Program Madani Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 May 2025 00:33:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Program Madani Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Madani Rakyat di Tawau terima sambutan menggalakkan https://sabahmedia.com/2025/05/11/program-madani-rakyat-di-tawau-terima-sambutan-menggalakkan/ https://sabahmedia.com/2025/05/11/program-madani-rakyat-di-tawau-terima-sambutan-menggalakkan/#respond Sun, 11 May 2025 00:07:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73592
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Orang ramai di daerah ini menyambut baik penganjuran Program Madani Rakyat (PMR) yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.

Mereka berpendapat, PMR mampu menjadi platform berguna kepada rakyat mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan disediakan oleh kerajaan bagi semua peringkat umur.

Menariknya, pengunjung yang datang bersama keluarga berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti disediakan seperti mobile game, tik tok dan sebagainya.

Seorang pengunjung, Lanny Markus, 41, berkata warga Tawau bertuah kerana program PMR yang julung kalinya diadakan di daerah ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik.

Lanny (kiri) ketika berkunjung di gerai pameran PMR.

“Saya membawa anak-anak ke sini untuk sempena hujung minggu ini dan saya berpuas hati dengan program yang diadakan.

“Banyak tempat boleh kami kunjungi seperti pameran budaya dan gerai jualan. Banyak juadah dari luar boleh kami nikmati dan beli seperti kek lapis Sarawak pada harga berpatutan,” katanya ketika ditemui Sabah Media.

Mengenai penambahbaikan PMR pada masa akan datang, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas itu mecadangkan agar pihak penganjur memilih kawasan lebih luas dan strategik.

Setakat hari pertama PMR, seramai 26,320 pengunjung direkodkan menghadirinya dengan jumlah keseluruhan setakat 12 tengahari tadi (10 Mei) iaitu 46,102 orang.

Seorang lagi pengunjung, Raseni, 43, berkata PMR perlu didedahkan secara meluas kepada pelajar khususnya diperingkat menengah.

Raseni

“Program seperti ini amat bagus untuk meningkatkan kesedaran dan minat remaja sekarang ini dalam mencari peluang kerjaya di sektor pekerjaan yang mereka mahu,” katanya.

Beliau yang tertarik dengan program kesihatan seperti ujian psikologi oleh Kementerian Kesihatan, turut memuji usaha murni Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, membawa PMR ke Tawau.

Pertunjukkan aset-aset ketenteraan oleh anggota keselamatan negara.

Bagi Franky Ho, 40, pula beliau menggunakan cuti hujung minggu membawa anak-anak melihat aset-aset dan kelengkapan pertahanan negara.

Franky

“Anak-anak minat melihat aset ketenteraan, bomba dan polis yang dipertontonkan kepada pengunjung.

“Ini adalah peluang untuk masyarakat menyaksikan dengan lebih dekat anggota dan aset pertahanan negara.

“Sebelum ini tidak pernah tengok depan mata ini, anak-anaklah yang paling suka. Mereka sangat gembira,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/11/program-madani-rakyat-di-tawau-terima-sambutan-menggalakkan/feed/ 0 73592
Lebih 200 barang jualan Program MADANI Rakyat di Tawau, diskaun cecah 30% https://sabahmedia.com/2025/05/09/lebih-200-barang-jualan-program-madani-rakyat-di-tawau-diskaun-cecah-30/ https://sabahmedia.com/2025/05/09/lebih-200-barang-jualan-program-madani-rakyat-di-tawau-diskaun-cecah-30/#respond Fri, 09 May 2025 07:01:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73479
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Program MADANI Rakyat (PMR) yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau dijangka menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya bermula hari ini, dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM1 juta dan padanan niaga mencecah RM1.5 juta.

Menawarkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung, PMR kali ini menyediakan lebih 200 jenis barangan jualan dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, program anjuran Kerajaan MADANI ini mampu memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini, khususnya di daerah Tawau dan kawasan sekitarnya.

Menurut beliau, PMR juga dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan awam secara langsung, khususnya kepada komuniti di Pantai Timur Sabah.

“Saya amat berpuas hati dengan persiapan yang telah dijalankan. Saya yakin dengan persiapan rapi oleh semua kementerian dan agensi terlibat, program ini akan berjalan lancar dan berjaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengunjung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan persediaan akhir PMR 2025 di tapak program malam tadi.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, timbalan-timbalan ketua setiausaha, pegawai kanan kementerian serta wakil Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi Pejabat Perdana Menteri (PACU).

Ewon berkata, PMR 2025 akan menghimpunkan 36 reruai kementerian dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta menyediakan sebanyak 204 perkhidmatan touchpoint rakyat.

“Selain jualan dan pameran, program ini turut menawarkan khidmat nasihat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, memberi peluang kepada rakyat untuk berurusan secara langsung tanpa perlu ke pejabat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran penduduk Tawau, kawasan berhampiran serta rakyat Sabah secara amnya untuk menghadiri program ini dan merebut peluang yang ditawarkan melalui pelbagai perkhidmatan dan pameran yang disediakan.

Katanya, PMR 2025 merupakan sebahagian daripada inisiatif MADANI yang bertujuan merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat diakses secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.

Program MADANI Rakyat PMR 2025 Sabah merupakan inisiatif berteraskan rakyat yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) selaku kementerian peneraju, dan akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025.

Program ini merupakan gerakan nasional untuk memperkasakan rakyat dan mengurangkan kemiskinan melalui keusahawanan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI seperti kelestarian, hormat, inovasi, kesejahteraan dan keyakinan.

Inisiatif ini menyatukan kementerian persekutuan, agensi negeri, dan usahawan akar umbi bagi menyampaikan perkhidmatan serta peluang secara langsung kepada masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/09/lebih-200-barang-jualan-program-madani-rakyat-di-tawau-diskaun-cecah-30/feed/ 0 73479
Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini https://sabahmedia.com/2024/10/18/program-madani-rakyat-2024-sayangi-sabah-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/18/program-madani-rakyat-2024-sayangi-sabah-bermula-hari-ini/#respond Thu, 17 Oct 2024 16:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62363
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang bermula hari ini sehingga Ahad di pekarangan Kompleks Sukan Likas di sini bakal menyediakan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat kepada pengunjung.

Program yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok itu turut menyediakan 215 Perkhidmatan Touchpoint Rakyat, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan aktiviti untuk belia.

Antara program dan aktiviti yang berlangsung hari ini adalah seperti persembahan kebudayaan Sabah; perkhidmatan kesihatan; kaunter pembayaran saman PDRM; pameran aset Kerajaan; jualan agro dan mega madani; karnival kerjaya dan penukaran topi keledar.

Selain itu, turut diadakan adalah persembahan wayang kulit dan tayangan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2025 pada jam 4 petang.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah perkhidmatan bas ulang alik secara percumadisediakan bagi kemudahan pengunjung ke pekarangan Kompleks Sukan Likas sepanjang program berlangsung.

Perkhidmatan itu disediakan bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.

Lokasi pick-up dan drop-off penumpang adalah dari Padang Merdeka ke Kompleks Sukan Likas.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, seramai 400,000 orang pengunjung dijangka hadir sepanjang program berlangsung. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/18/program-madani-rakyat-2024-sayangi-sabah-bermula-hari-ini/feed/ 0 62363