ppbm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Sep 2021 14:13:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ppbm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ((VIDEO)) BERSATU Sambut Ulang Tahun Ke-5 Esok https://sabahmedia.com/2021/09/09/video-bersatu-sambut-ulang-tahun-ke-5-esok/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/video-bersatu-sambut-ulang-tahun-ke-5-esok/#respond Thu, 09 Sep 2021 14:08:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6085
Read Time:1 Minute, 50 Second

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyambut ulang tahun kelima pendaftaran parti itu secara dalam talian melalui laman rasmi Facebook Bersatu Malaysia bermula jam 9 malam pada Jumaat ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun Bersatu berjaya didaftarkan pada 8 September 2016 namun sambutannya akan dibuat malam esok secara sederhana dengan ucaptama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 “Saya nak menjemput semua rakyat untuk bersama menyaksikan amanat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin pada jam 9 malam, Jumaat, 10 September 2021 melalui saluran rasmi Facebook Tan Sri Muhyiddin sendiri dan Bersatu Malaysia.

“Sambutan Ulang Tahun ke-5 Bersatu, sebenarnya pada 8 September, itu hari sebenar Bersatu mendapat kebenaran pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Walaupun tarikh sebenarnya semalam, tapi majlis sambutan rasmi yang kita anjurkan parti ialah esok Jumaat 10 September 2021,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Damansara Perdana, hari ini.

Wan Saiful berkata, sambutan kali ini akan mengimbas kembali beberapa kejayaan Bersatu semasa membentuk dan menerajui Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 14 bulan lalu.

“Sambutan lima tahun Bersatu akan menyorot kejayaan-kejayaan kita baik semasa Kerajaan PH mahupun Kerajaan PN, serta perancangan kita untuk masa depan.

“Ucapan itu akan mengandungi amanat-amanat penting mengenai apa yang telah berlaku sepanjang sejarah penubuhan Bersatu dan hala tuju Bersatu di masa akan datang.

“Ia akan menentu dan menggariskan perancangan kita dalam satu hala tuju dan apa kita nak lakukan dalam Bersatu ini demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara tadbir urus kekal dengan integriti, baik, telus serta terus memerangi rasuah dan kleptokrasi,” katanya.

Jelasnya, sambutan ulang tahun kelima Bersatu pada tahun ini bertemakan Demi Malaysia, Kita Bersatu.

Beliau tidak menafikan, sepanjang lima tahun Bersatu dalam arena politik tanahair, pelbagai ujian, cabaran, pengalaman dan pahit manis telah ditempuhi sebelum membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Harapan yang diletakkan ke atas bahu Bersatu amat tinggi dan saya rasa setiap kali harapan itu diletakan, alhamdulillah kita berjaya memenuhi harapan itu,

“Bermula kita diberi amanah yang besar untuk memastikan bahawa berlaku perubahan dalam lanskap politik Malaysia pada PRU14.

“Tanpa penglibatan kita, lanskap politik Malaysia tidak akan berubah dalam PRU-14 lalu, jadi kita memainkan peranan amat penting,” katanya lagi. – MG

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/video-bersatu-sambut-ulang-tahun-ke-5-esok/feed/ 0 6085
BERSATU Sambut Baik Pendirian UMNO Sabah Terus Bersama GRS https://sabahmedia.com/2021/08/07/bersatu-sambut-baik-pendirian-umno-sabah-terus-bersama-grs/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/bersatu-sambut-baik-pendirian-umno-sabah-terus-bersama-grs/#respond Sat, 07 Aug 2021 09:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4228
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyambut baik pendirian UMNO Sabah untuk terus menyokong dan bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya turut berharap agar UMNO Sabah terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Kita alu-alukan pendirian UMNO Sabah untuk terus menyokong GRS dan tentu sekali kita harapkan agar UMNO Sabah juga akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri apabila usul dikemukakan di Parlimen kelak,” katanya.

Semalam, UMNO Sabah dalam satu kenyataan menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Kenyataan itu turut menyatakan harapan agar pendirian itu dihormati semua pihak demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran rakyat serta negeri Sabah.

“Sebagai adik bongsu berautonomi kepada UMNO Malaysia, apa juga keputusan dan ketetapan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti akan sentiasa dihormati dan diakuri oleh UMNO Sabah dan disesuaikan dengan kuasa autonomi UMNO Sabah.

“Mandat yang diberikan rakyat kepada UMNO Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) lalu akan dihormati, diperkukuh dan dimatangkan. Oleh itu, UMNO Sabah berpendirian untuk terus kekal dan menyokong GRS di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronald berkata, sebarang pendapat mengenai sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada waktu ini tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri yang sah melainkan usul undi percaya dijalankan pada sidang Parlimen, pada September nanti mendapat sokongan minoriti.

“Ada pihak yang mengeluarkan pendapat yang berbeza pada memberi sokongan kepada kepimpinan sokongan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Apapun pendapat-pendapat ini hanya memberi kesan kepada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri apabila usul percaya ataupun tidak percaya dikemukakan di sidang Parlimen yang dijadualkan pada September ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/bersatu-sambut-baik-pendirian-umno-sabah-terus-bersama-grs/feed/ 0 4228
Tunggu Sehingga Tempoh Parlimen Tamat Jika Ingin Menukar Kerajaan – Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/#respond Sun, 04 Jul 2021 02:55:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2482
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Tindakan menukar kerajaan ketika seluruh negara masih berdepan pandemik COVID-19 dilihat sebagai tidak wajar selain tidak menjamin masalah dihadapi negara dapat diselesaikan segera.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, semua parti politik disaran supaya menunggu sehingga tempoh Parlimen sekarang tamat pada 2023 jika mahu menukar kerajaan sedia ada.

“Tempoh itu sudah tidak lama lagi kerana hanya berbaki kira-kira setahun setengah saja lagi.  Langkah itu lebih baik berbanding mengambil tindakan menukar kerajaan ketika seluruh negara masih berdepan pandemik COVID-19.

“Saya berpandangan dalam keadaan sekarang sepatutnya wakil rakyat perlu melihat yang mana keutamaan mereka, sama ada mahu mendapatkan jawatan atau rakyat. Rakyat pasti akan menilai apa yang wakil rakyat lakukan untuk mereka, tidak kiralah sama ada wakil rakyat pembangkang atau kerajaan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan ada usaha untuk menukar kerajaan apabila Parlimen bersidang dalam masa terdekat berikutan titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang menzahirkan pandangan supaya Parlimen segera bersidang.

Sebelum ini, kerajaan menjelaskan bahawa sidang khas Parlimen akan diadakan sebelum 1 Ogos depan dan perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Ahli politik veteran Sabah itu berkata, pertukaran kerajaan pada masa sekarang hanya menyebabkan banyak masa untuk menangani isu pandemik COVID-19 terbuang kerana perlu membentuk semula Kabinet dan pelbagai jawatankuasa berkaitan.

“Kita juga kena ingat, bolehkah selesai masalah kalau tukar kerajaan? Banyak lagi perlu difikir, lantik itu ini..bagi saya tunggu saja pilihan raya, tidak lama lagi, setahun setengah saja lagi,” katanya.

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort berkata, persidangan khas Parlimen sebelum 1 Ogos depan perlu dimanfaat sepenuhnya untuk membahaskan perkara berkaitan darurat, sekatan pergerakan, vaksin COVID-19, perbelanjaan kerajaan dan lain-lain perkara penting yang berkaitan.

Katanya, ramai rakyat keliru mengenai bila sepatutnya Parlimen boleh bersidang berikutan kenyataan bercanggah yang disuarakan pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Saya sendiri tidak faham kenapa ada perbezaan pendapat dalam kalangan pakar undang-undang, ada yang kata tunggu Perdana Menteri, ada kata Yang di-Pertuan Agong lebih berkuasa dalam tempoh darurat.

“Semua keliru dan saya pun keliru kerana mengikut kebiasaan, persidangan Parlimen hanya boleh diadakan selepas diberikan notis sekurang-kurangnya 28 hari, tidak boleh notis 24 jam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/feed/ 0 2482
Belum Bincang Secara Rasmi, Tapi Yakin Tiada Pertembungan Sesama GRS- Lajim Ukim https://sabahmedia.com/2021/02/22/belum-bincang-secara-rasmi-tapi-yakin-tiada-pertembungan-sesama-grs-lajim-ukim/ https://sabahmedia.com/2021/02/22/belum-bincang-secara-rasmi-tapi-yakin-tiada-pertembungan-sesama-grs-lajim-ukim/#respond Mon, 22 Feb 2021 08:39:42 +0000 http://18.136.128.23/?p=301
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Strategik dan Pilihan Raya PPBM Sabah Lajim Ukin berkata, belum ada perbincangan rasmi antara parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pengagihan kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, beliau yakin tidak akan ada pertembungan antara parti dalam GRS walaupun baru-baru ini Umno menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 14 daripada 25 kerusi dipertandingkan.

“Siapa pun boleh membuat sasaran (kerusi akan ditandingi), kita (PPBM) juga boleh mensasarkan 10 kerusi atau lebih tetapi dalam GRS kita ada rakan lain seperti STAR, SAPP begitu juga BN (Barisan Nasional), Umno dan PBS.

“Bagaimanapun, saya yakin pada akhirnya kita akan memikirkan soal kepentingan negara, kepentingan orang Sabah maka kita akan ada toleransi untuk mengagihkan kerusi, kita lihat nanti macam mana tapi tidak akan ada parti yang dominan, saya yakin,” katanya pada sidang media

Lajim yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM berkata, walaupun belum ada sebarang perbincangan rasmi dilakukan GRS, namun pemimpin dalam gabungan itu sentiasa berkomunikasi dari semasa ke semasa.

Katanya, perbincangan tidak rasmi dilakukan pemimpin dalam GRS juga boleh dijadikan sebagai perbincangan rasmi apabila semuanya duduk bersama untuk berbincang nanti.

“Belum ada secara rasmi (perbincangan) tetapi kita selalu bersembang dan kadang-kadang saya pun ada bertemu dengan pemimpin Umno dan kami bincang bagaimana untuk memperkukuhkan hubungan antara PN (Perikatan Nasional) dan BN.

“Apa yang saya boleh katakan perbincangan secara tidak rasmi dibuat dari semasa ke semasa, contohnya kalau Bung (Moktar Radin) bertemu dengan ketua menteri (Hajiji Noor), dia boleh bisik dan bincang dulu secara peribadi kerana mungkin ada berlaku percanggahan dan dia mungkin ada alasan kenapa mahu kerusi itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berharap semua parti di Semenanjung yang ada dalam kerajaan ketika ini akan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan mereka.

“Daripada kenyataan terakhir yang saya baca daripada Bung sewaktu sambutan 30 tahun Umno Sabah, beliau berkata kita akan memperkukuhkan hubungan dengan rakan GRS.

“Begitu juga Zahid (Hamidi) selaku presiden Umno yang meminta supaya hubungan antara parti dalam GRS diperkukuhkan menjamin kelangsungan serta membangunkan negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/22/belum-bincang-secara-rasmi-tapi-yakin-tiada-pertembungan-sesama-grs-lajim-ukim/feed/ 0 301