prk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 15:27:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png prk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Naim catat kemenangan bergaya di Kinabatangan, BN pertahan kerusi DUN Lamag https://sabahmedia.com/2026/01/24/naim-catat-kemenangan-bergaya-di-kinabatangan-bn-pertahan-kerusi-dun-lamag/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/naim-catat-kemenangan-bergaya-di-kinabatangan-bn-pertahan-kerusi-dun-lamag/#respond Sat, 24 Jan 2026 15:25:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90344
Read Time:49 Second

KINABATANGAN : Mohd Kurniawan Naim Moktar mencatat kemenangan bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.

Mohd Kurniawan Naim yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berjaya meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, BN turut berjaya mengekalkan kemenangan apabila calonnya, Mohd Ismail Ayob memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi.

Jumlah peratus keluar mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan adalah sebanyak 55.06 peratus dan DUN Lamag sebanyak 64.93 peratus. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/naim-catat-kemenangan-bergaya-di-kinabatangan-bn-pertahan-kerusi-dun-lamag/feed/ 0 90344
PRK Kinabatangan, Lamag : Pengundi disaran keluar mengundi lebih awal – SPR https://sabahmedia.com/2026/01/20/prk-kinabatangan-lamag-pengundi-disaran-keluar-mengundi-lebih-awal-spr/ https://sabahmedia.com/2026/01/20/prk-kinabatangan-lamag-pengundi-disaran-keluar-mengundi-lebih-awal-spr/#respond Tue, 20 Jan 2026 05:38:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90026
Read Time:1 Minute, 4 Second

KINABATANGAN : Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag disaran untuk keluar mengundi lebih awal Sabtu ini bagi mengelak sebarang kesulitan berikutan cuaca yang tidak menentu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata keadaan cuaca yang biasanya memburuk pada waktu petang boleh menjejaskan proses pengundian dan pengangkutan peti undi.

“Pengundi dinasihatkan peka terhadap keadaan cuaca dan keluar mengundi lebih awal. Sebagai langkah proaktif, pusat mengundi di SK Karamuak, Kuamut akan ditutup pada pukul 2 petang berbanding 3 petang sebelum ini.

“Ini bagi memastikan peti undi dapat dibawa keluar seawal mungkin dan mengelakkan kejadian yang berlaku sebelum ini berulang.

“Saya harap penduduk di kawasan tersebut sedar akan perubahan ini,” katanya selepas meninjau Pusat Mengundi Awal di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, di sini pada Selasa.

Ramlan berkata keputusan PRK Kinabatangan dijangka diketahui seawal jam 10 malam bergantung kepada jarak dan keadaan logistik pusat pengundian yang terlibat.

Selain itu, beliau berkata, bagi memastikan penduduk keluar menunaikan tanggungjawab dan memastikan proses demokrasi berjalan lancar, pelbagai kaedah dilaksanakan antaranya hebahan melalui media sosial.

“Jadi saya berharap, jangan jemu walaupun kita baru lagi mengundi, terus keluar mengundi pada 24 haribulan nanti,” katanya.

Seramai 189 pengundi terdiri daripada pegawai dan kakitangan IPD Kinabatangan terlibat dalam proses pengundian awal.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/20/prk-kinabatangan-lamag-pengundi-disaran-keluar-mengundi-lebih-awal-spr/feed/ 0 90026