ppv ipt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jul 2021 10:51:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ppv ipt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPV IPT UMS Tingkat Kapasiti Pemberian Vaksin Sehingga 3,000 Dos Sehari https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-tingkat-kapasiti-pemberian-vaksin-sehingga-3000-dos-sehari/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-tingkat-kapasiti-pemberian-vaksin-sehingga-3000-dos-sehari/#respond Sat, 24 Jul 2021 10:51:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3526
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal meningkatkan kapasiti pemberian dos vaksin COVID-19 kepada 3,000 dos sehari mulai minggu depan. 

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia sejajar dengan komitmen UMS untuk meningkatkan lagi jumlah penduduk di Sabah yang telah divaksinasi. 

“Kita berhasrat untuk meningkatkan lagi kepada 3,000 dos sehari bagi membantu usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) khususnya mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin.

“Selain itu, dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini, UMS juga telah menghantar pasukan ke kawasan kampung melalui Program Outreach Imunisasi COVID-19 Daerah Kota Kinabalu bagi memudahkan penduduk kampung mendapat vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan kekuatan sejumlah 34 petugas klinikal dan 128 petugas sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMS, PPV IPT-UMS telah berjaya melaksanakan pemberian 13,729 dos vaksin sejak pembukaannya pada 14 Jun lalu. 

“Bermula dengan 200 dos sehari, PPV IPT-UMS telah meningkatkan kapasiti sehingga melebihi 1,600 dos sehari walaupun pada mulanya sasaran adalah sekitar 1,000 sehari. 

“Justeru, UMS akan terus mengadakan kerjasama rapat dengan JKNS bagi memastikan proses pemberian vaksin kepada orang awam di PPV IPT-UMS lebih efisien dan dapat dipercepatkan,” katanya.

Beliau yakin PPV-IPT UMS mampu menyumbang kepada usaha kerajaan negeri yang menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus penduduk Sabah menerima vaksin sehingga bulan Oktober ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/ppv-ipt-ums-tingkat-kapasiti-pemberian-vaksin-sehingga-3000-dos-sehari/feed/ 0 3526