Ppm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Oct 2025 04:05:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ppm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPM gagalkan rangkaian seludup diesel bernilai RM460,500 di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/09/ppm-gagalkan-rangkaian-seludup-diesel-bernilai-rm460500-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/09/ppm-gagalkan-rangkaian-seludup-diesel-bernilai-rm460500-di-sandakan/#respond Thu, 09 Oct 2025 04:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82819
Read Time:49 Second

SANDAKAN :  Pasukan Polis Marin  berjaya menggagalkan satu kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu operasi khas yang dijalankan di dua lokasi berasingan di sini, pada hari Rabu.

Operasi yang bermula sekitar jam 10 pagi itu menyasarkan lokasi di Batu 5 dan Batu 15, yang membawa kepada penahanan lima individu lelaki.

Menurut Komander Polis Marin Sabah, Asistem Komisioner Mohd Nazri Ibrahim, turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah tiga buah lori, tiga buah tangki minyak (skid tank), dan sejumlah 11,200 liter minyak diesel yang disyaki untuk tujuan haram.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah dalam lingkungan RM460,500. Kesemua suspek kini sedang membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazri menegaskan bahawa kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pasukan Polis MarinĀ  akan terus mempergiat operasi dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan bahan api bersubsidi untuk kepentingan sendiri. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” tegas beliau. – SABAH MEDIA / FOTO PPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/09/ppm-gagalkan-rangkaian-seludup-diesel-bernilai-rm460500-di-sandakan/feed/ 0 82819