ppm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Jan 2026 07:07:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ppm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPM harus laksana tugas dengan penuh integriti https://sabahmedia.com/2026/01/20/ppm-harus-laksana-tugas-dengan-penuh-integriti/ https://sabahmedia.com/2026/01/20/ppm-harus-laksana-tugas-dengan-penuh-integriti/#respond Tue, 20 Jan 2026 07:07:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90030
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) agar menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti kerana mereka mewakili Kerajaan Negeri di kawasan masing-masing.

Beliau berkata PPM yang berkhidmat di kawasan pembangkang, khususnya, memikul tanggungjawab yang besar untuk meraih kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Selain mematuhi arahan kerajaan, peranan PPM di kawasan pembangkang adalah mencabar. Kamu adalah mata dan telinga kerajaan. Laksanakanlah tugas dengan baik,” katanya selepas merasmikan majlis angkat sumpah fasa kedua bagi 35 PPM, yang mana kebanyakannya akan berkhidmat di kawasan pembangkang di Menara Kinabalu, disini hari ini.

Seramai 45 PPM telah mengangkat sumpah jawatan pada majlis angkat sumpah pertama pada 13 Januari lalu.

“Kamu mesti menjaga imej kerajaan. Jangan lakukan perkara demi kepentingan peribadi. Jika saya mendapati ada yang mengejar kepentingan sendiri dan mengabaikan rakyat, saya tidak akan teragak-agak untuk memecat mereka. Jangan salah gunakan kuasa tetapi berikan keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

Hajiji juga menegaskan semula bahawa PPM mesti menjelaskan kepada peringkat akar umbi mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet dan Pengarah Unit PPM, Datuk Awang Kadin Tang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/20/ppm-harus-laksana-tugas-dengan-penuh-integriti/feed/ 0 90030
PPM diminta bantu sebarkan pencapaian kerajaan kepada rakyat https://sabahmedia.com/2026/01/13/ppm-diminta-bantu-sebarkan-pencapaian-kerajaan-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/ppm-diminta-bantu-sebarkan-pencapaian-kerajaan-kepada-rakyat/#respond Tue, 13 Jan 2026 08:46:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89658
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua pihak, khususnya Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) membantu kerajaan baharu GRS yang ada sekarang untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pencapaian kerajaan di kawasan masing-masing.

Hajiji menyaksikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) mengangkat sumpah semasa Majlis Angkat Sumpah & Menandatangani Aku Janji Jawatan PPM di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Beliau berkata, banyak pencapaian yang dilakar oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinannya, namun tidak dihebahkan secara menyeluruh kepada rakyat menyebabkan banyak perkara sebenar yang tidak diketahui mereka.

Katanya, kegagalan menghebahkan secara menyeluruh pencapaian kerajaan juga menyebabkan isu yang sering ditimbulkan di media sosial seperti air dan elektrik serta jalan rosak lebih menonjol sedangkan usaha menanganinya dilaksanakan oleh kerajaan GRS.

“Tuan-tuan boleh dianggap sebagai mata dan telinga kerajaan, tugas utama ialah. membantu menjelaskan dasar, program serta kejayaan Kerajaan kepada rakyat. Jadi, bantu sebarkan pencapaian kerajaan, banyak kejayaan yang kita laksanakan untuk rakyat.

“Melalui hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kita telah mengangkat ekonomi Sabah, memulihkan ekonomi selepas COVID-19, menambah hasil dari RM4 bilion hingga RM7 bilion, rizab kita juga meningkat hingga melebihi RM8.6 bilion.

“Ini mesti disebarkan supaya rakyat tahu pencapaian kerajaan. Begitu juga pelaburan, contohnya di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) kawasan itu sudah penuh dan terbaru sebuah pelabur dari Singapura melabur RM31 bilion di sana dengan 6,000 hingga 7,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Aku Janji Jawatan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Negeri Sabah di Menara Kinabalu pada Selasa.

Katanya, jika kerajaan GRS dianggap gagal, SOGIP dan taman perindustrian lain di Sabah mungkin masing kosong hingga ke hari ini kerana tiada pelabur yang datang.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan memperkukuh pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 yang dijadual dilancarkan pada hujung bulan ini bagi memantapkan agenda ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Katanya, pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ oleh Kerajaan GRS sejak 2021 berjaya meletakkan asas pembangunan yang kukuh dan memberi manfaat kepada rakyat dalam pelbagai sektor.

Selain aspek ekonomi, Hajiji berkata, Kerajaan juga terus memberi perhatian kepada pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat serta penambahbaikan infrastruktur asas seperti bekalan air dan rangkaian jalan raya melalui perancangan strategik di bawah SMJ 2.0.

Beliau menegaskan bahawa isu pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur yang berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat akan terus dibangkitkan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah.

Mengucapkan tahniah kepada semua PPM yang baharu mengangkat sumpah, beliau berharap mereka memainkan peranan aktif membantu Kerajaan menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat serta menjelaskan program dan kejayaan dasar Kerajaan secara berkesan.

“Saya mahu semua PPM menjalankan tugas dengan penuh integriti dan komitmen demi masa depan Sabah dan generasi akan datang,” katanya.

Hajiji menegaskan jawatan PPM merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab sebagai jambatan antara Kerajaan dan rakyat di lapangan.

Seramai 45 orang PPM Negeri Sabah mengangkat sumpah jawatan serta menandatangani surat Aku Janji mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/ppm-diminta-bantu-sebarkan-pencapaian-kerajaan-kepada-rakyat/feed/ 0 89658
Tindakan bekas PPM menyertai BN tidak jejas jentera https://sabahmedia.com/2025/11/24/tindakan-bekas-ppm-menyertai-bn-tidak-jejas-jentera/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/tindakan-bekas-ppm-menyertai-bn-tidak-jejas-jentera/#respond Mon, 24 Nov 2025 05:44:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86880
Read Time:1 Minute, 17 Second

SANDAKAN: Tindakan bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Sholehuddinulfatih Mardin untuk berkempen bersama Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kata ahli Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Rahmat Hidayat.

Rahmat yang juga Ketua Pemuda cawangan Tanjung Pisau berkata, penyertaan Sholehuddinulfatih dalam jentera parti lawan sudah dijangka berdasarkan tindak-tanduk beliau sebelum ini.

“Ia bukan kejutan. Hanya dia seorang sahaja yang memilih untuk menyertai jentera parti lawan.

“Pemuda di peringkat bahagian dan cawangan PGRS sama sekali tidak tergugat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Rahmat berkata lagi, ketika memegang jawatan sebagai ketua pemuda bahagian sebelum ini, Sholehuddinulfatih sudah menunjukkan tindakan yang bercanggah dengan keputusan bahagian.

Malahan, jelasnya, bekas PPM itu juga tidak pernah turun membantu bahagian yang dipimpin oleh Ketua Bahagian, Hazem Mubarak Tun Musa.

“Beliau enggan mengakui Hazem selepas diumumkan sebagai Ketua Bahagian PGRS.

“Jadi tidak hairan apabila hari ini dia juga enggan menerima hakikat bahawa Hazem dipilih sebagai calon GRS,” katanya.

Rahmat tetap mengucapkan terima kasih atas sumbangan Sholehuddinulfatih sebelum ini, namun menegaskan bahawa Pemuda PGRS berpegang kepada prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada parti.

“Pemuda PGRS Sungai Manila akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan penuh kepada Hazem Mubarak sebagai calon GRS dan Ketua Bahagian PGRS Sungai Manila,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PGRS Cawangan Peringkat Satu, Mohd Faizul Basrah, berkata tindakan Sholehuddinulfatih itu tidak sedikit pun menjejaskan sokongan pemuda terhadap Hazem.

Sebaliknya, katanya, langkah tersebut memberi ruang kepada jentera pemuda untuk bergerak dengan lebih tersusun dan selesa.

“Tindakan dia itu langsung tidak menggugat jentera pemuda, malah kami kini bergerak dengan lebih selesa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/tindakan-bekas-ppm-menyertai-bn-tidak-jejas-jentera/feed/ 0 86880
PPM diminta sampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat https://sabahmedia.com/2023/07/26/ppm-diminta-sampaikan-perkhidmatan-terbaik-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/ppm-diminta-sampaikan-perkhidmatan-terbaik-kepada-rakyat/#respond Wed, 26 Jul 2023 12:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38982
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Anda mempunyai peranan penting dan tanggungjawab yang besar. Pelantikan ini bukanlah satu keistimewaan. Saya
mahu anda sentiasa bekerjasama rapat dengan wakil rakyat anda dalam perkhidmatan kawasan masing-masing.

“Kami tidak mahu melihat mana-mana daripada anda melakukan perkara mengikut kehendak dan keinginan anda, tetapi anda mesti tunaikan tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh,” katanya selepas menyaksikan majlis angkat sumpah
oleh 14 PPM baharu di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Ketua Menteri berkata fungsi PPM adalah untuk memberikan gambaran yang jelas tentang dasar kerajaan, khususnya pembangunan yang dijalankan dalam dua tahun setengah yang lalu hingga ke akar umbi.

“PPM mesti menjelaskan kepada rakyat rancangan pembangunan kerajaan khususnya Hala
Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Hajiji berkata adalah juga penting bagi semua orang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri
berusaha untuk menghapuskan kemiskinan di Sabah.

“Dengan lebih kurang dua tahun lagi sebelum penggal Kerajaan Negeri semasa tamat, PPM berada dalam kedudukan untuk berkhidmat kepada rakyat dan dalam pada itu membantu mereka yang dipilih wakil rakyat untuk mendapatkan semula kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

14 PPM mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri hari ini ialah Abd Rashid Saidin (UPPM HQ), Muhammad Tasan (Bengkoka), Sharif Kadah Sharif Osman (Bandau), Saikom Watis (Kadamaian), Rosita Ganggang (Inanam), Alex Tan Liang Boon (Likas), Lee Li Mei (Api-Api), Chin Thau Kwong (Luyang), Shamsur Zulkifli (Petagas), Cyril Gerald Liew (Kapayan), Ana Maria Bernadus (Limbahau), Max Million Lee Yun Vui (Tanjung Papat), Juslee Arpaih (Sukau) dan Mohamad Latip Katik (Kunak).

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Negeri Setiausaha Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Abidin Madingkir, serta Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Datuk Awang Kadin Tang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/ppm-diminta-sampaikan-perkhidmatan-terbaik-kepada-rakyat/feed/ 0 38982
Rakyat Disaran Tampil Derma Darah Bantu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Darah https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/ https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/#respond Wed, 08 Sep 2021 10:51:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6021
Read Time:1 Minute, 33 Second

LAHAD DATU: Rakyat khususnya di daerah ini disaran untuk tampil menderma darah membantu pesakit yang memerlukan termasuk bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama Mizma Appehdullah berkata, amalan itu merupakan satu sikap yang baik dan mulia kerana mampu membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Mereka yang sering menderma darah boleh memperolehi faedah yang disediakan kerajaan termasuklah rawatan percuma di hospital kerajaan.  Penderma juga akan dapat mengetahui status kesihatan mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Program Derma Darah di Kampung Jaya Lahad Datu, di sini,semalam.

Katanya, program yang diadakan itu adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jawa, Ketua Kampung dan Hospital Lahad Datu.

“Pada program kali ini, seramai 15 orang kakitangan Hospital Lahad Datu yang diketuai Dr. Thiaggu dan Dr. Keeshan ditugaskan untuk menjayakan program ini.

“Sebanyak 40 pain darah berjaya dikumpul pada program ini dan itu adalah yang tertinggi direkodkan berbanding program lain yang pernah dianjurkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma berkata, inisiatif dan usaha menerusi pelaksanaan program derma darah itu akan dapat membantu menambah bekalan darah yang sering kekurangan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini.

“Program derma darah yang diadakan itu jelas membuktikan bahawa masyarakat sangat prihatin dan bertanggungjawab membantu orang ramai.  Justeru, saya menyeru masyarakat agar tampil dan memberikan sumbangan dalam konteks pendermaan darah,”katanya.

Tambahnya, dengan menderma darah sekali seumur hidup mampu menyelamatkan satu nyawa dan memberikan kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

“Apa yang pasti, program seumpama ini tentunya menuntut kerjasama dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya.

 “Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak hospital, Ketua Kampung, JPKK dan penduduk yang hadir. Semoga program ini akan dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/feed/ 0 6021
PICK : 300 Penduduk Kg Tanjung Aru Lama Terima Vaksin Menerusi Program Bah Vaksin Kita https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-300-penduduk-kg-tanjung-aru-lama-terima-vaksin-menerusi-program-bah-vaksin-kita/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-300-penduduk-kg-tanjung-aru-lama-terima-vaksin-menerusi-program-bah-vaksin-kita/#respond Sun, 08 Aug 2021 04:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4262
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Kampung Tanjung Aru Lama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjadi lokaliti PKPD pertama yang diberikan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Bah Vaksin Kita.

Program anjuran Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Kota Kinabalu itu turut bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, program itu turut dilaksanakan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee berkata, seramai 300 penduduk di kampung itu berjaya dikumpulkan pihaknya bersama Ketua Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Program yang berlangsung kelmarin itu mensasarkan penduduk yang belum mendapat suntikan vaksin dan ini adalah melibatkan pemberian vaksin bagi dos pertama jenis Pfizer.

“Saya difahamkan ini merupakan program jangkauan luar vaksinasi COVID-19 yang pertama dilaksanakan di kawasan PKPD khususnya di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Mohd Reduan berkata, program itu adalah sebagai salah satu langkah agar pemberian vaksin dapat dipercepatkan bagi segera mencapai imuniti kelompok di Sabah.

Katanya, program seumpama itu wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan PKPD yang lain agar rakyat yang memerlukan vaksinasi dapat disegerakan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, sebanyak dua buah bas (klinik bergerak) disediakan oleh LPPKN bagi tujuan pelaksanaan program jangkauan luar vaksinasi di Sabah.

Katanya, LPPKN adalah sebuah agensi persekutuan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Malaysia adalah bernaung dibawah kementeriannya di peringkat negeri.

“Program yang dilaksanakan khususnya di Tanjung Aru itu diselaraskan dengan CITF dan kita bekerja sebagai sebuah pasukan selain menggunakan kemudahan yang ada bagi membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.

“Pelaksanaan program seumpama ini juga amat baik dan ia menunjukkan komitmen serta kerjasama antara agensi-agensi negeri  dan persekutuan untuk kesejahteraan masyarakat. Inilah bukti kerajaan yang prihatin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/pick-300-penduduk-kg-tanjung-aru-lama-terima-vaksin-menerusi-program-bah-vaksin-kita/feed/ 0 4262
PPM Bekerjasama Agih Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/07/15/ppm-bekerjasama-agih-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/07/15/ppm-bekerjasama-agih-bantuan-bakul-makanan/#respond Thu, 15 Jul 2021 05:37:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3056
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 (PPM W4) telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Pengusaha-Pengusaha Ikan sekitar Kota Kinabalu bagi menghantar bantuan Bakul Makanan kepada penduduk Pulau Gaya pagi kelmarin.

Inisiatif itu adalah salah satu usaha untuk memberi bantuan dan meringankan beban penduduk Pulau Gaya yang terjejas.

Bantuan Bakul Makanan ini telah diserahkan sendiri oleh Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah diiringi oleh Ketua Bahagian Risik Operasi PPM W4 Sabah dan Pegawai Pemerintah MO PPM Kota Kinabalu.

Turut terlibat dalam program penyerahan bantuan Bakul Makanan adalah PERKEP PPM W4 Sabah kepada Penduduk kampung Pulau Gaya. Selain itu, Timbalan Komander PPM Wil 4 Sabah diiringi oleh Ketua Bahagian Risik Operasi dan Pegawai Pemerintah MO PPM Kota Kinabalu turut melawat Pasukan Sahabat yang terdiri daripada Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM); Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM); Jabatan Laut, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Taman-Taman Sabah yang turut terlibat dalam tugas kawalan PKPD Pulau Gaya dan menyerahkan bantuan makanan dan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/15/ppm-bekerjasama-agih-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 3056
PPM Lahad Datu Tahan 2 Lelaki Miliki Dadah https://sabahmedia.com/2021/07/14/ppm-lahad-datu-tahan-2-lelaki-miliki-dadah/ https://sabahmedia.com/2021/07/14/ppm-lahad-datu-tahan-2-lelaki-miliki-dadah/#respond Wed, 14 Jul 2021 02:48:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3014
Read Time:1 Minute, 8 Second

LAHAD DATU :  Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan dua orang lelaki dalam satu operasi di kawasan perairan Laut Pelabuhan, Lahad Datu semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, lebih kurang jam 8 malam tadi, pihaknya telah berjaya menahan dan memeriksa sebuah pump bot yang dinaiki oleh dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu paket kecil lutsinar berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dan dua gulung aluminium foil yang disembunyikan didalam pumpbot tersebut.

“Kedua-dua lelaki tersebut juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa polis,” katanya dalam kenyataan disini pagi ini.

Gan berkata, kedua-dua lelaki tersebut di tahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa menggalakkan semua masyarakat pesisir pantai untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat sekiranya mendapati kegiatan jenayah di sekitar mereka.

“Kerjasama ini bagi memastikan keselamatan di perairan negara khususnya perairan Sabah dapat dijaga dan boleh terus menyalurkan sebarang aduan tersebut melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/14/ppm-lahad-datu-tahan-2-lelaki-miliki-dadah/feed/ 0 3014