PPS Kota Marudu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Feb 2025 01:22:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PPS Kota Marudu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semua PPS di Kota Marudu ditutup https://sabahmedia.com/2025/02/01/semua-pps-di-kota-marudu-ditutup/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/semua-pps-di-kota-marudu-ditutup/#respond Sat, 01 Feb 2025 01:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67802
Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu ditutup pada jam 10 pagi ini selepas kediaman penduduk terjejas bencana didapati selamat untuk didiami.

Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara berkata, penutupan itu adalah berdasarkan maklumat daripada agensi tindak balas yang membuat tinjauan di lokasi terjejas banjir.

“Dengan mengambil kira keadaan cuaca yang baik serta paras air yang telah pulih sepenuhnya, adalah diisytiharkan bahawa semua PPS ditutup dan kediaman penduduk terjejas bencana (PTB) adalah selamat untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di disini hari ini.

Meirin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu berkata, pihaknya telah mengarahkan agar komander operasi bencana menyelaraskan kekuatan anggota, aset dan logistik di PKTK untuk operasi penghantaran pulang PTB ke kediaman masing-masing.

“Di kesempatan ini juga, saya meminta jasa baik agensi tindak balas di lapangan untuk menilai sekiranya ada keperluan untuk aktiviti pasca bencana bersepadu dilaksanakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/semua-pps-di-kota-marudu-ditutup/feed/ 0 67802
504 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Kota Marudu https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/#respond Sat, 01 Jan 2022 10:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10544
Read Time:42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seramai 504 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak kelmarin.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

Anggota APM sedang memantau keadaan banjir di beberapa kawasan yang terjejas di Kota Marudu. – Foto Ihsan APM Sabah

Katanya, seramai 251 mangsa membabitkan 70 KIR ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan manakala 253 mangsa daripada 97 KIR ditempatkan di Dewan SMK Tandek.

“Setakat ini kesemua mangsa masih berada di PPS walaupun keadaan air banjir semakin surut dan anggota APM masih membuat pemantauan ke kawasan-kawasan terbabit dari masa ke semasa.

“Kampung-kampung yang terjejas akibat banjir iaitu Kg. Asin – Asin, Kg. Beliajung, Kg.Tingkalanon, Kg.Tongkungon, Kg. Taritipan, Kg. Morion, Kg. Tandek dan Kg. Popok Laut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/feed/ 0 10544