PPN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Oct 2021 08:27:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PPN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan Bas Dibenarkan Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Peratus Penumpang https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/#respond Tue, 19 Oct 2021 08:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7683
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 75 peratus penumpang selepas Sabah beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuk bas pekerja, bas sekolah, bas pelancongan dan keretapi turut dibenarkan beroperasi.

“Kerajaan turut membenarkan perkhidmatan teksi atau e-hailing mengambil penumpang mengikut kapasiti kenderaan iaitu hanya empat orang termasuk pemandu.

“Manakala hanya tiga orang sahaja wakil isi rumah bagi individu yang belum lengkap divaksin dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi bot – bot nelayan di perairan ESSZONE yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan hanya dibenarkan melakukan pergerakan  dari jam 6 pagi hingga 6 petang (hanya di jeti-jeti yang dibenarkan sahaja).

Katanya, kebenaran itu tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah berkenaan.

“Pergerakan kapal Non-Convention Ships (NCS) Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah, Malaysia dan semua Kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti barter trade dan transhipment adalah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

“Kapal pengangkut ikan Indonesia ke Tawau turut dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Tambahnya, bagi pergerakan perkhidmatan feri/bot komersil seperti berikut Feri Penumpang, Bot Penumpang dan Feri Kenderaan (Roro ferry) turut dibenarkan beroperasi dengan 75 peratus kapasiti penumpang.

“Bagi Feri Kenderaan, muatan kenderaan adalah mengikut kapasiti sebenar feri berkenaan. Masa operasi adalah dari jam 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/feed/ 0 7683
Murid Prasekolah & Tadika Dibenarkan Hadir Ke Sekolah https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/#respond Tue, 19 Oct 2021 06:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7670
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan murid prasekolah dan tadika hadir ke sekolah  tanpa penggiliran bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sejajar dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, pengoperasian sekolah itu juga tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, kelas tuisyen, kelas muzik,kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbabyar dan sebagai turut dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Pengoperasian bagi kelas-kelas ini adalah dengan penggiliran serta 50 peratus kapasiti kelas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, bagi fasiliti sukan, kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun yang ditemani oleh ibubapa yang lengkap divaksin dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin turut dibenarkan menggunakan fasiliti sukan.

Katanya, penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan massa dibenarkan dengan kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Penyertaan bagi penganjuran sukan adalah terhad dengan penyertaan tidak melebihi 250 orang dan telah lengkap divaksin.

“Tempoh masa aktiviti dilakukan bermula 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/feed/ 0 7670
Sabah Benar Pemilik Restoran Letak Meja Di Kaki Lima Bermula Esok https://sabahmedia.com/2021/09/01/sabah-benar-pemilik-restoran-letak-meja-di-kaki-lima-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/sabah-benar-pemilik-restoran-letak-meja-di-kaki-lima-bermula-esok/#respond Wed, 01 Sep 2021 14:49:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5671
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan pemilik premis restoran untuk meletakkan meja di ruang legar atau kaki lima ketika waktu operasi sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain prosedur standard operasi (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Keputusan ini dilaksanakan selepas Sabah telah mencapai nilai ambang vaksinasi penuh melebihi 40 peratus populasi dewasanya pada 31 Ogos 2021 iaitu semalam.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan premis-premis restoran memasang meja di ruang legar atau kaki lima restoran berkuatkuasa mulai esok iaitu 2 September,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sejumlah 164 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam yang lalu melibatkan pemeriksaan 32,336 buah kenderaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 390 buah kenderaan diarah berpatah balik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/sabah-benar-pemilik-restoran-letak-meja-di-kaki-lima-bermula-esok/feed/ 0 5671
Putrajaya Umum 11 Aktiviti Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/#respond Sun, 15 Aug 2021 05:31:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4640
Read Time:1 Minute, 24 Second

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 ialah kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barang rumah dan peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan.

Selain itu, katanya, turut dibenarkan beroperasi ialah kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Beliau berkata, kemudahan diumumkan itu boleh dilaksanakan di negeri Fasa 1 dan Fasa 2, dengan syarat vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negeri berkenaan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.

Selain itu, katanya, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan yang diumumkan itu juga mestilah sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

“Ini termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik persalinan.

“SOP ini mungkin merumitkan tetapi ini demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan yang boleh beroperasi semula itu juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis, menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19, bagi membuktikan mereka sudah menerima pelalian lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/putrajaya-umum-11-aktiviti-ekonomi-yang-dibenarkan-beroperasi-mulai-esok/feed/ 0 4640
PM Umum Kemudahan Kepada Penerima Lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/08/08/pm-umum-kemudahan-kepada-penerima-lengkap-2-dos-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/pm-umum-kemudahan-kepada-penerima-lengkap-2-dos-vaksin-covid-19/#respond Sun, 08 Aug 2021 09:35:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4281
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan ia terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi kemudahan itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang telah melengkapkan vaksinasi mereka dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing. 

Selain itu, katanya ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi mereka juga dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

“Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital,” katanya. 

Dalam pada itu, PM juga turut mengumumkan bahawa Individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar menjalani aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.

Katanya aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini.

Aktiviti dibenarkan itu kata Muhyiddin adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/pm-umum-kemudahan-kepada-penerima-lengkap-2-dos-vaksin-covid-19/feed/ 0 4281
32 Masjid Di DUN Lumadan Dijadikan Lokasi ‘FoodBank’, Mahu Penduduk Cukup Bekalan Makanan – Ruslan https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/#respond Sun, 01 Aug 2021 08:18:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3906
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT : Sebanyak 32 buah masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan dijadikan sebagai lokasi Bank Makanan (Food Bank) khusus bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ketika ini sebanyak 10 buah masjid di DUN berkenaan telah diwujudkan FoodBank dibawah program Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera.

“Pada hari ini saya telah melancarkan FoodBank di tujuh buah masjid di DUN Lumadan dan sebelum ini sebanyak tiga masjid lain turut diwujudkan aktiviti seperti ini.  Manakala 22 buah masjid lain juga akan diwujudkan program seumpama ini mengikut fasa.

“Tujuannya adalah bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang sangat memerlukan bahan makanan semasa berhadapan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Kedua khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Foodbank Prihatin Luimadan Sejahtera disini hari ini.

Antara masjid terlibat ialah Masjid Al-Gaffar Kampung Luagan; Masjid Al-Quthar Kampung Padas Valley; Masjid Kampung Karangan; Masjid Kampung Bukau; Masjid Wahdatul Ummah Kampung Maraba; Masjid An-Nur Kampung Lingkungan dab Masjid Muttaqin Kampung Lubok.

Tiga lagi masjid lain yang sudah diwujudkan FoodBank adalah Masjid Lupak tuhu; Masjid Padas Damit dan Masjid Pekan Weston.

Ruslan berkata, pewujudan Foodbank berkenaan juga adalah bagi memastikan tidak ada penduduk yang menaikkan bendera putih akibat kekurangan bekalan.

“Kita mahu semua penduduk di DUN Lumadan khususnya mempunyai bekalan makanan mencukupi dan ini juga adalah salah satu inisiatif kita wujudkan Foodbank di masjid-masjid disini.

“Bagi penduduk yang mahu mendapatkan bekalan, tiada syarat dikenakan, semua layak untuk mendapatkan bekalan tanpa melihat agama mahupun fahaman politik,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk mengisi bekalan makanan di setiap Foodbank berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/feed/ 0 3906
Peralihan Fasa PPN Berdasarkan Data, Mula Tunjuk Hasil Positif – Ronald Kiandee https://sabahmedia.com/2021/07/11/peralihan-fasa-ppn-berdasarkan-data-mula-tunjuk-hasil-positif-ronald-kiandee/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/peralihan-fasa-ppn-berdasarkan-data-mula-tunjuk-hasil-positif-ronald-kiandee/#respond Sun, 11 Jul 2021 05:29:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2890
Read Time:2 Minute, 35 Second

BELURAN : Langkah dan usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk beralih ke fasa-fasa seterusnya secara teratur dan berperingkat adalah berdasarkan data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah yang menunjukkan hasil positif itu telah membawa sebanyak tujuh buah negeri beralih ke PPN Fasa Kedua termasuk Sabah yang bermula kelmarin.

“Selain itu, kerajaan turut melaksanakan langkah bersasar apabila melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri termasuk Selangor yang mencatatkan bilangan kes harian tinggi, kita berharap ia dapat dikurangkan.

“Negara juga telah memenuhi niai ambang pertama PPN dimana sebanyak 10 peratus penduduk di Malaysia sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 malah kadar pemberian vaksin juga berjaya mencatatkan lebih 300,000 suntikan melangkaui sasaran awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kit tanaman lada bara dan halia organik kepada belia Beluran sempena lawatan erja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran disini kelmarin.

Ronald berkata, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi juga telah dicatatkan kelmarin dengan 376,909 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara.

Katanya, pada penghujung Ogos, Malaysia dijangka akan mencapai 30 ke 40 peratus populasi negara sudah lengkap menerima vaksin dan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini sepertimana yang digariskan dibawah PPN akan dapat dicapai.

“Usaha kerajaan bagi menangani kemelut pandemik COVID-19 perlu dinilai secara holistik dan menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan, kesihatan, kebajikan dan ekonomi yang sedang ditangani oleh kerajaan bersama-sama dengan barisan hadapan dan pihak bertanggungjawab yang lain,”katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan turut melaksanakan lapan program bantuan dan pakej ransangan ekonomi dengan nilai keseluruhan berjumlah RM530 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM81.8 billion.

Katanya, bantuan itu adalah bagi meneruskan agenda membantu rakyat dan menyokong perniagaan meskipun ruang fiskal kerajaan adalah amat terhad dan selain itu sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021.

“Pelbagai bantuan-bantuan bersasar di bawah pakej-pakej ini juga telah membantu pengusaha sektor agromakanan yang terkesan terutamanya mereka yang mengusahakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk kembali pulih dan meneruskan kelangsungan perusahaan masing-masing.

“Pihak kementerian juga akan terus memastikan setiap inisiatif di bawah pakej ekonomi untuk agromakanan sampai kepada golongan sasar dalam memastikan kelangsungan setiap peringkat rantaian makanan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, Program Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank juga sedang giat dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan skim ini adalah sebanyak RM850 juta.

Katanya, jumlah itu merangkumi peruntukkan sebanyak RM350 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan RM500 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Usahawan mikro dan komuniti B40 dalam sektor pertanian dan industri makanan yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dan PKP digalakkan untuk memohon kemudahan pembiayaan yang disediakan Kerajaan di bawah Agrobank.

“Pada masa yang sama, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 28 Jun lalu, Agrobank komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan, khususnya pelanggan bagi kategori yang berkaitan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran semula pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/peralihan-fasa-ppn-berdasarkan-data-mula-tunjuk-hasil-positif-ronald-kiandee/feed/ 0 2890
PPN : KK,Putatan & Penampang Kembali Menjadi Satu Daerah https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/#respond Sat, 10 Jul 2021 01:37:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2851
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua bagi negeri Sabah yang bermula hari ini khususnya yang melibatkan aktiviti ekonomi menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

SOP yang dikeluarkan khususnya operasi melibatkan restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 9 malam.

Meskipun dibenarkan beroperasi, SOP berkenaan menyatakan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Jurucakap rasmi COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan Sabah sebelum ini telah mengumumkan kebenaran ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

“Makan dalam restoran atau ‘dine-in’ sepatutnya hanya dibenarkan dalam Fasa Ketiga PPN, Buat masa ini Sabah berada Fasa Kedua PPN.

“Ia tidak disentuh dalam SOP kerana kerajaan negeri Sabah telahpun membenarkan ‘Dine-in’.  Ini bermakna ‘Dine-in’ tidak dilarang di Sabah,” katanya ringkas kepada Sabah Media disini hari ini.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Kinabalu; Keningau; Sandakan dan beberapa daerah lain telah membenarkan ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

Beberapa perkara lain turut dinyatakan pada SOP PPN Fasa Kedua Sabah antaranya daerah Kota Kinabalu; Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.

Sebelum ini, pihak Polis telah menghentikan sekatan jalan raya (SJR) di tiga daerah ini bermula Isnin lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, keputusan itu dibuat berikutan pemerhatian pasukan itu sejak dua minggu lalu mengenai pergerakan lalu lintas.

“Pemerhatian kami menunjukkan bahawa kebanyakkan mereka yang menggunakan jalan raya di daerah ini adalah benar-benar pekerja dan orang yang keluar untuk urusan penting,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/ppn-kkputatan-penampang-kembali-menjadi-satu-daerah/feed/ 0 2851
Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Turut Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/#comments Sun, 04 Jul 2021 05:07:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2485
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membenarkan semua peniaga restoran beroperasi secara ‘Dine-In’ berikutan kekeliruan yang berlaku berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Alip berkata, dengan kebenaran itu pihak penguatkuasa tidak akan mengeluarkan notis kompaun kepada restoran yang membuka operasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah.

Katanya, ia juga adalah selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian besar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antara yang dibenarkan beroperasi pada PPN Fasa Pertama ini beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan di restoran selain operasi kedai gunting.

Noorliza berkata, meskipun belum ada SOP terkini yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan berpandu kepada SOP yang sedia ada.

Katanya menerusi kenyataan yang dipetik Daily Express berhubung pertanyaan pelbagai pihak mengenai kebenaran operasi perniagaan.

Sebelum ini daerah Sandakan turut membenarkan operasi sama dibuka bermula kelmarin dengan masa operasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.

Hanya dua orang satu meja makan sahaja dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod kelmarin mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua FFN berkuatkuasa Isnin ini.

Lima negeri tersebut ialah Perlis; Perak; Pahang; Terengganu dan Kelantan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/selepas-sandakan-kota-kinabalu-turut-benarkan-dine-in-di-restoran/feed/ 1 2485
Segera Luluskan SOP Sabah, Jangan Kelirukan & Timbulkan Keresahan Rakyat – Salleh https://sabahmedia.com/2021/07/03/segera-luluskan-sop-sabah-jangan-kelirukan-timbulkan-keresahan-rakyat-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/07/03/segera-luluskan-sop-sabah-jangan-kelirukan-timbulkan-keresahan-rakyat-salleh/#respond Sat, 03 Jul 2021 10:33:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2454
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat digesa untuk segera meluluskan permohonan Kerajaan Sabah yang mahu melonggarkan sebahagian Standard Operasi Prosedur (SOP) pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Pertama di negeri ini.

Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kegagalan kerajaan pusat bagi memberi kebenaran untuk melonggarkan SOP berkenaan dengan kadar segera menyebabkan kekeliruan dikalangan rakyat.

“Selepas hampir seminggu, rakyat dinegeri ini masih menanti SOP terkini khususnya dalam tempoh PPN Fasa Pertama kerana Ketua Menteri Sabah sebelum ini turut mengumumkan beberapa sektor sosial dan ekonomi dibenarkan.

“Namun saya hairan, berita mengenai SOP Sabah yang terkini belum diumumkan.  Ini menyebabkan kekeliruan dan keresahan yang tidak sepatutnya berlaku, diharap kerajaan Pusat ambil maklum dan tolong hormati permohonan kami di Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, beliau tumpang gembira mendengar berita dimana lima negeri di Semenanjung telah dibenarkan masuk Fasa Kedua PPN pada 5 Julai nanti.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua PPN berkuatkuasa 5 Julai depan.

Lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya lagi, peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu – kes harian COVID-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU), serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/03/segera-luluskan-sop-sabah-jangan-kelirukan-timbulkan-keresahan-rakyat-salleh/feed/ 0 2454