Premis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Jan 2022 03:40:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Premis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 10 Kompaun Dikeluarkan, Gagal Daftar Masuk Premis Guna Mysejahtera atau Buku Pendaftaran https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/#respond Thu, 13 Jan 2022 03:40:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11034
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah melaksanakan satu operasi ‘Ops Putus Khas’ di City Mall, Kota Kinabalu pada 11 Januari 2022, bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

“Operasi ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut yang mana telah diketuai oleh Timbalan Pengarah JP, Fohny Garampang,”katanya.

Menurut Noorliza, seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan SOP melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pengusaha premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/feed/ 0 11034
KPLB Jadikan Premis & Tabika KEMAS Pusat Sehenti Semakan Kelayakan Bantuan Pembaikan Rumah Pasca Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/#respond Fri, 07 Jan 2022 11:39:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10850
Read Time:1 Minute, 43 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menjadikan premis dan Tabika KEMAS sebagai Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap.

“KPLB memutuskan untuk menjadikan premis dan Tabika KEMAS di lokasi banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan untuk memudahkan semakan dan pendaftaran kelayakan.

‘Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang, Banting Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pasca banjir.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, semua permohonan Ketua Isi rumah (KIR) untuk pembaikan rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah dan Pejabat Daerah sebelum disah dan didaftarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri.

KPLB juga menggerakkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi membantu mengumpul data penduduk yang terkesan dengan bencana banjir untuk diserahkan kepada PKOB daerah.

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana, manakala bagi pembinaan semula rumah tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak”.

Tambah beliau, di bawah Program Bantuan Rumah KPLB, peruntukan sebanyak RM15 ribu disediakan untuk baik pulih rumah dan RM56 ribu untuk bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia.

Manakala RM68 ribu bagi wilayah Sabah dan Sarawak untuk bina baharu rumah.

“Untuk program pembaikan rumah mangsa banjir, saya dimaklumkan bahawa hari ini KPLB telah memulakan penilaian kerosakan, dijangka kerja-kerja pembaikan akan bermula esok membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang dan Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan”.

Pada masa sama, KPLB juga kata Mahdzir, menjemput Kementerian dan agensi lain yang terlibat dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan pasca banjir di Pusat Sehenti premis dan Tabika Kemas yang disediakan KPLB.

Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB, media sosial rasmi dan Bilik Gerakan Bencana KPLB di talian 03-88915827.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/feed/ 0 10850
Premis Perniagaan Wajib Guna Aplikasi Mysejahtera Berkuatkuasa Serta Merta https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/#respond Sun, 14 Nov 2021 13:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8466
Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan telah memutuskan mewajibkan penggunaan aplikasi Mysejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan akan dikuatkuasakan oleh semua agensi penguatkuasa.

“Kegagalan pematuhan peraturan ini boleh menyebabkan pemilik premis dikompaun”, tegasnya.

Katanya, namun pengecualian diberikan bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

Dalam pada itu, pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

Masidi juga turut menegaskan bahawa suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius serta tidak memakai pelitup muka adalah tidak dibenarkan memasuki premis.

“Pemilik premis hendaklah memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal satu meter serta menyediakan hand sanitizer atau tempat mencuci tangan.

“Manakala had bilangan pengunjung adalah 50% kapasiti ruang bagi Pusat Membeli Belah (Mall), Hypermarket, Supermarket, Mini Market, kedai runcit dan sebagainya”,jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/feed/ 0 8466