PPV IPT-UMS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Oct 2021 10:30:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PPV IPT-UMS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICK : PPV IPT-UMS Berjaya Laksana Pemberian Suntikan Vaksin Kepada 115,841 Penerima https://sabahmedia.com/2021/10/15/pick-ppv-ipt-ums-berjaya-laksana-pemberian-suntikan-vaksin-kepada-115841-penerima/ https://sabahmedia.com/2021/10/15/pick-ppv-ipt-ums-berjaya-laksana-pemberian-suntikan-vaksin-kepada-115841-penerima/#respond Fri, 15 Oct 2021 10:27:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7552
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (PPV IPT-UMS) telah berjaya melaksanakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada 115,841 orang penerima dalam tempoh empat bulan yang lalu.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, dari jumlah itu sebanyak 104,944 orang adalah penerima awam manakala 10,897 adalah penerima dari kalangan pelajar dan pensyarah UMS.

Katanya, PPV IPT-UMS yang mula ditutup sepenuhnya hari ini turut membantu kerajaan memberikan perlindungan imunisasi COVID-19 kepada seramai 9,167 remaja berusia 12 hingga 17 tahun jenis Pfizer sejak 16 September lalu.

“PPV IPT-UMS adalah salah sebuah PPV institusi pengajian tinggi yang diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri lainnya.

Laskar kelas I Maritim Muhamad Luqman Shafiq Mat Yaakub menjadi penerima terakhir dos vaksin di PPV IPT UMS

“Sebagai PPV kategori 5, PPV IPT-UMS pada mulanya mensasarkan pemberian vaksin sebanyak 1000 dos sahaja sehari. Namun, disebabkan kejayaan operasinya, jumlah sasaran dos telah ditingkatkan kepada 3000 dos sehari dengan rekod tertinggi dicatat sebanyak 3,480 dos pada 4 Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pengoperasian PPV IPT-UMS disini petang tadi.

Hadir sama, Pengarah Hospital UMS Profesor Dr Helen Benedict Lasimbang.

Taufiq berkata, Hospital UMS (HUMS) turut menyertai beberapa program jangkauan luar bagi membantu Kerajaan Negeri mempercepatkan lagi kadar vaksinasi di Sabah  khususnya kepada masyarakat luar kawasan bandar atau yang mempunyai masalah akses untuk datang ke PPV.

Katanya, selain kawasan luar bandar, pemberian vaksin turut diberikan dikawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan beberapa kampung sekitar Kota Kinabalu.

“Sehingga hari ini, seramai 7,803 orang telah menerima manfaat suntikan vaksin COVID-19 di bawah program jangkauan luar yang disertai oleh HUMS,” katanya.

Sementara itu, Taufiq berkata, UMS akan terus memberikan komitmen dan menyokong program jangkauan luar vaksinasi bagi membantu memastikan Negeri Sabah mencapai sasaran vaksinasi COVID-19 secepat mungkin.

“Menyedari bahawa tugas memberikan vaksinasi itu adalah satu khidmat yang murni tetapi berisiko tinggi, saya mendo’akan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan terutama kepada para petugas barisan hadapan program vaksinasi UMS,” katanya.

Dalam pada itu, Taufiq berkata, UMS turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang menyalurkan sumbangan dana bagi sejumlah RM1.5 juta bagi membiayai operasi PPV IPT-UMS.

“Sudah pasti, sumbangan tersebut membuktikan kepercayaan Kerajaan Negeri Sabah terhadap UMS untuk memberikan perkhidmatan terbaik melalui vaksinasi kepada penduduk yang tinggal di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/15/pick-ppv-ipt-ums-berjaya-laksana-pemberian-suntikan-vaksin-kepada-115841-penerima/feed/ 0 7552
PPV IPT-UMS Tidak Laksana Pemberian Vaksin Secara ‘Walk-In’ Bermula Isnin Depan https://sabahmedia.com/2021/09/30/ppv-ipt-ums-tidak-laksana-pemberian-vaksin-secara-walk-in-bermula-isnin-depan/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/ppv-ipt-ums-tidak-laksana-pemberian-vaksin-secara-walk-in-bermula-isnin-depan/#respond Thu, 30 Sep 2021 09:30:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7032
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak lagi menerima permohonan vaksin secara ‘walk-in’ bermula 04 Oktober ini.

Menurut kenyataan UMS, suntikan vaksin hanya diberikan kepada penerima dos ke-2 melalui temu janji MySejahtera.

“Slot ‘walk-in’ tidak lagi dibenarkan untuk suntikan sama ada dos pertama atau dos ke-2.

“Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi hotline PPV IPT UMS ditalian 013-8151373,” demikian menurut kenyataan itu disini, hari ini.

Walau bagaimanapun pusat pemberian vaksin itu akan beroperasi seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk rekod, PPV IPT UMS telah beroperasi sejak 14 Jun lalu melalui temu janji MySejahtera sebelum membuka slot ‘walk-in’ untuk orang ramai dengan kapasiti sehingga 3,000 dos vaksin sehari.

Sehingga kini, lebih 100,000 dos telah diberikan melalui pusat pemberian vaksin ini, selain program Outreach di pelbagai tempat termasuk di kawasan perkampungan terpencil, penjara Kota Kinabalu dan Pusat Tahanan Sementara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/ppv-ipt-ums-tidak-laksana-pemberian-vaksin-secara-walk-in-bermula-isnin-depan/feed/ 0 7032
PPV IPT-UMS nafi hantaran tular dalam media sosial mengenai pemberian vaksin tanpa melalui aplikasi MySejahtera https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-nafi-hantaran-tular-dalam-media-sosial-mengenai-pemberian-vaksin-tanpa-melalui-aplikasi-mysejahtera/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-nafi-hantaran-tular-dalam-media-sosial-mengenai-pemberian-vaksin-tanpa-melalui-aplikasi-mysejahtera/#respond Sat, 24 Jul 2021 09:04:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3517
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi-Universiti Malaysia Sabah (PPV IPT-UMS) yang beroperasi mulai 14 Jun 2021 telah berjaya memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 16,521 penerima yang merupakan jumlah keseluruhan vaksin diperolehi oleh PPV IPT-UMS sehingga 23 Julai 2021.

Penolong Naib Canselor (STRATEGIK) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Dr Rahimie Abd. Karim berkata dalam kenyataan media hari ini, bagi memastikan akses kepada vaksin yang adil dan saksama, proses pemilihan penerima untuk panggilan janji temu di PPV IPT-UMS adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“PPV UMS-IPT menerima senarai penerima vaksin COVID-19 daripada aplikasi MySejahtera.

“Oleh yang demikian, PPV IPT-UMS menasihati orang ramai yang belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka mendapat janji temu di PPV IPT-UMS,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Rahimie menjelaskan bahawa PPV IPT-UMS menafikan hantaran (posting) yang tular dalam media sosial yang mendakwa orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin di PPV IPT-UMS tanpa melalui aplikasi MySejahtera dengan memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email.

“Orang ramai dinasihati agar tidak memberikan maklumbalas ke atas hantaran (posting) tersebut kerana boleh mengganggu operasi PPV IPT-UMS. PPV IPT-UMS juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kebocoran maklumat peribadi yang dikaitkan dengan hantaran (posting) tersebut.

“PPV IPT-UMS tidak pernah melantik mana-mana pihak samada individu atau syarikat sebagai agen mengatur janji temu di PPV IPT-UMS. Pemberian vaksin COVID-19 juga diberikan secara percuma,”tambahnya.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT- UMS boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPV IPT-UMS di nombor telefon 088-329 200.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-nafi-hantaran-tular-dalam-media-sosial-mengenai-pemberian-vaksin-tanpa-melalui-aplikasi-mysejahtera/feed/ 0 3517