prn – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Nov 2025 04:05:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png prn – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PM Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, tegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap hak Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/30/pm-anwar-ucap-tahniah-kepada-hajiji-tegaskan-komitmen-kerajaan-madani-terhadap-hak-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/pm-anwar-ucap-tahniah-kepada-hajiji-tegaskan-komitmen-kerajaan-madani-terhadap-hak-sabah/#respond Sun, 30 Nov 2025 04:05:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87502
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu yang diberikan rakyat bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata Kerajaan MADANI menghormati sepenuhnya mesej jelas yang disuarakan pengundi di Sabah yang menuntut perubahan ketara selepas sekian lama berdepan ketidakadilan serta pengabaian, sama ada oleh parti dari Semenanjung mahupun tempatan.

Menurut Anwar, sepanjang tiga tahun lalu, Kerajaan MADANI giat merungkai pelbagai isu warisan, khususnya yang melibatkan tuntutan dan hak Sabah termasuk berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau memaklumkan, dalam tempoh singkat itu beberapa kemajuan nyata telah berjaya dicapai hasil kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Kerajaan MADANI akan terus konsisten di atas landasan pembaharuan ini demi melahirkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan,” katanya lagi.

Anwar menambah, suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti di junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok politik terbesar selepas memenangi 29 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusi SPR Malaysia Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pertembungan kali ini berlangsung sengit apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengekori rapat dengan 25 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh enam kerusi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/pm-anwar-ucap-tahniah-kepada-hajiji-tegaskan-komitmen-kerajaan-madani-terhadap-hak-sabah/feed/ 0 87502
Hajiji yakin GRS – PH mampu bentuk kerajaan https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/#respond Sat, 15 Nov 2025 09:20:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85938
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Raul G

TUARAN: “Saya yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan memperoleh mandat kukuh untuk membentuk kerajaan,” demikian kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Ketua Menteri itu berkata, mereka akan mengekalkan kedudukan dalam mentadbir kerajaan negeri, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 selesai dijalankan.

“Keputusannya jelas, saya yakin GRS dan PH akan membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Hajiji, yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, tiba di pusat penamaan calon pada jam 9 pagi, diiringi kepimpinan GRS serta ribuan penyokong.

Turut bersama beliau adalah penyandang DUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; penyandang DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; serta calon baharu bagi DUN Tamparuli, Dr. Bonaventure Boniface.

Bagi kerusi Sulaman, Hajiji berdepan saingan lima penjuru. Jasnih pula menghadapi tujuh penjuru di Pantai Dalit.

Joniston mwmpertahankan kerusi disandangnya dalam persaingan lapan penjuru di Kiulu manakala Dr Bonaventure bakal bertanding dalam pertandingan 13 penjuru di Tamparuli.

Mengulas situasi di Sulaman, Hajiji berkata beliau optimis GRS mampu meraih kemenangan besar di kawasan itu.

“Kita sudah mengetahui calon-calon yang bertanding di kawasan Sulaman. Inilah demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding.

Tetapi saya amat yakin calon GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan Sulaman,” katanya.

Hajiji turut menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ahli Gagasan Rakyat dan GRS yang memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.

“Bagi parti-parti lain yang bertanding, kita boleh terima namun ahli-ahli Gagasan Rakyat dan GRS yang bertanding sebagai calon Bebas, kita akan mengambil tindakan untuk memecat mereka daripada parti,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/hajiji-yakin-grs-ph-mampu-bentuk-kerajaan/feed/ 0 85938
PRU Sabah : Limus, Isnin tiba di pusat penamaan calon Beaufort https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-limus-isnin-tiba-di-pusat-penamaan-calon-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-limus-isnin-tiba-di-pusat-penamaan-calon-beaufort/#respond Sat, 15 Nov 2025 01:20:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85817
Read Time:40 Second

Oleh Rhea Dharmin

BEAUFORT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan DUN Klias, Datuk Isnin Aliasneh tiba di pusat penamaan calon bertempat di Dewan Pa Musa, di sini.

Dua calon terbabit yang tiba sekitar jam 8:32 pagi itu disambut dengan sorakan dan alunan gendang oleh penyokong di hadapan pusat penamaan calon.

Suasana di luar pusat penamaan calon masih terkawal dan meriah pada masa sama.

DUN Kuala Penyu bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Datuk Awang Aslee Laka (BN); Dr Monih Epin (WARISAN) dan Dini Ginsik @ Annie Ginsik (Parti Impian Sabah).

Bagi DUN Klias bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu Osin Jilon (BN); Mohd Ariffin Barhim (KDM); Mohd Shaid Othman (WARISAN); Mohammad Hisyam Hazaril (PN) dan Matlani Sabli (Parti Impian Sabah). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-limus-isnin-tiba-di-pusat-penamaan-calon-beaufort/feed/ 0 85817
Abidin seru rakyat Paginatan kekalkan sokongan kepada GRS https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/#respond Thu, 06 Nov 2025 04:44:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85067
Read Time:1 Minute, 36 Second

RANAU : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, menyeru rakyat di kawasan itu untuk terus memberikan mandat baharu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) akan datang.

Katanya, kestabilan politik merupakan kunci utama dalam mengekalkan momentum pembangunan yang dicapai menerusi pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) sejak lima tahun lalu.

“Kestabilan politik amat penting untuk mengekalkan momentum pembangunan yang telah kita nikmati sejak lima tahun lalu melalui pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Saya menggesa supaya kita terus menyokong pelan pembangunan SMJ 2.0 kerana ia terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Abidin berkata demikian ketika menghadiri Program Santai-Santai Bersama Penduduk Kampung Niasan, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama dalam program itu ialah Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Ketua Pemuda GRS Paginatan Hillary Salmoen, serta para pemimpin setempat.

Beliau berkata, hasil pentadbiran stabil di bawah Kerajaan GRS bersama Pakatam Harapan (PH) dalam tempoh lima tahun lalu telah berjaya meningkatkan hasil negeri, menarik pelaburan asing, serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Antara pencapaian ketara yang dinikmati penduduk Paginatan termasuklah lebih 1,000 geran tanah dikeluarkan menerusi Program PANTAS, melibatkan pengukuran lebih 6,000 ekar tanah.

Selain itu, pemindahan tiga kampung iaitu Kg Ponulangon, Kg Walou, dan Kg Kanawahon – daripada kawasan hutan simpan dan pelancaran Pekan Baru Paginatan oleh Ketua Menteri Sabah sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap pembangunan luar bandar.

Peningkatan kuota Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di beberapa kawasan Baharu turut berjaya dilaksanakan.

Abidin turut menegaskan komitmen beliau untuk meneruskan Program PANTAS dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Ukur (PPHT) Ranau, melibatkan perbincangan bersama penduduk di Kg Tinanom, Kg Kodop Baru dan Kg Kigiwit.

“Pemberian geran tanah amat bermakna bagi rakyat di sini. Oleh itu, sokongan padu daripada semua penduduk Paginatan sangat diperlukan untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/feed/ 0 85067
PRN17 Sabah: Bakal calon dan penyokong diingat jaga tingkah laku – PDRM https://sabahmedia.com/2025/10/24/prn17-sabah-bakal-calon-dan-penyokong-diingat-jaga-tingkah-laku-pdrm/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/prn17-sabah-bakal-calon-dan-penyokong-diingat-jaga-tingkah-laku-pdrm/#respond Fri, 24 Oct 2025 08:06:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84038
Read Time:1 Minute, 31 Second

RANAU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menasihatkan bakal calon dan penyokong parti politik supaya menjaga tingkah laku bagi mengelak sebarang kekacauan awam sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata, proses penamaan calon yang dijadualkan pada 15 November ini berpotensi mencetuskan kekecohan, terutamanya jika berlaku insiden penolakan pencalonan.

“Sebagaimana yang kita maklum, proses penamaan calon akan dijalankan pada 15 November ini dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan proses itu berjalan lancar,” katanya.

Jauteh berkata demikian semasa Town Hall Discussion Peringkat Kontinjen Negeri Sabah 2025 yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, pada Jumaat.

Beliau berkata, bagi menghadapi proses penamaan calon itu, PDRM telah mengadakan mesyuarat pada 22 Oktober lalu melibatkan semua ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah bagi merancang persiapan di setiap pusat penamaan calon di seluruh Sabah.

Menurutnya, penugasan anggota akan dilaksanakan dalam dua bentuk utama pertama, semasa perarakan penyokong calon menuju ke pusat penamaan calon, dan kedua, semasa proses pendaftaran pencalonan berlangsung.

“Apabila para penyokong tiba di lokasi penamaan calon, mereka akan ditempatkan di kawasan yang telah ditetapkan oleh PDRM.

“Kami juga akan memantau sepenuhnya proses pendaftaran bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku, khususnya jika ada calon yang ditolak pencalonannya,” jelasnya.

Jauteh turut menasihatkan semua parti dan bakal calon agar memberikan peringatan kepada penyokong masing-masing supaya mematuhi peraturan serta arahan pihak polis.

“Ini penting bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon, terutama semasa perarakan, berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kesulitan kepada orang awam,” tegasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata seramai 1,784,843 pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/prn17-sabah-bakal-calon-dan-penyokong-diingat-jaga-tingkah-laku-pdrm/feed/ 0 84038
Pengundi muda digesa guna hak dengan bijak https://sabahmedia.com/2025/10/23/pengundi-muda-digesa-guna-hak-dengan-bijak/ https://sabahmedia.com/2025/10/23/pengundi-muda-digesa-guna-hak-dengan-bijak/#respond Thu, 23 Oct 2025 02:17:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83967
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Golongan muda terutama pengundi baharu berusia 18 tahun ke atas diseru agar menggunakan hak mereka dengan bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan memberikan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terbukti komited membantu rakyat di semua peringkat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias, Datuk Isnin Aliasneh, berkata, kerajaan GRS merupakan satu-satunya gabungan politik yang benar-benar memberi perhatian kepada pembangunan anak muda dan masa depan mereka.

“Saya minta kepada anak-anak muda, khususnya pengundi baharu, supaya berikan sokongan dan undi kepada GRS.

“Inilah parti yang banyak membantu anak muda, termasuk mereka yang masih bersekolah,” katanya kepada Sabah Media di sini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias berkata, kerajaan pimpinan GRS telah berjaya meningkatkan pendapatan negeri serta mengekalkan kestabilan ekonomi berbanding pentadbiran sebelum ini.

“GRS bukan sekadar pandai bercakap, tetapi melaksanakan janji dan membuktikan keupayaan mentadbir. Jadi jangan sia-siakan undi kepada parti yang hanya tahu bercakap tanpa tindakan,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit turut menyeru pengundi muda agar menilai jasa kerajaan yang banyak memberi inisiatif kepada pelajar dan belia.

Katanya, ini termasuklah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI); Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri Sabah (SENTOSA) dan pelbagai bantuan pendidikan.

“Saya mengharapkan agar anak muda dan pengundi pertama ini meneruskan sokongan kepada kerajaan GRS demi kelangsungan masa depan pelajar dan belia Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Fairuz Renddan berkata, suara anak muda merupakan penentu kepada hala tuju kerajaan negeri akan datang.

“Kepada semua anak muda Sabah, khususnya pengundi kali pertama, buatlah keputusan yang terbaik. Masa depan negeri ini terletak di tangan kita,” katanya.

“Turun mengundi, jangan lepaskan peluang. Undilah untuk kestabilan, undilah GRS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/23/pengundi-muda-digesa-guna-hak-dengan-bijak/feed/ 0 83967
1,784,843 pemilih layak mengundi pada PRN DUN Sabah ke-17 https://sabahmedia.com/2025/10/16/1784843-pemilih-layak-mengundi-pada-prn-dun-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/1784843-pemilih-layak-mengundi-pada-prn-dun-sabah-ke-17/#respond Thu, 16 Oct 2025 05:10:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83407
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seramai 1,784,843 pemilih layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17, berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemaskini sehingga 5 Oktober 2025, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,760,417 adalah pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, manakala 12,729 terdiri daripada anggota polis serta pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

” Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018, yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menggalakkan bakal calon membuat pengisian serta semakan awal borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri sebelum Hari Penamaan Calon, termasuk membuat pembayaran deposit lebih awal.

” Namun, kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan telah disemak tetap perlu dikemukakan oleh calon, pencadang atau penyokong pada Hari Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) yang ditetapkan SPR,” katanya.

Tambahnya lagi, SPR turut membuka peluang kepada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana badan berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi mengikuti perjalanan PRU DUN Sabah ke-17, bermula dari hari penamaan calon hingga keputusan diumumkan.

“Permohonan boleh dibuat melalui portal SPR mulai 9 Oktober 2025 dan ditutup pada 27 Oktober 2025.

” Seperti pilihan raya sebelum ini, SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses pilihan raya menerusi live streaming di Facebook SPR bagi pusat atau saluran mengundi terpilih,” katanya.

Bagi menggalakkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab, SPR melaksanakan kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui pelbagai medium termasuk media elektronik, media sosial, hebahan siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi tumpuan awam yang bersesuaian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/1784843-pemilih-layak-mengundi-pada-prn-dun-sabah-ke-17/feed/ 0 83407
PRN Sabah: Belum masanya umum calon `poster boy’ – Pengerusi BN https://sabahmedia.com/2025/05/01/prn-sabah-belum-masanya-umum-calon-poster-boy-pengerusi-bn/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/prn-sabah-belum-masanya-umum-calon-poster-boy-pengerusi-bn/#respond Thu, 01 May 2025 10:40:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73032
Read Time:1 Minute, 3 Second

JEMPOL: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata belum masanya untuk menentukan calon ‘poster boy’ bagi mana-mana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata hasil perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Sabah semalam, beliau telah memberikan garis panduan untuk parti di negeri berkenaan menghadapi PRN.

“Saya fikir eloklah jika soal pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri kita kemudiankan… pastikan kemenangan calon yang akan diketengah.

“Saya sendiri akan berunding dengan kepimpinan UMNO Sabah bagi menentukan siapa yang boleh diterima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan siapa yang boleh mengetuai kerajaan negeri apabila jumlah kerusi diperoleh paling banyak oleh mana-mana kumpulan parti di Sabah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri Bersama Warga FELDA di Padang Awam Palong 3 yang turut dihadiri anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mencadangkan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai ‘poster boy’ BN pada PRN nanti.

Ahmad Zahid juga berkata beliau menghormati keputusan itu tetapi menyifatkan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai ‘poster boy’.

– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/prn-sabah-belum-masanya-umum-calon-poster-boy-pengerusi-bn/feed/ 0 73032
UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri Kata Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2025/02/11/umno-sabah-belum-buat-keputusan-muktamad-mengenai-kerjasama-pilihan-raya-negeri-kata-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/umno-sabah-belum-buat-keputusan-muktamad-mengenai-kerjasama-pilihan-raya-negeri-kata-rahman-dahlan/#respond Tue, 11 Feb 2025 15:15:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68482
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menafikan dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) kemungkinan besar akan bertanding secara bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Memetik laporan Portal Malaymail, Ketua Umno Bahagian Tuaran itu berkata bahawa belum ada perbincangan rasmi mengenai sama ada BN akan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang memerintah atau bertanding secara solo.

“Tidak ada perbincangan mengenai siapa yang akan menyertai kami, dan kami juga tidak membincangkan jumlah kerusi yang diminta oleh UMNO dan sebagainya. Tiada perbincangan seperti itu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, rundingan antara parti dengan kepimpinan pusat masih berjalan dan situasi politik negeri ini sentiasa berubah setiap hari dengan perkembangan baharu.

Namun beliau turut mengakui perlunya parti membuat keputusan segera dan yakin bahawa ahli-ahli parti akan akur dengan keputusan kepimpinan.

Sebelum itu, beberapa laporan media mendakwa bahawa BN Sabah berkemungkinan bertanding secara solo dan mensasarkan 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN tahun ini. Laporan itu juga menyebut bahawa BN Sabah menyasarkan untuk memenangi 27 kerusi bagi mendapatkan pengaruh lebih besar dan menuntut jawatan Ketua Menteri.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menafikan laporan tersebut dan menegaskan bahawa realiti semasa menunjukkan perlunya gabungan untuk mencapai kemenangan dalam PRN.

“Namun, terdapat dinamik tertentu yang perlu diteliti. Tetapi akhirnya, saya bersetuju bahawa keputusan perlu dibuat dalam masa terdekat kerana masa sangat penting. Semakin lama kita menunggu, semakin gelisah akar umbi. Jadi, saya berpendapat keputusan harus dibuat secepat mungkin,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa isu ini akan dibincangkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semasa lawatannya ke Sabah pada 23 Februari nanti sempena sambutan ulang tahun ke-34 UMNO Sabah yang akan diadakan di Tawau katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/umno-sabah-belum-buat-keputusan-muktamad-mengenai-kerjasama-pilihan-raya-negeri-kata-rahman-dahlan/feed/ 0 68482
Gagasan Rakyat Darau siap sedia hadapi PRN Sabah – Mohamed Razali https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/#respond Sun, 01 Sep 2024 08:40:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60028
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal termasuk mengadakan beberapa siri mesyuarat berkaitan gerak kerja jentera untuk berhadapan dengan PRN nanti.

Katanya, pihaknya juga sudah mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi beberapa siri pilihan raya lalu sekali gus dilihat ia merupakan satu kelebihan dan memudahkan segala persiapan bila tiba masanya.

“Kita bersyukur kerana rakyat di DUN Darau menerima Gagasan Rakyat, inilah yang sangat penting. Dari segi mental dan fizikal bahagian Darau ini rasanya sudah bersiap ke arah PRN.

“Kita hanya menunggu loceng sahaja dibunyikan kemudian Gagasan Rakyat di DUN Darau akan turun serta bersiap sedia bertempur dalam PRN ini nanti,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai Mesyuarat Perwakilan Tahunan Bahagian Darau Mohamed Razali berkata, kehadiran begitu ramai sehingga 800 orang perwakilan menunjukkan Gagasan Rakyat sentiasa bersatu padu sekali gus bersiap sedia menghadapi PRN Sabah.

“Gagasan Rakyat kini juga fokus kepada bagaimana untuk mendapatkan tempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau termasuk memastikan rakyat bersiap sedia menerima perubahan kelak.

“Kita komited untuk memastikan parti Gagasan Rakyat ini releven serta gerak kerja selama ini boleh diterima oleh rakyat khususnya di kawasan Darau ini,” jelas Mohamed Razali.

Hadir sama, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim dan Naib Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Ramlan Awal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/gagasan-rakyat-darau-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-mohamad-razali/feed/ 0 60028