Ppe – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Sep 2025 08:23:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ppe – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bomba komuniti Kampung Titingan terima sumbangan PPE kalis api https://sabahmedia.com/2025/09/23/bomba-komuniti-kampung-titingan-terima-sumbangan-ppe-kalis-api/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/bomba-komuniti-kampung-titingan-terima-sumbangan-ppe-kalis-api/#respond Tue, 23 Sep 2025 08:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81848
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Komitmen tinggi Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan dalam membantu memadam kebakaran di daerah ini terus mendapat perhatian apabila mereka menerima sumbangan sebanyak 10 helai pakaian perlindungan diri (PPE) kalis api.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan terdiri daripada barisan sukarelawan yang sentiasa bersiap sedia membantu JBPM dalam menangani kebakaran di sekitar daerah ini.

“Penyampaian PPE ini bukan sahaja sebagai bentuk penghargaan atas pengorbanan mereka, tetapi juga sebagai suntikan semangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat;

“Saya sendiri turut menyumbangkan sebanyak tiga set kelengkapan tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan peralatan keselamatan itu dalam satu majlis ringkas di Masjid Babul Khair, Kampung Titingan baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama pemimpin setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal; ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Suryady Bandy dan ADUN Balung, Datuk Hamild Awang.

Nizam yang juga ADUN Apas menegaskan bahawa kewujudan pasukan bomba komuniti sangat penting kerana ia memberi sokongan segera kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), khususnya di kawasan padat penduduk yang terdedah kepada risiko kebakaran.

“Kehadiran sukarelawan dapat membantu mengurangkan risiko, mempercepatkan kawalan kebakaran serta memastikan keselamatan orang ramai lebih terjamin sebelum bantuan penuh tiba,” ujarnya.

Menurutnya, semangat kental yang ditunjukkan pasukan Bomba Komuniti Titingan wajar dijadikan contoh kepada kampung lain agar turut menubuhkan pasukan sukarelawan masing-masing.

“Kita mahu Titingan menjadi ikon kebersamaan dan kesiapsiagaan, sekali gus memperluas jaringan sukarelawan di seluruh kawasan Tawau. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin setempat yang berganding bahu dalam menyokong inisiatif ini demi keselamatan penduduk,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/bomba-komuniti-kampung-titingan-terima-sumbangan-ppe-kalis-api/feed/ 0 81848
SME Sumbang PPE Kepada Petugas Barisan Hadapan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/#respond Mon, 11 Oct 2021 09:04:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7402
Read Time:46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Sabah menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Kerajaan Negeri untuk diserahkan kepada petugas-petugas Barisan Hadapan di negeri ini bagi memerangi pandemik COVID-19.

Sumbangan tersebut diterima oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi pihak Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Pengerusi SME Sabah, Foo Ngee Kee bersama-sama timbalannya Datuk Tan Kai Teck, Setiausaha Agung, Lie Chun Vui dan Naib Ketua, Chong Kett Chiew dan Ngan Yoke Loo menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ketua Menteri.

SME Sabah menyumbangkan 100 kit ujian Antigen RTK, 120 alat penyedut oksigen mudah alih, 80 kotak pelitup muka, 24 unit alat pengukur suhu dan 30 cecair pembersih tangan.

Hajiji turut menyatakan penghargaan ke atas sumbangan tersebut, katanya Kerajaan Negeri sangat mengalu-alukan bantuan dari semua pihak dalam memerangi pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/feed/ 0 7402
FSI & MCCC Sumbang PPE Untuk Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/09/02/fsi-mccc-sumbang-ppe-untuk-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/09/02/fsi-mccc-sumbang-ppe-untuk-petugas-barisan-hadapan/#respond Thu, 02 Sep 2021 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5691
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) daripada dua organisasi untuk petugas barisan hadapan (frontliners), di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), dekat sini, hari ini.

Dua organisasi itu ialah Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China Cawangan Sabah (MCCC).

FSI menyumbang sebanyak 1,000 kotak pelitup muka (KN 95) yang disampaikan oleh Presidennya, Richard Lim bersama Timbalannya Datuk Harun Ismail, Naib Presiden, Natalie Fung dan Dino Ang.

Manakala Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Sabah Branch diwakili oleh Presidennya, Michael Chin menyumbang pelbagai peralatan perlindungan diri, antaranya pelitup muka, baju PPE dan sarung tangan.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada FSI dan MCCC kerana menyumbang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan.

“Usaha memerangi pandemik COVID-19 memerlukan sokongan, dokongan dan penglibatan daripada semua pihak, termasuk rakyat jelata yang wajib terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan”, katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Datuk Masnah Matsalleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/02/fsi-mccc-sumbang-ppe-untuk-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 5691
Sabah Terima Sumbangan PPE https://sabahmedia.com/2021/07/06/sabah-terima-sumbangan-ppe/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/sabah-terima-sumbangan-ppe/#respond Tue, 06 Jul 2021 09:42:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2621
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini, menerima sumbangan lebih 500,000 keping pelitup muka daripada Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC) dan FJ Manjung Sdn Bhd untuk membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan itu sebagai mewakili Kerajaan Negeri Sabah yang disampaikan oleh Presiden SCCC, Datuk Frankie CT Liew dan Pengarah Kewangan FJ Manjung Sdn Bhd, Lee Jack Son, di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Menerusi bantuan itu, FJ Manjung menyumbang sebanyak 500,000 pelitup muka manakala bantuan daripada SCCC turut membabitkan pelitup muka sebanyak 16,000 keping selain 200 botol cecair pembasmi kuman 60 mililiter (ml); 282 botol cecair pembasmi kuman 500 ml; termometer (20 unit); Handphone UV Sanitizer (20 unit) dan cermin mata keselamatan atau goggle (80 unit).

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SCCC dan FJ Manjung dengan sumbangan dan bantuan yang telah diberikan kepada negeri dalam membantu memerangi pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini juga akan diberikan ke semua daerah menerusi pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 di peringkat daerah masing-masing.

Kita berharap kes membabitkan pandemik ini dapat dikurangkan dan sektor ekonomi
dapat dipulihkan dengan segera,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Timbalan Presiden SICC, Dato’ Soh Poh Soon dan dua Naib Presidennya iaitu Datuk Kevin Lim serta Chiew Heng Hock dan Setiausaha Agung SCCC, Ir Tan Kok Jyh.

Sempena majlis itu, SCCC turut memaklumkan mengenai usahasama antara bandar raya berkembar Kota Kinabalu dengan beberapa bandar raya di China selain turut memaklumkan usaha yang akan diambil bagi merangsang perniagaan dan perdagangan antara SCCC dengan pelabur dari negara China.

Frankie berkata bantuan dan sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan SCCC kepada rakyat di negeri ini serta berharap kes COVID-19 dapat dikawal atau dikurangkan agar kehidupan kembali normal seperti sebelum ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/sabah-terima-sumbangan-ppe/feed/ 0 2621