Program Jualan Rahmah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Sep 2024 11:55:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Program Jualan Rahmah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 657 siri tambahan Program Jualan Rahmah sehingga hujung Disember ini di Sabah – Armizan https://sabahmedia.com/2024/09/28/657-siri-tambahan-program-jualan-rahmah-sehingga-hujung-disember-ini-di-sabah-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/657-siri-tambahan-program-jualan-rahmah-sehingga-hujung-disember-ini-di-sabah-armizan/#respond Sat, 28 Sep 2024 11:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61391
Read Time:2 Minute, 25 Second

KUNAK: Sebanyak 657 siri tambahan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Sabah bermula daripada 1 Oktober sehingga penghujung Disember ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, PJRM dimulakan sejak tahun 2023 dan mendapat sambutan cukup hangat daripada masyarakat dan ini merupakan satu langkah intervensi kerajaan bagi menangani kos sara hidup, melalui PJRM ini barangan ditawarkan diberi diskaun pada kadar 10 hingga 30 peratus, sekali gus ini banyak membantu masyarakat.

“Bermula 1 Januari 2024 hingga semalam kita telah menganjurkan sebanyak 747 siri Jualan Rahmah seluruh negeri Sabah.

“Justeru, saya telah mengarah supaya tiga bulan terakhir bagi tahun 2024 ini dilipatgandakan, diperbanyakkan kekerapan PJRM ini dan kita telah putuskan di negeri Sabah ini, tiga bulan terakhir ini, setiap bulan tiga siri PJRM untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), maksudnya kita di Sabah ini 73 DUN, tiga siri untuk setiap bulan jadi jumlah sehingga hujung tahun kita sasarkan sebanyak 657 siri tambahan PJRM di Sabah bermula daripada 1 Oktober sehingga penghujung Disember ini, jadi kita harapkan adanya PJRM ini akan dapat membantu khususnya golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Sentuhan Kasih Bertemu Masyarakat seterusnya meninjau PJRM yang diadakan di Dewan Arena Belia di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Armizan berkata, pihak KPDN juga bekerjasama dengan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk mengenal pasti lokasi-lokasi golongan sasar yang memerlukan barangan bersubsidi.

“Kita akan bekerjasama dengan wakil-wakil rakyat kita untuk mengenal pasti lokasi-lokasi golongan sasar yang memerlukan dalam konteks bantuan subsidi supaya barangan dapat dijual pada harga diskaun ini.

“KPDN juga telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk peruntukan tahun 2025 Belanjawan yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada sidang Parlimen bulan Oktober ini.

“Salah satu komponen yang kita mohon itu adalah peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan kepada KPDN bukan hanya untuk meneruskan PJRM ini tetapi kita mensasarkan supaya dengan peruntukan yang bertambah kekerapan PJRM ini akan dapat diperbanyakkan lagi di seluruh negara bukan hanya di Sabah, jadi kita mengharapkan Menteri Kewangan dan pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan daripada KPDN ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklum penganjuran PJRM ini juga termasuk di kawasan luar bandar.

“PJRM ini termasuk kawasan luar bandar, selain kita juga ada Program Pengedaran Barang Perlu untuk kawasan-kawasan pedalaman di mana kawasan tersebut barang-barang kawalan bersubsidi sebelum adanya PJRM ini dijual dengan kadar yang agak tinggi kerana kos logistik walaupun ada kawalan barangan contohnya gula dan minyak masak paket.

“Tetapi disebabkan kos logistik ada kawasan-kawasan tertentu yang peniaga terpaksa menanggung kos logistik itu maka menjual pada harga yang lebih tinggi.

“Justeru, kita adakan Program Pengedaran Barang Perlu itu, kita memberikan subsidi kepada pengangkutan untuk membolehkan barangan daripada pusat sampai kepada rakyat di pedalaman dan dapat menikmati penjualan barangan bersubsidi sebagaimana barangan yang dimanfaati oleh masyarakat di bandar. Program ini kita mohon untuk diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/657-siri-tambahan-program-jualan-rahmah-sehingga-hujung-disember-ini-di-sabah-armizan/feed/ 0 61391
Program Jualan Rahmah dianjur sepanjang bulan Ramadan https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/ https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/#respond Sun, 10 Mar 2024 08:07:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50848
Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.

“PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal,” katanya pada sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Kinarut hari ini.

Menurut Armizan, selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian
lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam.

“Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” jelasnya.

Tambah beliau lagi, usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya pada bulan Ramadan.

“Orang ramai boleh datang beramai-ramai untuk mengunjungi PJR Ramadan
sekitar lokasi masing-masing. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/10/program-jualan-rahmah-dianjur-sepanjang-bulan-ramadan/feed/ 0 50848
Program Jualan Rahmah terus diperluas di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/#respond Fri, 06 Oct 2023 07:28:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43170
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNDASANG: Program Jualan Rahmah (PJR) terus diperluas di seluruh Sabah dan sehingga 3 Oktober 2023, PJR telah dilaksanakan di 266 lokasi di negeri ini, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, pecahan mengikut model PJR di seluruh Sabah iaitu di dalam premis sebanyak 242 lokasi, di luar premis sebanyak 6 lokasi dan secara bergerak sebanyak 18 lokasi dengan bilangan pengunjung dianggarkan melebihi 150 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi
3.38 juta orang.

“Hari ini saya telah melakukan tinjauan pelakasanaan PJR di Pekan Kundasang di Sabah.

“Selain melihat dan mendapatkan respon pengunjung, tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri kadar harga barangan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, PJR kali ini melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain.

“Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini dapat memberi manfaat kepada lebih dua ribu pengunjung,” katanya.

PJR merupakan kolaborasi Kerajaan bersama industri sektor peruncitan
seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjualan barangan keperluan harian pada kadar harga diskaun di antara 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/feed/ 0 43170