PPN FASA 1 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 15 Aug 2021 05:33:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PPN FASA 1 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Putrajaya Umum 11 Aktiviti Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/#respond Sun, 15 Aug 2021 05:31:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4640
Read Time:1 Minute, 24 Second

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 ialah kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barang rumah dan peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan.

Selain itu, katanya, turut dibenarkan beroperasi ialah kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Beliau berkata, kemudahan diumumkan itu boleh dilaksanakan di negeri Fasa 1 dan Fasa 2, dengan syarat vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negeri berkenaan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.

Selain itu, katanya, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan yang diumumkan itu juga mestilah sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

“Ini termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik persalinan.

“SOP ini mungkin merumitkan tetapi ini demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan yang boleh beroperasi semula itu juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis, menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19, bagi membuktikan mereka sudah menerima pelalian lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/feed/ 0 4640
Rentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/#respond Fri, 30 Jul 2021 04:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3781
Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yang berada di Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali untuk tujuan yang dibenarkan termasuk bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang mahu merentas negeri dan daerah bagi tujuan vaksinasi perlu menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan mesej daripada khidmat pesanan ringkas.

“Hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan asas dalam lingkungan 10 kilometer radius daripada kediaman, manakala untuk mendapatkan rawatan perubatan dan vaksinasi hanya tiga orang termasuk pesakit dibenarkan bagi tujuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penganjuran aktiviti sosial yang menyebabkan kehadiran ramai orang dan menyukarkan penjarakan fizikal juga masih dilarang. 

“Masyarakat diharap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan. Usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan PPN,” katanya. Acryl Sani berkata pihaknya kekal komited dan akan terus memantau pematuhan SOP demi keselamatan masyarakat dan mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan dan SOP yang ditetapkan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/feed/ 0 3781