pprt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Mar 2022 10:25:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pprt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan bina PPRT perlu ditingkatkan – Yakub https://sabahmedia.com/2022/03/28/peruntukan-bina-pprt-perlu-ditingkatkan-yakub/ https://sabahmedia.com/2022/03/28/peruntukan-bina-pprt-perlu-ditingkatkan-yakub/#respond Mon, 28 Mar 2022 10:25:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13596
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Peruntukan bagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) khususnya di Sabah diharap dapat ditingkatkan bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pihaknya juga akan terus berusaha membantu dan mengenal pasti mereka yang layak untuk menerima bantuan rumah berkenaan.

“Kita telah mengenalpasti khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai mereka yang layak untuk menerima bantuan PPRT, namun jumlah peruntukan agak terhad.  Kita akan usahakan secara bergilir mengikut masa.

“InsyaAllah saya akan usahakan lagi seberapa banyak rumah seumpama ini dalam DUN Karambunai.  Pada tahun lalu, kita (DUN Karambunai) diperuntukkan sebanyak 14 rumah PPRT dan saya harap akan ditambah lagi pada masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Rumah PPRT di Kampung Tebobon disini hari ini.

Yakun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, beliau tetap memberi perhatian kepada dua lagi kawasan di Parlimen Sepanggar yang diwakili pembangkang.

“Kalau kita lihat dalam kawasan Parlimen Sepanggar, kita mempunyai tiga DUN, Karambunai, Darau dan Inanam, namum saya akan memberi perhatian kepada kawasan ini.

“Hari ini dua daripada enam rumah yang diserahkan adalah di kawasan DUN Darau dan DUN Inanam.  Jadi saya berharap rayuan ini dapat didengari oleh Kerajaan Pusat dan seterusnya memberikan bantuan lebih khusus kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/28/peruntukan-bina-pprt-perlu-ditingkatkan-yakub/feed/ 0 13596
DUN Sabah : KPLB Sabah cadang kos pembinaan PPRT dikaji semula https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/#respond Wed, 23 Mar 2022 04:38:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13381
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mencadangkan kepada KPLB Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kos pembinaan PPRT itu perlu dikaji berikutan kos bahan binaan kini telah meningkat.

“Tidak dinafikan bahawa harga material sudah meningkat dan kita telah mengangkat perkara ini kepada KPLB Persekutuan untuk dikaji harganya.

“Dipihak KPLB, saya difahamkan harga itu sedang diputuskan diperingkat kabinet,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata,pihaknya akan memaklumkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tentang perkembangan seterusnya apabila nilai kos telah diputuskan.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun Durabi ketika menjawab pertanyaan Mohd Arsad Bistari (BN-Tempasuk) berkata, Sabah mendapat pertambahan kouta bagi rumah PPRT sama ada bina baharu atau baikpulih.

Harun berkata, bagi program rumah PPRT bina baharu, negeri Sabah mendapat kuota sebanyak 700 unit rumah.

Katanya, manakala untuk program rumah PPRT baik pulih, negeri Sabah akan menerima kuota sebanyak 2,900 unit rumah.

“Bagi agihan Rumah PPRT bina baharu untuk tahun 2022, kementerian akan meneliti kaedah agihan tersebut berdasarkan kepada keperluan untuk setiap DUN atau daerah termasuklah daerah Kota Belud,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/feed/ 0 13381
Empat Keluarga Rai Krismas Di Rumah Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/#respond Wed, 22 Dec 2021 10:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10194
Read Time:1 Minute, 16 Second

MEMBAKUT: Empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut disini bakal meraikan perayaan Hari Krismas di rumah baharu selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap baru-baru ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, penyerahan replika kunci itu membolehkan penerima menyambut sambutan Hari Krismas dengan lebih selesa di rumah baharu.

“Pada tahun ini, empat keluarga di DUN Membakut akan meraikan hari Krismas di rumah baharu yang lebih selesa.

“Keluarga yang terlibat menerima bantuan rumah baharu ini adalah di Kampung Sungai Damit, Kampung Bawan, Kampung Lumat dan Kampung Dungau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Krismas 2021 di Dewan Terbuka Pekan Membakut disini semalam.

Sementara itu, anak ketiga kepada penerima bantuan rumah PPRT, Ratna Kinsuin di Kampung Dungau iaitu Franky Lazim ketika dikunjungi rombongan Arifin menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas peruntukan berkenaan.

Beliau berharap, kerajaan akan meneruskan usaha murni dalam membantu golongan miskin untuk mendapatkan rumah kediaman.

Terdahulu, Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, sebanyak RM42.9 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan penyaluran bantuan  kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini pada tahun ini.

Katanya, ia merupakan satu usaha serta keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini adalah keprihatinan Ketua Menteri Sabah yang telah menyalurkan peruntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di negeri ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mohd Arifin menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan perhiasan pokok krismas, di samping sumbangan Krismas kepada gereja-gereja serta Komuniti Kristian Dasar (KKD).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/feed/ 0 10194
DUN Sabah : KPLB Sabah Akan Pastikan Pelaksanaan Bina Baharu & Baik Pulih Rumah PPRT Lebih Teratur https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kplb-sabah-akan-pastikan-pelaksanaan-bina-baharu-baik-pulih-rumah-pprt-lebih-teratur/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kplb-sabah-akan-pastikan-pelaksanaan-bina-baharu-baik-pulih-rumah-pprt-lebih-teratur/#respond Wed, 08 Dec 2021 05:03:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9530
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan di peringkat Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan baik pulih rumah di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, pada ketika ini ramai wakil-wakil rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung pelaksanaan baik pulih yang terkandung dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Katanya, penglibatan semua pihak khususnya wakil rakyat amat diperlukan bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan program ini berjalan lebih teratur.

“Pada tahun ini, KPLB Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM78.2 juta membabitkan pembinaan rumah baharu sebanyak 512 unit manakala baik pulih sebanyak 2,892 unit rumah.

“Namun saya dimaklumkan oleh rakan-rakan wakil rakyat dimana ada yang tidak mendapat maklumat jelas berhubung pelaksanaan projek baik pulih dibawah PPRT ini.

“Justeru, saya akan membawa perkara ini kepada pihak Kementerian yang ada di Persekutaun agar proses pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR- Liawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Annuar memaklumkan pada ketika ini program baik pulih rumah telah dikendalikan oleh Giat Mara namun pelaksanaannya tidak dimaklumkan kepada wakil-wakil rakyat selain terpaksa mengeluarkan peruntukkan sendiri bagi permohonan yang terdesak khususnya di kawasan beliau.

Beliau turut meminta agar dana bagi pelaksanaan baik pulih rumah itu terus dikendalikan oleh KPLB Negeri dan tidak lagi melalui Giat Mara.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Ewon Benedik turut meminta agar Giat Mara hanya memberi fokus kepada program latihan, program kemahiran dan tidak mengambil bahagian dalam baik pulih dan pembinaan PPRT selain perlu diberikan kuasa kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah.

Jahid berkata, beliau turut bersetuju dengan cadangan berkenaan dimana Giat Mara perlu memberi fokus kepada program latihan dan kemahiran dan tidak mengambil bahagian dalam baik pulih dan pembinaan PPRT

Terdahulu ketika menjawab pertanyaan lisan Annuar, Jahid berkata, Kerajaan Persekutuan melalui KPLB Persekutuan telah meneruskan program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebagai salah satu touch point utama kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

Katanya, salah satu komponen bantuan dalam SPKR adalah PPRT yang meliputi dua skop kerja iaitu Bina Baharu dan Baik Pulih bagi rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.

“Sehubungan dengan itu, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada KPLB Persekutuan, bagi tahun ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM1.023 juta telah diperuntukkan untuk DUN Liawan yang meliputi 41 projek Baik Pulih dan 6 projek Bina Baharu .

“Kerajaan Negeri telah meminta kepada Kerajaan Persekutuan untuk komited memberi bantuan kepada semua DUN-DUN kawasan luar bandar terutamanya di Sabah berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kplb-sabah-akan-pastikan-pelaksanaan-bina-baharu-baik-pulih-rumah-pprt-lebih-teratur/feed/ 0 9530
DUN Sabah : KPLB Sabah Hanya Terima 400 Unit Agihan Rumah PPRT https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/#respond Tue, 07 Dec 2021 04:53:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9452
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hanya menerima 400 unit agihan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah pada tahun ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, jumlah agihan PPRT yang telah diperuntukkan  selama ini masih jauh kurang daripada keperluan sebenar.

“Untuk makluman, jumlah keperluan PPRT secara purata setiap tahun adalah sebanyak 4,500 unit. Untuk tahun ini, agihan PPRT yang diterima oleh Kementerian saya hanyalah 400 unit sahaja.

“Sememangnya Kementerian saya telah sedia maklum dengan keperluan untuk menambah kuota PPRT.

“Kementerian saya telah mengambil usaha-usaha untuk menambah kuota PPRT di Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Liawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaa Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, usaha bagi menambah kouta itu termasuklah mengemukakan surat makluman kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLBP) ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah.

Katanya, susulan daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah, Kementeriannya telah bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah untuk membuat unjuran keperluan pembinaan rumah PPRT bagi tempoh lima tahun.

“Ssurat berkaitan perkara ini juga telah dikemukakan kepada pihak KPLBP,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, usaha dan tekad untuk menambah kuota PPRT juga telah dibuat melalui lawatan kunjungan hormat beliau kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

“Saya telah membawa isu berkenaan penambahan kuota PPRT untuk perhatian beliau. Sekali lagi, cadangan untuk menambah kuota PPRT juga dibangkitkan semasa Menteri KPLBP membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah yang mana saya juga turut hadir,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/feed/ 0 9452
Warga Emas Gembira Terima Bantuan Rumah https://sabahmedia.com/2021/10/30/warga-emas-gembira-terima-bantuan-rumah/ https://sabahmedia.com/2021/10/30/warga-emas-gembira-terima-bantuan-rumah/#respond Sat, 30 Oct 2021 00:47:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8053
Read Time:56 Second

PITAS: Nasib seorang warga emas di Kampung Tombilidon Pitas terbela dan mendapat perhatian kerajaan selepas menerima bantuan rumah.

Tseu Fook Shiu,83, mensyukuri keprihatinan kerajaan yang telah menghadiahkan sebuah rumah kepada keluarga beliau menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Majlis simbolik penyerahan kunci rumah kepada Tseu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim semalam sempena Lawatan Kerja Menteri dan rombongan ke daerah Pitas bermula Khamis lalu hingga Jumaat.

Turut hadir Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, yang juga Adun Pitas, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Faimin Kamin dan Pegawai Daerah Pitas, Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.

Menurut Tseu, dengan adanya rumah itu, sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada mereka sekeluarga kelak.

“Syukur akhirnya saya dan keluarga mendapat rumah yang lebih selesa, terima kasih kepada pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah Pitas kerana telah meluluskan rumah saya ini,” katanya.

Sementara itu, Jahid menghargai usaha kedua-dua Wakil Rakyat dan kepimpinan tertinggi daerah tersebut yang telah membantu melancarkan proses pembinaan rumah berkenaan kepada Tseu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/30/warga-emas-gembira-terima-bantuan-rumah/feed/ 0 8053
GerakMaju Baik Pulih Rumah Sepasang Warga Emas Yang Semakin Uzur https://sabahmedia.com/2021/07/04/gerakmaju-baik-pulih-rumah-sepasang-warga-emas-yang-semakin-uzur/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/gerakmaju-baik-pulih-rumah-sepasang-warga-emas-yang-semakin-uzur/#respond Sun, 04 Jul 2021 00:47:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2473
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Gerakan Kebajikan dan Kemajuan Sabah (GerakMaju) akan membaiki rumah sepasang suami isteri warga emas sementara menunggu permohonan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mereka diluluskan dan dibina.

Pengerusi GerakMaju Willde E Linggu berkata rumah yang didiami Doriris Awang dan suaminya di Kampung Kabai, Kinarut, sudah semakin uzur dan tidak selamat didiami jika tidak dibaiki secepat mungkin.

“Memandangkan mereka sudah pun memohon rumah PPRT, pihak persatuan akan memastikan rumah yang didiami mereka sekarang ini sekurang-kurangnya lebih selesa dan selamat,” katanya.

Willde menambah bahawa pihak persatuan juga akan membantu memohon lain-lain bantuan kewangan bagi pihak Doriris dan suami daripada kementerian dan agensi yang berkenaan.

Selain itu, Willde berkata beliau sendiri akan memeriksa status permohonan PPRT pasangan itu dan akan membuat langkah susulan yang perlu bagi memastikan permohonan mereka tidak tercicir.

Persatuan GerakMaju yang melawat pasangan itu telah turut memberikan sumbangan berupa bakul makanan bagi meringankan beban mereka.

“Kami hanya dapat membantu sekadar termampu memandangkan GerakMaju adalah sebuah NGO kebajikan yang baru dan kami masih kekurangan dana untuk disalurkan kepada penerima.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/gerakmaju-baik-pulih-rumah-sepasang-warga-emas-yang-semakin-uzur/feed/ 0 2473