ppv – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Oct 2021 09:13:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ppv – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICK : Kerajaan Tingkat Pemberian Vaksin Di Daerah Catat Peratusan Rendah https://sabahmedia.com/2021/10/09/pick-kerajaan-tingkat-pemberian-vaksin-di-daerah-catat-peratusan-rendah/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/pick-kerajaan-tingkat-pemberian-vaksin-di-daerah-catat-peratusan-rendah/#respond Sat, 09 Oct 2021 09:11:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7350
Read Time:1 Minute, 41 Second

PUTATAN: Kerajaan negeri telah mula menghantar pasukan tambahan ke beberapa buah daerah yang dikenal pasti mempunyai rekod peratusan vaksinasi rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ia adalah sebagai salah satu inisiatif berterusan kerajaan Sabah untuk bagi mengoptimakan pemberikan vaksin di negeri ini.

“Terdapat beberapa daerah yang masih mempunyai pencapaian pemberian vaksin agak rendah dan ini juga memerlukan kerjasama rapat orang ramai untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan sasaran imuniti kelompok tercapai.

“Selain itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga telah menghantar tambahan kakitangan untuk membuat program di lapangan untuk mengoptimakan pemberian vaksin kepada golongan dewasa di daerah-daerah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Kembara Prihatin bersama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sabah di Kampung Ketiau, Putatan disini pagi tadi.

Shahelmey berkata, pencapaian pemberian vaksin ini turut menjadi syarat peralihan fasa dari fasa pandemik ke fasa endemik.

“Pemberian vaksin ini bukan sahaja untuk melindungi diri kita sendiri malah ia juga turut melindungi keluarga dan masyarakat.

“Ia juga dijadikan sebagai syarat untuk kita mendapat peralihan daripada fasa pandemik ke fasa endemik,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyambut seruan untuk mendapatkan vaksin dengan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran atau program jangkauan luar (outreach) yang dilaksanakan di lapangan.

“Penduduk Sabah sama ada warga negara Malaysia ataupun bukan warga negara Malaysia yang belum menerima vaksin, kita mintalah tolong datang ke PPV berdekatan untuk menerima vaksin,” katanya.

Terdahulu, dalam program tersebut, Shahelmey turut meminta pemimpin-pemimpin masyarakat agar mengemaskini data golongan sasar di kawasan masing-masing.

Beliau berkata ini bagi mengelak kejadian nama penerima yang layak tercicir daripada menerima bantuan.

“Dalam usaha kita untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan, saya juga ingin berpesan kepada pemimpin masyarakat seperti Pejabat Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kawasan masing-masing untuk membantu mengemaskinikan data penerima-penerima bagi golongan sasar yang disasarkan.

“Ini bertujuan untuk memastikan bahawa kejadian-kejadian penerima yang betul-betul layak menerima bantuan tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan oleh Kerajaan,” katanya .

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/pick-kerajaan-tingkat-pemberian-vaksin-di-daerah-catat-peratusan-rendah/feed/ 0 7350
Henti Penyebaran Berita Palsu, Bantu Kerajaan Capai Imuniti Kelompok https://sabahmedia.com/2021/09/10/henti-penyebaran-berita-palsu-bantu-kerajaan-capai-imuniti-kelompok/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/henti-penyebaran-berita-palsu-bantu-kerajaan-capai-imuniti-kelompok/#respond Fri, 10 Sep 2021 09:08:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6125
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai diminta untuk menghentikan penyebaran berita palsu yang boleh memberi kesan kepada individu yang belum menerima vaksinasi untuk tampil ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata, perbuatan itu juga akan memberi kesan kepada mereka yang bukan warganegara untuk tampil menerima vaksinasi COVID-19.

“Individu dewasa yang berusia 18 tahun ke atas yang belum menerima vaksin COVID-19 tidak perlu risau untuk hadir ke PPV berdekatan, kita mempunyai petugas barisan hadapan yang sentiasa mengamalkan prosedur standard operasi (SOP).

“Selain itu, tidak ada sebarang tangkapan akan dibuat kepada mereka yang bukan warganegara yang hadir mendapatkan vaksin sebagaimana yang tular di media sosial bagi menakutkan mereka yang layak mendapatkan vaksinasi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Shahelmey berkata, SOP di PPV sedia ada juga akan terus dipantau agar proses pemberian vaksin akan dapat dijalankan dengan lebih efisien dan selamat.

“Tujuan kita adalah untuk memberi vaksin kepada semua orang yang layak agar kita dapat mencapai imuniti kelompok” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negara kita.

“Ia akan mendatangkan kebimbangan kepada orang awam dan mengganggu proses PICK di negeri ini. Budayakanlah sikap masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/henti-penyebaran-berita-palsu-bantu-kerajaan-capai-imuniti-kelompok/feed/ 0 6125
PPV Di Sabah Perlu Pastikan SOP Terus Diperketat https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/#respond Mon, 06 Sep 2021 12:23:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5916
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Pengurusan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini perlu memastikan tahap penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terus diperketat bagi mengelak berlaku kesesakan yang teruk.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, meskipun pemberian vaksin secara ‘walk-in’ dibenarkan namun penguatkuasaan SOP termasuk penjarakkan fizikal perlu diperketat bagi memastikan proses pemberian berjalan lancar.

“Kita tidak boleh elak daripada berlakunya orang ramai untuk datang memandangkan kadar vaksinasi di negeri ini semakin meningkat.

“Semakin ramai yang tahu kesedaran menerima vaksinasi dan apabila dibuka untuk ‘walk-in’ maka berlakulah sedikit kesesakan tapi saya telah pesan kepada pengurus PPV dan juga pasukan terlibat dalam penguatkuasaan supaya SOP dikuatkuasakan dengan ketat supaya tidak berlaku kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi tanah runtuh membabitkan beberapa bangunan di Kompleks C Hospital Queen Elizabeth (HQE) berikutan hujan lebat baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah HQE Dr William Gotulis.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kerosakan berhubung kerosakan bangunan HQE yang terjejas.

Katanya, kementeriannya akan mendapatkan anggaran kos daripada JKR untuk permohonan peruntukan bagi tujuan pembangunan serta pembaikan.

“JKR akan membuat ketetapan berkenaan Klinik Tibi dan juga bangunan yang ada disini sama ada bangunan ini diklasifikasikan sebagai tidak selamat buat masa ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/feed/ 0 5916
PICK : Program Mobilisasi Vaksinasi Mudahkan Penduduk Luar Bandar Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/#respond Thu, 26 Aug 2021 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5295
Read Time:1 Minute, 20 Second

LAHAD DATU : Pelaksanaan Program Mobilisasi Vaksinasi COVID-19 (MOVAK) yang dilaksanakan di negeri ini amat memudahkan penduduk dari kawasan terpencil dan jauh untuk hadir mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama Mizma Appehdullah berkata, faktor logistik turut menghadkan pergerakan penduduk untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Saya amat mengakui program vaksinasi terutama kepada masyarakat di kawasan terpencil luar bandar seperti di kawasan Segama ini amat sukar dilaksanakan.

“Namun, berkat kerjasama dan semua pihak membantu kelompok ini agar tidak tercicir daripada menerima vaksin, kita dapat melaksanakan tanggungjawab ini sehabis baik.

“Semua ini adalah bukti komitmen kita di pihak UPPM, juga pentadbiran negeri dan kerajaan Pusat bahawa tidak ada yang akan terlepas pandang dalam program vaksinasi ini dan kita juga akan terus fokus memastikan program ini mencapai sasaran yang kita tetapkan,” katanya selepas menghadiri Program MOVAK di Sekolah Kebangsaan (SK) Tawaiyari baru-baru ini.

Mizma turut meminta orang ramai yang belum divaksin agar memanfaatkan sepenuhnya peluang seumpama itu sebagai satu usaha pencegahan mengurangkan risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

“Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk melindungi diri dan masyarakat sekeliling daripada bahaya Covid-19.

“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kita akan meneruskan program ini di setiap lokaliti agar semua rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Sehingga kini, katanya kawasan DUN Segama merekodkan seramai 77,671 orang atau 42.5 peratus daripada penduduk kawasan itu sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 50,345 (27.5 peratus) selesai melengkapkan dua dos suntikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/feed/ 0 5295
Suri Rumah Berbusana Jalur Gemilang Curi Tumpuan Di PPV https://sabahmedia.com/2021/08/25/suri-rumah-berbusana-jalur-gemilang-curi-tumpuan-di-ppv/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/suri-rumah-berbusana-jalur-gemilang-curi-tumpuan-di-ppv/#respond Wed, 25 Aug 2021 09:29:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5231
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: “Idea mengenakan busana Jalur Gemilang ini timbul secara spontan selain mahu buat kelainan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” kata penerima vaksin, Valerie Sitibon @ Aisyah.

Suri rumah berusia 33 tahun itu hadir ke PPV Wisma Wanita baru-baru ini bagi melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19.

Katanya, dia mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan busananya dengan menggunakan fabrik bersaiz empat meter pelbagai warna.

“Saya juga mahu menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan dalam norma baharu dimana ketika ini kita berdepan pandemik COVID-19.

Valerie Sitibon @ Aisyah ketika mengayakan busana bertemakan Jalur Gemilang

“Selain itu, saya juga mahu memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan wabak ini dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Valerie berkata, dia hanya menggunakan modal sebanyak RM50 bagi menghasilkan busana bertemakan Jalur Gemilang termasuk aksesori bunga yang dipakai.

Katanya yang turut mengakui berasa gembira kerana dapat menzahirkan rasa cinta kepada negara dan tidak malu untuk berpakaian sedemikian ke PPV.

Kehadiran Valerie di PPV Wisma Wanita itu turut menerima reaksi positif dari orang awam yang hadir termasuk petugas barisan hadapan untuk bergambar.

Dia melengkapkan dos kedua vaksin pada 18 Ogos lalu manakala dos pertama diterima sebelum itu pada 28 Julai 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/suri-rumah-berbusana-jalur-gemilang-curi-tumpuan-di-ppv/feed/ 0 5231
PICK: PPV Di Beberapa Daerah Di Sabah Memuaskan & Mematuhi Garis Panduan https://sabahmedia.com/2021/08/21/pick-ppv-di-beberapa-daerah-di-sabah-memuaskan-mematuhi-garis-panduan/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/pick-ppv-di-beberapa-daerah-di-sabah-memuaskan-mematuhi-garis-panduan/#respond Sat, 21 Aug 2021 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4989
Read Time:1 Minute, 1 Second

TUARAN :  Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di beberapa buah daerah di Sabah memuaskan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Sekretariat Utama COVID-19 Imunisation Task Force (CITF) Persekutuan Diah Muhammad Hasif Roslan berkata, hasil tinjuan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya mendapati  pengendalian dan operasi PPV adalah baik dan memuaskan.

“Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan dari segi kawalan orang ramai dan stesen-stesen yang memberi suntikan vaksin kepada mereka yang hadir.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan PPV di daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Tuaran melalui lawatan dan pemantauan yang dilakukan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di PPV Dewan Sri Sulaman Tuaran, disini kelmarin.

Pada sesi taklimat ringkas sempena lawatan tesebut, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Rosfinah Ghazali memaklumkan daerah itu kini mencapai 2,100 dos vaksin sehari dengan pencapaian 61.3 peratus untuk dos pertama  manakala yang telah lengkap dua dos sebanyak 33.6 peratus serta warga emas pula telah melebihi 100 peratus.

Hadir sama semasa lawatan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husin, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Unit Dasar CITF Persekutuan,Chua Yong Wei dan Aizat haris Annas Goh, serta Unit Operasi dan Risiko, Muhammad Najib Ramlee./PENERANGAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/pick-ppv-di-beberapa-daerah-di-sabah-memuaskan-mematuhi-garis-panduan/feed/ 0 4989
AIS Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan di PPV Dewan Mini Putrajaya. https://sabahmedia.com/2021/08/17/ais-serah-sumbangan-makanan-kepada-petugas-barisan-hadapan-di-ppv-dewan-mini-putrajaya/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/ais-serah-sumbangan-makanan-kepada-petugas-barisan-hadapan-di-ppv-dewan-mini-putrajaya/#respond Tue, 17 Aug 2021 12:08:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4787
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Agensi Agama Islam Sabah (AIS) menyalurkan sumbangan berupa makanan tengah hari kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mini Putrajaya hari ini.

Sumbangan yang disampaikan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif itu merupakan salah satu pengisian program Maal Hijrah negeri Sabah.

Mohd Arifin berkata, penyerahan sumbangan itu adalah sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam melaksanakan proses vaksinasi kepada rakyat Sabah.

“Program ini adalah salah satu pengisian dalam program Maal Hijrah bagi menyantuni petugas barisan hadapan.

“Selain itu, pelaksanaan sumbangan ini juga diselaraskan bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Maal Hijrah negeri Sabah,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, program seumpama itu juga akan dilaksanakan ke beberapa daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Jejak Hijrah termasuk melawat PPV.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan khususnya yang terlibat secara langsung dalam proses pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/ais-serah-sumbangan-makanan-kepada-petugas-barisan-hadapan-di-ppv-dewan-mini-putrajaya/feed/ 0 4787
Takut Jarum Suntikan & Perlu Sokongan Emosi Antara Gelagat Penerima Di PPV IPT-UMS https://sabahmedia.com/2021/08/13/takut-jarum-suntikan-perlu-sokongan-emosi-antara-gelagat-penerima-di-ppv-ipt-ums/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/takut-jarum-suntikan-perlu-sokongan-emosi-antara-gelagat-penerima-di-ppv-ipt-ums/#respond Fri, 13 Aug 2021 07:28:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4546
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Takut kepada jarum suntikan selain ada yang melakukan larian setempat sebelum diberikan vaksinasi menjadi antara cabaran yang dihadapi petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (IPT-UMS).

Ia termasuklah ada penerima vaksin yang mahu mendapatkan sokongan emosi terlebih dahulu sebelum diberikan suntikan vaksinasi.

Menceritakan pengalaman itu, Jururawat Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) Debbie Micheal berkata, meskipun berdepan dengan pelbagai gelagat orang awam yang datang menerima vaksin namun dia berbangga dapat membantu rakyat negeri ini menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kalau diikutkan memang ramai yang takut jarum terutama lelaki namun selepas diberi penerangan dan nasihat akhirnya mereka mahu menerima juga suntikan vaksin COVID-19 ini.

“Meskipun saya rasa lucu dengan gelagat penerima yang hadir tetapi ini merupakan salah satu cara kami menghilangkan rasa tekanan dalam tugas disebabkan kami berdepan dengan ramai orang setiap hari,” katanya kepada Sabah Media di PPV IPT-UMS disini hari ini.

Debbie yang telah bertugas di PPV berkenaan sejak dibuka 14 Jun lalu turut meminta agar rakyat di negeri ini segeralah mendaftar sebagai penerima vaksin dan hadir pada janji temu yang telah ditetapkan.

Berbeza dengan rakannya, Sabrina Paul yang turut bertugas sebagai Jururawat HUMS mengakui pernah memujuk penerima vaksin wanita selama hampir 3 minit untuk diberi suntikan vaksinasi selain perlu diberi sokongan emosi.

“Selain takut dan gementar, ada juga yang melakukan senaman ringan seperti larian setempat disekitar kawasan pemberian vaksin sebelum mereka duduk. Ada juga penerima yang datang mengenakan pakaian kostum Spiderman dan Marvel.

“Ada juga yang mahu diberikan sokongan emosi dan dipegang tangan agar tidak terlalu terasa kesakitan akibat suntikan vaksin berkenaan,” katanya.

Walaubagaimanapun katanya, terdapat penerima yang masih enggan diberikan vaksin meskipun sudah datang ke PPV berkenaan.

“Kami tidak dapat berbuat apa, kerana ini adalah permintaan mereka dan kami hanya mengikut dan menghormati kemahuan penerima,” katanya.

Terdahulu, PPV IPT-UMS mula dibuka pada 14 Jun lalu kini memberi suntikan kumulatif dos harian sebanyak 3,000 dos sehari selain turut melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kepada indivudu berusia 40 tahun keatas dan komorbid.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/takut-jarum-suntikan-perlu-sokongan-emosi-antara-gelagat-penerima-di-ppv-ipt-ums/feed/ 0 4546
SICC Selamat Untuk Dikunjungi, Pematuhan SOP Terus Diperketatkan https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/#respond Fri, 06 Aug 2021 14:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4177
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Orang awam tidak perlu risau untuk mengunjungi Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) termasuk bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua ruangan yang terdapat di SICC adalah sentiasa disanitasi.

“Selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) kendiri adalah sangat ketat di kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri.

“Pada hari ini terdapat khabar angin dan tular kononnya beberapa pengunjung datang ke SICC pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu telah dijangkiti COVID-19 dan diminta untuk membuat ujian calitan, ingin saya maklumkan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, pihaknya menegaskan arahan yang tular itu bukanlah bersumber daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, SICC merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Mega yang dilaksanakan sejak 10 Julai lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/feed/ 0 4177
PICK : PPV IPT-UMS Buka Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Kepada Penerima Berusia 40 Tahun & Komorbid https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-ppv-ipt-ums-buka-vaksinasi-secara-walk-in-kepada-penerima-berusia-40-tahun-komorbid/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-ppv-ipt-ums-buka-vaksinasi-secara-walk-in-kepada-penerima-berusia-40-tahun-komorbid/#respond Wed, 04 Aug 2021 09:36:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4059
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Penduduk sekitar bandaraya Kota Kinabalu yang belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera dipelawa untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (IPT-UMS).

Ia bagi membolehkan individu yang belum menerima janji temu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama secara ‘walk-in’.

Pengarah Hospital UMS Profesor Dr Helen Lasimbang berkata, pemberian vaksin itu akan diberikan kepada penerima berusia 40 tahun ke atas atau dari golongan komorbid.

“Selepas beberapa minggu PPV IPT-UMS ini dibuka, kami mendapati lebih 20 peratus penerima yang sudah mendapat janji temu tidak hadir. Justeru kami mengambil keputusan untuk melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ bagi mencapai jumlah pemberian vaksin harian.

“Walaubagaimanapun, pemberian ini diberikan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid selain tidak mempunyai janji temu vaksinasi dengan PPV yang lain,” katanya.

Dr Helen berkata, jumlah pemberian dos vaksin secara ‘walk-in’ itu adalah terhad bergantung kepada jumlah ketidakhadiran penerima yang sudah mendapat janji temu sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga meminta penduduk atau individu yang hadir untuk mendapatkan pemberian vaksin secara ‘walk-in’ untuk bersabar berikutan kehadiran penerima yang sukar dijangka.

“Jumlah harian dos vaksin bagi pelaksanaan ‘walk-in’ ini adalah antara 200 hingga 500 dos vaksin sehari namun jumlah bilangan itu akan bertukar.

“Kami juga memberikan sistem nombor kepada penerima secara ‘walk-in’ mengikut kapasiti dos harian namun jika nombor berkenaan habis, kami terpaksa meminta mereka untuk pulang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Helen berkata, sebanyak 36,248 dos vaksin telah diberikan kepada penerima sehingga kelmarin sejak PPV itu dibuka sejak 14 Jun lalu.

Katanya, dari jumlah kumulatif itu, sebanyak 32,017 adalah dos pertama manakala 4231 adalah dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-ppv-ipt-ums-buka-vaksinasi-secara-walk-in-kepada-penerima-berusia-40-tahun-komorbid/feed/ 0 4059