Pps sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Nov 2024 00:59:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pps sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan https://sabahmedia.com/2024/11/22/pps-hasrat-perkasa-wanita-muda-sebagai-pelapis-dalam-pembuat-keputusan/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/pps-hasrat-perkasa-wanita-muda-sebagai-pelapis-dalam-pembuat-keputusan/#respond Fri, 22 Nov 2024 00:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64190
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) berhasrat untuk terus memperkasakan wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan pada masa hadapan.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya sedang giat menambah lebih ramai ahli dalam kalangan wanita muda bagi meneruskan kesinambungan usaha persatuan agar dapat terus membantu masyarakat secara keseluruhannya.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan memaklumkan kita baru mencapai 26 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam di Sabah.

“Sehubungan itu, PPS akan bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi dalam menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan lagi kaum wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Azizah berkata, selain itu, pihaknya juga mahu melihat penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan, sama ada dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) ataupun sampai ke peringkat tinggi seperti menjadi Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), mungkin juga dalam bidang Lembaga Pengarahnya (Board of Directors).

“Kita juga berhasrat untuk membangunkan lebih ramai wanita muda yang boleh memimpin bukan sahaja dalam pimpinan politik tetapi juga sebagai pemimpin dalam kerajaan, pemimpin dalam Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga peringkat akar umbi,” katanya 

Beliau memaklumkan kunjungan tersebut adalah bagi menjemput Toh Puan Norlidah untuk menghadiri Majlis Menjunjung Kasih yang akan diadakan esok.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Timbalan Pengerusi PPS, Annie Lourdes, Bendahari PPS, Norliy Abdullah serta Setiausaha PPS, Mariati Kasiari.

PPS yang diwujudkan sejak 1968 merupakan persatuan wanita tertua di Sabah dan mempunyai keahlian seramai lebih 200 ahli yang masih aktif.

Objektif penubuhannya ialah untuk melatih golongan wanita meningkatkan keupayaan mereka sekaligus membantu golongan wanita khususnya di luar bandar bagi menjana pendapatan dalam pelbagai bidang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/pps-hasrat-perkasa-wanita-muda-sebagai-pelapis-dalam-pembuat-keputusan/feed/ 0 64190
PPS bayar dividen interim RM10 juta https://sabahmedia.com/2024/06/12/pps-bayar-dividen-interim-rm10-juta/ https://sabahmedia.com/2024/06/12/pps-bayar-dividen-interim-rm10-juta/#respond Wed, 12 Jun 2024 06:20:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55889
Read Time:3 Minute, 19 Second

Tuaran: Prestasi Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) yang amat konsisten telah membolehkannya membayar dividen interim sebanyak RM 10 juta untuk Tahun Kewangan 2023 pada bulan Mei lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  ini merupakan salah satu tanda kecemerlangan PPS dimana menjadi salah satu agensi kerajaan negeri yang telah membayar dividen kepada kerajaan, dalam penyampaian perkhidmatan mereka. 

Katanya, beliau amat berpuas hati dengan langkah dan inisiatif PPS merangka semula polisi pembiayaan sedia ada, mewujudkan produk yang sesuai untuk pelbagai golongan dan mewujudkan lebih banyak pusat perkhidmatan pelanggan serta pejabat bergerak. 

“Saya berharap dengan adanya Pusat Perkhidmatan Pelanggan itu, perkhidmatan dan fasiliti kewangan PPS dapat memudahkan urusan dan memanfaatkan penduduk, termasuk di daerah Tuaran serta daerah-daerah yang berhampiran.

“Semua inisiatif ini adalah sejajar dengan Hala Tuju dan pemboleh daya Sabah Maju Jay (SMJ): Kemudahan Kewangan serta Keberkesanan dan Kecekapan penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program ‘Cashless Tuaran’ dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan PPS Tuaran di perkarangan pejabat PPS Tuaran di sini hari ini.

Hajiji berkata, program ‘Cashless Tuaran’ merupakan satu langkah yang sesuai dengan sasaran Kerajaan Digital ke arah transaksi kewangan tanpa tunai, dan inisiatif yang lebih besar oleh kerajaan di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Blueprint Sektor Kewangan 2022-2026, bertujuan mempercepatkan penerapan teknologi digital dan mendorong transformasi ekonomi dan kewangan di seluruh negara.

Katanya, transaksi tanpa tunai menawarkan banyak manfaat, termasuk kaedah pembayaran yang lebih mudah, cepat, dan selamat. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan transaksi harian, tetapi juga menyelesaikan isu kekurangan mesin ATM di kawasan luar bandar. 

“Program ini juga akan meningkatkan pengurusan kewangan untuk peniaga, menyediakan peluang pembangunan perniagaan baru, dan memperbaiki pengurusan inventori. 

“Kerajaan Negeri sedang giat dalam hal itu demi kesejahteraan rakyatnya, serta membawa pembangunan dan kemajuan khususnya berkaitan teknologi terkini kepada rakyat di bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, dalam memastikan pembayaran tanpa tunai memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat sejagat, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin untuk memastikan prasarana komunikasi tersedia.

Katanya, ia termasuklah usaha dipergiatkan untuk menyiapkan segera sebanyak 398 menara telekomunikasi di seluruh Sabah melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). 

Menurutnya, pelbagai inisiatif juga telah diumumkan seperti penggunaan Digital Signature dan Digital Certificate untuk urusan rasmi kerajaan dan penghasilan sijil-sijil, lesen atau permit oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri. 

“Penggunaan Digital Signature dan Digital Certificate ini juga adalah salah satu usaha untuk mengurangkan perkhidmatan secara fizikal melalui kaunter,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, sistem-sistem aplikasi Kerajaan Negeri akan dilengkapi dengan perkhidmatan penerimaan pembayaran dalam talian dan satu portal penerimaan bayaran yang dinamakan ‘BayuPay’ akan dilancarkan dalam masa terdekat, selain akan memulakan penggunaan konsep Electronically Know Your Customer (eKYC) iaitu semua pendaftaran kepada perkhidmatan Kerajaan tidak memerlukan orang awam hadir secara fizikal ke pejabat kerajaan bagi memohon bantuan atau mendapatkan perkhidmatan. 

“Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) terus komited dalam menyediakan infrastruktur digital di kawasan luar bandar di Sabah dalam usaha menyokong dan mempercepatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital disamping memperkukuhkan inklusiviti di Sabah, sebanyak 300 lokasi di seluruh Sabah telah dipasang dengan teknologi VSAT Starlink melalui Sabah Net agar akses kepada perkhidmatan kewangan di luar bandar boleh diperluaskan.

“Sabah Net kini bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bank-bank di bawahnya sebagai sebahagian daripada initiatif pemboleh kewangan digital Sabah Net kepada masyarakat kurang mendapat perkhidmatan.

“Ini untuk menggalakkan akses kepada perkhidmatan kewangan, disamping merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar serta mempromosikan literasi kewangan, sejajar dengan Halatuju SMJ dalam usaha untuk memperkasakan digital ekonomi,” katanya.

Beliau berharap Program ‘Cashless Tuaran’ inisiatif kerjasama PPS dan United Overseas Bank (UOB) yang bertujuan mengisytiharkan Daerah Tuaran sebagai wilayah tanpa tunai dengan mendidik masyarakat mengenai penggunaan pembayaran online dan QR, dapat mencapai matlamat dan mendapat sokongan daripada penduduk daerah itu.

“Ini adalah antara inisiatif yang amat baik dan saya berharap PPS dan UOB akan sentiasa merangka dan memperluaskan lagi inisiatif pembayaran tanpa tunai ini ke kawasan-kawasan lain di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/12/pps-bayar-dividen-interim-rm10-juta/feed/ 0 55889