prk kinabatangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 14:26:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png prk kinabatangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag https://sabahmedia.com/2026/01/24/bn-pertahan-kerusi-parlimen-kinabatangan-dan-dun-lamag/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/bn-pertahan-kerusi-parlimen-kinabatangan-dan-dun-lamag/#respond Sat, 24 Jan 2026 14:26:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90340
Read Time:1 Minute, 27 Second

KINABATANGAN : Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kejayaan itu diraih menerusi kemenangan calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar yang dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, manakala Mohd Ismail Ayob dipilih secara rasmi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.

“Alhamdulillah, calon BN berjaya mencatat kemenangan di PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

“Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang bertungkus lumus siang dan malam demi memastikan segala gerak kerja berjalan lancar agar mendapat kejayaan di PRK kali ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, yang buat pertama kali sebagai nakhoda utama jentera parti pada PRK kali ini.

Asyraf turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang PRK ini.

“Ini termasuklah seluruh jentera GRS serta jentera parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang PRK ini.

” Semoga kebersamaan ini terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Sabah.

“Tahniah buat Mohd Kurniawan Naim Moktar yang dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob yang secara rasmi dipilih sebagai ADUN Lamag.

“Selamat berkhidmat, memikul amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab dan meneruskan legasi kepimpinan hebat Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN); Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan); dan Goldam Hamid (Bebas).

Bagi DUN Lamag pula, pertandingan menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/bn-pertahan-kerusi-parlimen-kinabatangan-dan-dun-lamag/feed/ 0 90340
PRK Kinabatangan, Lamag : SPR terima lima laporan kesalahan sepanjang kempen https://sabahmedia.com/2026/01/24/prk-kinabatangan-lamag-spr-terima-lima-laporan-kesalahan-sepanjang-kempen/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/prk-kinabatangan-lamag-spr-terima-lima-laporan-kesalahan-sepanjang-kempen/#respond Sat, 24 Jan 2026 05:07:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90281
Read Time:51 Second

KINABATANGAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lima laporan kesalahan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, empat adalah kesalahan bahan kempen dan satu melibatkan provokasi.

“Laporan-laporan ini kini dalam tindakan pihak badan pemantau yang dilantik tanpa melibatkan sebarang laporan polis.

“Setakat tinjauan ke beberapa pusat mengundi, keadaan adalah tenang dan teratur, semua pengundi keluar dengan tertib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau pusat mengundi di SK Bukit Garam di sini, pada Sabtu.

Ramlan berkata, semua 36 pusat mengundi telah dibuka bermula jam 8 pagi yang melibatkan 117 saluran.

Beliau berharap agar semua pihak patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedia ada apabila keputusan diumumkan malam ini.

“SPR sebagai badan bebas akan menjalankan tugas dengan penuh berintegriti bagi memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan adil, telus dan tidak akan melakukan perkara yang boleh menimbulkan sebarangan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengundi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/prk-kinabatangan-lamag-spr-terima-lima-laporan-kesalahan-sepanjang-kempen/feed/ 0 90281
PRK Kinabatangan, Lamag: Seramai 196 anggota polis undi awal esok https://sabahmedia.com/2026/01/19/prk-kinabatangan-lamag-seramai-196-anggota-polis-undi-awal-esok/ https://sabahmedia.com/2026/01/19/prk-kinabatangan-lamag-seramai-196-anggota-polis-undi-awal-esok/#respond Mon, 19 Jan 2026 09:10:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89991
Read Time:42 Second

BERNAMA

KINABATANGAN: Seramai 196 anggota polis akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.

Proses pengundian akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan yang membabitkan satu saluran.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca baik di sebelah pagi dan petang pada hari pengundian.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Sementara itu, di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/19/prk-kinabatangan-lamag-seramai-196-anggota-polis-undi-awal-esok/feed/ 0 89991