Program Kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Nov 2024 04:13:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Program Kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Derma Darah ‘Lead With Life’ dapat sambutan luar biasa https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/ https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/#respond Wed, 13 Nov 2024 04:09:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63682
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Program Kesihatan dan Derma Darah ‘Lead With Life’ yang julung kali dianjurkan oleh Parti Gabungan Rakyat Sabah menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pengerusi Biro Kesihatan Exco Pergerakan Wanita PGRS, Dr. Davina Datuk Markus Majihi berkata, sokongan orang ramai terhadap program tanggungjawab sosial berkenaan di luar jangkaan sama sekali.

Dr Rashid melakukan pemeriksaan gigi pengunjung yang datang sambil diperhati Dr Davina.

Katanya, sambutan luar biasa juga datang daripada penderma darah kali pertama apabila jumlah pendaftaran penderma dalam kalangan mereka melebihi dari sasaran awal sebanyak 108 peratus.

“Walaupun terdapat beberapa cabaran, 68 peratus daripada penderma yang mendaftar berjaya menderma darah.

“Kita menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

“Kami sangat terharu dengan sokongan yang luar biasa, terutamanya daripada golongan belia, dan sukarelawan wanita yang tampil sebagai penderma darah kali pertama,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut jelas membuktikan keprihatinan dan perpaduan masyarakat dalam membantu menyumbang kepada Tabung Darah sekali gus membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, bagi pengalaman penganjuran kali ini, diakui beberapa aspek perlu ditambah baik, seperti memperkukuh garis panduan pra-derma dan langkah persediaan untuk penderma baharu.

“Setiap kempen memberi kami pelajaran yang berharga, dan kami komited untuk menambah baik proses ini bagi memastikan kelancaran program di masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap pada masa akan datang lebih ramai penderma akan tampil bagi memberi sokongan kepada program seumpama itu.

“Kepada semua yang menyumbang, daripada penderma kepada organisasi yang berkolaborasi, terima kasih kerana menjayakan program ini. Bersama-sama, kita mencipta impak yang kuat, satu derma pada satu masa.

“Kita juga telah menetapkan satu penanda aras baharu untuk kempen derma darah ‘Lead With Life’ pada masa hadapan,” katanya.

Dr. Davina memberikan komitmen untuk meneruskan misi ini dalam membina Sabah yang lebih sihat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/13/program-derma-darah-lead-with-life-dapat-sambutan-luar-biasa/feed/ 0 63682
Pelajar antarabangsa ikuti program kesihatan anjuran UMS https://sabahmedia.com/2024/11/06/pelajar-antarabangsa-ikuti-program-kesihatan-anjuran-ums/ https://sabahmedia.com/2024/11/06/pelajar-antarabangsa-ikuti-program-kesihatan-anjuran-ums/#respond Wed, 06 Nov 2024 06:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63359
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Seramai tujuh pelajar perubatan dari Erasmus University Rotterdam di Belanda telah mendapatkan pengalaman pembelajaran praktikal di klinik kesihatan luar bandar di Sabah menerusi Program Kesihatan Global Minor.

Lawatan ke program rumah keluarga angkat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS.

Program berkenaan merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Erasmus University Rotterdam dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Program yang diuruskan oleh Unit Antarabangsa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS ini berlangsung selama tujuh hari, memberikan pelajar pendedahan kepada pelbagai kes klinikal di kawasan luar bandar serta lawatan ke rumah pesakit.

Menurut penyelaras program, Dr. Cindy Chin, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami budaya Sabah melalui lawatan ke beberapa lokasi menarik di kawasan tersebut.

“Program ini membolehkan mereka melihat cabaran yang dihadapi oleh klinik di kawasan luar bandar sekitar Kudat, seperti kekurangan peralatan untuk kes-kes berisiko tinggi, serta isu berkaitan pengangkutan dan aksesibiliti tempatan.

“Melalui lawatan ke rumah dan sesi temu ramah, pelajar dapat merasai sendiri cabaran yang dihadapi oleh pesakit, walaupun terdapat halangan bahasa. Ini hanya dapat dilaksanakan dengan bantuan yang cemerlang daripada doktor klinik luar bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cindy berharap program sedemikian dapat meningkatkan kerjasama dengan institusi perubatan antarabangsa bagi memperkembangkan Program Kesihatan Global Minor di UMS.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan industri dan institusi perubatan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kudat, Klinik Kesihatan Matunggong, dan Klinik Kesihatan Narandang atas sokongan mereka dalam menjayakan program ini.

“Kami di Unit Antarabangsa FPSK UMS juga menghargai sokongan berterusan daripada universiti dan berkomitmen untuk menjalankan program serupa bagi mempersiapkan pelajar perubatan menjadi graduan yang berdaya tahan di masa depan,” katanya.

Di samping masa yang dihabiskan di Sabah, pelajar Erasmus University Rotterdam juga mengambil bahagian dalam aktiviti di UiTM Shah Alam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/06/pelajar-antarabangsa-ikuti-program-kesihatan-anjuran-ums/feed/ 0 63359
PIBG SK Darau KK anjur Program Kesihatan 6 Jan 2024, warga setempat dijemput hadir https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/#respond Tue, 19 Dec 2023 13:08:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46806
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Darau Kota Kinabalu (SKDKK) akan menganjurkan Program Hidup Sihat Lestari pada 6 Januari 2024 bertempat di perkarangan SKDKK bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Jurucakap Ahli Jawatankuasa PIBG SK Darau KK, Aliuddin Majid berkata, program ini adalah satu program khas untuk warga SKDKK dan bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang lestari kepada seluruh warga SKDKK.

“Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang berupaya memberikan kesan positif kepada pembangunan lestari seseoarang individu, institusi keluarga dan masyarakat.

“Konsep Gaya Hidup Sihat ini juga merupakan satu kempen hasil cetusan dan keprihatinan kerajaan Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cerdas, sejahtera dan bebas daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang sedentari.

“Oleh yang demikian, program ini akan menjadi satu platform untuk pendedahan dan memberi kesedaran kepada semua peserta berkaitan amalan gaya hidup sihat yang lestari agar hidup dan kerja peserta mencapai tahap cemerlang seterusnya memberi impak positif kepada pencapaian misi dan visi organisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dijangkakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud akan merasmikan program tersebut.

Sambil mengalu-alukan kehadiran warga SKDKK dan penduduk setempat untuk menghadiri program itu, Aliuddin berkata, antara aktiviti yang akan diadakan seperti ceramah kesihatan, ceramah keibubapaan dan program derma darah.

“Selain itu, ada juga terdapat gerai-gerai pameran, cabutan tiket bertuah dan apa yang istimewa enam cabutan misteri pengunjung bertuah turut diadakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/feed/ 0 46806