Produk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jun 2023 07:38:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Produk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SIE 2023 platform STB mempromosi dan perkenalkan produk pelancongan baharunya https://sabahmedia.com/2023/06/21/sie-2023-platform-stb-mempromosi-dan-perkenalkan-produk-pelancongan-baharunya/ https://sabahmedia.com/2023/06/21/sie-2023-platform-stb-mempromosi-dan-perkenalkan-produk-pelancongan-baharunya/#respond Wed, 21 Jun 2023 07:38:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36795
Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan menyokong Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) ke-10 2023, merupakan acara antarabangsa terbesar di Sabah, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama empat hari bermula dari 21 hingga 24 September ini.

Menterinya Datuk Christina Liew memberi jaminan itu semasa kunjungan hormat baru-baru ini oleh delegasi Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Persekutuan Industri Sabah (FSI), yang diketuai Pengerusi Penganjur Datuk Lee Swi Heng, di Pejabat Kementerian.

Pameran perdagangan utama Sabah ini, yang kali terakhir diadakan pada 2016, dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri, MICCI dan FSI, dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan Impact Zone sebagai rakan kongsi Acara dan Pameran.

Christina berkata SIE 2023 akan menjadi platform bagi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk mempromosikan slogan pelancongan baharu Sabah “Feel Sabah, North Borneo”, dan memperkenalkan produk pelancongan baharunya.

“Ini adalah peluang terbaik untuk mempamerkan tarikan unik Sabah kepada dunia, dan berkongsi apa yang kami tawarkan kepada pelancong, pemilik perniagaan dan pelabur.

“Kementerian saya melalui STB akan menyokong penuh acara antarabangsa ini yang dijangka menarik pemilik perniagaan, pempamer, pelabur berpotensi dan pelancong ke Sabah.

“Kami berharap pengunjung kali pertama akan memaksimumkan penginapan mereka dengan mengambil peluang untuk meneroka ‘The Land Below The Wind’,” kata Christina selepas diberi taklimat oleh Lee.

Menurut Christina, Ekspo itu akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau juga mencadangkan agar usahawan kraf terpilih diberi ruang untuk pembuat kraf asli mereka menunjukkan kemahiran kerja manik dan anyaman atau menjual barangan mereka semasa ekspo.

Sementara itu, menurut Pengerusi Penganjur, kira-kira 500 perwakilan akan menghadiri Ceramah Makan Tengah Hari Perniagaan Antarabangsa Sabah dengan penekanan kepada perniagaan perdagangan pada 21 Sept sebagai permulaan kepada SIE 2023 (22-24 Sept) yang terbuka kepada orang awam.

Lee, yang juga Pengerusi MICCI Cawangan Sabah, berkata peserta ceramah makan tengah hari itu terutamanya akan terdiri daripada menteri Kabinet, anggota kor diplomatik seperti duta dan pesuruhjaya tinggi serta kapten industri.

Kira-kira 1,000 perwakilan, terdiri daripada tetamu kenamaan dan pelawat asing serta pempamer akan diraikan pada jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

“Lebih 300 gerai akan disediakan oleh 600 pempamer untuk mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka. Terdapat juga potensi untuk membawa pelaburan ke Sabah. Tumpuan kami juga adalah pada teknologi infrastruktur hijau serta pelancongan,” kata Lee kepada Christina, sambil menambah bahawa peserta pameran antaranya dari Malaysia, BIMP-EAGA, China, India, Kazakhstan dan Australia.

Manakala Ahli Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Wong Khen Thau berkata SIE yang bermula pada tahun 2000, merupakan ekspo terbesar yang diadakan di rantau ini.

“Malah, 80 gerai pameran telah diambil oleh negara luar. Thailand sahaja yang membina 70 gerai,” katanya.

Delegasi itu termasuk Presiden FSI Richard Lim, yang mengetuai Bahagian Pemasaran SIE 2023, dan ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Utama, Dr Andrew Sim, Datuk Ahmad Shah dan Benjamin Lo.

“Dengan sokongan Menteri, kami berharap dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada kali ini,” kata mereka.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion dan Pengurus Kanan Pemasaran STB Humphrey Ginibun.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/21/sie-2023-platform-stb-mempromosi-dan-perkenalkan-produk-pelancongan-baharunya/feed/ 0 36795
Usahawan digesa tambah baik produk rebut peluang yang disediakan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/#respond Sun, 12 Mar 2023 07:11:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30716
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Peniaga dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) digesa agar menambah baik produk dan kualiti pembungkusan bagi meningkatkan imej produk masing-masing dan seterusnya berupaya memacu jualan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam masa sama, beliau meminta semua usahawan merebut bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri mahu pun Persekutuan.

“Pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah juga adalah tepat pada masanya. Saya melihat peranan QPACK Sabah dalam industri pembungkusan di negeri ini mampu menjadi tonggak kepada perkembangan IKS dan secara tidak langsung merancakkan pola industri niaga di negeri ini.

“Dalam industri perniagaan, pembungkusan memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk itu kerana pembungkusan ini akan menjadi `trademark ’ serta imej kepada produk tersebut dan ini sekali gus menjadikan ia sebagai satu indikator pemasaran ke atas produk itu.

“Kepada usahawan di negeri ini, ambillah peluang untuk meningkatkan produk yang
dihasillkan, bukan saja dalam aspek kualiti malah pembungkusan yang menarik, agar dapat bersaing dengan produk dari luar,” katanya ketika merasmikan Pelancaran QPACK Sabah Sdn Bhd di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak,adalah inisiatif yang baik yang perlu diambil peluang oleh peniaga serta usahawan IKS untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sudah pasti peruntukan khas tambahan ini akan membantu peniaga kecil dan usahawan IKS di negeri ini, khususnya untuk menambah baik dan mempergiatkan promosi produk mereka.

“Selain peruntukan khas ini, kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa.

“Dengan pelbagai peruntukan dan bantuan diberikan kerajaan selain pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah, saya berharap kita mampu melahirkan usahawan IKS yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sebarang usaha yang dilakukan oleh individu atau syarikat termasuk QPACK untuk merancakkan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Saya melihat kehadiran syarikat seperti ini turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri ini. Saya berharap QPACK yang dimiliki anak jati Sabah ini akan menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah hub evolusi pembungkusan terbesar suatu hari nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga dan usahawan IKS walau dari mana berasal, kampung mahu pun luar bandar, jika berusaha untuk maju ke hadapan, pasti akan berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/12/usahawan-digesa-tambah-baik-produk-rebut-peluang-yang-disediakan-hajiji/feed/ 0 30716
Produk pertanian yang lebih mampan diperlukan di Sabah – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/#respond Sun, 01 Aug 2021 04:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3886
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Agropreneur digalakkan untuk membangunkan lebih banyak produk yang mesra alam sejajar dengan dasar kerajaan untuk mempromosikan amalan pertanian yang baik di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, produk seperti kawalan perosak organik akan mengurangkan penggunaan racun perosak kimia.

“Penggunaan racun perosak kimia telah terbukti berbahaya bukan sahaja kepada kesihatan pengguna tetapi juga kepada tanah dalam jangka panjang,” katanya ketika bercakap di pelancaran maya Farm Tokou pada Sabtu.

Farm Tokou adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2018, dan memfokuskan dalam sektor pertanian dan penternakan moden. Syarikat itu menghasilkan sayur-sayuran organik dan udang kara air tawar serta membekalkan input pertanian dan penternakan di Sabah.

Jeffrey yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pertanian yang mampan oleh syarikat seperti Farm Tokou diharap membuka mata golongan muda di Sabah untuk terus berusaha dalam sektor pertanian dan industri tempatan yang lain.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan agropreneur untuk menyumbang idea dan usaha mereka untuk membantu mengambil industri pertanian kami ke peringkat seterusnya.

“Di antaranya ialah program muda Agropreneur yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan yang menyediakan agropreneur yang layak dengan geran kewangan sehingga RM20,000.

“Skop ini juga termasuk agro-pelancongan, sokongan dan logistik yang saya percaya amat diperlukan di Sabah.

“Saya sangat mengalu-alukan belia Sabah untuk memanfaatkan geran ini dan geran lain yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka dengan perniagaan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/produk-pertanian-yang-lebih-mampan-diperlukan-di-sabah-jeffrey-kitingan/feed/ 0 3886
Ratu Unduk Ngadau 2021 Dilantik Sebagai Duta Produk IKS Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/22/ratu-unduk-ngadau-2021-dilantik-sebagai-duta-produk-iks-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/ratu-unduk-ngadau-2021-dilantik-sebagai-duta-produk-iks-sabah/#respond Tue, 22 Jun 2021 06:59:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1752
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 Maya Hejnowska telah dilantik sebagai Duta Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah, sempena kempen Belilah Barangan Buatan Sabah yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Maya, 20, menerima watikah pelantikannya di satu majlis ringkas yang diadakan di Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) di sini hari ini.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Dr. Joachim berkata, pihak kementerian telah bekerjasama dengan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) bagi melantik Maya sebagai Duta Produk IKS Sabah selama setahun.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Maya kerana menjuarai Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dan seterusnya menerima pelawaan daripada MID untuk menjadi Duta Produk IKS.

Sebagai Duta, Maya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan akan mempromosikan produk IKS Sabah termasuklah berlakon dalam klip video Kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”.

Dia juga dikehendaki menghadiri majlis perasmian kempen serta mengikuti pameran atau ekspo dalam negeri yang akan dianjurkan oleh MID.

Terdahulu, Dr. Joachim berkata Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Industri (MID) akan melancarkan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini tidak lama lagi.

Beliau berkata, kempen tersebut bertujuan untuk memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah kepada masyarakat di negeri ini dan masyarakat luar.

Ini untuk menggalakkan pengguna menyokong serta membeli barangan buatan Sabah.

Selain itu, katanya, kempen ini juga adalah untuk membantu mengembangkan pasaran usahawan IKS ke peringkat negeri dan luar negeri.

“Kempen ini juga bertujuan untuk membantu usahawan IKS Sabah meningkatkan semula hasil jualan akibat penularan pandemik Covid-19 dan seterusnya menambah peluang pekerjaan dalam sektor perusahaan kecil,” katanya lagi.

Dr. Joachim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menjelaskan pada masa ini, terdapat 4,000 lebih produk usahawan IKS Sabah telah berada di pasaran tempatan dan 2,340 produk yang telahpun berdaftar dalam platform rasmi e-dagang kementerian iaitu aplikasi GoBiz.

Selain itu, pihak kementerian juga telah mengenal pasti Slogan, Logo dan Lagu Rasmi dicipta khas untuk kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini dan akan diberitahu sewaktu pelancarannya kelak.

“Progam ini adalah salah satu Inisiatif Kementerian Pembangunan Perindustrian di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya untuk tahun 2021,”katanya.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Yang Berhormat, Tuan Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Thomas Logijin dan dan Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan 2021, Joana Datuk Kitingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/ratu-unduk-ngadau-2021-dilantik-sebagai-duta-produk-iks-sabah/feed/ 0 1752