PRN17 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 15 Mar 2026 11:22:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PRN17 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRN17 : GRS siap sedia turun gelanggang – Armizan https://sabahmedia.com/2025/10/06/prn17-grs-siap-sedia-turun-gelanggang-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/prn17-grs-siap-sedia-turun-gelanggang-armizan/#respond Mon, 06 Oct 2025 13:59:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82684
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menzahirkan kesediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke17 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kerajaan negeri sebelum ini memilih untuk fokus menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat berbanding melayan spekulasi politik yang sering dimainkan pihak lawan.

“Hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sah dibubar. Dulu kita biarkan saja orang berlari awal, maki hamun dan cipta spekulasi, sementara kita fokus buat kerja khidmat kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pembubaran DUN menandakan bermulanya gelanggang politik yang sah untuk semua pihak bertanding dan membentangkan rekod khidmat masing-masing.

“Kini gelanggang dibuka secara rasmi. Kita juga perlu berlari, beralih kepada mood dan mode pilihan raya.

“Kalau dulu kita diasak menjawab, tiba masa kita minta mereka pula menjawab. Mereka juga pernah berkuasa di negeri dan di persekutuan, malah kini menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat kini cukup bijak menilai mana hujah yang berasaskan fakta dan mana sekadar retorik politik semata-mata.

“Akhirnya, kita serahkan kepada rakyat untuk menilai. Kita yakin rakyat amat bijak menimbang antara jawapan yang berpijak pada realiti dan lontaran retorik penuh emosi,” katanya.

Sementara itu, Armizan turut menyeru seluruh jentera GRS agar bersatu dan berjuang bersama memastikan kestabilan serta pembangunan Sabah terus dipertahankan.

“Ayuh bangkit Jentera GRS, kita jaga Sabah. Ayuh Sabahan bangkit, rumah kita, kita jaga,” katanya.

Mengakui bahawa GRS bukanlah kerajaan yang sempurna, beliau menegaskan bahawa gabungan itu tetap komited memperbaiki kelemahan dan meneruskan usaha membangunkan negeri ini secara berterusan.

“GRS tidak sempurna, banyak perlu ditambah baik. Kita tidak boleh selesaikan semua isu serta-merta, namun kita buktikan bahawa hasrat membina Sabah bukan janji kosong. We walk the talk — it’s a work in progress,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/prn17-grs-siap-sedia-turun-gelanggang-armizan/feed/ 0 82684
PRN17 Sabah: 6,800 ahli Gagasan Rakyat sedia pertahan DUN Sebatik – Hassan Gani https://sabahmedia.com/2025/10/01/prn17-sabah-6800-ahli-pgrs-sedia-pertahan-dun-sebatik-hassan-gani/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/prn17-sabah-6800-ahli-pgrs-sedia-pertahan-dun-sebatik-hassan-gani/#respond Wed, 01 Oct 2025 09:01:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82301
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A. Gani Pg Amir menegaskan keyakinan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik mampu dipertahankan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah berbekalkan kekuatan 6,800 ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di kawasan itu.

Hassan berkata, mandat yang diberikan rakyat sebelum ini merupakan amanah besar yang akan terus dipikul demi memastikan pembangunan dan kebajikan masyarakat Sebatik terus terjamin.

“Kawasan ini mempunyai keunikan tersendiri dan memerlukan sentuhan berterusan, sama ada dari segi ekonomi, infrastruktur mahupun pendidikan. Justeru, saya akan pastikan suara rakyat Sebatik terus didengar di peringkat negeri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Hassan yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sebatik, kekuatan keahlian parti menjadi aset penting dalam memastikan kerusi tersebut kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Dengan sokongan padu ahli di peringkat akar umbi, saya yakin kerusi ini dapat terus dikekalkan. Jumlah keahlian yang ramai sudah tentu menjadi aset penting kepada GRS pada PRN kali ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, jentera Gagasan Rakyat Sebatik sudah digerakkan lebih awal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kali ini yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Kesiapsiagaan awal ini adalah strategi penting untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan sekaligus memberi sumbangan kerusi kepada GRS. Ini adalah faktor utama yang memberi keyakinan bahawa DUN Sebatik mampu mempertahankan kemenangan dan terus menjadi benteng sokongan kepada GRS,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/prn17-sabah-6800-ahli-pgrs-sedia-pertahan-dun-sebatik-hassan-gani/feed/ 0 82301
PRN17: Semua golongan diberi peluang jadi calon – Nizam https://sabahmedia.com/2024/11/08/prn17-semua-golongan-diberi-peluang-jadi-calon-nizam/ https://sabahmedia.com/2024/11/08/prn17-semua-golongan-diberi-peluang-jadi-calon-nizam/#respond Fri, 08 Nov 2024 04:45:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63449
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Semua golongan kepimpinan, sama ada orang lama, orang baharu, wanita dan anak muda akan diberi tempat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam

Beliau berkata, calon yang diketengahkan adalah mereka yang benar-benar mampu menjadi pemimpin dan wakil rakyat dan boleh menang.

“Kita yakin bahawa semua calon-calon yang akan diketengahkan ini adalah mereka yang benar-benar mampu menjadi pemimpin dan wakil kepada parti untuk meneruskan agenda perjuangan parti dalam membela rakyat dan memajukan Sabah.

“Bagaimanapun, pada saya kita hanya akan bertanding di mana yang kita boleh menang. Kalau kita bertanding tak juga boleh menang, rugi kerusi nanti.

“Kita yakin presiden dan kepimpinan akan meneliti mereka yang boleh diketengahkan menjadi calon,”
katanya ketika ditemui media selepas perasmian seminar Penerangan Parti Gagasan Rakyat Pusat Siri Ke-2 sempena Persidangan Agung Tahunan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Nizam turut menekankan Parti Gagasan Rakyat juga turut mengutamakan Sabah First sebagai keutamaan parti itu menjelang pilihan raya nanti.

“Keutamaan kita ialah Sabah First dan kita akan sesuaikan dengan teras kita iaitu perjuangan itu sebagai Sabah First.

“Namun kerjasama kita dengan parti-parti daripada Semanjung tetap kita jaga,”ujarnya.

Arifin semasa ditemui media di SICC di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata lebih 300 ketua-ketua penerangan termasuk ketua-ketua penerangan sayap hadir pada seminar penerangan hari ini.

“Ini bertujuan untuk memberi penjelasan, memberi semangat kepada ketua-ketua atau sayap penerangan di seluruh negeri Sabah dengan memberi maklumat, informasi dan berdialog dengan mereka.

“Inilah salah satu daripada pengisian kepada perimpunan kita pada tahun ini yang mana tahun lalu pun dibuat oleh bahagian atau biro penerangan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/08/prn17-semua-golongan-diberi-peluang-jadi-calon-nizam/feed/ 0 63449
PRN17 Sabah: Hajiji tidak nafi akan bekerjasama selain parti komponen GRS https://sabahmedia.com/2024/08/09/prn17-sabah-hajiji-tidak-nafi-akan-bekerjasama-selain-parti-komponen-grs/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/prn17-sabah-hajiji-tidak-nafi-akan-bekerjasama-selain-parti-komponen-grs/#respond Fri, 09 Aug 2024 11:55:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58784
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor tidak menafikan akan bekerjasama mana-mana parti selain parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Beliau yakin kerjasama itu adalah kerana Sabah mempunyai pelbagai kaum dan ini untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat Sabah terus dikekalkan.

“Sekarang kita dalam GRS, tapi dalam kerajaan kita dapati ada bersama-sama kita iaitu Pakatan Harapan (PH) dan juga ada juga disebut PLUS kerana dalam PLUS ini wakil-wakil rakyat daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan jadi mereka masih dalam kerajaan kita, dikalangan mereka juga ada menteri dan ada pembantu menteri.

“Jadi mereka masih dalam kerajaan, kita mahu jangan gaduh-gaduh, kita mahu pastikan kita sama-sama membangunkan dan kita pastikan perpaduan di kalangan rakyat kita yang pelbagai kaum ini terus memberi kebaikan kepada kita semua,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Menurut Hajiji yang juga pengerusi GRS, senario politik di Sabah adalah unik kerana UMNO/BN masih ada di dalam kerajaan sekarang.

“Inilah uniknya Sabah, kalau kita perhatikan ada menteri dari BN/UMNO iaitu Datuk Ir Shahelmey Yahya, (Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya) walaupun dia digantung dan ada tiga pembantu menteri daripada UMNO/BN masih dalam kerajaan serta ramai lagi menjadi pengerusi, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memaklumkan mesyuarat bahagian Gagasan Rakyat di seluruh Sabah akan bermula 17 Ogos hingga akhir bulan September ini.

Manakala Mesyuarat Perhimpunan Agung Negeri Gagasan Rakyat akan diadakan pada bulan November yang akan datang ini.

Dalam mesyuarat hari ini, beliau telah mengarahkan semua bahagian untuk bersiap sedia bagi menyempurnakan mesyuarat di bahagian masing-masing.

“Kita berharap mesyuarat ini akan berjalan lancar dan rakyat atau pun ahli parti kita boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka di dalam mesyuarat bahagian masing-masing,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/prn17-sabah-hajiji-tidak-nafi-akan-bekerjasama-selain-parti-komponen-grs/feed/ 0 58784
Gagasan Rakyat mula atur persiapan hadapi PRN17 https://sabahmedia.com/2023/06/17/gagasan-rakyat-mula-atur-persiapan-hadapi-prn17/ https://sabahmedia.com/2023/06/17/gagasan-rakyat-mula-atur-persiapan-hadapi-prn17/#respond Sat, 17 Jun 2023 10:19:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36547
Read Time:2 Minute, 41 Second

PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula mengatur persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bermula dengan pelancaran Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, hari ini.

Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua 73 bahagian parti itu perlu bersiap sedia dari sekarang untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera parti dan
menambah keahlian di semua bahagian.

“Inilah yang kita akan lakukan bermula di Bahagian Pitas ini kerana tidak lama lagi Pilihan Raya Umum (PRN), iaitu kira-kira dua tahun lagi.

“Kalau GRS dan 73 bahagian Gagasan Rakyat sudah sedia, kuatkan bahagian, banyakkan ahli di cawangan, kuatkan jentera sayap kita, Wanita, Pemuda dan Beliawanis, insyaAllah kita boleh fikirkan untuk pastikan kita mendapat mandat rakyat sekali lagi pada PRN akan datang,” katanya ketika melancarkan Gagasan Rakyat
Bahagian Pitas di Dataran Pitas, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah; Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pemuda GRS, Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.
Gagasan Rakyat Bahagian Pitas adalah yang pertama dilancarkan oleh Hajiji di peringkat bahagian selepas pelancaran Gagasan Rakyat di peringkat negeri pada 2 Mac lalu.

Hajiji berkata, berdasarkan sambutan rakyat terhadap parti itu yang semakin memberangsangkan, beliau yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang
cerah di negeri ini.

“Rakyat kita mahu sebuah parti tempatan untuk menjadi platform kita berjuang membela nasib rakyat kita di Sabah. Kita tubuh parti ini bukan mudah, semua tahu perjalanan politik kita di Sabah ini berliku dan penuh cabaran hebat.

“Tapi saya yakin dengan Gagasan Rakyat ini insyaAllah perjuangan parti tempatan ini kita dapat angkat bersama GRS untuk Sabah ini. Inilah gabungan besar yang akan kita pakai dalam PRN akan datang.

“Kita mahu menyatupadukan rakyat kerana kita telah mengalami pelbagai gelombang cabaran politik Sabah. Bukan mudah untuk kita sampai ke kedudukan kita hari ini sehingga kita berjaya menggunakan parti tempatan,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa Gagasan Rakyat yang berkonsepkan parti berbilang kaum diterima rakyat Sabah.

Katanya, perjuangan parti itu akan memberi isyarat jelas kepada parti pembangkang di Sabah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan menjadi platform politik yang kuat pada masa akan datang di Sabah.

Hajiji turut mengulangi keyakinannya terhadap keupayaan GRS yang kini dianggotai tujuh parti dalam menghadapi apa saja cabaran ke arah membangunkan Sabah seperti aspirasi rakyat negeri ini.

“Inilah perjuangan kita dalam Gagasan Rakyat, kita pilih parti lokal, cukuplah kita ikut parti nasional. Sekarang tiba masa untuk kita pakai parti lokal, tapi kita tidak boleh gaduh dengan parti nasional. Kita mesti juga kawan dan kerjasama dengan parti nasional tapi keutamaan kita ialah parti tempatan.

“Kita juga mesti kuatkan GRS dan kerjasama dengan rakan komponen kerana kalau kita bersatu padu kita akan lebih kuat dan maju. Kita perlu belajar dari kesilapan lalu, kita banyak bergaduh menyebabkan orang lain mengambil kesempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji memberi jaminan pembangunan daerah termasuk di Pitas akan diberi keutamaan sejajar komitmen kerajaan GRS untuk membawa pembangunan menyeluruh dan membela nasib rakyat negeri ini.

Katanya, setiap projek yang diumumkan kerajaan pasti akan dilaksanakan demi pembangunan negeri dan kepentingan rakyat terutama di luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/17/gagasan-rakyat-mula-atur-persiapan-hadapi-prn17/feed/ 0 36547