prk kinabatangan lamag – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jan 2026 11:55:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png prk kinabatangan lamag – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRK Kinabatangan, Lamag : 48,282 pemilih layak mengundi esok https://sabahmedia.com/2026/01/23/prk-kinabatangan-lamag-48282-pemilih-layak-mengundi-esok/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/prk-kinabatangan-lamag-48282-pemilih-layak-mengundi-esok/#respond Fri, 23 Jan 2026 11:55:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90232
Read Time:1 Minute, 45 Second

KINABATANGAN : Seramai 48,282 orang pengundi biasa bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadual berlangsung esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya berharap semua pengundi menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.

Beliau berkata, sebanyak dua pusat mengundi akan ditutup pada jam 12 tengah hari.

“Manakala 34 pusat mengundi bagi PRK ini pula akan ditutup secara berperingkat mulai jam 1 tengah hari sehingga jam 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.

” Di samping itu, penandaan dakwat kekal pada PRK ini akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri pengundi yang hadir mengundi nanti,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Khairul berkata, seramai 1,106 orang petugas akan mengendalikan proses pengundian di 36 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 117 tempat mengundi/saluran.

Beliau berkata, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan digalakkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti  yang tercatat dalam aplikasi MySPR Semak. 

“Walau bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang atau mengikut waktu pusat mengundi yang diwartakan.

“Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. 

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan kerani pengundian membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya.

Justeru beliau berkata, pengundi adalah dinasihatkan untuk membuat semakan awal maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Tambahnya, pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.

” SPR juga ingin mengingatkan para majikan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag Sabah pada 24 Januari 2026 (Sabtu) sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/prk-kinabatangan-lamag-48282-pemilih-layak-mengundi-esok/feed/ 0 90232
PRK Kinabatangan, Lamag : Tiga penjuru di Parlimen, satu lawan satu di DUN https://sabahmedia.com/2026/01/10/prk-kinabatangan-lamag-tiga-penjuru-di-parlimen-satu-lawan-satu-di-dun/ https://sabahmedia.com/2026/01/10/prk-kinabatangan-lamag-tiga-penjuru-di-parlimen-satu-lawan-satu-di-dun/#respond Sat, 10 Jan 2026 03:35:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89480
Read Time:45 Second

KINABATANGAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya pertandingan satu lawan satu.

Kerusi Parlimen Kinabatangan menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Naim Kurniawan Moktar yang akan berdepan cabaran daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan dan calon bebas Goldam Hamid.

Manakala bagi kerusi DUN Lamag, pertandingan hanya melibatkan dua calon iaitu calon BN, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai MIHA, dan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua.

Pengumuman rasmi calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di Dewan Sri Lamag selepas semua proses prosedur berkaitan selesai.

Proses penamaan calon berjalan lancar dan tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ini ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/10/prk-kinabatangan-lamag-tiga-penjuru-di-parlimen-satu-lawan-satu-di-dun/feed/ 0 89480