Premier Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Aug 2025 09:51:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Premier Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RISEAP perkukuh kepimpinan, pemerkasaan komuniti muslim minoriti di Asia Tenggara https://sabahmedia.com/2025/08/16/riseap-perkukuh-kepimpinan-pemerkasaan-komuniti-muslim-minoriti-di-asia-tenggara/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/riseap-perkukuh-kepimpinan-pemerkasaan-komuniti-muslim-minoriti-di-asia-tenggara/#respond Sat, 16 Aug 2025 08:47:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79396
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Islam Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) memainkan peranan penting dalam gerakan dakwah dipelbagai peringkat bagi memastikan suara komuniti minoriti didengar dan dihormati dalam ummah global.

Premier Sarawak yang juga Presiden RISEAP Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertubuhan itu juga berhasrat untuk membina komuniti minoriti Muslim yang berdaya tahan, berilmu dan bersatu di Asia Tenggara dan Pasifik.

Katanya, RISEAP turut menggalakkan penggunaan instrumen kewangan sosial Islam seperti Baitulmal dan Wakaf, yang berperanan penting menangani kemiskinan, menyokong aktiviti dakwah dan memastikan pembangunan komuniti mampan. 

“RISEAP menggesa organisasi ahli menghidupkan semula Baitulmal dan Wakaf sebagai alat strategik pemerkasaan ekonomi, khususnya di negara-negara minoriti Muslim.

“Salah satu keutamaan RISEAP adalah pembangunan kepimpinan, terutamanya dalam kalangan belia dan da’i, bagi mengukuhkan ummah dan kelestarian kerja-kerja Islam. 

“Melalui kerjasama strategik, program latihan antarabangsa dan inisiatif pembinaan kapasiti, RISEAP membekalkan pengetahuan, nilai dan kemahiran untuk memimpin dengan integriti, tujuan dan prinsip Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Latihan Kepimpinan Belia Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Sabah;  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad.

Abang Johari berkata, dalam menghadapi dunia digital yang pantas berubah, RISEAP dan seluruh organisasinya mesti bersedia untuk transformasi identiti dan pendekatan.

Katanya, semua pihak perlu memanfaatkan teknologi baharu seperti pendakwahan digital dan kesiapsiagaan AI agar umat Islam tidak ketinggalan.

“RISEAP membayangkan masa depan di mana nilai Islam diperkukuh melalui teknologi pintar, pendakwah yang celik digital dan identiti Islam yang kukuh dalam era digital.

“Pendidikan menjadi salah satu fokus RISEAP dengan menggalakkan organisasi ahli membangunkan kandungan pendidikan Islam dan dakwah yang sesuai dengan konteks masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, program itu adalah manifestasi komitmen pihaknya untuk membentuk generasi baharu pemimpin dan da’i Muslim. 

Katanya, ia mencerminkan visi dan legasi RISEAP yang sejak sekian lama memperjuangkan perpaduan, pemerkasaan dan pengukuhan identiti Islam di kalangan minoriti Muslim di ASEAN, Asia Tenggara dan Pasifik.

“Di RISEAP, salah satu objektif utama ialah memupuk hubungan antara komuniti dan menunjukkan kesediaan umat Islam bekerjasama dengan masyarakat lain demi kemajuan bersama. 

“Program ini harus kita manfaatkan sebagai platform perkenalan dan interaksi sesama aktivis NGO Islam dan kumpulan agama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/riseap-perkukuh-kepimpinan-pemerkasaan-komuniti-muslim-minoriti-di-asia-tenggara/feed/ 0 79396
Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi isteri Premier Sarawak https://sabahmedia.com/2022/06/10/majlis-makan-malam-sempena-lawatan-rasmi-isteri-premier-sarawak/ https://sabahmedia.com/2022/06/10/majlis-makan-malam-sempena-lawatan-rasmi-isteri-premier-sarawak/#respond Fri, 10 Jun 2022 15:40:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=16713
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani TunTuanku Bujang yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Kota Kinabalu diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini semalam.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis Makan Malam itu turut diserikan dengan hiburan santai, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng.

Hajah Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun 2022. Selain di Kota Kinabalu, beliau dan rombongan juga akan melawat Kundasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/10/majlis-makan-malam-sempena-lawatan-rasmi-isteri-premier-sarawak/feed/ 0 16713