premier – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Mar 2022 09:20:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png premier – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Belum Bercadang Ubah Gelaran Ketua Menteri Kepada ‘Premier’ https://sabahmedia.com/2022/03/01/sabah-belum-bercadang-ubah-gelaran-ketua-menteri-kepada-premier/ https://sabahmedia.com/2022/03/01/sabah-belum-bercadang-ubah-gelaran-ketua-menteri-kepada-premier/#respond Tue, 01 Mar 2022 09:20:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12625
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri belum mempunyai cadangan untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ seperti yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gelaran jawatan yang sedia ada masa ini dilihat cukup untuk digunakan dalam semua urusan pentadbiran Kerajaan Sabah.

“Sabah belum ada cadangan untuk itu, saya ingat, panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman I-Suri (BAIDURI) di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada Sabah mempunyai cadangan untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ seperti yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Penggunaan gelaran ‘Premier’ di Sarawak telah mula dikuatkuasakan pada hari ini dimana perubahan itu dibuat selepas pindaan Perlembagaan Sarawak yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, beliau akan meminta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah untuk mengkaji semula berhubung pengeluaran sijil anak negeri yang dibeku pada 1982.

“Perkara ini nanti kita akan minta KKTP iaitu Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah untuk mengkaji perkara ini seperti yang dipohon oleh mereka.

“Jadi mudah-mudahan ada satu penyelesaian supaya mereka yang layak betul-betul mendapat keistimewaan ataupun dipanggil ‘Sino-Native’.  Jadi ini perlu dikaji dan diperhalusi oleh jabatan yang berkenaan dibawah KKTP,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan sebuah persatuan yang mewakili penduduk Sabah berketurunan Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM) agar Kerajaan Negeri menarik balik penggantungan pengeluaran sijil anak negeri yang telah dilaksanakan sejak 40 tahun lalu.

Penggantungan pengeluaran sijil anak negeri itu juga telah  menyukarkan kehidupan masyarakat Sino-KDM, atau anak negeri Sino.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/01/sabah-belum-bercadang-ubah-gelaran-ketua-menteri-kepada-premier/feed/ 0 12625
Sabah Disaran Ikut Jejak Langkah Sarawak Tukar Terma ‘Premier’ https://sabahmedia.com/2022/02/16/sabah-disaran-ikut-jejak-langkah-sarawak-tukar-terma-premier/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/sabah-disaran-ikut-jejak-langkah-sarawak-tukar-terma-premier/#respond Wed, 16 Feb 2022 15:05:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12287
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah disarankan supaya mengikut jejak langkah Kerajaan Sarawak yang meluluskan pertukaran terma Ketua Menteri kepada Premier

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, langkah itu sekaligus meletakkan bukan lagi setakat ‘equal partners’ dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Katanya, secara jelas ini menunjukkan yang status negeri Sarawak menuju ke arah autonomi yang lebih nyata.

“Hasil daripada tindakan Kerajaan Negeri Sarawak, BERSATU Sabah menyarankan supaya Kerajaan Negeri Sabah dapat mengikuti tindakan yang telah di laksanakan.

“Tindakan sebegini dapat merealisasikan harapan bekas pemimpin-pemimpin utama negeri kita seperti Allahyarham Tun Mustapha dan Allahyarham Tun Fuad Stephen sewaktu penubuhan Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Khairul Firdaus berkata, kesepakatan pemimpin-pemimpin Sabah harus di tonjolkan dalam isu-isu yang melibatkan hak-hak rakyat Sabah.

Katanya, kesepakatan yang kuat pastinya boleh menghalang segala anasir luar yang cuba untuk mengugat kestabilan politik negeri ini.

“Kemunduran yang berlaku di Negeri Sabah disebabkan permainan politik yang terlampau dari sejak kita mencapai kemerdekaan, harus dihentikan dan fokus utama adalah untuk memajukan Negeri Sabah dan rakyatnya.

“Dengan meletakkan negeri Sabah sebagai status yang berlainan dengan negeri-negeri yang lain, pastinya generasi baru akan lebih memahami apakah pembentukan negara Malaysia sebenarnya,” katanya.

Katanya, Sabah dan Sarawak  adalah tunjang utama pembentukan Negara Malaysia dan pastinya dalam masa-masa yang mendatang mampu menjadi pelopor penyumbang utama ekonomi negara Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/sabah-disaran-ikut-jejak-langkah-sarawak-tukar-terma-premier/feed/ 0 12287