PRN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Nov 2025 19:55:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PRN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : GRS muncul blok politik terbesar, menang 29 kerusi https://sabahmedia.com/2025/11/30/pru-sabah-grs-muncul-blok-politik-terbesar-menang-29-kerusi/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/pru-sabah-grs-muncul-blok-politik-terbesar-menang-29-kerusi/#respond Sat, 29 Nov 2025 19:54:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87490
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok politik terbesar selepas memenangi 29 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusi SPR Malaysia Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pertembungan kali ini berlangsung sengit apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengekori rapat dengan 25 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh enam kerusi.

Selain itu katanya, Barisan Nasional (BN) memperoleh enam kerusi; Bebas sebanyak lima kerusi dan UPKO sebanyak tiga kerusi.

“Parti STARSabah berjaya memenangi dua kerusi dan Perikatan Nasional (PN); KDM dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing memenangi satu kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Persekutuan Sabah di sini pada Ahad.

Secara keseluruhan, 73 kerusi dipertandingkan, melengkapkan 100 peratus pembentukan DUN Sabah.

Sementara itu, Ramlan berkata, seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, angka tersebut merangkumi pengundi biasa, pengundi awal serta pengundi pos.

“Keputusan penuh PRU ini akan disembah maklum kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam satu sesi di Istana Seri Kinabalu pada pagi ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/pru-sabah-grs-muncul-blok-politik-terbesar-menang-29-kerusi/feed/ 0 87490
PRU Sabah : GRS pertahan Karanaan, PH kuasai Melalap https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-grs-pertahan-karanaan-ph-kuasai-melalap/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-grs-pertahan-karanaan-ph-kuasai-melalap/#respond Sat, 29 Nov 2025 14:40:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87447
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berjaya dimenangi masing-masing oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, dua kerusi itu melibatkan kerusi DUN Karanaan dan DUN Melalap.

“SPR ingin memaklumkan, keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 sehingga jam 10.10 malam tadi,dua kerusi diumumkan secara rasmi dimenangi GRS dan PH.

“Bagi kerusi GRS, ia melibatkan kerusi DUN Karanaan dan PH melibatkan kerusi DUN Melalap,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Ramlan berkata, SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi 71 bahagian PRU di seluruh Sabah. 

Katanya, SPR ingin memaklumkan bahawa proses penjumlahan undi mengambil sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru disamping faktor mula bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi.

“SPR memberi jaminan untuk mengendalilan proses penjumlahan undi ini berjalan dengan telus, cekap dan mengikut lunas undang-undang.

“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-grs-pertahan-karanaan-ph-kuasai-melalap/feed/ 0 87447
Persiapan pengundian awal PRU Sabah berjalan lancar https://sabahmedia.com/2025/11/24/persiapan-pengundian-awal-pru-sabah-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/persiapan-pengundian-awal-pru-sabah-berjalan-lancar/#respond Mon, 24 Nov 2025 12:57:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86912
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Rhea Dharmin

PUTATAN :  Persiapan akhir menjelang proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 di beberapa lokasi di negeri ini berjalan lancar.

Ia termasuklah di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan kesemua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat memastikan segala keperluan di pusat mengundi berada dalam keadaan terbaik.

Sejak jam 2 petang, petugas SPR dilihat menyusun meja, menyiapkan petak undi serta menampal notis dan poster di dalam dan luar bangunan.

Beberapa kawasan turut dipasang pita rintangan bagi memastikan pergerakan esok berjalan teratur dan mengikut prosedur.

Turut membantu dalam persiapan itu adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Agama Rakyat Lok Kawi yang memantau kelancaran tugasan petugas SPR.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Masawi Salleh, ketika ditemui menyatakan rasa puas hati dengan kelancaran persiapan tersebut.

“Persiapan untuk pusat pengundi ini begitu baik. Segalanya disediakan secara teratur dan teliti. Kita melihat tiada sebarang masalah untuk proses pengundian hari esok,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan 25 November sebagai tarikh rasmi pengundian awal bagi PRU Sabah ke-17.

Bagi kategori pengundi awal, sebanyak 11,697 anggota tentera dan pasangan direkodkan, manakala kategori polis melibatkan 12,729 orang, yang kesemuanya dijadualkan mengundi esok.

Proses pengundian awal ini dijangka berlangsung dalam suasana terkawal dengan pelaksanaan penuh prosedur operasi standard bagi memastikan kelancaran dan integriti pilihan raya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/persiapan-pengundian-awal-pru-sabah-berjalan-lancar/feed/ 0 86912
Sokongan padu penduduk Sukau semarakkan kempen Juhari Janan https://sabahmedia.com/2025/11/19/sokongan-padu-penduduk-sukau-semarakkan-kempen-juhari-janan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/sokongan-padu-penduduk-sukau-semarakkan-kempen-juhari-janan/#respond Wed, 19 Nov 2025 02:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86362
Read Time:40 Second

SANDAKAN: Kehadiran calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan ke Kampung Paris 3 pada Selasa disambut meriah penduduk setempat.

Juhari dalam siri jelajah kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 itu disertai jentera kempen dalam memastikan kerusi DUN Sukau mampu ditawan pada pilihan raya kali ini.

Dalam ucapannya, Juhari mengucapkan syukur atas sambutan hangat yang diterimanya daripada penduduk tempatan semasa siri jelajah kempen baru-baru ini.

“Alhamdulillah, sambutan begitu hangat. Ini membuktikan keyakinan dan sokongan padu terhadap perjuangan GRS,” katanya.

Jentera kempen beliau bertekad untuk memperkukuh usaha dan strategi bagi memastikan calon GRS memperoleh undi dan kemenangan muktamad pada pilihan raya kali ini.

Dengan sokongan yang meningkat, momentum calon GRS di DUN Sukau dilihat semakin kukuh menjelang hari pengundian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/sokongan-padu-penduduk-sukau-semarakkan-kempen-juhari-janan/feed/ 0 86362
PRU Sabah : Semua calon DUN Tawau disahkan bertanding https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-semua-calon-dun-tawau-disahkan-bertanding/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-semua-calon-dun-tawau-disahkan-bertanding/#respond Sat, 15 Nov 2025 06:25:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85872
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penamaan calon bagi tiga Bahagian Pilihan Raya Negeri (BPRN) di Tawau, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, DUN Apas dan DUN  Sri Tanjong, berjalan lancar hari ini dengan semua calon disahkan layak bertanding.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah P190. Mohd. Sofian Saidb berkata, tiada sebarang penolakan kertas pencalonan berlaku.

“Di DUN Apas, SPR menerima kertas penamaan daripada enam calon yang mengemukakan dokumen mereka antara pukul 9.04 pagi hingga 9.31 pagi. Setelah disemak, semua kertas pencalonan diterima.

“Calon-calon yang sah bertanding termasuk Sarman Amat Simito (Warisan), Herman Amdas (PIS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (GRS), Marsiah Omat (PPRS), Dr Elmiariezan Ardan (BN) dan Lim Ting Khai (PN).

“Bagi N.69 Sri Tanjong, enam calon turut menyerahkan kertas penamaan mereka antara pukul 9.05 pagi hingga 9.19 pagi. Calon-calon yang sah bertanding ialah Wong Su Vui (Bebas), Philip Yap (PH), Datuk Fung Len Fui (STARSabah), Joseph Mosusah (PIS), Ricky Hong Chee Kiong (KDM) dan Justin Wong Yung Bin (Warisan),” katanya semasa membuat pengumuman calon di Dewan Masyarakat Tawau di sini, hari ini.

Sementara itu, DUN Balung mencatat penyertaan tertinggi dengan 11 calon menyerahkan kertas penamaan antara pukul 9.05 pagi hingga 9.28 pagi. Calon-calon sah yang akan bertanding ialah Syed Ahmad Syed Abas (GRS), Norazizah Pelari @ Palari (Rumpun), Chee Kheng Moi (STARSabah), Rosdiansa Mohd Noor (PPRS), Ahmad Awang (PBK), Hartono Muhamad Juno (Warisan), Erwan Palette (BN), Shafie Hassan (Bebas), Dr. Munzier Mahamud (PN), Frank Salazar @ Franco (Bebas) dan Datu Ugis Datu Pula (PBK).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi awal pada 25 November 2025 manakala hari mengundi pada 29 November 2025 (Sabtu). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-semua-calon-dun-tawau-disahkan-bertanding/feed/ 0 85872
PBS Sekong siap sedia hadapi PRU Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/10/pbs-sekong-siap-sedia-hadapi-pru-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/pbs-sekong-siap-sedia-hadapi-pru-sabah/#respond Mon, 10 Nov 2025 03:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85406
Read Time:59 Second

SANDAKAN : Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sekong telah menggerakkan sepenuhnya jentera pilihan rayanya sebagai langkah awal menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PBS Sekong, Ng Boen Leng, menegaskan bahawa seluruh jentera parti kini berada dalam keadaan siap siaga dan komited memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong kekal di tangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami telah mengadakan mesyuarat strategi awal dan bersedia sepenuhnya. Jentera kami bersatu dalam satu matlamat — memastikan kemenangan calon GRS, tanpa mengira parti komponen mana mereka berasal,” katanya semasa mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pemangku Ketua Bahagian PBS Sekong, Bahama Jeffry, dan Naib Ketua Bahagian, Mohd Ismail Sapari, yang turut menzahirkan sokongan terhadap kesiapsiagaan jentera di peringkat akar umbi.

Ng menambah bahawa kekuatan PBS Sekong bukan sahaja terletak pada struktur organisasi yang tersusun, tetapi juga pada semangat perpaduan antara ahli-ahli parti serta sokongan masyarakat setempat.

“Kami yakin, dengan kerjasama erat semua komponen dalam GRS, Sekong mampu menjadi kubu kuat gabungan ini,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan Hari Penamaan Calon pada 15 November 2025, manakala Hari Mengundi akan berlangsung pada 29 November 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/pbs-sekong-siap-sedia-hadapi-pru-sabah/feed/ 0 85406
Polis Sabah perkukuh kesiapsiagaan hadapi PRU DU Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/10/29/polis-sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-pru-du-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/10/29/polis-sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-pru-du-sabah-ke-17/#respond Wed, 29 Oct 2025 01:01:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84393
Read Time:1 Minute, 14 Second

RANAU :  Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan, ketenteraman dan kelancaran proses Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) menerusi kesiapsiagaan penuh di setiap peringkat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata setiap pegawai dan anggota perlu mengekalkan tahap disiplin, profesionalisme dan tanggungjawab tinggi dalam melaksanakan tugas semasa tempoh pilihan raya.

“Kita mahu masyarakat melihat PDRM sebagai pasukan yang bukan sahaja tegas dalam penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga adil dan berintegriti dalam memastikan hak rakyat untuk mengundi berlangsung dengan aman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, di sini pada Selasa.

Dalam lawatan kerja itu, Jauteh turut meninjau persiapan logistik, kawalan keselamatan dan pengurusan pusat mengundi, termasuk langkah-langkah menggunakan teknologi moden seperti dron pemantauan bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan.

Beliau turut merasmikan Bilik Mesyuarat “Liwagu” IPD Ranau, selain menyaksikan demonstrasi penerbangan dron dari kawasan Kundasang sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi PRU akan datang.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Ranau, Supt Mursalin Mahmud, dan Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam, yang bersama-sama membincangkan aspek keselamatan serta penyelarasan lokasi pusat pengundian utama di Dewan Masyarakat Ranau.

Jauteh menambah, kekuatan pasukan PDRM bukan sahaja bergantung kepada bilangan anggota, tetapi juga kepada kerjasama erat antara kepimpinan dan barisan pelaksana di lapangan.

“Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan yang padu. Kesiapsiagaan bukan hanya pada peralatan, tetapi pada semangat dan tanggungjawab setiap anggota untuk menegakkan keadilan tanpa pilih kasih,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/29/polis-sabah-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-pru-du-sabah-ke-17/feed/ 0 84393
Warisan menunggang isu, bukan perjuangkan hak Sabah – Rafie https://sabahmedia.com/2025/10/21/warisan-menunggang-isu-bukan-perjuangkan-hak-sabah-rafie/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/warisan-menunggang-isu-bukan-perjuangkan-hak-sabah-rafie/#respond Tue, 21 Oct 2025 06:24:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83813
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menempelak kenyataan Timbalan Ketua Penerangan Pusat Parti Warisan, Justin Wong, yang menuduh Kerajaan Negeri cuba ‘menumpang kredit’ atas keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak 40 peratus hasil bersih Sabah.

Setiausaha Pemuda GRS Pusat, Rafie Datuk Robert berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan menunjukkan Warisan terus menunggang isu untuk kepentingan politik semata-mata tanpa memahami perjuangan sebenar menegakkan hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Warisan sepatutnya sedar bahawa perjuangan menuntut hak Sabah tidak boleh dilakukan secara populis atau emosional.

“Ia mesti berasaskan undang-undang, rundingan diplomatik dan keazaman politik yang konsisten, bukan sekadar berteriak dari luar,” katanya dalam kenyataan di sini

Rafie menegaskan, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengambil pendekatan matang dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan hak kewangan negeri, termasuk isu 40 peratus hasil bersih melalui saluran sah serta berpaksikan perlembagaan.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak pernah menolak perjuangan Sabah Law Society (SLS), malah kedua-dua pihak berkongsi matlamat sama iaitu mempertahankan hak Sabah, meskipun melalui pendekatan berbeza.

“Perbezaan cara bukan tanda pertentangan, sebaliknya pelengkap kepada usaha bersama untuk hasil terbaik bagi rakyat,” ujarnya.

Mengulas dakwaan Warisan kononnya kerajaan negeri ‘berubah pendirian’, Rafie menegaskan dasar kerajaan sentiasa berpaksikan kepada realiti semasa dan perkembangan undang-undang.

“Pendekatan kerajaan bukan flip-flop, tetapi fleksibel dan berprinsip. Bila perlu berunding, kita berunding. Bila perlu bertindak tegas, kita bertindak. Itu kepimpinan berasaskan realiti, bukan retorik politik,” katanya.

Rafie turut mengingatkan bahawa Warisan pernah mentadbir negeri selama lebih dua tahun, namun gagal mencapai sebarang kemajuan bermakna dalam isu 40 peratus hasil bersih atau pelaksanaan MA63.

“Lebih dua tahun memerintah, Warisan tidak menunjukkan hasil konkrit. Sekarang bila kerajaan lain bawa kemajuan, mereka pula cuba menunggang isu dan menafikan usaha orang lain. Itu sikap tidak bertanggungjawab,” tegas beliau, yang juga Ketua Penyelaras Pemuda GRS Bahagian Keningau.

Tambahnya, perjuangan GRS bukan untuk mencari nama atau kredit politik, tetapi bagi memastikan keputusan mahkamah diterjemahkan kepada tindakan nyata yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“GRS tidak menunggang kemenangan sesiapa. Apa yang penting ialah pelaksanaan dan manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.

Menurut Rafie, Kerajaan Negeri kini meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan keputusan mahkamah berjalan lancar, termasuk menyemak semula formula pembahagian hasil dan menuntut bayaran tertunggak yang sepatutnya diterima Sabah.

“Rakyat mahukan hasil, bukan pertelingkahan. GRS kekal komited memperjuangkan hak Sabah secara berhemah, berdasarkan fakta dan undang-undang. Warisan boleh terus bermain politik — tetapi Kerajaan Negeri bekerja untuk rakyat,” tegasnya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/warisan-menunggang-isu-bukan-perjuangkan-hak-sabah-rafie/feed/ 0 83813
PRN17 : Fairuz sedia pertahan kerusi Pintasan, jentera Pemuda Gagasan Rakyat siap siaga https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/ https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/#respond Mon, 20 Oct 2025 00:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83732
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Katanya, kerusi itu merupakan satu-satunya kerusi anak muda dan wajar dipertahankan pada PRN akan datang.

Namun beliau menegaskan segala keputusan mengenai pencalonan masih bergantung kepada keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tunggu keputusan presiden, tetapi bagi saya Pintasan adalah satu-satunya kerusi anak muda dan suara anak muda Sabah.

“Jadi kira wajarlah kalau kami pertahankan kerusi tersebut,” katanya ketika ditemui Sabah Media sempena pelancaran jentera parti GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada PRN ke-16, Fairuz memperoleh 2,744 undi dengan majoriti sebanyak 84 undi menewaskan lima pencabar lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan jentera parti, Fairuz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat  berkata, persiapan jentera Pemuda Gagasan Rakyat kini berada pada tahap optimum.

Katanya, aktiviti dan program kita sedang rancak dijalankan di kesemua 73 bahagian di seluruh Sabah.

“Di peringkat pemuda, jentera kami sudah bersiap siaga. Program-program berterusan dilaksanakan bagi memastikan penglibatan anak muda terus meningkat,” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/feed/ 0 83732
Konvokesyen UMS ditunda ke 30 November, beri laluan PRN Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/18/konvokesyen-ums-ditunda-ke-30-november-beri-laluan-prn-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/konvokesyen-ums-ditunda-ke-30-november-beri-laluan-prn-sabah/#respond Sat, 18 Oct 2025 09:46:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83631
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PUTATAN : Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-27 yang dijadual diadakan pada 29 November ditunda kepada 30 November susulan penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari yang sama.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah bertanggungjawab bagi memberi ruang para pengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Kita telah menetapkan 29 November sebagai hari pertama konvokesyen tanpa mengetahui bahawa SPR juga memilih tarikh yang sama untuk hari mengundi.

“Dari segi undang-undang dan moral, kita tidak boleh meneruskan program yang boleh menafikan hak mereka untuk mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Pemerkasaan Wanita dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Putatan di sini pada Sabtu.

Abdul Rahman berkata, keputusan menunda sehari itu juga mengambil kira situasi ramai graduan dan keluarga yang datang dari luar daerah, termasuk Sandakan dan Tawau, yang memerlukan masa untuk bergerak selepas selesai mengundi.

“Kami memahami ramai keluarga sudah merancang perjalanan dan membeli tiket lebih awal.

“Jadi penundaan satu hari ini adalah kompromi terbaik bagi memberi peluang mereka mengundi dan tetap hadir ke majlis konvokesyen,” katanya.

Pada Jumaat, UMS memaklumkan, Majllis Konvokesyen UMS ke-27 yang dijadualkan berlangsung pada 29 November 2025 akan ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penangguhan itu dibuat susulan pengumuman rasmi SPR berhubung PRN Sabah ke-17 yang turut dijadualkan pada tarikh sama.

Keputusan tersebut diambil bagi menghormati dan memberi ruang kepada seluruh warga universiti, graduan serta masyarakat umum untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/konvokesyen-ums-ditunda-ke-30-november-beri-laluan-prn-sabah/feed/ 0 83631