ppk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Jul 2021 08:55:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ppk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Serius Pelihara Kebajikan Rakyat & Usaha Perangi COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-serius-pelihara-kebajikan-rakyat-usaha-perangi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-serius-pelihara-kebajikan-rakyat-usaha-perangi-covid-19/#respond Sat, 10 Jul 2021 08:55:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2869
Read Time:1 Minute, 35 Second

BELURAN: Kerajaan amat serius dalam soal memelihara kebajikan rakyat serta usaha memerangi pandemik COVID-19 meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan agenda yang dirancang akan terus menjadi keutamaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, segala usaha yang dirancang kerajaan kini berada dilandasan tepat dan yakin dengan kerjasama serta sokongan rakyat akan dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 sekaligus keluar dari pandemik ini.

“Tumpuan utama kerajaan untuk terus berusaha sedaya upaya mengeluarkan negara secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara demi kelangsungan hidup rakyat.

“Selain berusaha mengurangkan bilangan kes harian COVID-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan juga terus memperkasa keupayaan sistem kesihatan awam negara supaya dapat beroperasi dengan berkesan serta meningkatkan kapasiti bagi mempercepat pemberian vaksin kepada rakyat melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan kit tanaman lada bara dan halia organik kepada belia Beluran sempena lawatan kerja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran, hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Anita Misuari, Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling dan Pengurus Besar PPK Beluran Sumarang Chunbung.

Ronald berkata, selaras dengan peningkatan kadar pemberian vaksin harian, orang ramai perlu terus mendaftar dan menghadirkan diri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada majlis itu, Ronal menyampaikan kit tanaman cili bara dan halia organik kepada 660 belia dari 30 buah kampung sekitar daerah Beluran yang dilengkapkan dengan kursus asas dan bimbingan.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sabah melalui PPK Beluran, Sabah dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Persekutuan Sabah (FAMA Negeri Sabah) untuk memberi pendedahan kepada kaedah pertanian mudah melalui tanaman cili dan halia sebagai punca pendapatan tambahan sekaligus menggalakkan lebih ramai golongan belia luar bandar untuk menceburi bidang pertanian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-serius-pelihara-kebajikan-rakyat-usaha-perangi-covid-19/feed/ 0 2869
PPK Pitas Sokong Keputusan Hajiji Longgar SOP untuk Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/#respond Fri, 02 Jul 2021 01:29:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2374
Read Time:1 Minute, 4 Second

PITAS: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas menyokong penuh keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berhubung isu melonggarkan SOP untuk Sabah.

Pengerusinya Datuk Ng Loi Tect berkata, Sabah perlu dikecualikan daripada SOP yang dilaksanakan di Semenanjung dan negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Katanya, adalah tidak adil penggunaan SOP yang sama diantara negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang sangat tinggi dengan negeri-negeri yang mencatat jumlah kes yang rendah.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan penggunaan SOP yang lebih longgar di Sabah dan negeri-negeri yang rendah kes COVID-19 serta membenarkan aktiviti sosioekonomi beroperasi.

“Ini kerana pelaksanaan PKP bagi memerangi pandemik COVID-19 menyebabkan ramai rakyat menderita, kehidupan harian yang sukar walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bantuan.

“Bantuan yang diberikan tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan harian rakyat jika aktiviti sosio-ekonomi tidak dibuka.

“Cadangan Hajiji dan Kerajaan Negeri yang melonggarkan SOP untuk Sabah amat wajar dan harus disokong oleh rakyat”, kata Ng dalam kenyataan, hari ini.

Beliau sependapat dengan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Mohd.Nazri Abdullah bahawa tindakan Hajiji adalah demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Jesteru itu Ng yakin, Hajiji dan Kerajaan Negeri tidak akan menuntut pelonggaran SOP khusus untuk Sabah sekiranya jumlah harian kes COVID-19 di Sabah berada pada tahap yang membimbangkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/feed/ 0 2374
1,080 Bakul Makanan Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menerusi Program MAFI Prihatin https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/ https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/#respond Sat, 19 Jun 2021 07:49:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1564
Read Time:1 Minute, 31 Second

BELURAN : Sebanyak 1,080 bakul makanan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertugas di daerah ini melalui program sumbangan MAFI Prihatin.

Sumbangan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu adalah sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan Negara terhadap pengorbannan dan usaha berterusan mengekang penularan wabak COVID-19.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran disini.

Sumbangan keperluan makanan asas diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Beluran Superitenden Kassim Muda dan Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion.

Agihan bakul makanan itu akan diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam Parlimen Beluran.

Dr Ronald menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion

Pemberian sumbangan ini juga antara lain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat khususnya dengan petugas barisan hadapan negara yang tidak pernah jemu menjalankan tugas demi memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terjaga sepanjang masa.

Keprihatinan Menteri MAFI bersama pihak LPP turun ke lapangan adalah sebagai tanda sokongan moral kepada para petugas barisan hadapan negara, sepanjang usaha mereka bertungkus-lumus memutuskan rantaian COVID-19 sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu hingga sekarang.

Dalam pada itu, Dr Ronald sempat meninjau projek ternakan ikan dilaksanakan oleh PPK Beluran dan melepaskan benih ikan baulu sejumlah 8,000 ekor.

Pelaksanaan projek bernilai RM150,000 ini adalah antara inisiatif dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi meringankan beban barisan hadapan sektor pertanian dan industri makanan khususnya petani, nelayan dan penternak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Abu Sujak Sahuji, Timbalan Pengarah LPP Sabah Abd Razak Said dan Pengurus Besar PPK Beluran Sumarang Chunbung.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/feed/ 0 1564