlibat.

“Ini kerana landskap politik  ketika ini masih tidak stabil.  Kita (UMNO Sabah) tidak mahu kerjasama dalam gabungan ini hanya baik di meja rundingan namun berlaku sebaliknya apabila tiba Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Kampung Labau Sepanggar disini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan.

Raimie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, pakatan parti dalam GRS perlu dilihat secara telus dan ikhlas dalam menjalin kerjasama yang muafakat.

“Kita tidak mahu bila dimeja rundingan semua baik tetapi bila sampai PRU-15 parti dalam GRS akan bertembung sesama sendiri seperti yang berlaku pada PRN-16 yang lalu.

“Justeru UMNO Sabah harus mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku di PRN-16 yang lalu dan PRN-15 Melaka baru-baru ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raime menekankan kepentingan untuk memperkasa lagi UMNO negeri di peringkat akar umbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/kepimpinan-grs-perlu-bersikap-telus-ikhlas/feed/ 1 9063
Salleh Cadang GRS Didaftar Secara Rasmi, Elak Tembung Sesama Sendiri https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/#respond Thu, 25 Nov 2021 06:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8850
Read Time:1 Minute, 19 Second

CYBERJAYA ~~ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Keruak mencadangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didaftarkan secara rasmi bagi mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika pilihan raya umum akan datang seperti yang berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Katanya, gabungan GRS berkesan kerana ia melibatkan kerjasama parti nasional dan parti tempatan dengan struktur yang jelas.

“Soalnya sekarang, bagaimanakah kita mengelak pertembungan antara ahli GRS seperti PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) pada depan seperti yang berlaku dalam PRN Melaka?

“Situasi politik Sabah berbeza daripada Semenanjung dan kita tidak boleh lalai dalam perkara ini,” tegasnya dalam satu catatan di Facebook.

GRS ditubuhkan pada 12 Sept selepas PRN negeri sebagai gabungan parti tempatan melibatkan Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin GRS secara serius membincangkan langkah bagi memperkasa gabungan itu supaya ahlinya mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju sendiri.

Jelas Salleh, GRS boleh mempertimbangkan untuk membuka keahlian secara langsung kepada parti lain untuk menjadi ahli gabungan GRS.

“Biar orang awam tidak lagi keliru mengenai GRS. GRS kekal fokus dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Sabah, kita perlu membangunkan ekonomi negeri, menciptakan peluang pekerjaan dan mempersiapkan generasi anak muda sebagai pemimpin masa depan Sabah,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau telah pun membawa perkara itu secara terbuka kepada kepimpinan tertinggi GRS.

“Sudah tentu akan ada perbezaan pendapat, tetapi demi masa depan Sabah saya percaya ia penting untuk membincangkan perkara ini sekarang secara terbuka, membina dan bertimbang rasa.

“Pokoknya, untuk memastikan Sabah terus melangkah GRS perlu ketepikan politik polemik dan kekalkan tumpuan kita untuk terus bekerja,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/feed/ 0 8850